Saturday, October 23, 2010

IFF: Ulama muda 'pertahan' Rosmah, selar pembangkang

Ulama muda Umno Fathul Bari Mat Jahya berkata pendekatan pembangkang mengecam tindakan Rosmah Mansor menaungi Festival Busana Islam (IFF) - yang mencetuskan kontroversi - tersasar daripada konsep agama sebagai nasihat.

Fathul Bari berkata, pembangkang sengaja membesar-besarkan isu itu sambil meletakkan sepenuhnya kesalahan atas bahu Rosmah tanpa menyiasat terlebih dahulu perkara itu.

"Sepatutnya bantahan itu ditujukan kepada penganjur sedangkan beliau (Rosmah) penaung semata-mata," katanya.

Semalam, sekurang-kurangnya empat perhimpunan aman anjuran Dewan Pemuda PAS diadakan di tiga negeri sebagai membantah tindakan Rosmah yang didakwa menghina syariat Islam dan Rasulullah dalam penganjuran festival itu di Monte Carlo 9 Ogos lalu.

Demontrasi itu berlangsung di masjid-masjid di di Pahang, Kuala Terangganu dan dua masjid di Pulau Pinang.

Berucap pertama kali di perhimpunan agung Umno hari ini, Fathul Bari berkata, manusia sentiasa dituntut meneliti terlebih dahulu sama ada sesautu kesilapan itu dilakukan dengan sengaja atau pun tidak.

"Tanpa diteliti hal tersebut, mereka terus menyerang dan menghukum. Adakah ini sikap orang Islam yang mengakui membawa hukum allah. Sedangkan jelas perbuatan seperti ini tersasar Islam yang mengajar etika menasihati seseorang," kata Fahtul Bari.

"Kalau mereka ikhlas (menasihati) mengapa tidak tarik tangannya, bersendirian tanya dengannya lebih dahulu (perkara sebenar)."

Memetik pendapat seorang tokoh terkenal mazhab Shafie, Fahtul Bari berkata, pemerintah patut didoakan dengan kebaikan dan bukannya dengan maki hamum dan caci maki.

Menurut anak bekas mufti Perlis itu lagi, ini kerana Islam meletakkan adab dan etika tertentu untuk menegur seseorang.

Bercakap kepada Malaysiakini selepas itu, beliau bagaimanapun menegaskan tidak bersetuju 100 peratus program seperti itu dikaitkan dengan Islam.

"Saya cuma tekankan tadi soal adap menasihati pemimpin,"


Malaysiakini

6 comments:

Anonymous said...

"Kalau mereka ikhlas (menasihati) mengapa tidak tarik tangannya, bersendirian tanya dengannya lebih dahulu (perkara sebenar)."

Cakap senang, macamlah syaitan bisu muda ni keluar masuk rumah musuh Allah tu dengan mudah. Ingat, dia nak dengar cakap kita? Mahathir hina Nabi dulupun puak-puak ulama UMNO senyap je.... samalah Pak Lah yang memperkenalkan Islam Hadhari, senyap juga. Tidakkah semua itu petanda bahawa ulama di dalam UMNO adalah SYAITAN BISU.

Kalau benar Rosmah mudah ditegur. Kenapa kumpulan syaitan bisu tak tegurnya di dalam ucapan perbahasan di Perhimpunan Agung yang tengah berlangsung sekarang. Melainkan kau orang takkan mampu.

Kesian pada kau orang, esok di Akhirat, pemimpin yang kau orang pertahankan ini akan menafikan kau orang adalah pengikutnya. Terimalah balasannya nanti.

Anonymous said...

Ulama muda tegur orang yang membantah Festival Busana Islam, bukan tegur penaung Festival..."alih2 bercakap soal adap menegur Pemimpin" Kami ni PEMBANGKANG" nak tegur dlam tv tak blh, dlm surat khabar tak de tempat untuk kami...jd itu la cara pembangkang....DEMO...

Anonymous said...

setuju, sepatutnya dia tegurla si rosmah tu sebab mereka laaagi 'rapat'ni lagi nak pertahankan. Penganjur pasti merujuk kepada penganjur tentang majlis yg hendak mereka adakan jadi memang Rosmah pun harus dipersalahkan lah

Anonymous said...

silap lak..penganjur pasti merujuk kepada penaung..

Ayus je said...

Nak bagitau kat ustaz Umno. Apa punya BODOH penaung tu sampai tak amik tau langsung program yang bakal dinaunginya. Kau tu isteri PM, isteri sebuah negara ISLAM, kenalah PEKA sikit bukan PEKAK. Tak kan senang-senang je nak kata, aku PENAUNG je, tanyalah PENGANJUR, AKU tak tau apa-apa. MESEJ BUAT USTAZ UMNO - KAMI BUKAN RAKYAT YANG BODOH MACAM KORANG.

Unknown said...

jika mereka tidak suka hukum hakam berkaitan aurat, menuduhnya beku, ketinggalan zaman dan kuno serta lebih suka menyanggahinya dan membuka aurat. Biarlah dosa itu kekal di peringkat peribadi mereka, untuk ditanggung secara individu di alam barzakh dan akhirat. Jangan sesekali mempromosinya agar orang lain turut menjadi sepertinya.
Apabila itu dilakukan malah di’organisasi’kan, ia telah memasukkannya ke dalam satu sifat dan dosa yang lebih berat. Dari hanya sebuah dosa biasa, berkembang kepada sifat dan ciri laku kaum munafiq, yang mana sifat kumpulan ini adalah suka merosakkan Islam melalui kata-kata dan tindakan, namun dilakukan dengan menggunapakai label Islam agar objektif mereka terselindung.

www.zaharuddin.net

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak