Monday, August 22, 2011

‘Ini memalukan’

KUALA LUMPUR: “Ini adalah berita yang memalukan apabila ada orang Islam tidak percaya kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam...apa lagi individu yang tidak percaya itu adalah golongan profesional.

“Ada kemungkinan dia sudah menukar agamanya (murtad)....kita tidak tahu,” tegas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim.


Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan seorang doktor menyerahkan lima anaknya di bawah jagaan gereja selepas dikatakan mengalami masalah rumah tangga dengan isterinya.

Malah lelaki itu dengan tegas tidak mahu menyerahkan anaknya kepada pusat jagaan kerajaan atau organisasi swasta Islam, meskipun gereja (yang menjaga anaknya) bersedia berbuat demikian.


Dr Mashitah yang juga Penasihat Pertubuhan Baitul Fiqh (Baitul Fiqh) berkata, suami isteri yang bermasalah tidak boleh menjadikan anak mangsa, lebih-lebih lagi apabila mengambil tindakan kurang rasional hingga boleh memesongkan akidah anak itu.


“Sebagai bapa, doktor itu sepatutnya menyelamatkan akidah anaknya bukan menyerah semua cahaya matanya itu di bawah tanggungjawab pihak tidak wajar....gereja pula tu, sedangkan kita ada pelbagai NGO dan organisasi swasta Islam.

“Dalam hal ini juga, saya pelik mana perginya keluarga besar dia — mak, ayah, kakak dan adik untuk membantu, menegur dan sebagainya. Tetapi saya berpendapat individu begini, mungkin dia menolak hubungan keluarga kerana itu memilih gereja. “Kita memang tidak boleh buat apa-apa kerana agama anak di bawah usia 18 tahun adalah mengikut bapa dan menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk membimbing, namun bagi menyelamatkan kanak-kanak ini, Baitul Fiqh akan berbincang,” katanya ketika dihubungi, di sini semalam.


Beliau berkata, Baitul Fiqh ada menerima saranan daripada pihak tertentu supaya memohon di Mahkamah Syariah bagi menuntut hak penjagaan ke atas anak berkenaan.

“Kita memang ada menerima saranan ini demi menyelamatkan akidah kanak-kanak terbabit, oleh sebab itu saya akan panggil Yang Dipertua Baitul Fiqh dan ahli lain untuk berbincang mengenai hal ini.


“Kita kalau boleh tak mahu kerana ini anak orang, kita kena berebut hak jagaan anak orang pula, tapi hal lebih seriusnya adalah soal akidah mereka....itu mesti diselamatkan,” katanya.


Metro Ahad semalam melaporkan, nasib lima beradik beragama Islam terpaksa menyambut 1 Syawal di bawah pengawasan sebuah gereja di Petaling Jaya selepas bapa mereka menyerahkan mereka yang lima hingga 15 tahun itu untuk dijaga. Yang menyedihkan, lelaki itu yang juga doktor, enggan menyerahkan anaknya kepada NGO lain Islam biarpun pihak gereja bersedia berbuat demikian.

myMetro

No comments:

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak