Sunday, October 28, 2012

Kalau negeri PR idaklah kesah.. Negeri UMNO dah pulak tu Negeri PM

hahaha macamana nak jaga Islam jaga rakyat dan bangsa pun agak kureng. Jaga apa yang boleh ?.......

                                   20 tahun tanpa CF, rumah pangsa mungkin diroboh

TEMERLOH: Sudahlah terpaksa tinggal di taman perumahan tanpa sijil kelulusan menduduki (certificate of fitness for occupation - CF) selama lebih  20 tahun, kini dikhabarkan pula 15 blok rumah pangsa kos rendah perumahan kerajaan itu akan dirobohkan pula.

Dengan janji membina pangsapuri baru, isu itulah yang  menghantui hampir 300 keluarga dengan kira-kira 1,200 penduduk rumah pangsa kos rendah Taman Seri Kemuning dekat sini.

Menurut luahan penduduk kepada Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man serta rombongan Konvoi Cakna Rakyat, dilema mereka ialah ke mana akan berpindah untuk memulakan penghidupan baru sedangkan mereka sudah lama bermastautin di situ.

Mereka juga telah mengeluarkan wang membayar sewa mahupun membelinya dan ada antara mereka telah membayar habis pinjaman melalui potongan gaji jadi bukan mudah untuk mereka membuat pinjaman kali kedua mencari rumah lain.


Pengerusi jawatankuasa bertindak penduduk, Hasan Him, 60, berkata 70 peratus daripada pemilik merupakan warga emas justeru jika mereka berpindah sementara menunggu pangsapuri baru, belum tentu nanti mereka akan dapat memiliki rumah baru kerana bank tidak akan mengeluarkan pinjaman kepada mereka kerana faktor usia.
Menurut Hasan, penduduk sudah sekian lama menghadapi tekanan rumah mereka tidak memiliki CF kerana sedar risikonya ialah andai kata terjadi sesuatu musibah seperti kebakaran dan sebagainya, segala kerosakan, kerugian dan kemalangan tidak boleh dituntut kerana pihak insuran tidak menerima perumahan tanpa CF.

“Penduduk sudah beberapa kali menghantar memorandum kepada pelbagai pihak bagi meminta diselesaikan permasalahan mereka. Ada juga pertemuan dengan menteri dan Exco perumahan.


“Awal tahun ini Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob telah datang berdialog dengan penduduk. Apabila diajukan persoalan CF, beliau juga tidak dapat memberikan jawapan yang memuaskan hati penduduk,” katanya.

Menurut Hasan, pembinaan 5 blok rumah pangsa dengan 705 unit rumah itu pada asalnya adalah perumahan rakyat berpendapatan rendah terbesar di Temerloh.

Projek dilaksanakan semasa Tun Khalil Yaakob menjadi Menteri Besar Pahang dengan mendapat peruntukan dana daripada kerajaan Pusat sementara kerajaan negeri hanya menyediakan tapak tanah bagi perumahan berkenaan.

Dalam masa menyiapkan projek berkenaan, dua kontraktor utama telah ‘lari’ dan bertukar tangan hinggalah syarikat perumahan kerajaan sendiri yang masuk campur.


“Perumahan mulai diduduki pada tahun 1990, pada asalnya bayaran pemilikan berbentuk sewa beli dengan harga RM25,000 itu dikutip oleh wakil kerajaan negeri sekitar antara RM50 ke RM100 sebulan.


“Lama kelamaan kerajaan negeri pimpinan Umno BN tidak lagi berupaya meneruskan sistem berkenaan lalu menyerahkannya kepada pihak bank.


“Tidak dinafikan, kesalahan pihak penduduk memang ada iaitu ada sesetengahnya yang agak liat membayar sewa beli bulanan. Tetapi bukan semua, saya sendiri sudah bayar habis dengan membuat pinjaman bank.


“Manakala kesalahan pihak kerajaan pun ada di mana pegawai pengutip tidak datang, jadi bagaimana penduduk mahu membayar? Ditambah lagi dengan perumahan tersebut sendiri yang tidak mendapat CF membuatkan penduduk ragu-ragu dan tidak mengetahui nasib yang bakal menimpa mereka sebenarnya,” jelasnya.


Katanya, pada asalnya semua 705 unit rumah pangsa itu dipenuhi penghuni, tetapi beransur-ansur kurang dan kini hanya tinggal sekitar 300 keluarga.


Dua tahun lepas Draf Rancangan Tempatan Daerah Temerloh telah menyatakan kawasan berkenaan akan dijadikan transit pengangkutan utama dari Kuala Lumpur ke Kuantan. Kedudukannya yang strategik menyebabkan kawasan berkenaan akan diambil alih untuk pembangunan sementara penghuni Sri Kemuning menjadi mangsa.


Terbaru, ada pihak kerajaan yang memberitahu kawasan berkenaan akan dibina baru dengan pangsapuri dan rumah pangsa lama akan dirobohkan.


Seorang penduduk lagi, S. Balakrishnan, 48, berkata jika sekitar 20 tahun yang lalu mereka menganggap Taman Sri Kemuning merupakan perumahan terakhir mereka sementara menunggu mati dan bekalan tinggal untuk anak isteri, rupa-rupanya akan berlaku sebaliknya.


Katanya, penduduk mula melihat masa depan yang kabur kerana terpaksa merempat pula mencari kediaman baru, dalam keadaan usia yang semakin lanjut.

“Pihak kerajaan tidak lagi dapat diharapkan sebagai kawan semasa susah dan senang kerana mereka hanya mahukan keuntungan.


“Kerajaan yang ada hari ini sebenarnya tidak memikir dan tidak mengutamakan rakyat kecuali ketika merayu undi pilihan raya. Pertimbangan utama mereka ialah benda lain sementara kebajikan rakyat menjadi pilihan tarakhir,” katanya.


Di akhir program tersebut penduduk menyerahkan memorandum kepada Tuan Ibrahim bagi mengadu masalah dan kesusahan yang ditangggung tidak diindahkan, pekikan dan rayuan penduduk tidak didengari oleh kerajaan BN.

Mereka harapkan jika Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan selepas pilihan raya akan datang, nasib mereka akan diperhatikan demi kehidupan, kebajikan dan pembelaan yang lebih baik

No comments:

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak