Thursday, August 5, 2010

K'jaan tolak rezeki, kata Mahfuz - Malaysiakini

Naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata tindakan menyenarai-hitamkan pengguna kenderaan daripada memperbaharui cukai jalan akibat saman ekor, seolah-olah menolak rezeki.

"Saya difahamkan oleh peguam, insurans masih boleh diperbaharui walaupun tanpa cukai jalan," kata beliau yang juga pengerusi Kempen anti-Saman Ekor (KASE).

"Kenapa kerajaan jadi agensi penolak rezeki sedangkan pihak swasta mendapat wang daripada rakyat," soalnya.

Mahfuz berkata demikian dalam satu sidang media selepas menyerahkan memorandum membantah saman jenis itu kepada Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha di Putrajaya pagi ini.

Bagaimanapun, hasrat Mahfuz bagi membincangkang lebih lanjut perkara itu tidak kesampaian apabilan menteri berkenaan mempunyai tugas di tempat lain pada ketika itu.

Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena berkata, beliau mahukan penjelasan daripada Kong kenapakah agensi bawahnya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bekerjasama dengan polis dengan menyenarai-hitamkan pihak-pihak tertentu daripada memperbaharui cukai jalan.

Katanya, prosedur pemberian saman ekor sendiri boleh dipertikaikan kerana "tiada sebarang saman dikeluarkan" sebaliknya hanya notis pemberitahuan daripada pihak polis bagi mendapatkan maklumat.

"Su
dahlah polis buat salah (dengan saman ekor). Dia suruh pula JPJ buat salah (dengan senarai-hitamkan)," katanya sambil meminta Kong menggunakan kuasanya sebagai menteri membetulkan perkara tersebut.

Menjelaskan kempen KASE, Mahfuz berkata, pihaknya bercadang mengadakan pertemuan dengan pihak polis, JPJ, kementerian dalam negeri, termasuk memgadukan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berhubung perkara itu.

"Kalau semua ini tak berjaya, kita fikir tindakan undang-undang. Kami boleh gembleng 1.7 juga (penerima saman ekor) dengan bantuan guaman.

"Tetapi takkanlah kerajaan sebodoh itu hendak menghabiskan masa mengendalikannya," katanya.

Mahfuz menjelaskan dalam kes Lim Yaw Chiang lawan pengarah JPJ pada 2009, mahkaman telah memutuskan bahawa tindakan JPJ menyerai-hitamkan kenderaan yang tidak membayar saman ekor adalah salah di sisi undang-undang.

Malaysiakini

No comments:

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak