Sunday, July 5, 2009

UNTUNG NYA ADA PRK DAPAT MACAM-MACAM

6,000 Pelajar Sekolah Di Manik Urai Dapat Uniform Dan Beg Sekolah

KUALA KRAI, 5 Julai (Bernama) -- Seramai 6,142 pelajar sekolah rendah, menengah dan sekolah Arab di Manik Urai mendapat perhatian Kementerian Pelajaran yang akan memberikan mereka bantuan uniform dan beg sekolah secara percuma.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Mustapa Mohamed berkata pemberian itu telah dinyatakan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada beliau beberapa hari lalu sebagai tanda ingatan kementerian berkenaan.

"Tan Sri Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran telah menyatakan kepada saya untuk memberikan bantuan itu kepada semua pelajar di Manik Urai tanpa seorang pun terkecuali.

"Ini sebagai tanda ingatan daripada kementerian dan juga dapat meringankan beban rakyat di sini," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di Pusat Operasi Barisan Nasional (BN) Manik Urai di sini Ahad.

Mustapa berkata sebagai permulaan 300 pelajar telah menerima bantuan itu mulai hari ini dan kesemua bakinya akan menerima secara berperingkat.

Sebelum itu Mustapa sendiri telah menyampaikan bantuan itu bagi mewakili Muhyiddin di Sekolah Kebangsaan Manik Urai Baru di sini.

Terdapat 10 buah sekolah rendah, 12 menengah dan sebuah sekolah aliran Arab di Manik Urai.

Sementara itu, Mustapa meminta majikan baik di sektor kerajaan dan swasta membenarkan kakitangan mereka untuk pulang mengundi memilih wakil rakyat baru Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai pada 14 Julai ini.

"Jangan nafikan hak pengundi dan ini merupakan kesalahan," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan Abdul Fatah Harun hari ini yang mendakwa mendapat laporan ada majikan yang tidak akan membenarkan pengundi di Manik Urai untuk pulang menunaikan tanggungjawab itu.

Selain itu Mustapa berkata fasa kedua kempen pilihan raya Manik Urai akan bermula Isnin yang merupakan hari penamaan calon DUN itu.

Pada hari Isnin Muhyiddin dijangka akan mengetuai perarakan lebih 10,000 penyokong BN ke pusat penamaan calon di Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra 1, di sini.

BN menamakan Ketua Pemuda Umno Kuala Krai Tuan Aziz Tuan Mat, 39, sebagai calonnya manakala PAS meletakkan harapan kepada Bendahari PAS Kuala Krai, Fauzi Abdullah, 50, bagi mempertahankan kerusi DUN itu.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian wakil rakyat daripada PAS, Ismail Yaakob pada 22 Mei lalu akibat sakit jantung. Pada pilihan raya umum 2008, Ismail menang kerusi DUN Manik Urai dengan majoriti 1,352 undi menewaskan calon BN Mohamed Zulkepli Omar.

-- BERNAMA

No comments:

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak