Saturday, August 8, 2009

Demo 'Bubar Dun Perak' ikut saranan PM - Nizar

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Hrkh) - Siapa yang betul? Perdana Menteri bersedia membenarkan namun Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir pula berpendapat perhimpunan di stadium akan membuatkan rakyat hidup tidak tenteram.

Malah tidak cukup dengan itu Zambry dipetik sebagai berkata bahawa permintaan Dewan Pemuda Pas Perak untuk menggunakan Stadium Perak di sini sebagai tempat perhimpunan bagi mendesak agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan adalah bagi memenuhi keseronokan mereka semata-mata.

Kenyataan ini diselar bekas Menteri Besar Perak Dato' Seri Nizar Jamaluddin yang menyatakan bahawa permohonan untuk berhimpun di stadium itu adalah sejajar dengan saranan Dato' Seri Najib Tun Razak bahawa kerajaan sedia membenarkan dan menyediakan tempat yang bersesuaian kepada mereka yang mahu berhimpun secara aman, seperti di stadium untuk mengelak daripada berhimpun di jalanan.

"Kita boleh bagi mereka stadium, di mana mereka boleh bertempik sampai subuh, tapi janganlah buat kacau di jalanan," kata Najib mengulas perhimpunan anti-ISA, 1 Ogos lalu.

Nizar berpendapat Zambry terpaksa berbeza pendapat dengan Najib kerana bimbang dengan kebangkitan rakyat Perak, yang telah dibuktikan dengan perhimpunan anti-ISA, di mana terdapat jumlah rakyat Perak yang turut serta di samping melaungkan juga gesaan agar DUN Perak dibubarkan.

"Sekarang siapa betul, Najib atau Zambry? Sama ada Najib tidak serius dengan kenyataannya atau Zambry terpaksa lawan cakap bosnya, atau kedua-duanya mempermainkan kenyataan-kenyataan untuk mengelirukan rakyat," katanya ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi

Ayid: siapa betul mana satu betul

No comments:

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak