Friday, March 4, 2011

Guna Agama Tarik Undi : Harussani Digesa Letak Jawatan, Sertai Politik PRU 13 boleh Tanding!!!



KOTA BHARU 4 MAC : PAS Kelantan menggesa Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria meletak jawatan sebagai Mufti dan menyertai politik sekiranya beliau berterusan memberi kenyataan memihak kepada umno Barisan Nasional.

Ketua Penerangan PAS Kelantan, Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, fatwa yang dikeluarkan oleh Harussani mengelirukan umat Islam, dan menasihatkan beliau tidak menggunakan institusi mufti sebagai wadah untuk menunjukkan sokongan terhadap parti perkauman itu.

Fadzli berkata, sebagai ilmuan agama, Harussani sememangnya sudah mengetahui setiap perbuatan dilakukan manusia tidak terlepas dari hukum halal dan haram.

"Beliau hendaklah jujur dengan ilmunya,"kata Fadzli.

Beliau turut menggesa Harussani agar berterus terang dengan pendirian dengan meletakkan jawatan dan terjun ke bidang politik.

Selasa lalu, Harussani menasihatkan pemimpin PAS khususnya Mursyidul Am, Datuk Nik abdul Aziz Nik Mat supaya tidak menggunakan hukum agama untuk meraih undi kerana dibimbangi menyebabkan masyarakat Islam terkeliru.

Nik Aziz dalam reaksinya berkata, Harunssani tidak harus berkata sedemikian kerana seluruh amalan hidup manusia tertakluk kepada hukum.

"Segala- galanya berkenaan dengan hukum, samaada wajib, sunat, haram, makhruh,"kata Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan.

Nik Aziz turut memetik sirah junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W yang bertindak meninggalkan Kota Mekah semata- mata mahu menegakkan negara di Madinah.

"Nabi tinggalkan Mekah untuk tegakkan Madinah. Ertinya perjuangan tegakkan negara adalah sebahagian daripada perjuangan baginda,"ujar beliau.

Kisah itu jelas menunjukkan perjuangan menegakkan negara adalah sebahagian daripada perjuangan baginda dan harus dicontohi oleh semua pemimpin Islam yang lain.

TVS NEWS

1 comment:

Unknown said...

Harus-sani dia bengkek sama TGNA pasal 'kerajaan perpaduan' PAS-UMNO kat Perak tahun 2008 lagi. Ada saja tak kena.

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak