KUALA LUMPUR, 5 Jan: Selepas mendedahkan dokumen laporan Migrant Care berkaitan penyiasatan mereka terhadap mangsa rogol oleh seorang menteri kabinet, sebuah blog pro Umno mempersoalkan pula apakah Khairy Jamaludin terlibat dalam skandal rasuah Alcatel.
Blog Bigdogdotcom yang banyak memburukkan pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini mencadangkan, Khairy sebagai pihak yang berpengaruh dalam kumpulan "budak-budak tingkat 4" pentadbiran Abdullah terlibat dalam skandal ini.
Bagi penulis blog ini, apa yang berlaku baru-baru ini, Khairy bukannya merajuk tetapi bimbang diambil tindakan selepas kes ini terdedah. (Gambar: Khairy dari blog pro Umno Bigdogdotcom)
"Ada yang kata, dia akan bertanding kerusi negeri. Harapannya adalah untuk dia jadi MB Negeri Sembilan akan datang. Ada yang kata dia akan bertanding di kerusi lebih selamat iaitu kerusi bapa mertuanya di Kepala Batas. |
No comments:
Post a Comment