Saturday, February 18, 2012

KIH KIH UMNO TEKSI PUN MAU TIPU

Batal khidmat percuma ke RTC, pemandu teksi Gopeng tuntut ganti rugi



Persatuan Pemandu-Pemandu Kereta Sewa Gopeng hari ini menuntut kerajaan negeri supaya membayar ganti rugi sebanyak RM10, 500 sebagai kos kerugian berikutan pembatalan perkhidmatan secara percuma seperti yang dijanjikan kepada mereka sebelum ini.

Pengurusnya, Abdul Razak Abdullah, berkata sebelum ini kerajaan negeri melalui Unit Perancang Ekonomi (UPEN) telah mengeluarkan surat menyatakan kenderaan awam itu akan menyediakan khidmat mengangkut penumpang secara percuma selama tiga hari, iaitu dari 16 hingga 19 Februari sempena perasmian Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng.

“Pada 19 Januari lalu, mereka menghantar surat dan menyatakan peruntukan sebanyak RM12,000 akan diberikan kepada 21 pemandu teksi di kawasan ini sebagai kos untuk menyediakan perkhidmatan percuma selama tiga hari.

“Tetapi, pada 10 Februari lalu, kami difahamkan keputusan untuk memberi perkhidmatan teksi secara percuma masih di dalam pertimbangan dan pihak UPEN akan memberikan jawapan selewat-lewatnya pada 15 Februari iaitu semalam.

“Kita tunggu jawapan mereka dan sehingga ke hari ini, masih belum ada sebarang maklum balas dan ia amat mengecewakan kami kerana perkhidmatan bas secara percuma tetap diteruskan,” katanya.

Tambah Abdul Razak, berikutan perkhidmatan bas secara percuma disediakan, pendapatan mereka terjejas disebabkan penduduk sekitar enggan menggunakan teksi.

Malah katanya, kesemua ahli persatuan terbabit juga telah melaburkan wang bagi tujuan penyelenggaraan serta baik pulih teksi masing-masing.

“Apabila mereka kata maklum mahu guna perkhidmatan teksi untuk program RTC, kami pun mengambil inisiatif untuk membaiki kenderaan masing-masing supaya dapat menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

“Namun apa yang terjadi hari ini sebaliknya….sudahlah kos membaik pulih kami tanggung, kerugian akibat kehilangan pelanggan selama tiga hari sudah pasti memberi kesan yang amat besar kepada kami,” katanya lagi.

Apa yang lebih menghairankan katanya ialah hanya perkhidmatan bas sahaja diberikan secara percuma sedangkan kenderaan itu tidak dapat memasuki kebanyakan kawasan perkampungan terutama di penempatan Orang Asli.

Malah, ekoran dakwaan perkhidmatan teksi percuma yang diwar-warkan sebelum ini, kebanyakan penduduk sekitar Gopeng mula mendakwa bahawa persatuan itu membuat pembohongan kerana mereka masih perlu membayar tambang untuk ke RTC.

Justeru, katanya, notis pembatalan secara rasmi perlu dikeluarkan selain pembayaran ganti rugi diberikan bagi menampung kos kerugian yang dialami 21 pengusaha teksi sekitar Gopeng.

http://peraktoday.com/wp/?p=47435

No comments:

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak