Thursday, December 29, 2011

Isu Tidak Amanah!!! Menteri Agama KampungKu Langsung Tak Disentuh, Tapi Amil Dan Imam Ini Di Penjara 4 Tahun Dan Disebat.. Pandangan Anda Bagaimana???



Berita yang dipaparkan dibawah ini ialah laporan tentang seorang amil, Redzuan Mohd Said yang telah diburu oleh pihak Polis kerana menghilangkan diri dengan membawa wang kutipan zakat berjumlah RM18,000 pada Ogos lalu.


Disebabkan malu wajahnya disiarkan di akhbar, Ridzuan yang juga merupakan seorang bekas Imam disebuah Masjid di Kulaijaya akhirnya telah menyerah diri kepada Polis bagi membantu kes penipuan wang zakat itu dan kemudiannya ditahan reman untuk membantu siasatan.

Redzuan yang kemudiannya memulangkan wang tersebut telah dihukum empat tahun penjara dan tiga sebatan atas kesalahannya itu.

Itu situasi yang dihadapi oleh rakyat marhaen yang menyalahgunakan atau melarikan wang zakat..

Namun situasinya amat berbeza dengan seorang pemimpin dari UMNO yang telah disahkan menyalahguna wang zakat oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara dan juga Ketua Audit Negara (lihat dokumen di SINI)

Jangan kata hendak diburu.. disentuhpun tidak!

Tak perlu dihebahkan oleh media dimana tempat tinggal dan bagaimanakah rupanya, namun hingga kini tiada tindakan yang dikenakan terhadapnya..

Walaupun aku bukan penyokong Yahudi.. tapi aku kagum dengan ayat dari pemimpin Yahudi ini..

"There are no two states of Israel, just one state,'' kata Shimon Peres, pengganti Katsav's sebagai Presiden. "There are no two kinds of citizens here. . . . All are equal in the eyes of the law.''

So.. There are no two states of Malaysia, just 1Malaysia.. but are we have two kinds of citizens and law here?

http://sedakasejahtera.blogspot.com/2011/12/isu-tidak-amanah-menteri-agama.html

Lagi: Disini http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2011/12/dokumen-bukti-jamil-khir-salahguna-wang.html

3 comments:

Anonymous said...

Selagi anda berjawatan tinggi, makin selamat jenayah yang dilakukan. jika kenapan berhari sahaja. Kalau anda kulibatak, sedikit tepalik bertahun meringkuk dipenjara

Inilah sistem keadialan sosial yang dibanggakan. Pendakwaan dan hukuman terpilih.

Adilkah penghakiman memilih bulu.

hb

sudin said...

pasai tu la berebut2 nak pegang jawatan, nak pertahan jawatan..selagi boleh jilat PM, buat apa pon sure selamat punya...Ingat!! hidup kat dunia ni singkat aje...

Unknown said...

Alhamdulillah makin ramai rakyat/ warga kita sedar :

a) Zakat itu walau amil berhak atasnya tapi jangan la bawak lari semua duit kutipan. Ambik upah hang kat pejabat..hehe.

b) Israel pun cuba layan rakyat dia sama rata/ seadilnya. Pemimpin besar ada yang sudah dihukum. Mesir pun. Malaysia ada dah undang civil tapi terpakai hanya untuk kantoi orang biasa. Pemimpin kerajaan & dari parti UMno-BN yg sentiasa buat salah tu sentiasa juga lolos atau diberi pelepasan? Janga kata disentuh malah dijulang diagung-2'kan pula? Maka jangan heran Raja, Sultan seperti di atas segala undang-2 sebab sudah diwarta sebagai 'dewata' Melayu!

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak