SHAH ALAM 16 JAN : Desakan naib presiden MCA, Gan Ping Sieu supaya kerajaan Umno-Barisan Nasional mengkaji dan mengawal selia penggunaan pembesar suara di masjid mahupun surau adalah mirip taktik yang digunapakai di Singapura untuk membendung Islam, kata Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid.
Katanya, cadangan oleh pemimpin MCA itu seolah-olah cubaan untuk menjadikan Malaysia seperti Singapura yang melarang laungan azan didengar dari luar lingkungan kawasan rumah ibadat termasuk masjid.
"Ini adalah satu agenda daripada luar, kalaulah Singapura berjaya untuk menahan ataupun memperlahankan azan di surau, jadi mereka nak supaya Malaysia macam seperti itu juga. Kita ini beragama Islam, agama Persekutuan tidak mungkin kita hendak ikut agama jiran? Saya cukup tidak suka perkara ni," ujar Tamyes ketika dihubungi Tv Selangor, di sini, hari ini.
Cadangan Ping Siue itu dibuat pada hari sama akhbar The Star yang juga di miliki oleh MCA menyiarkan lidah pengarang, membidas kerajaan negeri Selangor kerana mahu melaksanakan Enakmen Jenayah Syariah yang melarang orang Islam bekerja dipremis menjual arak.
The Star menyifatkan langkah itu sebagai cubaan untuk menerapkan undang-undang Islam di Selangor dalam cubaan terdesak untuk meraih sokongan bukan Melayu untuk MCA di bawah presiden barunya Chua Soi Lek. Baca lagi
No comments:
Post a Comment