Monday, September 5, 2011

Kah kah kah Kj Bukan Lawan saya. Mat Sabu: Debat: Mat Sabu hanya mahu jumpa Muhyiddin

Ini baru benar2 wira dan anak jantan.Lawan Mahyudin baru sama taraf. Mat Sabu” berkata “Timbalan Presiden Umno, OK” – apabila ditanya sama ada bersedia berdebat dengan Muhyiddin yang juga anak jati Johor. Muhyiddin juga timbalan perdana menteri dan bekas menteri besar Johor.Kih kih



KUALA LUMPUR, 5 Sept – Selepas menolak cabaran Khairy Jamaluddin, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata beliau hanya bersedia berdebat dengan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung kenyataan kontroversi berkaitan dengan tragedi Bukit Kepong dan gesaan agar fakta sejarah diteliti semula.

Khairy, Ketua Pemuda Umno pula mengecam Mohamad sebagai seorang pemimpin politik “bacul dan tiada maruah” kerana tidak sanggup bertemu dengannya.

Dalam khidmat pesanan ringkas kepada The Malaysian Insider, Mohamad (gambar) yang lebih dikenali “Mat Sabu” berkata “Timbalan Presiden Umno, OK” – apabila ditanya sama ada bersedia berdebat dengan Muhyiddin yang juga anak jati Johor. Muhyiddin juga timbalan perdana menteri dan bekas menteri besar Johor.

Ditanya di mana lokasi debat itu boleh diadakan, Mohamad hanya menjawab: “Terserah.”

The Malaysian Insider pagi ini melaporkan Khairy menerima cabaran berdebat berhubung kenyataan kontroversi Mohamad, yang menyentuh tragedi Bukit Kepong dan desakan bertubi-tubi agar dikaji semula fakta sejarah, dan bersedia untuk bertemu di kubu kuat PAS di Kelantan.

Namun, Mohamad menolak cabaran itu dan menyerahkan kepada Pemuda PAS untuk berdebat dengan Khairy.

Mohamad mencetuskan kontroversi apabila memberitahu dalam satu ceramah bahawa pejuang kemerdekaan telah melancarkan serangan itu di balai polis Bukit Kepong — membunuh 25 orang — semasa pemberontakan komunis pada 1950.

Ahli politik itu telah dituduh membela komunis oleh pemimpin Umno dan ia disiarkan dalam Utusan Malaysia walaupun Mohamad menafikan ada menggunakan perkataan komunis dalam ceramahnya.

Mohamad, dalam ceramahnya mengatakan Muhammad Indera atau Mat Indera — salah seorang individu yang dipujinya ketika ceramah pada 21 Ogos lalu telah dikatakan sebagai seorang pejuang kemerdekaan, sebagaimana disebutkan dalam Berita Harian pada 13 Ogos 2010.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat berkata beliau bersedia untuk berdebat dengan Khairy untuk mencari kebenaran sejarah tentang tragedi Bukit Kepong dan Muhammad.

Selain beliau juga mencadangkan agar debat itu diadakan di Muar, tempat lokasi Bukit Kepong.

“Khairy sanggup turun, kami sediakan pentas.

“Saya menegaskan di sini jika sekadar isu Mat Indera ini yang menjadi pentas Patriot Khairy untuk menyerang PAS, biar Pemuda PAS Johor sahaja yang berhadapan dan selesaikan perkara ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Tegas Suhaizan, Khairy hanya “ikan bilis” dan tidak layak untuk berdebat dengan Mohamad.

Sementara itu, ‘perang’ mesej menerusi media sosial Twitter berterusan hari ini dengan Khairy menegaskan, “yang pasti, saya sedar hari ini PAS pilih Timbalan Presiden yang bacul dan tiada maruah. Takut sebab salah. Tewas sebelum tempur.”

Dalam satu lagi mesej Twitter, Khairy yang pernah muncul di pentas dengan Naib Presiden PAS Datuk Paduka Husam Musa, yang juga Exco Kerajaan Kelantan berkata, “sekurang-kurangnya Husam ‘anak jantan’. Ini Mat Sabu... dengan Ketua Pemuda Umno sudah lari. Adakah ini timbalan presiden yang anda pilih? Malu.”

Khairy seterusnya berkata biar sejarah akan menunjukkan beliau telah menerima jemputan untuk mengupas isu semasa ini, tetapi ditolak oleh Mohamad.

“Jadi, biarlah rekod sejarah jelas. Saya setuju dengan jemputan kerajaan PAS Kelantan lawan Mat Sabu. Tapi dia takut dan lari. Jangan putar sejarah ini,” katanya lagi.

Dalam pada itu, laporan Harakahdaily memetik Mohamad menyifatkan Umno menggali kubur mereka sendiri apabila mempertikaikan kenyataan beliau bahawa Mat Indera adalah salah seorang pejuang kemerdekaan negara.

Kata laporan itu, beliau kini memiliki buku terbitan Yayasan Warisan Johor yang berjodol “Pengukir Nama Johor” yang penaungnya adalah Menteri Besar Johor, Datuk Seri Abdul Ghani Othman sendiri yang menamakan Mat Indera sebagai salah seorang hero Johor.

Ghani turut memberikan kata-kata aluan dalam buku yang diterbitkan pada 2004.

Mohamad dijangka akan membuat satu sidang media segera bagi menunjukkan bukti ke atas kenyataan beliau sebelum ini bahawa Mat Indera adalah salah seorang hero dalam memperjuangkan kemerdekaan negara.

1 comment:

leekonu said...

semua bekas jajahan USSR adalah KOMINIS termasoklah MatIndera dan penyokong Mat Indera Bintang Tiga yang bukan saja bunoh polis tapi isteri-isteri dan anak-anak polis jugak.

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak