Friday, April 20, 2012

Nak bawa mana pulak kerusi tu. Lari malam pulak haha


Hamidah Gunakan Majlis Baca Yasin Untuk Ganggu Ceramah Pakatan Rakyat

Tiba-tiba ada kawan menalipon saya beritahu saya yang 7 khemah didewan Sungai Rokam tu sudah dipunggah pergi.

Saya mula panik, stat kereta lalu menuju ke 'tempat' untuk memantau keadaan.Kemana pula Hamidah ngangkut khemah yang tujuh itu? Dah tak mandang pun!

7 khemah Hamidah di dewan telah pun dipunggah keluar


Hanya hanya kerusi sahaja yang tinggal

Saya pun menunggu, kalau-kalau nanti pekerja yang mengemaskan khemah ini datang semula untuk mengankut kerusi yang masih ada tu.Saya memerhatikan dari depan markas saya sambil melihat kawan-kawan membuat persiapan untuk ceramah kami esok.

Nasib saya baik, tidak lama kemudian yang ditunggu-tunggu pun tiba. Saya pun bergegas pergi mendapatkannya.

orang lori datang dan memasukan kerusi keatas lori

"Kenapa khemah tu dibuka tiba-tiba saja Yop?" tanya saya kepada pekerja yang sedang sibuk mengangkat kerusi tu.

"Entahlah", katanya." Midah suruh pasang ke Changkat Larang", sambungnya lagi.

"Rugilah teman , ingatkan nak dapat makan percuma malam esok kat sini," balas teman.

"Nun ada kat sana," dia memuncungkan melutnya ke arah rumah Ketua Wanita Umno Sngai Rokam, Puan Maimunah.

"Itu ceramah PAS, mana ada jamuan makan percuma," teman nak mendapat kepastian darinya.

"Tu, rumah Maimunah, Midah buat bacaan Yasin kat sana, ada makan-makan," terangnya.

Sedang mengira jumlah kerusi sebelum dibawa pergi

Kami di markas meneruskan perancangan kami.Diaorang nak baca Yasin malam tu bacalah.Majlis kita akan terus dijalankan sepertimana yang dah dirancangkan.Merka tidak pernah buat majlis baca Yasin seperti kali ini - Pasang khemah di rumah jiran sebelah.Bukan buat dalam rumah seperti mana lazimnya.

Apa yang pasti, majlis baca Yasin itu adalah tajaan Hamidah untuh cuba menggunakannya sebagai alasan untuk dijadikan isu nanti.Tetapi, kita sudah ada cara bagaimana untuk menghadapinya.Percayalah, Hamidah tetap akan kantoi dengan izin Allah.

Kami tetap dengan kerja-kerja kami -
persedian untuk ceramah malam esok
Seterusnya: http://alhusseyn51.blogspot.com/2012/04/hamidah-gunakan-majlis-baca-yasin-untuk.html

No comments:

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak