Baru nak bayar
Talian hayat
UMNO pada
Petani pula
kaka kaka
Bila Audit bersuara, depa kalut nak bayar kaka kaka
Tarikh : November 29, 2011
ULU TIRAM - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan menjelaskan tunggakan pembayaran Insentif Peningkatan Hasil Padi (IPH), kepada pesawah berjumlah RM110 juta mulai 4 Disember.
Menterinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, pembayaran insentif IPH itu disifatkan sebagai berita baik kepada 73,291 pesawah di negara ini.
Menurutnya, buat permulaannya, kira-kira 1,000 pesawah berjaya meningkatkan hasil padi sejak 2007 di Selangor akan menerima bayaran berkenaan secara tiga peringkat.
“Peningkatan hasil padi melebihi setan metrik melayakkan pesawah ini, menerima insentif IPH RM650.
“Sekiranya 10 tan metrik, sejumlah RM1,300 nilai insentif tambahan turut diberikan,” katanya ketika Majlis Pelancaran Projek Penanaman Nanas MD2 Kulim (Malaysia) Berhad di Ladang Ulu Tiram di sini, semalam.
Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri, Datuk Abd Aziz Kaprawi dan Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation (JCorp), Kamaruzzaman Abu Kassim.
Sebelum ini, beliau memberi jaminan kementeriannya akan menjelaskan tunggakan pembayaran insentif IPH kepada pesawah.
Katanya, kerajaan sudah meluluskan peruntukan tambahan RM117 juta, baru-baru ini, untuk dibayar kepada pesawah yang belum menerima insentif itu.
Noh berkata, tertunggak bayaran insentif RM110 juta seperti dilaporkan Ketua Audit Negara 2010 sebenarnya disebabkan, tidak dapat membuat pembayaran berikutan belum mengenal pasti jumlah sebenar pesawah yang berjaya meningkatkan hasil padi.
Sinar Harian
No comments:
Post a Comment