Sunday, February 28, 2010

Zila Bakarin: Buat Apa Pakai Tudung Kalau Hati Tak Betul



SHAH ALAM, 27 Feb: Pengasas Maahad Tahfiz Darul Fikri, Kuantan, Ustaz Rosli Abdul Jabar berharap artis Zila Bakarin akan segera mematuhi perintah Allah SWT di dalam semua hal dan melaksanakan hukum-Nya tanpa berdolak-dalik lagi.


Beliau amat prihatin dengan kenyataan artis itu berhubung pemakaian tudung kerana dibimbangi membawa mudarat kepada ketauhidan seseorang Muslim jika dibuat dalam keadaan mempersendakan namun berharap Zila membuat kenyataan itu dalam keadaan ‘tidak tahu’.


“Namun mesti ada usaha untuk memahamkan beliau (Zila) atau menjadi kewajipan beliau sendiri untuk belajar ilmu agama dengan lebih mendalam lagi,” tegas Ustaz Rosli selepas menyampaikan kuliah bulanan di Markas PAS Seksyen 18, dekat sini semalam.


Ini, katanya kerana umat Islam tidak kira dari golongan apa pun wajib menunaikan segala hukum dan perintah Allah SWT dan daripada menurut perintah-Nya dengan ikhlas sahajalah, mereka akan mendapat petunjuk daripada Allah.


Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan Zila yang enggan memakai tudung selagi mana hatinya masih mempunyai rasa tidak baik terhadap orang lain dan memohon Allah SWT memberikan petunjuk kepadanya.


Dengan menyatakan dalil al-Quran yang bererti, “Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang fasiq”, Ustaz Rosli berkata, beliau hanya memberikan peringatan secara umum kepada semua orang tidak hanya kepada artis itu sahaja dan berharap mereka akan mengikuti jalan benar dengan segera.


Dalam satu laporan portal berita bertajuk ‘Zila Bakarin: Buat Apa Pakai Tudung Kalau Hati Tak Betul’, artis itu berkata: “Misalnya pakai tudung memang saya nak sangat tetapi biarlah saya ubah perkara yang lain dulu. Bagi saya bertudung ini bagus dan harap-harap Tuhan bukakan pintu hati ini”.


“Saya tak nak pakai tudung di luar tetapi hati kita benci dengan orang lain. Saya nak berbaik dengan semua orang dulu. Biarlah orang tak suka saya pun, itu perkara nombor 10,” kata Zila.


Sumber

1 comment:

Ameen Muslim said...

Assalamualaikum,

Ini komen pertama ana dlm blog enta. Hehehe... kebetulan berkaitan dgn artis. Hmm... ana x kenal sgt artis yg brnama Zila Bakarin ni. Tetapi kenyataan yg dibuatnya adalah kenyataan 'standard artis - menggunakan alasan 'lain' sebagai membolehkan diri untuk tidak menjalankan perintah ALLAH. Apa-apa pun, kita semua doakan agar dia mendapat petunjuk dari ALLAH SWT.

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak