Friday, July 20, 2012

Artis Bukan Askar Upahan tapi RM2,500 sekali ceramah? | Cenangau Daunkari


Cerita pasai artis masuk PAS ni tak pernah mengujakan aku. Tak kira la Bob Lokman ka, Abby Abadi ka, Aisyah ka hattan kalau Ning Baizura sekali pun.

Malah mungkin kalau semua artis melayu Islam yang ada kat Malaysia ni masuk PAS pun aku tak heran. Lain la kalau artis bukan melayu dan bukan Islam masuk PAS, kalau ada mungkin kot boleh buat aku terkejut sikit.

Biasa la kalau dulu depa hidup dalam dunia glamer penuh lagha, tiba-tiba dapat hidayah memang tak heran la kalau depa rapat dengan PAS dan akhirnya masuk PAS.

Pasainya kalau depa layari internet boleh kata lebih 90% depa akan jumap Ustaz yang kalau bukan pemimpin PAS pun tentu boleh dikaitkan jugak dengan PAS
Jadinya kalau depa-depa tu masuk PAS memang aku tak heran. Kalau artis masuk Umno lagi la aku tak heran.

Apa pun, elok jugak baca apa yang Dr. Muhaimin Sulam tulis mengulas isu artis masuk PAS ni.



Artis Bukan Askar Upahan
oleh: Dr. Muhaimin Sulam

1. Maka satu demi satu, artis atau seniman menyertai PAS atau setidak-tidaknya berdiri atas pentas parti pembangkang ini.

2. Lalu, tawaran lakonan dan konsert sudah bertukar kepada jemputan menjadi penceramah politik. Ada yang sambil-sambilan dan ada yang sepenuh masa.

3. Tambahan pula, memang PAS yang menganjurkan program akan menyediakan 'sampul' kepada mereka sejurus seusai program berkenaan.

4. Ada yang buat list harga perkhidmatan perjuangan mereka. Memang ada di kalangan mereka yang tak faham bahawa ahli PAS tegar yang tidak pernah ponteng untuk duduk depan pentas ceramah adalah para marahen yang sangat pemurah. Mereka sanggupkan kosongkan kocek mereka demi tabung jihad parti.

5. Askar upahan seperti juga para demonstran di kota Jakarta. Protes mereka dibayar. Lagak ngeri mereka juga dibayar mengikut pakej yang ditawarkan. Artis bukan askar upahan yang membunuh berdasarkan bayaran yang diberikan.

5. Ada yang tidak mengira soal samada 'sampul' itu tebal atau nipis. Bagi mereka usaha yang mereka lakukan adalah untuk membantu perjuangan. Inilah yang dinamakan askar sebenar.

6. Tapi aneh, mengapa harus mereka menjadi pemidato politik atau ahli panel berbanding kehebatan mereka sebagai artis!

7. PAS telah mengubah artis menjadi makhluk lain atau artis itu yang sudah berubah menjadi ahli politik jadi-jadian?

Sumber: Blog MuhaiminSulam


Bab artis mintak bayaran sampai RM2,500 untuk sekali ceramah tu aku tak pasti pulak pasai aku tak pernah terlibat urusan cari penceramah dan tentulah jugak tak terlibat dengan urusan penbayaran saguhati segala.

Kalau nak tau lebih lanjut boleh baca kat blog Orang ni.


Sumber: http://cenangau.blogspot.com/2012/07/artis-bukan-askar-upahan-tapi-rm2500.html#ixzz21BcZU94Q


1 comment:

Suasana Politik Malaysia said...

As salam saudara Ayid,

minta jasa baik buat pautan blog:

suasanapolitikmalaysia.blogspot.com

Terima kasih.

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak