Dasar subsidi yang asalnya bertujuan untuk "membantu golongan miskin", telah menjadi "dasar membantu golongan kaya" di sebaliknya. Demikianlah kritikan pakar ekonomi terhadap dasar subsidi negara kita, malah menambah bahawa ia bertujuan untuk menyokong pasaran automobil tempatan yang gagal menerokai pasaran eksport.
Menurut pakar ekonomi, "subsidi" pada asalnya adalah dasar afirmatif untuk membantu golongan miskin, jadi pengeluar dan golongan kaya tidak seharusnya menerima subsidi dalam apa-apa bentuk - ia bakal mengubah formula konsumer dalam pasaran, menghakis daya saing dan keberkesanan.
Selain itu, pakar ekonomi menganggap kerajaan sebenarnya memahami keperluan "Subsidy Rationalisation", namun kekurangan tekad politik untuk menggerakkan langkah penambahbaikan. Lebih-lebih lagi ketika menjelang pilihan raya umum, menjadikan kerajaan tidak sanggup mengurangkan subisidi - dasar yang mungkin mengundang ketidakpuasan dan demonstrasi.
Ketika membentangkan satu laporan penyelidikan mengenai lima negara ASEAN dalam 27th National Economic Briefing pada 17 Julai, penyelidik kanan MIER (Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia), Khalid Abdul Hamid berkata, dari angka subsidi minyak, subsidi minyak Indonesia adalah tertinggi pada tahun 2011, iaitu sebanyak USD 16.9 bilion. Jika dibandingkan, Malaysia pada tahun yang sama mencatat subsidi minyak sebanyak 5.67 bilion.
Namun, seandainya dihitung berdasarkan populasi, subsidi minyak perkapita (Fuel subsidy per capita) Malaysia adalah tertinggi antara lima negara dalam ASEAN, secara puratanya USD 200 seorang.
"Harga minyak antarabangsa melonjak secara mendadak antara tahun 2007 hingga 2008. Maka bertambahlah subsidi minyak yang ditanggung kerajaan, secara puratanya RM1000 seorang untuk tempoh setahun," kata Khalid Abdul Hamid (gambar kiri).
Beliau berkata, dasar subsidi negara kita adalah dasar membantu "golongan kaya". Daripada bajet perbelanjaan keluarga, didapati golongan kaya lebih cenderung untuk berbelanja dalam hal "minyak", lantas secara umumnya, golongan berpendapatan tinggi menikmati lebih subsidi minyak daripada golongan berpendapatan rendah.
Selain itu, satu penyelidikan menunjukkan bahawa Malaysia adalah antara negara yang paling tinggi kadar pemilikan keretanya, dengan purata 1000 orang memiliki 600 buah kereta, dan kebanyakan pembiayaan pada minyak tertumpu pada golongan sederhana-atasan, berbanding golongan berpendapatan rendah. Pada masa yang sama, dasar negara kita lebih cenderung untuk membangunkan industri automobil, dan bukannya membina sistem pengangkutan awam seperti LRT.
Laporan penyelidikan itu menunjukkan selanjutnya bahawa subsidi kerajaan terhadap minyak dengan jelasnya telah merudumkan produktiviti dan keberkesanan ekonomi negara kita. Misalnya, dalam keadaan di mana subsidi minyak diperuntukkan, setiap RM 1 boleh membawa produk RM1.87, RM1.33 Gross Domestic Product (GDP), dan pendapatan RM0.428.
Namun dalam keadaan di mana subsidi dimansuhkan, setiap RM1 boleh membawa produk RM1.93, GDP RM1.41 dan pendapatan RM0.454, menunjukkan bahawa pemansuhan subsidi bakal membawa fenomena positif dengan peningkatan produktiviti ekonomi.
"Pengeluar tidak seharusnya menerima apa-apa bentuk subsidi, kerana subsidi bukan dasar yang direka untuk sektor pengeluaran. Pemansuhan subsidi bakal menawarkan satu peluang untuk pengeluar meningkatkan produktiviti dan keberkesanannya. Juga, orang kaya tidak harus menerima apa-apa subsidi, kerana subsidi wujud untuk membantu orang miskin. Golongan kaya sepatutnya menyuntik dana dan teknologi untuk meningkatkan kemahiran dan produktiviti, dan bukannya bergantung kepada subsidi."
Pengarah Eksekutif MIER Zakariah Abdul Rashid juga bersetuju dengan pandangan di atas, menambah bahawa subsidi yang wujud dalam sistem sedia ada akan menghakis daya saing negara kita. Selain itu, subsidi yang diperuntukkan kerajaan juga menjurus kepada keadaan di mana pengguna dan pengeluar tidak boleh membuat keputusan yang rasional.
"Bil elektrik saya kira-kira RM200, namun kerajaan telah memperuntukkan subsidi 60%, agar saya menikmati tarif elektrik yang lebih rendah. Jika tidak, harga elektrik saya boleh melebihi RM400. Dalam keadaan sedemikian, saya akan memilih untuk membazir elektrik, memasang penghawa dingin untuk rumah saya, malah membuka elektrik sepanjang hari. Ini kerana saya tahu bahawa lebih banyak saya menggunakan, lebih subsidi yang dinikmati. Ini adalah dasar subsidi untuk membantu mereka yang kaya."
Selain itu, Zakariah Abdul Rashid berkata, model subsidi minyak negara kita tidak "sihat", lebih untuk membangunkan dan memperkembangkan industri automobil negara kita. Akhirnya ia akan mengakibatkan minyak disalahgunakan, malah menyebabkan kesan negatif seperti kesesakan lalu lintas.
"Subsidi minyak adalah untuk mendukung industri automobil negara kita. Mungkin kerana kereta negara kita tidak dapat dieksport ke pasaran luar, dan perlu dijual di pasaran tempatan," katanya.
Secara terus-terang Khalid Abdul Hamid berkata, minyak adalah sejenis produk yang mana harganya sangat fleksibe. Jikalau kerajaan mengumumkan bahawa harga minyak akan diselaraskan, meskipun sedikit, ia bakal mencungkil ketakutan dan kegelisahan pengguna, lantas berebut-rebut ke stesen minyak.
Beliau berkata, kerajaan sepatutnya sedar akan kepentingan "Subsidy Rationalisation", tetapi kekurangan tekad politik untuk mengambil langkah penambahbaikan, lebih-lebih lagi menjelang PRU. Beliau menganggap keberanian politik diperlukan untuk menggerakkan rancangan "Subsidy Rationalisation".

*Neo Chee Hua ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting dari teks asal yang disiarkan pada 17 Julai 2012.
1 comment:
salam,
betul tu
KLIK RM2.2 billion ada udang disebalik batu?
Post a Comment