Ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat. Perkara tersebut diumumkan ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya petang ini.
Sehubungan itu, Zulklifi juga diminta mengosongkan kerusi parlimen Kulim-Bandar Bharu yang dimenanginya pada pilihan raya umum 2008.
Bagaimanpun Zulklifi dibenarkan membuat rayuan dalam tempoh 14 hari berhubung pemecatan itu. Dua hari lalu, Zulkifli dihadapkan ke lembaga jawatankuasa dispilin PKR tetapi bertindak keluar selang sejam kemudian.
Beliau dihadapkan ke jawatankuasa itu bagi memberi penjelasan berhubung bidasannya terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan membuat laporan polis ke atas ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad. Zulklifi mendakwa panel yang sepatut menentukan masa depannya hari ini sepatutnya dianggotai oleh orang Islam kerana ia membabitkan penggunaan isu kalimah Allah dan agama Islam. Dakwaannya itu bagaimanapun ditolak dan menurut setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution, kes Zulklifi tidak kena mengena dengan isu kalimah Allah.
Lepas hampir 2 tahun PRU-12 selesai dan kecoh isu Kerajaan Perpaduan atau lebih dikenali dengan nama UG (Unity Government) wajah sebenar Mufti Perak, Tan Sri Harussani semakin terserlah.
Dalam kenyataan terbarunya dalam 1 program Dialog Za'ba, Perpaduan Melayu: Cabaran dan Realiti di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Mufti Perak itu jelas memaparkan wajah sebenar beliau yang bolehlah dianggap sebagai "Racist".
Jelas beliau dalam dialog tersebut:
"Kenapa PAS tidak boleh bergabung untuk membentuk Kerajaan yang sudah pasti akan memperoleh majoriti 100% Melayu memerintah?"
Memang jelas dan teramat jelas bahawa Mufti Petak ini datang dari baka "Racist".
Sepatutnya sebagai seorang Mufti yang tugasnya ialah memikul apa yang telah dijelaskan didalam Al-Qur'an dan Hadis, soal "bangsa" tidak perlu wujud lagi didalam apa sahaja kenyataan dan perlakuannya sebab didalam Islam, tidak pernah kita diajar supaya membeza-bezakan sesama kaum, agama dan juga bangsa.
Dalam Al-Qur'an surah Al-Hujurat ayat ke-13 ada menyebut:
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
Kumpulan Rock Dewa pun ada ambik petikan surah dekat atas tu dan dijadikan lirik dalam lagu "femes" Kumpulan Rock tu. kalau tak silap aku tajuk lagu tu "Laskar Cinta". Bunyinya lebih kuran gini:
BUKANKAH KITA MEMANG TERCIPTA LAKI-LAKI DAN WANITA, SERTA SUKU-SUKU DAN BANGSA-BANGSA YANG PASTI BERBEZA. BUKANKAH KITA MEMANG HARUS SALING MENGENAL DAN MENGHORMATI, BUKAN UNTUK SALING BERCERAI-BERAI DAN BERPERANG ANGKAT SENJATA!"
Sedap lagu tu untuk peringatan. jauh lari dari tajuk asal dah ni. tapi sekadar untuk pencerahan. apa yang dinyatakan oleh Mufti Perak ni amat bercanggah dengan apa yang sepatutnya diamalkan sesuai dengan tarafnya sebagai seorang Mufti. Mufti ni tugasnya ialah mengangkat Agama Islam setinggi-tinggi tempat dimana dia (Mufti) berada dan bukannya menakut-nakutkan panganut agama lain dengan kenyataan-kenyataan yang bukan kearah mengimarahkan institusi agama Islam.
Kenyataan Mufti Perak ni lebih kearah mangangkat semangat "kebangsaan". kalau ikut sejarah awal Islam sampai sekarang, bangsa yang taksub dengan semangat "kebangsaan" dan juga tercatit didalam Al-Qur'an hanyalah bangsa "Yahudi'. tak kanlah sorang Mufti yang sepatutnya bersikap terbuka dalam hal "kebangsaan" nak mengikut jejak bangsa Yahudi..?
Ini bukan apa yang termaktub dalam Al-Qur'an, Sunnah dan Hadis.
Tak cukup dengan kenyataan berbau "perkauman/racist" tadi, Mufti Perak menambah lagi kenyataannya"
Beliau mendakwa, Pas Perak sebenarnya telah diperalatkan oleh DAP bagi memenuhi kepentingan tuntutan politik mereka.
"Contohnya semasa orang Melayu berbaring di atas jalan raya bagi menghalang laluan kereta Sultan Perak pada masa itu, langsung tiada orang DAP turut serta dan apabila saya tanya, mereka (orang Cina) berkata itu kerja Melayu, kami banyak lagi kerja lain nak dibuat".
Jelas dekat sini Mufti Perak tidak menjalankan tanggungjawabnya untuk mengangkat Agama Islam yang suci ketempat yang sepatutnya tetapi lebih kepada cuba untuk melaga-lagakan perpaduan antara kaum dan agama di Malaysia.
Mufti Perak yang sepatutnya lebih kedepan sebagai seorang "pendamai' antara mana-mana kaum, bangsa dan agama di Malaysia lebih berminat untuk melaga-lagakan sesama kaum, bangsa dan agama. semangat kebangsaan ala-ala "Yahudi" terlalu menebal dalam diri seorang manusia bernama Harussani yang memegang jawatan sebagai seorang "Mufti".
Dari kenyataannya aku dapat faham bahawa "jiwa" Harussani ni lebih kearah memartabatkan "bangsa" sahaja. pada pandangan Harussani, bangsa lain selain daripada bangsa Melayu adalah bukan Islam agaknya padahal Islam itu untuk semua.
Sebab itu Harussani tanpa segan silu merendahkan bangsa lain yang bukan Melayu bila dia dia mempersoalkan:
"Kenapa Pas tidak boleh bergabung untuk membentuk kerajaan yang sudah pasti akan memperoleh majoriti 100 peratus Melayu memerintah?"
Nampak sangat bangsa lain diperlekehkan seolah-olah hanya bangsa Melayu sahaja yang layak dan bagus dalam mentadbir. Harussani agaknya lupa bahawa selama ini Negara China yang menjadi Pusat Perkembangan Agama Islam di Asia pemerintahnya bukan bangsa Melayu.
Rasulullah s.a.w sendiri sebelum wafat telah mengutus sahabat Baginda untuk bekerjasama dengan Pemerintah China dan setelah sahabat Baginda Rasulullah s.a.w berhijrah ke China dalam misi tersebut, Pemerintah China bukan sahaja memberikan kerjasama bahkan memberi kedudukan-kedudukan istimewa dalam Pemerintahan Empayar China kepada para sahabat.
Malu kita pada Pemerintah China yang berbangsa China yang langsung tidak merendah-rendahkan para sahabat Baginda padahal sahabat Baginda itu bukan keturunan Melayu atau China jauh sekali seagama..!
Yang lebih memalukan ialah berhijrahnya sahabat Baginda Rasulullah ke China adalah atas niat mengembangkan Agama Islam. dalam hal ni Harussani patut malu pada Nenek Moyang orang-orang China di Malaysia kerana pada zaman sahabat Rasulullah berhijrah dulu, tidak pulak Nenek Moyang orang-orang hina yang dipandang Hina oleh Harussani ini menghalau atau menghalang niat para sahabat Baginda.
