Monday, September 17, 2012

Umno BN peralat murid untuk rembat projek pendidikan - KeadilanDaily.com | KeadilanDaily.com


(Oleh Sidiqin Omar)
KUALA LUMPUR 17 September: Kerajaan Umno BN memperalat murid sekolah melalui program pendidikan sebagai topeng untuk merembat wang rakyat, kata bekas Presiden Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Nordin Mahmud.
Wayang Muhyiddin untuk mendapat perhatian murid sekolah
Ia berikutan pengumuman program 1BestariNet oleh Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini.
1BestariNet adalah projek pemasangan rangkaian sistem internet 4G di 10,000 sekolah seluruh negara.
“Murid-murid diperalat atas nama program pendidikan. Untuk nampak halal, pihak tertentu menggunakan saluran ini bagi mengaut kekayaan. Kalau satu sekolah membabitkan RM1,000, bayangkan kalau 10,000 sekolah berapa banyak belanja diguna untuk program ini?
“Perkara ini dirancang. Mereka (kerajaan) sendiri buka tender, kemudian pilih pembekal dan kontraktor di kalangan kawan-kawan mereka sendiri. Semua ini wayang,” katanya.
“Kita ada pengalaman dalam PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris). Hanya setahun lepas guna, (komputer riba) rosak,” katanya ketika dihubungi.
Beliau merujuk perkara ketujuh dari sembilan anjakan yang dirangka melalui Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
Perkara itu mengandungi komitmen kerajaan bahawa semua murid akan mempunyai akses kepada rangkaian 4G di sekolah yang kononnya menyediakan landasan untuk pelaksanaan pembelajaran secara interaktif.
Muhyiddin sebelum ini turut berkata, Kementerian Pelajaran akan mengadakan hari terbuka untuk membolehkan masyarakat meneliti, mendapatkan penjelasan dan memberi maklum balas kandungan laporan tersebut.
Justeru, Nordin menyeru bekas guru-guru sekolah, pensyarah maktab perguruan dan di Sekolah Agama Rakyat (SAR) meneliti laporan tersebut.
“Kita takut hal (kerugian) ini berulang. Apa yang dirancang Kementerian Pelajaran hari ini, signifikan dengan apa yang pernah berlaku pada dasar PPSMI,” tegasnya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=36206

1 comment:

Captain said...

menyamun secara bijak...itulah mereka..

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak