Jamil Hussain cedera akibat dipukul di Pasir Gudang, Johor, malam semalam |
JOHOR BAHRU 12 Nov. - Kehadiran Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu di Pasir Gudang malam tadi sehingga menimbulkan pergaduhaan amat dikesali dan beliau dianggap tidak sepatutnya datang ke negeri ini kerana rakyat Johor masih marah dengan kenyataannya.Juga dilaporkan:
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kedatangan Mohamad atau Mat Sabu tidak dialu-alukan apatah lagi dalam situasi politik masa kini yang panas dengan pelbagai isu terutamanya kontroversi yang dicetuskan oleh pemimpin kanan Pas itu.
"Saya kecewa dan ini tidak sepatutnya berlaku. Mereka harus faham suhu politik sekarang tengah naik dan ditambah lagi dengan fitnah dan tohmahan yang dilemparkannya (dalam ceramah).
"Apabila pihak (yang tidak menyokong Mat Sabu) mendengar putar-belit dan tuduhan, sudah tentu akan menimbulkan perkara yang tidak diingini," katanya ketika ditanya mengenai kekecohan semasa ceramah Mat Sabu di Pasir Gudang, malam tadi. - Utusan.
Kira-kira 50 ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pasir Gudang berhimpun membantah kehadiran Mat Sabu semasa berceramah di Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Perjiranan 9, Taman Air Biru, Pasir Gudang, malam tadi.Tah pasai apa, Utusan nampak macam malu pulak nak sebut nama NGO tu, sebut ja la NGO tu PERKASA, tak payah nak berselindung-selindung. Mungkin kut pasai PERKASA terbukti perkasa sebenarnya tak perkasa pasai boleh cedera dan pengsan, hahaha...
Bantahan itu menyebabkan kumpulan NGO tersebut dan para penyokong Mat Sabu bergaduh sehingga menyebabkan seorang cedera di kepala dan seorang lagi pengsan.
Mereka yang cedera itu adalah penyokong kumpulan NGO tersebut. Bagaimanapun kekecohan tersebut dapat dikawal dengan kehadiran kira-kira 150 anggota polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU). - Ibid.
Apa pun, aku nak ucap tahniah kepada pemberani yang belasah ahli PERKASA tu. Aku bukan sokong kekerasan dan langsung tak galakkan ahli dan penyokong PAS pukui orang. Tapi kalau dah sampai tahap menceroboh premis kita lepas tu pulak buat kurang ajar kacau program kita, memang sepatutnya kita mempertahankan maruah kita.
Depa ingat selama ni depa kuat di Johor, Johor tu hak mak bapak depa. Walaupun PAS selama ni lemah di Johor tak bermakna PAS tak ada hak di Johor. Sama jugak macam di Kelantan, PAS takdak hak nak halang program Umno di Kelantan walaupun PAS cukup kuat di Kelantan.
Biar insiden ni jadi iktibar kepada umno. Jangan ingat hangpa saja ada samseng, dalam PAS pun ramai samseng. Cumanya selama n i depa sorok samseng depa pasai wala' kepada pimpinan. Jangan selalu sangat 'cabar' kejantanan PAS, aku takut nanti sampai tahap Mat Sabu pun tunjuk samseng sama, masa tu sapa pun dah tak boleh nak halang 'samseng rakyat'...
[Sumber imej: CelahGelegar]
source: http://cenangau.blogspot.com/2011/11/perkasa-cedera-dibelasah-di-johor-pasai.html#ixzz1dZHLfYAr
No comments:
Post a Comment