Wednesday, January 25, 2012

REALLY SAMSENG JALAN KEBUN DI TAHAN POLIS


Tuan Berbaju Hitam Yang Sasa Dan Rakanya Di Tahan Polis Malaysia.

Siapa Mereka?

Nah lihat video bawah ni…


Owh.. ni lah Samseng Jalan Kebun tu… Tuan Berbadan sasa dan rakan rakannya..

Ye, mereka inilah yang digelar Samseng Jalan Kebun, dan begitulah gelagat mereka apabila berdepan dengan ABU Hindraf baru baru ini, ketika majlis ABU Hindraf itu dijalankan, baru je nak mula masa tu, di Jalan Kebun Shah Alam.

So, Polis Malaysia dah tangkap mereka ni ke?

Polis Selangor telah menahan seorang lelaki berusia lewat 20-an bagi membantu siasatan insiden serangan ketika ceramah Asal Bukan Umno (ABU) di Dewan Orang Ramai Majlis Bandaraya Shah Alam, Jalan Kebun di sini, Sabtu lalu.

Bila dia kene tahan?

Dia ditahan pagi semalam selepas dikenal pasti antara yang menimbulkan kekecohan. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, pihaknya sedang mengenal pasti beberapa suspek lagi dan siasatan sudah mula dijalankan selepas kejadian tersebut berlaku.

Dia ditahan dibawah seksyen ape?

Lelaki tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan keterangan daripada saksi juga sudah diambil. “Tangkapan susulan akan dibuat selepas ini kerana dipercayai kekecohan ini ditimbulkan oleh beberapa individu yang dikenal pasti orang awam yang hadir,” katanya.

Kenapa Polis Malaysia tak tahan awal2?

Beliau berkata, ceramah yang dianjurkan itu tidak dimaklumkan kepada pihaknya tetapi keadaan dapat dikawal selepas anggota polis tiba di tempat kejadian.

Ada apa apa kerosakan pada majlis tu?

Zahedi juga menegaskan, tidak berlaku sebarang kerosakan di dalam atau luar dewan ketika kejadian termasuk dakwaan gerai yang dimusnahkan oleh sekumpulan lelaki yang tidak dikenali.

Menurutnya, empat laporan diterima selepas kejadian tersebut dan hasil daripada laporan, pihaknya mengambil tindakan dan membawa kepada penahanan seorang suspek untuk siasatan.

So Ketua mereka yang berbadan sasa tu dah ditahan ke belum?

Nama dan identiti suspek tidak didedahkan.

Gambar ketua dia dah tersebarkan, berikutan ada kawan dia sendiri yang bagi link facebook dia pada orang ramai kan?

Tak pasti, tapi akaun facebook Tuan Berbaju Hitam dan berbadan sasa tu memamng dan tersebar.

Owh… Harap Pihak Polis dapat mejalankan siasatan dan siapa dalang disebalik kekecohan ini yang sebenarnya.

Harap begitulah, supaya tidak ada kekeliruan daripada pandangan rakyat Malaysia, Salah Tetap Salah!

Mudah Mudahan…


Sekian.



sarip dol3: http://really.tigaline.com/really-samseng-jalan-kebun-di-tahan-polis/sarip-dol3-2/

2 comments:

Libang Libu said...

Tuan empunya blog,

Jika tidak keberatan, mintak link blog saya dengan blog tuan.

http://libanglibu.blogspot.com/

t/kaseh.

Amuraria said...

HARAP PDRM SIASAT TANPA 'FEAR & FAVOUR" JANGAN PANDAI -PANDAI SERBU KELUAR KENYATAAN MACAM KETUA POLIS DAERAH SHAH ALAM KONON TIADA APA -APA KEKECOHAN ,KALU TANPA KEKECOHAN PASAL APA ADA LAPORAN POLIS ? JANGANLAH JADI BAHAN LAWAK RAKYAT MALAYSIA WAHAI POLIS ? KERJA IKUT UNDANG-UNDANG DAN BERAMANAH TENTU ADA BERKAT DARI ALLAH SWT,DAN REZEKI PUN HALAL UNTUK ANAK ISTERI INSYALLAH !

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak