
Kurang empat jam selepas Malaysiakini melaporkan seorang penduduk tetap (PR) yang memegang kad MyPR merah telah didaftarkan sebagai pengundi baru, dia nampaknya telahpun menjadi warganegara.

Semakan pada sistem pengesahan dalam talian JPN sebanyak dua kali - pada jam 5.48 petang semalam dan 11.30 pagi ini - menunjukkan nama Mismah adalah berstatus PR yang telah mengambil kad MyPRnya (No 640704715238), kad pengenalan bagi PR.
Apabila nombor yang sama dimasukkan ke dalam sistem pengesahan dalam talian SPR, Mismah yang sama adalah pengundi berdaftar yang baru.
Bagaimanapun, satu lagi semakan dengan sistem JPN pada jam 3 petang ini menunjukkan hasil yang mengejutkan - Mismah telah menjadi warganegara dengan Mykad biru.
Statusnya pada sistem pengesahan dalam talian SPR kekal sama pada jam 3 petang - pengundi yang baru berdaftar dalam senarai daftar tambahan pemilih yang dipamerkan oleh semakan umum.
Sumber
1 comment:
Apa yang dilakukan oleh Najib dan Hishammuddin melalui sistem biometric ni boleh dianggap sebagai kerja pengkhianat negara.Rasanya belum ada negara didunia melakukan kerja macam ini sekadar nak kekalkan kuasa.Implikasinya akan dilihat dalam jangka sedikit masa lagi kerana jumlahnya bukan pula sedikit,hampir 2 juta.Kerja-kerja mengkhianat negara ini wajar diberhentikan serta-merta dan UMNO bertanggungjawab menurunkan Najib dari jadi Presiden dan PM.
Post a Comment