Tak pulak Nenek Moyang orang-orang China ni risau kununnya sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w ini akan menjadikan orang-orang China sebagai "Boneka"..!
Hari ini, Mufti Perak, Tan Sri Hasrussani yang sepatutnya menjadi "penyambung" kepada perjuangan Baginda Rasulullah telah bertindak membelakangkan Rasulullah dengan menghina dan merendah-rendahkan bangsa China yang 1 masa dulu telah memberikan seluas-luasnya ruang untuk Rasulullah melalui para sahabatnya berdakwah mengembangkan Agama Islam sehingga Agama Islam sampai ke Asia dan Malaysia (pada masa tu lebih dikenali dengan nama "Tanah Melayu" kalau tak silap aku, aku tak berapa reti sejarah "Melayu" ni...).
Pada pendapat aku, Mufti Perak langsung tak layak memegang jawatan dia sekarang sebab Harussani ni taksub pada "bangsa'... mereka-mereka yang taksub pada "bangsa" ni tempatnya didalam Neraka Jahanam di akhirat nanti.
Sabda Rasulullah s.a.w:
"Barangsiapa yang berjuang di bawah panji-panji emosi, menjadi marah karena sikap berat sebelah (’asabiyah), atau menyeru ke arah ‘asabiyah, atau mendukungnya dan kemudian meninggal, maka dia mati dalam keadaan jahiliyyah" (sahih Muslim).
"Bukan daripada golongan kami sesiapa yang menyeru kepada Asabiyah, dan bukan daripada golongan kami sesiapa yang berjuang di atas panji Asabiyah, dan bukan daripada golongan kami sesiapa yang mati di atas Asabiyah" (Sunan Abu Dawud).
Kenapa diakhir-akhir "umur" ini Harussani memilih untuk berada diatas jalan yang "diiktiraf" oleh bangsa Yahudi iaitu "Kebangsaan".. Perisik Rakyat
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, tindakan beberapa wakil rakyat PKR yang keluar parti dan menjadi wakil bebas disifatkan sebagai "buaya di sebalik batu".
"Sedihnya, ribut tidak (ada), hujan pun tidak, tiba-tiba bah melanda! Syak saya teramat kuat akan adanya kepentingan politik (mereka) tersendiri. Ini bukannya udang di sebalik batu, bahkan buaya," katanya.
Nik Aziz (kiri, berserban) yang juga mursyidul am PAS mengulas 'fenomena' keluar parti yang menghantui PKR setelah tiga anggota parlimennya berpaling tadah dalam tempoh yang amat dekat.
Mereka ialah Datuk Seri Zahrain Hashim (Bayan Lepas), Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Mohsin Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai).
Dalam satu kenyatan hari ini, Nik Aziz berkata, jika terdapat perasaan tidak puas hati dengan kepimpinan sedia ada, perkara itu boleh disuarakan dengan dengan pelbagai cara, tetapi bukan dengan melompat parti.
"Usulkan sahaja sidang tergempar, ambil tindakan kepada mana-mana pemimpin yang bersalah. Paling tidak, adakan perbincangan dari hati ke hati.
"Bukankah ini menjadi amalan biasa turun temurun di dalam menyelesaikan urusan rumahtangga parti?" soalnya yang kini sedang mendapatkan rawatan kerana sakit dada di Hospital Universiti Sains Malaysia di Kota Bharu sejak kelmarin.
Sehubungan itu, Nik Aziz menambah, pemimpin yang meninggalkan parti perlu juga meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen sebagai tanda menghormati mandat yang diberikan rakyat kepadanya.
"Bertanding atas tiket parti lain, tiba-tiba menukar haluan. Bukankah ini satu penipuan? Umpama meminang anak dara orang dengan perwatakan lebai, alih-alih bertukar rupa menjadi pencuri," sindirnya.
Beliau juga menasihatkan PKR - yang disifatkanya sebagai parti yang masih muda - tidak berputus asa kerana perkara yang sama pernah berlaku pada PAS sendiri, termasuk melibatkan pemimpin tertingginya.
"Hari ini, PAS sudah dewasa dan matang, tidak lagi kedengaran pimpinan yang melompat sebagaimana dahulu.
"Bahkan Kelantan pernah diperintah dengan kelebihan satu kerusi dan dua undi! Alhamdulillah, tidak ada yang melompat," katanya. SUMBER
Ahli Majlis Syura Ulama PAS, Ahmad Awang mendakwa Tan Sri Harussani Zakaria telah menokok tambah perbualan mereka ketika mufti Perak itu menghubunginya bagi memujuk PAS untuk bersama Umno menubuhkan kerajaan perpaduan di Perak selepas pilihan raya umum 2008.
Ahmad (kiri) mengulas kenyataan Harussani, dalam program dialog Zaaba di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) semalam, yang mendakwa PAS Perak dengan angkuh menolak cadangan tersebut walaupun pada dasarnya mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah dan dipersetujui kepimpinan parti itu.
"Apa yang beliau cakap dalam dialog itu adalah tambahan kemudian. (Perkara) Itu tidak betul," katanya sambil menambah, dalam perbualan tersebut, mufti Perak itu tidak memberitahunya yang cadangan itu mendapat perkenan baginda. "Perbualan tentang ayat al-Quran dan hadis itu tidak ada. Ia direka-reka kemudiannya," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.
Sebagai pesuruhjaya PAS negeri ketika itu, Ahmad mengakui - dalam perbualan telefon dengan Harussani - mufti Perak itu telah memujuknya parti itu bersama-sama Umno membentuk kerajaan perpaduan.
Bagaimanapun, katanya, beliau berkeras tidak mahu bekerjasama dengan Umno kerana mendakwa Umno adalah "zalim" termasuk memberi contoh pengalaman PAS bersama dengan Umno satu ketika dahulu.
Ahmad juga mengakui dalam perbualan dengan Harussani (kanan) - lebih kurang 10 minit itu - beliau membuat ketetapan untuk bersama-sama dengan DAP menubuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.
Dalam perbualan telefon itu juga, Ahmad berkata, Harussani berkata kerajaan perpaduan yang dicadangkan itu berteraskan Melayu dan Islam, sedangkan mufti Perak itu mendakwa pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Kor Ham anti-Islam.
Ahmad berkata, beliau menjawab dengan berkata bahawa beliau mengenali pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Kor Ham sejak tujuh atau lapan tahun lalu, dan mengetahui beliau beragama kristian.
"(Tetapi) Ngeh tidak pernah bersikap anti-Islam," katanya.
Menurut Ahmad lagi, dalam perbualan tersebut, Harussani juga tidak menyatakan tentang tawaran jawatan menteri besar dan exco kepada PAS dalam kerajaan perpaduan yang dicadangkan itu.
Sebaliknya, kata beliau, tawaran tersebut hanya dibuat oleh seorang wakil rakyat yang mewakili ketua badan perhubungan Umno Perak ketika itu, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali, beberapa hari selepas Pakatan Rakyat menang pilihan raya umum tersebut.
Ahmad juga berkata, dalam perbualan telefon itu, beliau membidas mufti Perak yang banyak menyentuh dalam ceramahnnya mengenai gejala murtad di kalangan orang Melayu yang menganut Kristian.
"Saya cakap kepadanya bahawa beliau mengenali (perdana menteri ketika itu) Tun Abdullah (Ahmad Badawi), dan pernah menghantar memorandum (mengenai gejala murtad), tapi kerajaan tak buat apa-apa pun.
"Jadi kita tak boleh harap dengan Umno. Macam mana nak berpakat," katanya.
Ekoran bidasannya itu, Ahmad berkata Harussani "mati akal" untuk menjawab hujahnya dan seterusnya menamatkan perbuatan mereka.
PAS mencabar Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria meletakkan jawatannya untuk bergiat aktif dalam politik termasuk bertanding pilihan raya daripada mengeluarkan kenyataan-kenyataan memperlekehkan kerjasama Pakatan Rakyat.
“Saya mencabar Tan Sri Harussani meletakkan jawatan sebagai mufti dan beliau secara langsung terlibat dalam politik,” kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar ketika dihubungi The Malaysian Insider.Sambil menyifatkan Harussani sepatutnya memahami persekitaran kerjasama sebelum 8 Mac 2008, Mahfuz berkata, PAS tidak wajar memutuskan hubungan yang telah dijalin bersama komponen Pakatan Rakyat
“Saya tidak tahu apa yang berlaku itu (perbincangan selepas pilihan raya umum).
“Tetap yang penting, bolehkah kita yang ada Pakatan Rakyat, menyertai pilihan raya secara bersama dengan mereka, jatuh bangun dan susah payah menghadapi pilihan raya... tidak boleh mengkhianati semangat setiakawan yang telah dibentuk,” kata Mahfuz.
Mahfuz memberitahu Harussani sebagai mufti seharusnya faham dalam Islam juga tidak digalakkan memungkiri janji kerjasama yang telah dijalin dengan DAP dan PKR.
Malah Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berharap Harussani tidak menghalalkan unsur-unsur rasuah yang didakwa diamalkan oleh kalangan pemimpin BN-Umno.
Sehubungan itu, Mahfuz juga menambah bahawa kelihatan masih ada usaha di kalangan Umno dan BN termasuk menggunakan mufti untuk melakukan usaha ‘menarik’ wakil-wakil rakyat.
Kata beliau, ia menunjukkan Umno-BN terus berada dalam suasana cemas untuk mendapatkan kuasa dengan menarik sokongan wakil rakyat Pakatan Rakyat.
BN mengambil alih kerajaan negeri Perak pada Februari 2009 ekoran tindakan tiga Adun Pakatan Rakyat keluar parti dan sekali gus menjadi wakil rakyat Bebas mesra BN.
Mahfuz mengulas kenyataan Harussani mendakwa PAS bersikap angkuh dengan menolak syor agar dibentuk kerajaan campuran di negeri itu pada 2008.
Beliau menceritakan keangkuhan PAS Perak yang menolak mentah-mentah cadangan penubuhan kerajaan perpaduan di negeri itu walaupun secara dasarnya ia diperkenan oleh Sultan Perak, Raja Azlan Shah dan juga dipersetujui oleh kepimpinan tertinggi parti itu.
Kata beliau apabila dikemukakan cadangan penubuhan kerajaan campuran antara PAS dan BN, Pesuruhjaya PAS Perak, Ahmad Awang terus berkata pihaknya tidak akan bersekongkol dengan orang Umno yang zalim dan lebih baik berkawan dengan kafir yang dirujuk kepada DAP.
Mengimbas kembali perkara itu, Harussani berkata, cadangan itu bermula selepas pilihan raya umum apabila DAP dan BN masing-masing mendapat 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bermaksud PAS akan menjadi penentu kepada kerajaan yang akan dibentuk.
Katanya, beliau dilantik sebagai orang tengah dan persoalan yang timbul ialah daripada 28 wakil rakyat BN hanya seorang Cina.
“Kenapa PAS tidak boleh bergabung untuk membentuk kerajaan yang sudah pasti akan memperoleh majoriti 100 peratus Melayu memerintah.
“Saya telah berjumpa dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan dan berbincang hampir dua jam, pada awalnya beliau tidak bersetuju tetapi akhirnya dia kata idea itu bagus tetapi tidak dapat memberi keputusan kerana ia bergantung kepada Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
“Saya maklumkan bahawa tidak berapa rapat dengan Hadi, jadi jika cadangan itu baik saya minta beliau (Nik Aziz) maklumkan kepada Hadi. Semasa dalam perjalanan balik iaitu berada di Cameron Highlands, Hadi telah hubungi saya dan bersetuju dengan cadangan itu.
?”Tetapi Hadi kata dia tidak boleh buat keputusan kerana ia bergantung pada negeri iaitu Pesuruhjaya PAS Negeri (Ahmad). Saya juga telah hubungi Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din dan dia juga bersetuju,” katanya.
Jelas Harussani, semasa sampai di Ipoh beliau yang optimis dengan cadangan itu yang turut disokong kepimpinan tertinggi PAS telah menghubungi Ahmad, tetapi malangnya jawapan yang diterima amat mendukacitakan.
Beliau mendakwa, PAS Perak sebenarnya telah diperalatkan oleh DAP bagi memenuhi kepentingan tuntutan politik mereka.
“Contohnya semasa orang Melayu berbaring di atas jalan raya bagi menghalang laluan kereta Sultan Perak pada masa itu, langsung tiada orang DAP turut serta dan apabila saya tanya, mereka (orang Cina) berkata itu kerja Melayu, kami banyak lagi kerja lain nak dibuat,” katanya.
Bagaimanapun kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat dengan menteri besar dari PAS hanya bertahan 10 bulan.
Ia digulingkan apabila tiga Adun Pakatan Rakyat keluar PKR dan DAP, sekali gus menjadi wakil rakyat Bebas.M/I
PAS mencabar Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria meletakkan jawatannya untuk bergiat aktif dalam politik termasuk bertanding pilihan raya daripada mengeluarkan kenyataan-kenyataan memperlekehkan kerjasama Pakatan Rakyat.
“Saya mencabar Tan Sri Harussani meletakkan jawatan sebagai mufti dan beliau secara langsung terlibat dalam politik,” kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar ketika dihubungi The Malaysian Insider.Sambil menyifatkan Harussani sepatutnya memahami persekitaran kerjasama sebelum 8 Mac 2008, Mahfuz berkata, PAS tidak wajar memutuskan hubungan yang telah dijalin bersama komponen Pakatan Rakyat
“Saya tidak tahu apa yang berlaku itu (perbincangan selepas pilihan raya umum).
“Tetap yang penting, bolehkah kita yang ada Pakatan Rakyat, menyertai pilihan raya secara bersama dengan mereka, jatuh bangun dan susah payah menghadapi pilihan raya... tidak boleh mengkhianati semangat setiakawan yang telah dibentuk,” kata Mahfuz.
Mahfuz memberitahu Harussani sebagai mufti seharusnya faham dalam Islam juga tidak digalakkan memungkiri janji kerjasama yang telah dijalin dengan DAP dan PKR.
Malah Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berharap Harussani tidak menghalalkan unsur-unsur rasuah yang didakwa diamalkan oleh kalangan pemimpin BN-Umno.
Sehubungan itu, Mahfuz juga menambah bahawa kelihatan masih ada usaha di kalangan Umno dan BN termasuk menggunakan mufti untuk melakukan usaha ‘menarik’ wakil-wakil rakyat.
Kata beliau, ia menunjukkan Umno-BN terus berada dalam suasana cemas untuk mendapatkan kuasa dengan menarik sokongan wakil rakyat Pakatan Rakyat.
BN mengambil alih kerajaan negeri Perak pada Februari 2009 ekoran tindakan tiga Adun Pakatan Rakyat keluar parti dan sekali gus menjadi wakil rakyat Bebas mesra BN.
Mahfuz mengulas kenyataan Harussani mendakwa PAS bersikap angkuh dengan menolak syor agar dibentuk kerajaan campuran di negeri itu pada 2008.
Beliau menceritakan keangkuhan PAS Perak yang menolak mentah-mentah cadangan penubuhan kerajaan perpaduan di negeri itu walaupun secara dasarnya ia diperkenan oleh Sultan Perak, Raja Azlan Shah dan juga dipersetujui oleh kepimpinan tertinggi parti itu.
Kata beliau apabila dikemukakan cadangan penubuhan kerajaan campuran antara PAS dan BN, Pesuruhjaya PAS Perak, Ahmad Awang terus berkata pihaknya tidak akan bersekongkol dengan orang Umno yang zalim dan lebih baik berkawan dengan kafir yang dirujuk kepada DAP.
Mengimbas kembali perkara itu, Harussani berkata, cadangan itu bermula selepas pilihan raya umum apabila DAP dan BN masing-masing mendapat 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bermaksud PAS akan menjadi penentu kepada kerajaan yang akan dibentuk.
Katanya, beliau dilantik sebagai orang tengah dan persoalan yang timbul ialah daripada 28 wakil rakyat BN hanya seorang Cina.
“Kenapa PAS tidak boleh bergabung untuk membentuk kerajaan yang sudah pasti akan memperoleh majoriti 100 peratus Melayu memerintah.
“Saya telah berjumpa dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan dan berbincang hampir dua jam, pada awalnya beliau tidak bersetuju tetapi akhirnya dia kata idea itu bagus tetapi tidak dapat memberi keputusan kerana ia bergantung kepada Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
“Saya maklumkan bahawa tidak berapa rapat dengan Hadi, jadi jika cadangan itu baik saya minta beliau (Nik Aziz) maklumkan kepada Hadi. Semasa dalam perjalanan balik iaitu berada di Cameron Highlands, Hadi telah hubungi saya dan bersetuju dengan cadangan itu.
?”Tetapi Hadi kata dia tidak boleh buat keputusan kerana ia bergantung pada negeri iaitu Pesuruhjaya PAS Negeri (Ahmad). Saya juga telah hubungi Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din dan dia juga bersetuju,” katanya.
Jelas Harussani, semasa sampai di Ipoh beliau yang optimis dengan cadangan itu yang turut disokong kepimpinan tertinggi PAS telah menghubungi Ahmad, tetapi malangnya jawapan yang diterima amat mendukacitakan.
Beliau mendakwa, PAS Perak sebenarnya telah diperalatkan oleh DAP bagi memenuhi kepentingan tuntutan politik mereka.
“Contohnya semasa orang Melayu berbaring di atas jalan raya bagi menghalang laluan kereta Sultan Perak pada masa itu, langsung tiada orang DAP turut serta dan apabila saya tanya, mereka (orang Cina) berkata itu kerja Melayu, kami banyak lagi kerja lain nak dibuat,” katanya.
Bagaimanapun kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat dengan menteri besar dari PAS hanya bertahan 10 bulan.
Ia digulingkan apabila tiga Adun Pakatan Rakyat keluar PKR dan DAP, sekali gus menjadi wakil rakyat Bebas.M/I
An-Nisa Dan janganlah engkau berbahas untuk membela orang-orang yang mengkhianati diri mereka sendiri. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang selalu melakukan khianat, lagi sentiasa berdosa. (107)
Apa yang diterangkan oleh beliau ketika Sidang Media semalam yang menyatakan bahawa beliau meninggalkan Pakatan Rakyat atas isu tidak bersetuju dengan pendirian PKR berhubung isu Allah. Bukan Hj. Mohsin ker mungkin adek kembar kepada Mohsin kalau bukan dia. Lihat raut wajah dia betul-betul(Disini).
Apakah Hj Mohsin tidak terjumpa ayat allah di dalam Alquran yang menceritakan perihal khianat. Kepada pengundi Bagai Serai anda telah memberi mandat kepada Hj Mohsin yang untuk memimpim anda. Itu adalah amanat anda kepada beliau, kini beliau mengkhianat akan amanat tersebut
Kini walaupun musim kemarau, Arus semakin deras untuk menghanyut katak yang tidak ada pendoman jati diri. Mungkinkah bila arus berhenti nanti katak yang di bawa arus tersebut akan terdampar di tebing atau akan menerima nasib seperti habuan memancing ikan haruan bagi kaki pancing
KOTA BARU, 3 Mac — Barisan Nasional (BN) Kelantan mempertahankan tindakan wakil rakyatnya mengambil bahagian dalam perbahasan usul yang dibawa kerajaan negeri Kelantan untuk merujuk tuntutan royalti minyak di mahkamah.
Sehubungan itu, Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan Datuk Mohd Alwi Che Ahmad berkata pihak yang mempersoalkan tindakan mereka kelmarin sebenarnya tidak faham rasional pendirian wakil BN.
“Adun BN hanya menyokong agar usul dibahaskan dan kami mengambil bahagian dalam perbahasan.
“Tetapi apabila sampai masa untuk mengundi, kami tidak mengundi... ini kena faham. Kalau kita tidak menyertai perbahasan, bagaimana kita hendak menyatakan hujah kita (pendirian BN dan kerajaan pusat) dalam isu pertikaian ini... mereka (kerajaan negeri) hendak mentafsir menerusi mahkamah, jadi kami berhujah supaya bawa kes ini ke mahkamah,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.
Beliau yang juga Adun Kok Lanas dan Setiausaha BN Kelantan berkata, Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein (gambar) mungkin salah faham dengan sebab pihaknya berbuat demikian.
“Orang yang faham fahamlah dengan apa yang berlaku. Kalau tidak faham, maka tak fahamlah mereka dengan keadaan di Kelantan,” katanya lagi sambil menambah suasana di Kelantan berbeza dengan negeri lain termasuk Terengganu.
Hishammuddin merupakan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu.
Justeru Mohd Alwi menambah, Hishammuddin “sepatutnya berkata (memberitahu wartawan) akan merujuk kepada kami sebelum berkata demikian”.
“Apa yang kami lakukan ini bertujuan mempertahankan kerajaan, sebab itu Pemuda Umno (pusat) membuat kenyataan yang betul (bahawa tindakan kami adalah betul),” kata beliau lagi.
“Hanya satu panggilan yang memisahkan saya daripada Hishammuddin... beliau (sepatutnya) telah menghubungi saya untuk mendapatkan penjelasan,” katanya lagi.
Malah Mohd Alwi berkata, beliau telah berbincang dengan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed dan juga timbalannya Datuk Dr Awang Adek Husien sebelum usul itu dibahaskan.
“(Dalam suasana ini) kita kena bertindak sebagai ahli politik yang tenang, bijak dan matang... ini adalah mainan politik... ini sudah jadi satu pertikaian, jadi biar bawa ke mahkamah,” katanya.
Ayid: “Orang yang faham fahamlah dengan apa yang berlaku. Kalau tidak faham, maka tak fahamlah mereka dengan keadaan di Kelantan,” katanya lagi sambil menambah suasana di Kelantan berbeza dengan negeri lain termasuk Terengganu.
Maka bermula lah… satu lagi siri “pembelian” ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN). Setakat ini tiga telah berjaya diumpan oleh Umno, manakala beberapa lagi mungkin menjadi ‘’mangsa” dalam tempoh beberapa hari lagi.
Tan Tee Beng, Zahrain Hashim dari Pulau Pinang dan yang terbaru Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai, Perak) memberi alasan mereka meninggalkan KEADILAN demi soal prinsip dan kebenaran.
Begitu juga bekas Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Sallehuddin Hashim bertindak keluar dari parti itu, juga atas soal “prinsip.”
Tidak boleh ditolak kemungkinan beberapa lagi wakil rakyat KEADILAN juga akan mengisytiharkan diri Ahli Parlimen bebas atas soal “prinsip” dalam beberapa hari yang menyusul.
Sejauh mana mereka berpegang kepada “prinsip” boleh diukur daripada keengganan mereka mengosongkan kerusi yang dimenangi menerusi mandat yang diberikan oleh pengundi kepada KEADILAN dan Pakatan Rakyat.
Retorik Zahrain, Tee Beng dan Mohsin mengenai “soal prinsip” adalah dengan sendirinya satu tindakan tidak berprinsip kerana mereka menodai hak dan mandat rakyat yang mengundi mereka KERANA mereka bertanding atas tiket KEADILAN dan Pakatan.
Mereka tunduk kepada gula-gula politik yang ditawarkan oleh Umno dan kini cuba meyakinkan rakyat menerusi arus media perdana bahawa mereka bertindak atas soal “prinsip.”
Begitulah mainan orang politik murahan (tajuk kecil) Begitu jugalah dengan Sallehudin yang menjadi orang tengah mengatur tindakan ahli parlimen berkenaan untuk lompat parti.
Sallehuddin diberi amanah untuk menjadi Setiausaha Agung KEADILAN dan sering mengajukan soal prinsip dan moral kepada akar umbi KEADILAN dalam melaksanakan tugasnya.
Namun apabila berdepan dengan keadaan tertentu, termasuk tidak mendapat jawatan yang menawarkan gaji lumayan dengan anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor, beliau bertindak keluar parti dan terus mengatur perjumpaan dengan Perdana Menteri Najib Razak.
Perjumpaan itu, sebagaimana perjumpaan Saiful Bukhari Azlan dengan Najib yang mencetuskan pertuduhan fitnah liwat kedua terhadap Anwar, memulakan satu lagi pusingan “pembelian” wakil rakyat KEADILAN.
PETALING JAYA: Dua belas ahli parlimen Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) , yang diramalkan nyaris-nyaris keluar parti, hari ini menyifatkan berita itu sebagai karut dan pada masa yang sama mengulangi ketaatan mereka kepada parti.
Bercakap kepada media di ibu pejabat KEADILAN di Tropicana di sini pagi ini, kumpulan itu yang diketuai oleh Ahli Parlimen Teluk Kemang, Datuk Kamarul Baharin Abbas berkata mereka tiada hasrat untuk keluar parti.
Selain Kamarul, mereka ialah Ahmad Kassim (Kuala Kedah), Azan Ismail (Indera Mahkota), Abdullah Sani (Kuala Langat), Abdul Aziz Abdul Kadir (Ketereh), Yusmadi Yusoff (Balik Pulau), S Manikavasagam (Kapar), N Gobalakrishnan (Padang Serai), Rashid Din (Merbok), Loh Gwo-Burne (Kelana Jaya), Amran Ab Ghani (Tanah Merah) dan Hee Loy Sian (Petaling Jaya Selatan).
Bagaimanapun, ketika mereka ini melafazkan taat setia mereka kepada parti, Ahli Parlimen KEADILAN – Bagan Serai, mengumumkan keputusannya untuk keluar parti untuk menjadi wakil rakyat bebas.
Mohsin merupakan ahli parlimen ketiga dari KEADILAN keluar parti dalam tempuh dua minggu lalu, selepas Ahli Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng dan Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bayan Baru) bertindak keluar parti.
Mereka memberi alasan hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinan sebagai sebab keluar parti.
Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebentar tadi dan menjadi wakil rakyat Bebas serta merta.
Beliau membuat pengumuman itu dengan dihadiri oleh bekas Setiausaha Agong PKR, Datuk Sallehuddin Hashim sebentar tadi.
Desas-desus bahawa Ahli Palimen Bagan Serai itu akan meninggalkan PKR telah lama tersebar luas iaiatu semenjak pertengahan tahun lepas dimana beliau dikatakan ada masalah dengan Ketua Bahagiannya.
Mohsin Fadzli Samsuri merupakan Ahli Parlimen Bagan Serai, Negeri Perak dari Parti Keadilan Rakyat. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari Barisan Nasional - UMNO, Datuk Zainal Abidin Zin dengan majoriti sebanyak 3,413 undi. Beliau memperolehi 18,943 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 15,530 undi.
Dan Dialah yang menjadikan langit dan bumi dalam enam masa, sedang ArasyNya berada di atas air (Dia menjadikan semuanya itu untuk menguji kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya.
(Surah Hud, Ayat: 7).
ii. Menginsafi Nilai Dunia Ini Dibandingkan Dengan Akhirat.
Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak.
(Surah At-Taubah, Ayat: 38).
Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).
(Surah Aali Imran, Ayat: 14).
Diriwayatkan, pada suatu ketika Rasulullah s.a.w menghadap ke suatu tempat membuang sampah (mazbalah), lalu baginda memanggil para sahabat baginda sambil bersabda: "Ayuhlah, kejarlah dunia"; kemudian baginda mengambil cebisan kain yang telah usang dan tulang-tulang yang sudah reput sambil berkata: "Inilah dunia".
Menurut riwayat yang lain, pada suatu hari Rasulullah s.a.w melihat kepada bangkai anak kambing yang dibuang oleh tuannya lalu baginda berpaling kepada para sahabatnya dan bersabda: "Adakah kamu melihat betapa hinanya bangkai kambing itu di sisi tuannya, demi Allah dunia ini lebih hina di sisi Allah melebihi kehinaan kambing tersebut di sisi tuannya. Kalaulah nilai dunia ini menyamai nilai sebelah sayap seekor nyamuk nescaya Allah tidak akan memberi seteguk airpun untuk minuman orang kafir".
Baginda juga bersabda: "Hari kiamat semakin hampir sedangkan manusia semakin tamak-rakus kepada dunia dan mereka juga semakin jauh dengan Allah".
Baginda juga bersabda: "Dunia ini adalah penjara untuk orang mukmin dan syurga bagi orang kafir".
Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke Syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.
(Surah Aali Imran, Ayat: 185).
Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
Yang bermaksud:
Sentiasalah mengingati pemusnah kelazatan dan pemisah golongan-golongan (iaitu kematian). (Diriwayatkan oleh Ibnu Hibban).
Abu Zar Al-Ghiffari r.a berkata: "Saya berkata kepada Rasulullah s.a.w: Apakah kandungan Suhuf Nabi Musa?" Baginda menjawab: "Keseluruhannya adalah pengajaran". Aku merasa hairan terhadap orang yang yakin kepada kematian tetapi ia masih terus bergembira, Aku hairan kepada orang yang yakin tentang neraka tetapi ia masih ketawa, Aku hairan terhadap orang yang meyakini qadar ketentuan Allah tetapi masih kecewa, Aku hairan terhadap orang yang melihat dunia yang membolak-balik penghuninya tetapi ia masih merasa aman terhadap dunia, Aku juga merasa hairan terhadap orang yang meyakini adanya hisab di kemudian hari tetapi masih tetap tidak beramal (untuk bekalan)".
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, bahawa beliau keluar bersama-sama Rasulullah s.a.w mengiringi jenazah. Rasulullah s.a.w bersabda sambil duduk menghadap ke arah sebuah kubur: "Tiap hari kubur ini menyeru dengan nyaringnya: Hai anak Adam lupakan engkau kepada aku. Tidakkah engkau ketahui bahawa aku ini tempat keseorangan, tempat kesunyian, tempat cacing dan tempat yang sempit kecuali yang Allah lapangkan baginya". Kemudian baginda bersabda: "Kubur ini adalah salah satu taman dari taman-taman syurga atau (sebaliknya) salah satu lubang dari lubang-lubang neraka".
(Diriwayatkan oleh Tabrani).
iv. Mengetahui Hakikat Islam.
Iaitu dengan mempelajari dan mendalami ilmu-ilmu agama, dasar-dasar, hukum-hakam, yang halal dan yang haram.
Firman Allah s.w.t:
وَقُلْ رَبِّ زِدْنِي عِلْمًا
Yang bermaksud:
Dan berdoalah dengan berkata: Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku. (Surah Taha, Ayat: 114).
Rasulullah s.a.w bersabda:
Yang bermaksud:
"Sesungguhnya ilmu itu hanya diperolehi dengan belajar dan kefahaman pula hanya didapati dengan mendalaminya, sesiapa yang dikehendaki oleh Allah kebaikan pada dirinya, diberikan kefahaman yang mendalam di dalam urusan agama".
(Riwayat Tabrani).
Rasulullah s.a.w bersabda:
Yang bermaksud:
"Sesungguhnya para Nabi tidaklah meninggalkan (pada kamu) dinar dan dirham. Hanya mereka yang meninggalkan ilmu. Sesiapa yang mengambilnya ia telah mengambil bahagian yang lumayan".
(Riwayat Abu Daud dan Tirmizi).
v. Mengetahui Hakikat Jahiliah.
Iaitu dengan meneliti ciri-ciri pemikiran jahiliah, aliran-aliran dan perancangannya. Di samping menyingkap akibat-akibat dan keburukannya. Dengan memahami hakikat ini kita tidak terperangkap ke dalajaring-jaringnya selaras dengan sabda Rasulullah s.a.w:
Yang bermaksud:
"Sesiapa yang mempelajari bahawa suatu kaum ia terselamat dari rancangan jahat mereka".
Sifat-sifat Mereka Yang Hidup Untuk Islam.
Jika saya seorang yang menghayati Islam dan hidup untuk memperjuangkan Islam maka tentulah bentuk serta corak hidup saya berbeza dengan manusia yang lain. Antara bentuk dan corak tersebut ialah:
i. Benar-benar Terikat dan Menurut Ajaran Islam.
Iman itu bukanlah hanya dengan angan-angan sahaja, tetapi ia adalah suatu yang tertunjang di dalam hati dan dibuktikan oleh perbuatan. Di dalam firman Allah selalu sahaja mengaitkan antara iman dan amal.
Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?
(Surah Al-Baqarah, Ayat: 44).
Amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.
(Surah As-Saff, Ayat: 3).
Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali berkata: "Dua lelaki telah memberi musibah ke atas diriku, pertama orang alim yang melanggar larangan agama dan kedua orang jahil yang beribadat. Si jahil memperdayakan orang ramai dengan ibadatnya manakala si alim pula memperdaya orang ramai dengan pelanggaran terhadap agama". Rasulullah s.a.w berwasiat kepada seluruh umat Islam supaya berjaya-jaga:
"Jadilah kamu orang-orang yang memelihara ilmu dan janganlah kamu menjadi tukang riwayat". (Riwayat Abu Nu'aim).
Asy-Syahid Imam Hasan Al-Bannadi dalam Risalahnya yang bertajuk "Fi Ayyi Nad'un Nas (Ke mana kita ingin menyeru manusia)" menyatakan: "Sebenarnya Al-Quran telah menentukan matlamat kehidupan dan tujuan-tujuan kehidupan manusia ..." Ia menerangkan segolongan manusia yang hidup mereka adalah untuk makan minum dan menikmati kelazatan dunia. Firman Allah:
Dan (sebaliknya) orang-orang yang kafir menikmati kesenangan di dunia serta mereka makan minum sebagaimana binatang-binatang ternak makan minum, sedang Nerakalah menjadi tempat tinggal mereka. (Surah Muhammad, Ayat: 12).
Al-Quran menerangkan adanya segolongan manusia yang tujuan hidup mereka adalah untuk menikmati perhiasan dan bersenang-senang dengan kemewahan, dalam firman Allah:
Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: Kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). (Surah Aali Imran, Ayat: 14).
Al-Quran juga menerangkan gelagat segolongan manusia yang hidup mereka di dunia adalah mengadakan angkara fitnah, menyuburkan kejahatan dan kerosakan, dalam sebuah firman Allah:
Dan di antara manusia ada orang yang tutur katanya mengenai hal kehidupan dunia, menyebabkan engkau tertarik hati (mendengarnya) dan dia (bersumpah dengan mengatakan bahawa) Allah menjadi saksi atas apa yang ada dalam hatinya, padahal dia adalah orang yang amat keras permusuhannya (kepadamu). Kemudian apabila dia pergi (dengan mendapat hajatnya), berusahalah dia di bumi, untuk melakukan bencana padanya dan membinasakan tanaman-tanaman dan keturunan (binatang ternak dan manusia; sedang Allah tidak suka kepada bencana kerosakan. (Surah Al-Baqarah, Ayat: 204 - 205).
Demikianlah tujuan-tujuan hidup manusia di dunia. Allah s.w.t telah membersihkan orang-orang mukmin daru tujuan-tujuan yang salah dengan memberikan tanggungjawab dan kewajipan yang tinggi lagi mulia. Tanggungjawab tersebut ialah menunjukkan kebenaran Islam kepada manusia. Mengajak manusia seluruhnya kepada kebajikan dan menyinarkan seluruh alam ini dengan cahaya Islam.
iii. Golongan Yang Menganggap Dunia ini Adalah Ladang Tanaman Untuk Di Akhirat.
Mereka inilah golongan yang benar-benar beriman, merekamengetahui hakikat hidup ini. Mereka menginsafi nilai hidup di dunia ini dibandingkan dengan akhirat kerana firman Allah s.w.t:
Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir? (Surah Al-An'aam, Ayat: 32).
Ekoran dari rendahnya nilai dunia jika dibandingkan dengan akhirat maka kehidupan dunia tidaklah sampai menghalang dan menyibukkan mereka daripada melaksanakan tujuan dan matlamat mereka diciptakan oleh Allah.
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. (Surah Az-Zariyaat, Ayat: 56).
Orang-orang yang benar menggabungkan dirinya dengan Islam menganggap dunia ini sebagai medan untuk mereka berbakti mentaati Allah dan memperolehi keredaan-Nya. Seluruh hidup mereka baik ilmu pengetahuan, perniagaan, harta kekayaan, rumah tangga, masa dan waktu serta pemikiran mereka semuanya dicurahkan untuk tujuan mentaati Allah. Sebaliknya golongan kebendaan menggunakan segala kurniaan tersebut demi untukmemuaskan hawa nafsu dan keinginan syahwat.
Kenyataan ini telah dibuktikan dengan sebahagian besar ciptaan-ciptaan (kemajuan) zaman moden ini dan kebanyakan hasil perahan daya fikiran manusia bertujuan untuk menyogokkan kepada manusia kelazatan dan kerehatan jasmaninya bukan bertujuan untuk membangunkan alam sejagat ini dengan nilai-nilai kebaikan, kedamaian dan ketenangan. Kemajuan alat-alat rekaan baru seperti kereta, pesawat, kapal terbang, mesin basuh, peti sejuk, alat-alat solek, perabut rumah, pakaian, alat-alat hiburanmalahan ribuan ciptaan yang dioleh kilang perusahaan yang moden dan canggih pada hari ini, semuanya bertujuan memberikan kerehatan, keselesaan kepada hidup manusia.
Dalam konteks ini walaupun Islam sama sekali tidak melarang mengkaji (menyelidik), mencipta dan menghasilkan sesuatu, namun ia haruslah dilakukan dengan syarat:
1. Dengan kadar yang tidak membawa manusia kepada kemudaratan atau bahaya.
2. Dalam bentuk yang boleh mendatangkan kebaikan dan kebajikan dalam masyarakat. Ertinya, kerja-kerja tersebut hendaklah diperhatikan dari segi penyesuaiannya dengan syarak dan akhlak.
Dalam hubungan ini Imam Hasan Al-Banna di dalam risalah, "Ke Mana Kita Menyeru Manusia" mengatakan: "Demi Tuhanmu, wahai saudara yang dimuliakan; adakah umat Islam memahami pengertian ini (dari Kitab Allah) yang menyebabkan jiwa mereka akan menjadi tinggi, semangat mereka akan meningkat malah mereka akan bebas dari belenggu kebendaan. Mereka akan terhindar dari godaan syahwat dan keinginan nafsu serta menjauhi perkara-perkara yang sia-sia dan tujuan-tujuan yang penuh kehinaan. Dengan kefahaman ini mereka dapat meluruskan tujuan dan haluan mereka kepada Allah yang menciptakan langit dan bumi, ikhlas mempertahankan kalimah Allah, berjihad pada jalan-Nya, menyebarkan agama-Nya dan mempertahankan syariat-Nya atau sebaliknya mereka ditawan oleh syahwat dan menjadi hamba kepada kerakusan nafsu serakah. Seluruh impian mereka hanyalah untuk mengisi uncang perut mereka dengan makanan yang lazat, kenderaan yang cantik, tidur yang nyenyak dan gelaran-gelaran yang kosong".
Seorang penyair menyatakan:
Mereka bersenang-senang dengan angan-angan khayalan,
Sedangkan segala pemberian adalah ujian,
Mereka mendakwa telah mengharungi lautan dengan,
Sesungguhnya mereka belumpun bertemu ujian,
Sesungguhnya benarlah sabda Rasulullah s.a.w yang menyebut:
Yang bermaksud:
Celakalah (orang yang hidupnya menjadi) hamba abdi dinar, celakalah (orang yang hidupnya menjadi) hamba abdi dirham. Celakalah (orang yang) menjadi hamba abdi kepada pakaian".
Inilah dia wajah tiga ekor petualang rakyat yang bakal dikorbankan dalam pilihanraya umum ke-13 tidak lama lagi itu sebenarnya !!
Apa sudah jadi dengan Pakatan Rakyat di Pulau Mutiara agaknya?. Seorang demi seorang pemimpin PKR meninggalkan parti itu. Bermula dengan Zahrain Hashim, Ahli Parlimen Bayan Lepas kemudian Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 dan ADUN Penanti, Fairus Khairuddin. Terkini, Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng pula berbuat demikian. Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Salehuddin Hasim pula kemudiannya mendakwa lebih sepuluh wakil rakyat termasuk pemimpin mungkin akan keluar dari parti itu. Sesuatu yang agak memusykilkan kita ialah kesemua mereka yang berbuat demikian adalah dari negeri Pulau Pinang, yang sudah begitu sinonim dengan nama Datuk Seri Anwar Ibrahim itu sendiri. Soalnya sekarang, apakah tindakan berkenaan sebagai langkah untuk membuktikan bahawa Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Anwar telah hilang "taringnya". Lantaran itulah pemimpin terbabit bertindak meninggalkan PKR secara berturut-turut sekarang ini. Alasan yang diberikan oleh Zahrain dan Tan Tee Beng ialah mereka hilang kepercayaan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Kononnya Guan Eng gagal membela nasib kaum Melayu di pulau itu. Kenyataan itu dinafikan oleh Anwar, malahan Guan Eng sendiri kemudian mendedahkan beberapa perkara yang menyebabkan pemimpin terbabit nekad meninggalkan PKR. Semua ini sebenarnya boleh membuatkan Pakatan Rakyat hilang serinya. Tindakan keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas, jelas sekali satu perbuatan khianat yang tidak wajar untuk dimaafkan oleh seluruh rakyat Malaysia sebenarnya.
KOTA BARU, 28 Feb — Kerajaan negeri mengesahkan belum menerima sebarang surat rasmi pelantikan dua wakil dari PAS sebagai jawatankuasa pengagihan wang ihsan, sebaliknya berpendapat jawatankuasa itu adalah jawatankuasa haram.
Pengerusi Jawatankuasa Petroleum Negeri Kelantan Datuk Husam Musa memberitahu perkara itu tidak termaktub dalam undang-undang dan mana-mana akta berkaitan.
“Kerajaan negeri menuntut royalti berdasarkan perjanjian dan undang-undang, kita tidak pernah mengiktiraf pemberian wang ihsan,” katanya, semasa ditemui di pejabat pentadbiran kerajaan negeri di Kota Darulnaim hari ini.
Semalam kerajaan pusat mengumumkan akan melantik dua wakil dalam jawatankuasa pengagihan wang ihsan.
Menjawab taklimat disampaikan bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas, Husam berkata, ia akan mengukuhkan lagi tuntutan kerajaan negeri berhubung isu tuntutan royalti sebanyak lima peratus daripada pengeluaran minyak samaada dalam perairan atau luar perairan pantai Kelantan.
“Tun memberikan latar belakang kehendak sebenar akta tersebut di mana akta-akta lain adalah tidak terpakai dalam perkara ini.
“Seperti akta perlombongan petroleum telah pun dibatalkan, akta darurat tahun 1969 tidak ada kena-mengena dengan pencarian petroleum.
“Manakala Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA) digubal sebagai satu tanda persetujuan bersama negeri-negeri dan persekutuan bagi berkongsi hasil petroleum jika sekiranya petroleum diperolehi samaada di darat atau di laut.
Datuk Seri Mohd Najib Razak (kanan) diberikan penerangan oleh Yang DiPertua Pertubuhan Seni Silat Gayong Malaysia (PSSGM), Datuk Adiwijaya Abdullah (dua kanan) dengan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Utama Mohamad Hasan di majlis Perjumpaan Kepimpinan Tertinggi PSSGM. — Bernama pic
KUALA LUMPUR, 28 Feb — Bekas timbalan ketua menteri I Pulau Pinang Mohd Fairus Khairuddin dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang meletakkan jawatannya April tahun lalu, menyertai Umno hari ini.
Keputusan beliau menyertai Umno diumumkan selepas menghadiri Perjumpaan Kepimpinan Tertinggi Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Bersama Perdana Menteri Malaysia yang turut dihadiri Datuk Seri Najib Razak.
Terdahulu Fairus dengan berpakaian ahli Pertubuhan Silat Seni Gayong menyambut ketibaan Najib, yang juga Presiden Umno, di lobi hotel tempat
berlangsungnya majlis itu. Fairus menyertai Umno kira-kira dua minggu selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengumumkan beliau antara lapan kes berprofil tinggi bebas tuduhan rasuah.
