Tuesday, October 26, 2010

RAKYAT MELAKA MAJU 2010 TINGGAL DALAM PONDOK USANG


Junita merenung nasib di 'istana' impiannya...

Melaka dah pun jadi Negeri Maju 2010 pada 20.10.2010 jam 2010. Acara sambutannya gilang gemilang. Pertunjukan bunga api serta cabutan hadiah bertuah rumah teres bernilai ratusan ribu ringgit.

Ketika kerajaan Umno/BN berbangga dengan status negeri Maju rupa-rupanya ada rakyat Melaka hidup merempat dan melarat. Itulah yang dialami oleh Junita Jaafar, 30 dan suaminya Borhan Ibrahim, 35 serta dua anak mereka yang masih kecil.

Bukan sahaja terpaksa tinggal dalam pondok usang yang tidak ada bekalan air dan elektrik, pondok yang didiami hanya menunggu masa menyembah bumi.

Beliau tinggal di Kampung Pokok Mangga yang jaraknya dari Bandaraya Melaka cuma kira-kira 5 KM. Kalau kisah seperti ini berlaku di negeri tak maju mungkin kita tak pelik, tetapi ini berlaku di negeri maju

Ini merupakan antara contoh kemiskinan dan rakyat Melaka yang dipaparkan. Banyak lagi kes kemiskinan tidak terdedah kepada umum.Mungkin ramai lagi di antara kita tidak menyedari masih ramai rakyat Melaka seperti di Mukim Asahan dan daerah Alor Gajah yang hidup dengan penuh kedaifan ketika pemimpin Umno/ BN dan sewaktu dengannya memukul canang Melaka Negeri Maju 2010. Saya mempunyai maklumat sahih untuk membuktikan perkara ini

Sumber: angkasanuri blogspot.com

1 comment:

sakariyaakop said...

Salam tuan,

Memang ler Melaka dibawah Ali Ketam cukup maju. Yang paling maju tentulah pemimpin2 UMNO yang berada disekeliling Ali Ketam, mewah dengan segala projek. Bagi rakyat biasa tetap macam tu jugak!!!

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak