Khutbah Pertama
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَجَعَلَ الظُّلُمَاتِ وَالنُّورَ ۖ ثُمَّ الَّذِينَ كَفَرُوا بِرَبِّهِمْ يَعْدِلُونَ . اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلى عَبْدِكَوَرَسُوْلِكَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ
أَمَّا
بَعْدُ فَيَا أَيُّهَا المُؤْمِنُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ أُوْصِيْكُمْ
وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ وَطَاعَتِهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ
MARILAH
kita sama-sama meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah
Subhanahu Wata’ala dengan sebenar-benar taqwa, iaitu istiqamah dalam
mengerjakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.
Dengan yang demikian, mudah-mudahan kita akan menjadi umat yang terbaik
dan unggul serta mendapat keredaan Allah Subhanahu Wata’ala di dunia dan
di akhirat.
Muslimin / muslimat yang dirahmati Allah,
Firman Allah dalam ayat 38 – 40 surah Yaasiin:
وَآيَةٌ لَهُمُ اللَّيْلُ نَسْلَخُ مِنْهُ النَّهَارَ فَإِذَا هُمْ مُظْلِمُونَ وَالشَّمْسُ تَجْرِي لِمُسْتَقَرٍّ لَهَا ۚ ذَٰلِكَ تَقْدِيرُ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِ وَالْقَمَرَ قَدَّرْنَاهُ مَنَازِلَ حَتَّىٰ عَادَ كَالْعُرْجُونِ الْقَدِيمِ لَا الشَّمْسُ يَنْبَغِي لَهَا أَنْ تُدْرِكَ الْقَمَرَ وَلَا اللَّيْلُ سَابِقُ النَّهَارِ ۚ وَكُلٌّ فِي فَلَكٍ يَسْبَحُونَ
Maksudnya an
lagi dalil yang terang untuk mereka (berfikir) ialah malam; Kami
hilangkan siang daripadanya, maka dengan serta-merta mereka berada dalam
gelap-gelita; Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari;
ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah
takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui; Dan bulan pula Kami
takdirkan dia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir
peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya – (berbentuk
melengkung) seperti tandan yang kering.(Dengan ketentuan yang
demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula
tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar
terapung-apung di tempat edarannya masing-masing
Kita
baru sahaja menyaksikan kejadian gerhana matahari pada bulan lepas dan
pada malam ini pula kita dapat sama-sama saksikan bagaimana kejadian
gerhana bulan. Kejadian ini mengajak kita untuk menambahkan lagi
keimanan tentang kehebatan dan kekuasaan Allah Subhanahu Wata’ala
sebagai Pentadbir seluruh alam, segala peredaran cakerawala, bumi,
bulan, matahari dan seumpamanya. Peredaran bulan dan matahari yang
teratur setiap hari secara berganti-ganti, matahari beredar di waktu
siang, manakala bulan beredar di waktu malam adalah atas kudrat dan
iradat Allah Subhanahu Wata’ala jua. Ia mempunyai hikmat dan tujuan
tersendiri antaranya bagi tujuan membolehkan manusia untuk bekerja pada
siang hari dengan mudah dan pada malam hari pula dapat berehat dan
bermunajat kepada Allah dengan tenang.
Pergerakan
matahari dan bulan yang teratur dan tetap juga dapat digunakan oleh
manusia untuk dijadikan kalendar tahunan samada berdasarkan pergerakan
matahari bagi kalendar Masihi dan mengikut peredaran bulan bagi taqwim
Hijrah. Oleh itu setiap kejadian yang berlaku termasuk gerhana bulan
pada malam ini adalah untuk mengetuk hati kita agar bersyukur dan
mengingati Allah sepanjang masa dan tempat. Kita sentiasa diminta agar
berfikir tentang kejadian alam ciptaan Allah dalam mengenali sifat-sifat
Allah dan juga mengakui diri kita sebagai hamba yang serba lemah
Muslimin / muslimat yang diberkati Allah,
Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Ibrahim ayat 33:
سَخَّرَ لَكُمُ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ دَائِبَيْنِ ۖ وَسَخَّرَ لَكُمُ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ
“Dan
Dia juga yang menjadikan matahari dan bulan sentiasa beredar untuk
kepentingan kemudahan kamu dan yang menjadikan malam dan siang bagi
faedah hidup kamu.”
Kejadian
gerhana bulan dan matahari menunjukkan kepada kita bagaimana kedua
kejadian ini walau pun hebat tetapi berada arahan dan perintah Allah.
Walau bagaimana pun hebat dan kuat sesuatu kejadian Allah namun ia
mempunyai kelemahan di mana kehebatan dan kekuatan yang tidak akan
kurang walaun sedikit hanya milik Allah. Betapa malangnya sekira ada
umat manusia yang menjadikan bulan, matahari dan sesuatu selain Allah
sebagai tuhan yang disembah akibat terpesona dengan kehebatannya yang
tidak seberapa sehingga mereka gagal memahami bahawa adanya kuasa yang
lebih hebat yang menciptakan setiap sesuatu yang mereka kagumi selama
ini iaitu Allah. Begitu juga lahirnya ramai manusia yang hanya merasa
bagaimana hebatnya pergerakan bulan, matahari dan segala cakerawala yang
lain di atas landasan orbitnya tanpa berlakunya perlanggaran antara
satu sama lain tetapi golongan ini gagal menjejaki tentang adanya Allah
yang mengatur segala pergerakan tersebut. Inilah antara kelemahan akal
manusia yang terbatas had kemampuannya di mana tanpa panduan agama maka
manusia tidak mampu mengenali Allah Tuhan Pencipta walau pun terlalu
kagum dengan alam ciptaanNya.
Muslimin / muslimat yang dihormati sekalian,
Kejadian
gerhana matahari atau bulan, ianya bukanlah merupakan suatu tanda akan
timbul suatu kejadian yang aneh dan mengkhuatirkan sebaliknya ia
menunjukkan antara kehebatan dan kekuasaan Allah. Kejadian gerhana juga
bukanlan disebabkan oleh kematian atau kelahiran seseorang sebagaimana
teguran Rasulullah s.a.w terhadap para sahabat yang membuat pelbagai
andaian tentang kejadian gerhana matahari yang berlaku berkebetulan
dengan hari kewafatan anakandanya Ibrahim lalu sabda Rasulullah
Sallallahu Alaihi Wasallam:
“إن الشمس والقمر آيتانمن آيات الله لا ينكسفان لموت أحد ولا لحياته فإذا رأيتموهما فادعوا الله وصلوا حتىينكشف ما بكم (رواه البخاري ومسلم)
Maksudnya:
Sesungguhnya matahari dan bulan adalah 2 bukti daripada tanda-tanda
kebesaran Allah Ta’ala. Kedua-duanya tidak akan gerhana kerana kematian
atau hidupnya seseorang. Maka apabila kamu melihat gerhana keduanya itu
maka berdoalah kepada Allah, dirikanlah sembahyang sehingga hilangnya
tanda gerhana daripada kamu
Muslimin / muslimat yang diberkati Allah,
Apabila
berlaku gerhana, kita sebagai umat Islam adalah dianjurkan oleh
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam supaya bersegera untuk melakukan
perkara-perkara yang berkebajikan seperti berdoa, berzikir,
bersembahyang, bertakbir, bersedekah dan beristighfar. Sebagaimana hadis
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:
[ إن الشمس والقمر آيتان من آيات الله لا ينخسفان لموت أحد ولا لحياته ، فإذا رأيتم ذلك فادعوا الله وكبروا، وصلوا ، وتصدقوا …… ( البخاري )
Maksudnya:
Sesungguhnya matahari dan bulan adalah 2 bukti daripada tanda-tanda
kebesaran Allah Ta’ala di mana kedua-duanya tidak akan gerhana kerana
kematian atau hidupnya seseorang. Maka apabila kamu melihat gerhana itu
maka berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, dirikanlah sembahyang dan
bersedekahlah……
Di
samping itu, marilah kita melakukan perkara-perkara yang berkebajikan
dan menghindari daripada melakukan perkara-perkara mungkar dan maksiat
serta perbuatan syirik yang bercanggah dengan ajaran agama Islam.
Mudah-mudahan kejadian gerhana bulan ini akan menimbulkan keinsafan,
menambah serta menguatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah
Subhanahu Wata’ala.
Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Ali ‘Imran ayat 190 – 191:
إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَآيَاتٍ لِأُولِي الْأَلْبَابِ الَّذِينَ
يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمْ
وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ رَبَّنَا مَا
خَلَقْتَ هَٰذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Maksudnya
: “Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukuran malam
dan siang, ada tanda-tanda kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat
Allah bagi orang-orang yang berakal: Iaitu orang-orang yang menyebut
dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka
berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit
dan bumi sambil berkata: Wahai Tuhan kami! Tidaklah engkau menjadikan
benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau maka peliharalah kami
dari azab neraka.”
Muslimin / mat yang dikasihi sekalian,
Pernah suatu masa Rasulullah s.a.w terus melakukan solat sunat apabila
berlakunya gerhana dengan bacaan yang panjang dalam kedaan seolah-olah
seperti akan berlaku qiamat. Ini semua mengajar kita semua agar sentiasa
ingat kepada hari kematian kita serta hari qiamat yang begitu dahsyat
dengan kehancuran langit dan bumi termasuk bulan dan matahari.
Peringatan ini sewajarnya kita perbanyakkan terutama bila berlakunya
gerhana sebagaimana malam ini.
فرمان الله دالم أية 6 – 12 سورة القيامة :
يَسْأَلُ أَيَّانَ يَوْمُ الْقِيَامَةِ فَإِذَا بَرِقَ الْبَصَرُ وَخَسَفَ الْقَمَرُ وَجُمِعَ الشَّمْسُ وَالْقَمَرُ يَقُولُ الْإِنْسَانُ يَوْمَئِذٍ أَيْنَ الْمَفَرُّ كَلَّا لَا وَزَرَ إِلَىٰ رَبِّكَ يَوْمَئِذٍ الْمُسْتَقَرُّ
Maksudnya : Dia
bertanya (secara mengejek): “Bilakah datangnya hari kiamat itu?” Maka
(jawabnya: hari kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi
terpendar-pendar (kerana gerun takut), Dan bulan hilang cahayanya, Dan
matahari serta bulan dihimpunkan bersama, (Maka) pada hari itu,
berkatalah manusia (yang ingkarkan hari kiamat): “Ke manakah hendak
melarikan diri?” Tak usahlah bertanya demikian! Tidak ada lagi tempat
perlindungan! Pada hari itu, kepada Tuhanmu lah sahaja terserahnya
ketetapan segala perkara
بَارَكَ
اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ
بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي
وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ
اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ
وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا
فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
Khutbah Kedua
الحَمْدُ
ِللهِ الَّذِى خَلَقَ الشَّمْسَ ضِيَاءً وَالقَمَرَ نُوْرًا , وَأَشْهَدُ
أَنْ لا إِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ
سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ
عَلى عَبْدِكَوَرَسُوْلِكَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ
أَمَّا
بَعْدُ فَيَا أَيُّهَا المُؤْمِنُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ أُوْصِيْكُمْ
وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ وَطَاعَتِهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ
Firman Allah dalam ayat 5 -6 surah Yunus :
هُوَ الَّذِي جَعَلَ الشَّمْسَ ضِيَاءً وَالْقَمَرَ نُورًا وَقَدَّرَهُ مَنَازِلَ لِتَعْلَمُوا عَدَدَ السِّنِينَ وَالْحِسَابَ ۚ مَا خَلَقَ اللَّهُ ذَٰلِكَ إِلَّا بِالْحَقِّ ۚ يُفَصِّلُ الْآيَاتِ لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ إِنَّ فِي اخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَمَا خَلَقَ اللَّهُ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَّقُونَ
Maksudnya
: Dia lah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang)
dan bulan bercahaya, dan Dia lah yang menentukan perjalanan tiap-tiap
satu itu (berpindah-randah) pada tempat-tempat peredarannya
masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan
masa. Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan adanya faedah
dan gunanya yang sebenar. Allah menjelaskan ayat-ayatNya (tanda-tanda
kebesaranNya) satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui (hikmat
sesuatu yang dijadikanNya). Sesungguhnya pada pertukaran malam dan siang
silih berganti, dan pada segala yang dijadikan oleh Allah di langit dan
di bumi, ada tanda-tanda (yang menunjukkan undang-undang dan peraturan
Allah) kepada kaum yang mahu bertaqwa.
إِنَّ
اللهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّوْنَ عَلَى النَّبِيِّ يَاأَيُّهَااَّلذِيْنَ
آمَنُوْ ا صَلُّوْا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوْا تَسْلِيْمًا اللّهُمَّ صَلِّ
عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ كَمَا
صَلَّيْتَ عَلَى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وعلى آلِ سَيِّدِنَا
إِبْرَاهِيْمَ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ
سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ
وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ فِي العَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ
مَجِيْدٌ
اللّهُمَّ
إِنَّا نَسْتَغْفِرُكَ إِنَّكَ غَفَّارًا فَأَرْسِلِ السَّمَآءَ عَلَيْنَا
مِدْرَارًا اللّهُمَّ إِنَّا نَعُوْذُبِكَ مِنَ الذُّنُوْبِ الَّتِي
تَمْنَعُ غَيْثَ السَّمَآءِ وَ نَعُوْذُبِكَ مِنَ الذُّنُوْبِ الَّتِي
تُذِلُّ الأَعِزَّ وَ تُدَلِّلُ الأَعْدَاء, اللّهُمَّ
اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ
وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ
قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ
بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى
عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ
لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا , اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ
الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِي سَبِيْلِكَ فِي كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ ,
اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ
وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْعِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَرَبَّنَا
لاتُزِغْ قُلُوْبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ
رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الوَهَّاب رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا
حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
عِبَادَ اللهِ ! إِنَّ اللهَ يَأْمُرُبِالعَدْلِ
وَالإ حْسَانِ وَاِيْتَآءِ ذِيْ القُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الفَحْشَاءِ
وَالمُنْكَرِ وَالبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ
فَاذْكُرُوْا اللهَ العَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوْا عَلَى نِعَمِهِ
يَزِدْكُمْ وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكَمْ وَلَذِكْرُ اللهِ
أَكْبَرُ وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُوْنَ
Perhatian :
Ada
ulama’ seperti Syeikh Ali Syabramallisi yang berpendapat bahawa
dibacakan istighfar sebagaimana Khutbah Sunat Istisqa’ (Minta hujan)
iaitu :
اَسْتَغْفِرُ الله َ العَظِيْمَ الذي لاَ اله اِلاَّ هُوَ الحَيُّ القَـيُّومُ وَاَ تُوْبُ اِلَيْهِ
9 kali pada awal khutbah pertama dan 7 kali pada awal khutbah yang kedua
( Kitab Kasyfu al-Litham jilid 1 )
Pondok Pasir Tumboh
No comments:
Post a Comment