BATU PAHAT, 28 Feb – Dr Mohd Puad Zarkashi, salah seorang aggota Majlis Tertinggi Umno berkata parti itu perlu mengambil tindakan terhadap Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah kerana bersekongkol dengan parti-parti pembangkang dalam isu royalti minyak Kelantan.
Mohd Puad yang juga Timbalan Menteri Pelajaran dan Ketua Umno Bahagian Batu Pahat berkata, walaupun Tengku Razaleigh merupakan bekas “orang besar” dalam Umno, tetapi ia tidak bermakna beliau perlu diberikan sebarang layanan istimewa.
“Umno perlu mengambil tindakan terhadap Tengku Razaleigh. Beliau tidak sepatutnya diberikan sebarang layanan istimewa walaupun beliau pernah menjadi orang besar di dalam Umno suatu ketika dahulu,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Mohd Puad berkata demikian sebagai mengulas tindakan Ahli Parlimen Gua Musang yang bekerjasama serta terlibat di dalam siri ceramah anjuran parti-parti pembangkang di dalam isu royalti minyak Kelantan.
Majlis Tertinggi Umno dalam mesyuaratnya minggu ini menyerahkan kepada anggotanya untuk menentukan bentuk tindakan yang boleh dikenakan terhadap Tengku Razaleigh Hamzah itu.
Menurut Mohd Puad, Tengku Razaleigh sememangnya sengaja menggunakan platform parti pembangkang di dalam isu royalti minyak Kelantan kerana mahu memaksa Umno mengambil tindakan terhadapnya dan seterusnya menjadi hero di dalam isu itu.
“Tujuan beliau (terlibat di dalam siri ceramah pembangkang) itu adalah untuk mencabar parti (Umno) mengambil tindakan terhadap dan membolehkannya menjadi hero,” katanya.
Beliau berkata pandangan Tengku Razaleigh tentang isu royalti minyak Kelantan ketika ini juga adalah tidak konsisten dan berlainan sebagaimana ketika Ahli Parlimen Gua Musang itu memegang jawatan Menteri Kewangan suatu ketikadahulu.
Mengenai tindakan Tengku Razaleigh yang mahu mengadakan siri ceramah tentang isu itu, katanya Umno tidak perlu berasa bimbang kerana Ahli Parlimen Gua Musang itu tidak mempunyai pengaruh yang besar, sebaliknya terpaksa bergantung kepada parti pembangkang.
Ayid>> Itu Fuad Zarkashi yang kata buka saya kata. Mahukah Majlis tertinggi UMNO mengambil tindakan sebagaibaga saranan Fuad Zarkashi. Kita tunggu dan lihat
Selamat Hari Raya Aidiladha 1445H/2024
-
Mari kita sama-sama menghayati erti pengorbanan sebenar yang dilakukan oleh
Nabi Ibrahim (RA) dalam membuktikan ketaqwaannya kepada Allah SWT.
Salam Aidi...
Salam Pertemuan : Yang Tersurat Dan Yang Tersirat
-
Heboh di media sosial tentang posting yang dimuat naik oleh Ketua Pemuda
Umno pertemuan Presiden PAS dengan Presiden Umno. Pertemuan tersebut yang
di ada...
Gendang dah berbunyi
-
SPR telahpun mengumumkan tarikh untuk diadakan pilihanraya umum kali ke-14
iaitu pada 9 Mei nanti.
Gegak gempita alam maya apabila tarikh yang diumum SP...
Sidang Media Iftar Jamai'e PAS Perak
-
Sesi penerangan Dan soal-jawab bersama media Dan Blogger PAS Perak,
berlangsung Bermula jam 5:30 petang di restoran Hadromout Paradise,
Ipoh, Perak.
Me...
Pengumuman calon Pas untuk P067 Kuala Kangsar
-
Calon bagi Parti Islam SeMalaysia (PAS) untuk pilihanraya kecil P067 Kuala
Kangsar akan diumumkan malam esok, 27 Mei 2016 pada jam 9.00 malam
bertempat d...
Jom kita lihat isu ni pulak -
-
Apa yang boleh aku nak kata kan, hanya sekadar kesian,, itu sahaja yang aku
mampu,,, maka akan aku cuba paparkan, agar ada pihak-pihak yang dapat
membantu ...
'UMNO' minta $650 Dari Najib?
-
EKSKLUSIF Keadaan menjadi semakin panas dalam Umno, apabila seorang
anggota yang mendakwa mewakili parti, memfailkan saman terhadap
Presidennya, Datuk Ser...
Bakal Mursyidul Am Pas jawap fitnah
-
Semoga puak-puak yang suka menghentam,memfitnah dan mahu menjatuhkan Ulama
dalam kepimpinan PAS sedar diri....
Ingatlah....Jebon PASMA itu tetap jebon....
RATIB UG ... TIMBUL TIMBALAN PERDANA MENTERI
-
Ratib UG di mainkan semula sekalipun yang meratib itu sudah pening angguk
geleng . PAS yang masih bersedih dengan kehilangan Tuan Guru Nik Abdul Aziz
teru...
Kisah orang sombong sembelih diri sendiri!!!
-
Assalamualaikum...Hahahahaha..Lama dah tak gelak dalam blog
ni..Kehkehkeh..Maap ramai yang menunggu nak sokong dan tak lupa jugak yang
nak hentam aku......
42 peratus Cina yakin hudud adil untuk semua
-
Ketika masyarakat Cina dikatakan fobia dengan cadangan pelaksanaan hudud
oleh PAS, tinjauan Universiti Malaya (UM) mendapati sebanyak 42 peratus
responden ...
Mengenal Susu Kambing Etawa yang kaya akan Manfaat
-
Susu kambing etawa, juga dikenal sebagai susu kambing perah Etawa, berasal
dari kambing jenis Etawa yang berasal dari Indonesia. Susu ini memiliki
beberap...
Berkongsi rezeki
-
Assalammualaikum, semua. Apa khabar? Muthiah... Alhamdulillah. Sihat. Masih
dalam misi ingin menurunkan berat badan bagi mendapatkan berat badan
idaman. ...
jangan buat hati mak bapak cuak..!
-
Geram..?
Gelisah..?
Galau..?
Cuak..?
Bimbang..?
mana satu perasaan kita sekarang..bila situasi ini berleluasa tanpa
pantauan..?
mengapa kita masih ambil ...
-
Bismillah..
Sedekah bukan sahaja berbentuk kewangan dan harta benda. Bahkan sedekah
mencakupi aspek tenaga, usaha, tindakan, ketelusan dan ketulusan...
Polemik Kalimah ALLAH
-
*Bermula apabila Kementerian Dalam Negeri di bawah Syed Hamid Albar
melarang majalah The Herald menggunakan kalimah Allah dlm penerbitan
mereka.....
Peribadi Pejuang. Coret coret ijtimak tarbawi 2013
-
Peribadi Pejuang
Pejuang senantiasa akan diuji Allah swt justeru itu adalah sunnah orang
berjuang.
Saya kongsikan 5 Tips untuk memastikan kita mampu berd...
MUKTAMAR DEWAN MUSLIMAT PAS
-
*Muktamar tahunan Muslimat Pas bermula pada 14-15 november.muslimat yang
dikasihi sekelian ayuhlah bersama-sama kita menghadiri muktamar kita semoga
mendap...