Thursday, July 23, 2009

FAEDAH PUASA


Faedah Puasa
Posted by saidi

* Dapat membersihkan rohani dan jasmani kerana dengannya akan lahir kesedaran dan keinsafan, timbul keadilan dan perasaan timbangrasa kepada orang lain. Hidup jiwanya dengan ibadah dan hidup peri kemanusiaan sejati.

* Puasa merupakan sekolah yang terbesar untuk mendidik budi pekerti mukmin melalui latihan khusus untuk memiliki sifat-sifat terpuji.

* Puasa mendidik mukmin supaya memiliki sifat sabar. Manusia akan mengalami saat kehancuran dalam kehidupan mereka sekiranya tidak mengamalkan sifat sabar.

* Puasa menjadi penawar kepada penyakit-penyakit fizikal dan rohani.

* Puasa dapat menghidupkan kekuatan fikiran dan basariah (penglihatan matahati) kerana kekenyangan boleh menyebabkan kelesuan dan lemah fikiran. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : " Sesiapa yang lapar maka tajamlah fikirannya dan teranglah hatinya."

* Ibadah puasa dapat memupuk sifat kasih sayang dan persaudaraan dalam jiwa manusia. Orang kaya dapat menyelami derita kelaparan, dengan itu dia akan berbuat baik kepada fakir miskin yang akhirnya akan mewujudkan masyarakat penyayang dan bersatu padu.

* Puasa dapat mengajar mukmin berdisiplin dan berperaturan.

* Puasa mengajar mukmin supaya sentiasa bersifat amanah dan mengingati Allah s.w.t sama ada di tempat terang atau tersembunyi kerana Allah s.w.t sentiasa melihat,mendengar dan mengetahui ada yang makhluknya kerjakan.

* Puasa merupakan perisai yang boleh menghalang seseorang itu daripada melakukan dosa selagi ia tidak meroboh perisai tersebut.

* Puasa dapat memberi kesan untuk mengurangkan berat badan.

* Puasa dapat menjimatkan perbelanjaan mukmin setiap hari.

* Puasa dapat menyingkirkan segala racun yang sudah lama terkumpul dalam diri seseorang. Oleh sebab itu puasa bolehlah dianggap sebagai servis tahunan bagi badan manusia


=

No comments:

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak