Saturday, July 14, 2012

Jom belajar mengira sama Ahmad Maslan. Kata dia 1,000 saja ini



Sorang lagi menteri UMNO tak reti mengira

Kaka kaka kaka
saungguh tak sangka
Patut le negara bakal bangkrap... tak tau mengira kih kih

Begini punya ramai Umat Muhammad kata 1,000 saja



Putar bagi Utusan boleh.

Wartawan Utusan ajar 'putar' fakta




Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Malaysia, Datuk Mohd Zaini Hassan berkata pengamal media dibolehkan "memutar" fakta untuk membentuk gambaran yang diingini kepada khalayak.

Menurutnya, langkah itu adalah "serangan berhemah" kepada pembangkang yang kini menguasai persepsi umum sehingga menyebabkan kerajaan BN "dibicarakan" dalam ruang politik negara.

NONE"Dalam bentuk penulisan kita ada; satu fakta, satu spin (putar fakta), satu lagi blatant lie (pembohongan terang-terangan).

"Dari segi perang psikologi kita jangan ikutlah blatant lie, kita jangan tulis pembohongan.

"Spin kita boleh, spin macamana kita nak spin sesuatu fakta tersebut memihak kepada kita, itu OK," kata Zaini.

Beliau turut mengakui kelebihan kini berpihak kepada pembangkang dalam perang psikologi politik menerusi media sosial.

"Kalau kita lihat sebelah sana, media (mereka) tidak tengok duit.

"Di sana mereka kerja dengan hati, perasaan, dan fisabilillah (di jalan Allah).

"Tetapi kita di sini, minta maaf kalau saya cakap, tidak ada duit tak jalan (jentera)," kata Zaini sewaktu bercakap pada forum Media Sosial: Mengurus Isu, Menangani Persepsi dan Emosi Rakyat di Kuala
Lumpur.

Zaini yang popular dengan kolum Cuit dalam akhbar Utusan Malaysiaturut mengakui bahawa media kini memainkan peranan yang jauh lebih penting berbanding faktor wang dan jentera dalam memenangi pilihan raya.

"Dalam konteks Malaysia, media dah jadi tempat pertama (dalam memenangi pilihan raya)," kata Zaini.


http://www.malaysiakini.com/news/203627

Friday, July 13, 2012

UMNO PUN NAK BAGI JUGA KALAU MENANG KIHKIH

Kaka kaka memang kaki tiru


Daripada Belajar sampai masuk politik UMNO ini kira nak meniru sahaja kerojenya


Wednesday, July 11, 2012

cerita Lucu, Ganjil Dan Lawak..???'

Kaka kaka lain kali kita suruh aje DSP msuk PAS tu pakai Jubah

"Tindakan ini diambil berikutan Pas kawasan Rantau Panjang mencetak gambar bekas Ketua Polis Daerah Tapah 

DSP Abdullah Omar 


yang bersara pada 1998 di bunting untuk hebahan ceramah


Presiden PAS ke Mesir raikan kejayaan Ikhwan

                  Hebat TGHA, dapat undangan Meraikan kemenangan Ikwan

                           Presiden PAS ke Mesir raikan kejayaan Ikhwan




(Ustaz Hadi dan rombongan berbincang dengan Dr Musa di pejabatnya dekat Kaherah)

KAHERAH: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang serta rombongan tiba di Mesir hari ini dalam rangka lawatan rasmi beliau selepas perubahan tampuk kepimpinan baru di bawah Presiden, Mohammed Mursi.

Beliau tiba di sini kira-kira jam 6 pagi waktu tempatan dan bakal melalui jadual yang sangat padat sepanjang dua hari berada di sini.

Turut mengiringi beliau adalah Penolong Setiausaha Agung PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi selaku Timbalan Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat.

Lawatan beliau yang pernah belajar di Mesir sehingga ke peringkat master sebelum ini antara lain bagi meninjau perkembangan yang sedang berlaku di sini.

Rombongan presiden juga dijangka bertemu pimpinan Ikhwan Muslimin Mesir yang beliau sertai serta pimpinan parti politik Freedom and Justice Party (FJP) yang menguasai kerusi parlimen Mesir selepas pilihan raya lalu.

Dalam program pertamanya hari ini, Tuan Guru Abdul Hadi turut diraikan dalam satu  pertemuan dengan Dr. Musa Abu Marzouk, Timbalan Ketua Biro Politik Hamas di pejabat pergerakan itu yang terletak di pinggir bandar Kaherah di sini.

Turut hadir dalam pertemuan tersebut adalah Ketua Fraksi Parlimen Hamas di Gaza Dr. Khalil Al Heyya.

(Berbincang dengan Dr Musa, Hamas)

Selain bertukar-tukar pandangan, pertemuan hampir sejam itu antara lain turut membincangkan soal perkembangan semasa yang sedang berlaku di Timur Tengah serta perkembang di bumi Palestin.

Dalam program lain hari ini, Tuan Guru juga dijangka mengadakan pertemuan dengan Mantan Mursyidul Am Ikhwan Muslimin, Dr Mehdi Akif petang ini waktu tempatan.

Presiden juga dijadual menghadiri pertemuan dengan pelajar-pelajar Malaysia di sini malam ini.

Kih kih Macam di Tadbir3 PM Malaysia ini

kaka kaka kaka

di india ada 3 idiots




MAI TENGOK!!! Pakaian pasukan sepaktakraw wanita di negeri yang ditadbir DAP

Kaka kaka Kaka
Jom ketawakan UMNO tak malu lawan pompuan pun kalah kih kih


http://paspb2.blogspot.com/2012/07/mai-tengok-pakaian-pasukan-sepaktakraw.html

Tuesday, July 10, 2012

Tergamak dia kata mereka sanggup minum air basuh kakinya.

Punyalah dahsyat fitnah yang dilemparkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai penyokong, pendokong, 

pengikut dan ahli PAS 

yang menyokong perjuangan Islam yang dipimpin oleh Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan, 

Darul Naim, Datuk Bentara 

Setia, Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat...LANGSUNG TAK TAKUT DOSA.





 

Monday, July 9, 2012

Baru le teman tahu nak jadi PM kena ada moral kih kih

kaka kaka
moral mesti ada, macamana moral tu hahaha



Sunday, July 8, 2012

Zahid kata Silap. Jika mahu tawan Johor kih kih. Takbur UMNO

kaka kaka dia tahu silap orang silap dia tak ingat kuasa Allah

Silap jika mahu tawan johor: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Dia pun silap. Bukan PR silap. Dalilnya: 
Hanya Allah sahaja ‘mutafarriq’, bermakna hanya Allah yang berkuasa untuk memberikan manfaat atau mudarat.

Firman Allah SWT:

“Jika Allah menimpakan sesuatu kemudaratan kepadamu, maka tiada yang dapat menghilangkannya melainkan Dia sendiri. Dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka Dialah Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu.”
(Al-An’am: 17)

DUIT DUIT ITU SAJA YANG TAHU

PASPB: MALU SUNGGUH!!! UMNO Kedah jadi pencacai MCA dan G...



UMNO jadi pecacai kapiaq harbi MCA dan Gerakan perjuangkan isu racis Cina

Walaupun aku bukan UMNO tapi malu sungguh aku tengok Ketua Pemuda UMNO Kedah jadi Pak Turut @ pecacai kafir harbi MCA dan Gerakan, bersama dalam satu sidang media untuk hentam kerajaan PAS Kedah yang dipimpin Melayu Islam.

Sepatutnya kalau ada apa isu besar, UMNO sebagai pembangkang utama Kedah kena lead, MCA dan Gerakan hanya mengikut. Buatlah di pejabat UMNO, biar nampak logo UMNO kat back drop tu. 


Ini buat kat pejabat MCA, hanya ketua Pemuda sorang Melayu... yang lain semua Cina. Ihh malunya UMNO, hangpa tenyeh muka kat lantai jambanlah Pemuda UMNO hoi... maluuu.

Isu yang dibangkang pula ialah isu perkauman Cina. Kononnya kerajaan negeri akan perkenal dasar baru supaya orang Cina di Pulau Pinang tak boleh beli rumah di Daerah Kulim dan Kuala Muda, sebab kalau benarkan maka Kulim dan Sungai Petani akan jadi bandar Cina satu dekad lagi. 


Kalau betoilah itu dasar yang akan diperkenalkan maka aku salute kerajaan negeri. Dari sudut nak pertahan hak Melayu maka PAS 100 kali lebih baik dari UMNO dan Perkasa yang kononnya perjuang hak Melayu tapi tak pertahankan pun Melayu. Yang UMNO dan Perkasa sibuk perjuang ialah sex, sex, sex... Melayu merempat dalam negeri sendiri hangpa tak peduli.

Betoila kat Kedah ni kapiaq harbi MCA dan Gerakan akan ganti UMNO. Awas, bahaya menanti jika biarkan BN berkuasa.Kedah La

Ugutan polis: Isteri mangsa ISA buat laporan polis


KUALA LUMPUR: Isteri mangsa ISA, Nunurheni Onim (gambar kiri) membuat laporan polis ekoran tindakan polis Bukit Aman yang mengugut beliau.

Nunurheni Onim, Isteri kepada Radzali Kassan, ditemani oleh Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) bagi membuat laporan polis itu.

Polis Bukit Aman mengugut beliau sebelum ini dengan meminta agar Puan Nunurheni menarik balik laporan polis yang dibuatnya pada 2 Julai lalu.

Pada 2 Julai lalu, Puan Nunurheni hadir ke IPD Dang Wangi untuk membuat laporan polis berhubung kejadian suaminya dipukul semasa menyertai mogok lapar dalam Kem Tahanan Kamunting

Demikian menurut kenyataan bersama Syed Ibrahim Syed Noh, Pengerusi GMI dan Syukri Razab Penyelaras Suaram.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan pemansuhan ISA.

Namun, hakikatnya tidaklah sebagaimana diumumkan Najib kerana ramai lagi mangsa ISA yang merengkok dalam Kem Tahanan Kemunting.

Sekumpulan dari mereka baru-baru ini melancarkan mogok lapar bagi memberitahu dunia tentang nasib mereka yang terus terpenjara di bawah ISA walaupun undang-undang zalim itu kononnya telah dimansuhkan.

Mereka mahu memberitahu bahawa Najib hanya berbohong dan ia sekadar pemanis mulut beliau dalam menagih undi rakyat menjelang pilihan raya ini.


Henti mogok lapar



Sementara itu, GMI memaklumkan bahawa semua tahanan telah berhenti daripada mogok lapar pada 4 Julai lalu.

Maklumat ini diperolehi hasil lawatan Peguam GMI daripada Lawyers For Liberty ke Kemta pada Jumaat 6 Julai yang lepas.

Menurut peguam GMI, Farhana Najwa, semua tahanan yang bermogok lapar sengaja disusahkan oleh pihak Kemta dengan cara mengasingkan mereka daripada tahanan lain dan ditempatkan dalam satu bilik sempit yang panas tanpa kipas.

Keadaan ini dipercayai telah menekan tahanan untuk terpaksa berhenti daripada mogok lapar.

Setelah mogok lapar berlangsung selama 15 hari, Menteri Dalam Negeri masih tidak menunjukkan sebarang kesungguhan untuk menjawab tuntutan tahanan.

GMI meyakini seluruh rakyat Malaysia turut berkongsi kekecewaan dengan semua tahanan yang bermogok lapar apabila Menteri terus bersikap lepas tangan bahkan mengeluarkan kenyataan sombong melalui laman Twitternya.

Sehubungan itu, GMI beranggapan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pastinya telah lupa mengenai seruan Allah dalam Al Quran yang mengarahkan agar setiap umat Islam wajib menjalankan amanah dengan adil dan penuh ehsan.

GMI juga tegaskan bahawa perjuangan GMI akan tetap berada pada landasan yang sama iaitu GMI akan terus memperjuangkan pembebasan kesemua tahanan ISA.

Mogok lapar yang dilancarkan oleh tahanan dari dalam Kem Tahanan Kamunting selama 15 hari menjadi penguat kepada perjuangan ini, kata kenyataan bersama itu.

Biarpun mogok tersebut telah berhenti, GMI akan terus konsisten menggerakkan kempen Bebaskan ISA45 sehingga kesemua tahanan dibebaskan, kata mereka

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak