“PAS tidak akan menaiki kapal yang bocor dan hendak karam, malahan PAS akan berusaha supaya ahli-ahli Umno khususnya dan orang Melayu Islam bersama dengan PAS.
Sambil menyindir perjuangan Umno yang hanya mementingkan 'perut' pemimpin atasan Umno, katanya, parti Melayu itu hanya menjadikan perjuangan sebagai batu loncatan untuk peribadi walaupun merugikan bangsa.
“Umno hanya boleh hidup dengan 3M sahaja, iaitu wang, jentera kerajaan dan media. Umno sudah tidak bermaya untuk hidup dan bermain di atas padang yang sama rata. Jika Umno tidak ada 3M maka Umno akan berkubur begitu sahaja,” kata Idris.
Menurutnya, PAS akan terus bersama Pakatan Rakyat, kerana ini adalah percubaan politik yang terbaik walaupun dalam usia yang agak muda.
Idris berkata walaupun Malaysia dianugerah Allah dengan hasil mahsul yang banyak, namun masih ramai rakyat yang tidak bertanah. Malah ramai pula rakyat yang menderita dan dalam kesusahan akibat tekanan hidup angkara salah guna kuasa oleh BN.
“Contohnya Sabah, tanah yang terbentang luas, hasil yang melimpah ruah, namun masih ada rakyat yang membina rumah di atas air. PAS tidak akan izinkan Umno ,mengkhianat rakyat untuk separuh abad yang kedua pula. PAS wajib ganti Umno,” katanya. Malaysiakini
No comments:
Post a Comment