Wednesday, July 21, 2010

Mufti Perak: Saya tidak berbohong

Wa ka ka ka: Tak Rasmi rupanya yang datang jumpa tu: Harussani berkata pertemuan itu memang berlaku, walaupun wakil yang datang bertemu dengannya itu bukan dihantar oleh PAS secara rasmi.


Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hari ini menafikan dakwaan dua naib presiden PAS bahawa kononnya beliau membuat fitnah serta melakukan satu pembohongan berhubung adanya pemimpin PAS dan Umno yang menemuinya untuk mendapatkan pandangan bagi menyatukan kedua-dua parti itu.

"Saya seorang mufti takkanlah saya nak membohong, cuma saya tak nak sebut nama orang yang bertemu dengan saya itu....jadi saya tidak membohong. Dia nak tuduh saya membohong itu dia punya pasal.

"Yang penting dia seorang Islam atau tidak...berjuang atas nama Islam atau tidak, kenapa nak bersekongkol dengan yang lainnya," katanya selepas pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam di Putrajaya hari ini.

Kedua-dua naib presiden PAS iaitu Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar hari ini dilaporkan menuduh Harussani membuat fitnah serta melakukan pembohongan bahawa terdapat pemimpin PAS dan Umno yang menemuinya untuk mendapatkan pandangan bagi menyatukan kedua-dua parti itu.

Mereka dilaporkan sebagai berkata, selama ini pimpinan PAS tidak pernah mengeluarkan arahan rasmi khususnya di dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi parti supaya menemui Harussani untuk membincangkan isu berkenaan.

Baca seterusnya(Sini)

4 comments:

Puntianak said...

pas gila babi nampaknya sekarang

Anonymous said...

kalau pas gila babi, umno lebih dahsyat daripada itu. selama ini ada dato mufti bertanya kepada umno, mengapa umno bersengkokol, dengan judi, dengan arak, dengan betina. tak payah dato mufti tengok jauh, pergilah ke hotel-hotel di ipoh, tempat karaoke, kelab dangdut, apa yg orang umno buat, dan kalau payah nak masuk tempat macam tu, pergilah restoran melayu yang di siapkan dengan karaoke, apakah ini ajaran islam. mengapa dato mufti memejamkan mata. lihatlah apa sudah jadi dengan anak melayu yang kononnya islam, apakah langkah yang di ambil oleh umno yang kononnya pembela melayu untuk mengatasi semua ini. yang ada kenyataan dari menteri melayu yang mengaku islam umno menyatakan kalau baik dalam mata pelajaran agama islam belum tentu jadi baik, memang itu di akui, tapi macam mana kalau langsung tidak tahu bab agama, ada dato mufti tegur kenyataan mereka ini. cukuplah dato mufti, lebih baik dato mufti, nasihatkan umno supaya kembali kepada islam dan terajui lah kerajaan dengan seadilnya. insyaallah, sekiranya umno kembali kepada ajaran islam, dengan sendirinya pas dan lain-lain parti akan berkubur dan terkubur, ibarat kata, orang sokong pas/pkr/dap bukan kerana suka kepada parti ini tetapi kerana benci kepada umno.

Ayid said...

Gila Babi tak apa. Jangan Gila Asobiah. Sifat Asobiah Islam melarang sangat. Abau Talib bapa saudara Nabi, tidak marah kepada muhammad kerana mengembangkan Agama Islam. Beliau marah kepada muhamad kerana Muhamad Tidak sikap Asobiah kepada Bangsa Arab.
Zaman Rasullullah terdapat 4 Abu
1. Abu Bakar r.a
2. Abu Talib
3. Abu Jahal
4. Abu Sufian - Permulaan nya menentang Rasullullah dan akhir nya beriman dan bersama Rasulullah.
Kita dimana diantara 4 Abu tersebut? -

Anonymous - Terima kasih komen yg manthop

Anonymous said...

Islam jangan di patuk ular dua kali. Kononnya untok Islam dan perpaduan Melayu tapi bila campok macam dulu juga ( kita kena utama ekonomi , kemajuan la dulu, islam tak maju la, macam, macam. ) Jadi bertahun tergendala. Nanti macammacam prof bagi pendapat. Yang ular pun mula keluar . Apa mereka tak oleh masok pas ke kalau iklas dan jujur.

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak