Thursday, December 30, 2010

Cuti Umum, PM Diskriminasi


SHAH ALAM 30 DIS : Bekas Pengarang Sukan Harian Metro, Rahim Zain, menyifatkan cuti umum yang diberi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak boleh menimbulkan ketidakadilan kepada atlet lain yang telah memberi sumbangan lebih besar berbanding kejuaraan di peringkat Asia Tenggara.

Dihubungi Tv Selangor beliau berkata, perkara ini boleh mengundang kontroversi kerana apabila kerajaan dengan sewenang-wenangnya memberikan cuti umum tanpa mengambil kira pencapaian atlet negara yang lain.

"Banyak lagi kejuaraan yang bertaraf dunia yang dicapai oleh atlet-atlet negara umpamanya Datuk Nicol David, lima kali menjadi juara dunia tapi tidak ada satu pun penghargaan atau pun penghormatan negara diberi kepada Datuk Nicol, tidak ada cuti umum diberikan. Jadi saya rasa seperti ada diskriminasi," katanya.

Tambah Rahim lagi cuti umum ini merupakan propaganda politik yang mahu menarik perhatian rakyat.

"Apa yang diumumkan oleh Najib ialah satu kesempatan untuk menagih (political opportunity) atau meraih sokongan dan simpati daripada rakyat kononnya kerajaan di bawah pimpinan Umno- Barisan Nasional(BN) begitu prihatin dan amat menghargai jasa-jasa yang telah disumbangkan oleh atlet," jelasnya yang 25 tahun terlibat dalam kewartawanan.

Pengumuman cuti pada 31 Disember 2010 ini adalah sempena kejuaraan Skuad Harimau Malaya apabila berjaya menumpaskan Indonesia dengan agregat 4-2 dalam perlawanan timbal balik Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki-AFF 2010 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia semalam.

http://tvsnews.net/v1/

No comments:

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak