Friday, May 17, 2013

Saifuddin: Jangan salahkan Cina

Wartawan Sinar Harian
17 Mei 2013
Datuk Saifuddin Abdullah
Datuk Saifuddin Abdullah
KUALA LUMPUR - Pengundi Cina  menjadi faktor kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-10 (PRU10) pada tahun 1999 dan tidak  sepatutnya menyalahkan kaum itu sekiranya  tidak kembali menyokong BN pada PRU13.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, BN terhutang budi kepada pengundi Cina atas sokongan itu yang menyebabkan kemenangan BN pada PRU10.

“Saya terpaksa membuat keputusan tidak bersetuju berlakunya ‘tsunami Cina’ pada PRU13  kerana perkara itu  tidak benar sekali dalam sudut apa pun,” katanya pada forum Pasca PRU13: Ke arah mana politik Malaysia,  Universiti Malaya, semalam.

Beliau berkata, jangan kita lupa bahawa pada 1999, pengundi Melayu juga tidak menyokong BN dan pengundi Cina yang menjadi penyelamat kepada BN.

“Siapa yang lupa siapa? Malah BN terhutang budi pada pengundi Cina pada 1999. Takkanlah orang merajuk sekali sudah putus edah dan putus kasih. Perlu muhasabah dan terima sahaja keputusan. Ini perkara biasa,  menyaksikan kita berdepan undi Melayu pada 1999 dan akhirnya kita boleh perbaiki prestasi" katanya.

Saifuddin yang tewas di kerusi Parlimen Termerloh berkata, pada pilihan raya umum tahun 2008, BN juga kehilangan undi dari kaum India, namun berjaya meraih kembali sokongan kaum ini pada PRU13.

Monday, May 13, 2013

Antara Ahmad Said dan Abdullah Qulliam


Dr Firdaus Rahim, 13 Mei 2013
“Pembinaan rumah mampu milik tidak akan dibina di kawasan Dun yang kita (Barisan Nasional) kalah”.

Demikian tutur Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said yang telah heboh seantero negara, setelah beliau diberikan mandat oleh rakyat Terengganu untuk mengemudi bumi Darul Iman. Itu pun setelah direstui perlantikannya oleh Sultan Terengganu yang kita hormati. Apa reaksi Tuanku Sultan, saya tidak pasti.

Kami sayang Ahmad Said selaku seorang pemimpin Muslim. Namun sayang sekali jika sebagai seorang Muslim, kenyataan di atas benar-benar diutarakan beliau.

Ahmad Said mengingatkan saya kepada Abdullah Quilliam. Nama mereka mungkin bermula dengan aksara ‘A’ yang sama, namun pendekatan mereka jauh berbeza, bahkan lebih jauh antara aksara ‘A’ dan ‘Z’.

Siapakah gerangan Abdullah Quilliam ini?

Abdullah Quilliam merupakan seorang peguam tersohor di kepulauan British pada penghujung abad ke-19. Abdullah, setelah memeluk Islam pada tahun 1887, telah membuka masjid pertama di Britain, di kota raya metropolitan Liverpool yang merupakan bandaraya kedua dalam Empayar British selepas London.

Abdullah Quilliam merupakan seorang tokoh masyarakat dan ulama’ yang sangat dihormati oleh penduduk Liverpool, sehingga Khalifah Turki Uthmaniyah, Sultan Abdul Hamid II menggelar beliau sebagai ‘Sheikhul Islam of British Isle’.

Makanan percuma

Pada tahun 1888, beliau telah memulakan pendekatan menghidangkan sarapan pagi percuma kepada kanak-kanak miskin yang kelaparan, tanpa mengira batasan ras, agama dan keturunan. Walaupun Islam merupakan agama minoriti di Liverpool pada zamannya (dan masih sehingga kini), beliau tidak membutakan matanya kepada anak-anak kecil yang majoritinya berbangsa Inggeris dan beragama Kristian.

Demi kanak-kanak miskin Kristian dan Muslim. Sama-sama disuap, sama-sama diusap.

Namun sayang sekali di Terengganu, hanya 17 kerusi yang ingin ‘disuap’.
Semasa sambutan hari Natal pula, Abdullah Quilliam akan menggandakan sesi pemberian makanan. Akhbar tempatan melaporkan antara 200 ke 400 orang kanak-kanak Inggeris dijamu makanan pada waktu pagi dan antara 400 ke 600 orang kanak-kanak Inggeris disuapkan sandwic daging dan menghirup teh panas, untuk mengatasi kedinginan musim sejuk yang mencengkam anak-anak kecil.

Berlaku adil dan berkasih sayang kepada rakyat yang susah, lebih-lebih lagi semasa sambutan hari Krismas, menjadikan Abdullah Quilliam lebih dekat dengan ajaran Nabi Isa a.s dan Nabi Muhammad s.a.w.

Abdullah Quilliam berlaku adil tatkala Muslim merupakan etnik minoriti.
Apa susah sangatkah untuk Ahmad Said berlaku adil semasa memimpin kumpulan majoriti?

Guru hebat, murid sama hebat

Lord Stanley of Alderley Edge merupakan salah seorang tokoh bangsawan yang telah memeluk Islam di hadapan Abdullah Quilliam. Semasa beliau meninggal dunia pada Disember 1903, penyempurnaan jenazah beliau menjadi konflik antara Abdullah dan paderi-paderi gereja.

Paderi-paderi gereja menyangka Lord Stanley masih seorang Kristian. Hujah mereka ialah beliau berterusan menyumbang perbelanjaan menyenggara gereja-gereja sedia ada dan membina gereja gereja baru di tanah-tanah milih beliau. Justeru mereka berpendapat bahawa jenazah Lord Stanley mesti diuruskan mengikut tatacara agama Kristian.

Namun Abdullah Quilliam menunjukkan surat wasiat Lord Stanley yang meminta agar jenazah beliau disemadikan berdasarkan tatacara Islam. Ini membuktikan beliau memang meninggal dunia sebagai seorang Muslim. Sungguh menarik apabila Abdullah berhujah bahawa beliau terus membiayai penyenggaraan dan pemulihan gereja-gereja di atas tanah beliau yang luas itu kerana itu merupakan sebahagian daripada tanggungjawab Lord Stanley sebagai seorang Muslim.

Indah sekali apabila ‘orang kita’ dibiaya, ‘orang mereka’ turut sama merasa.

Islam mendidik keadilan

Biarpun fizikal Abdullah Quilliam dan Lord Stanley lahir sebagai seorang Kristian, Islam telah membangunkan ruh mereka menjadi pemimpin yang adil. Mereka bertindak sebagai ‘khadimul ummah’, iaitu pelayan kepada ummah, melangkaui sempadan bangsa dan agama agar rakyat harmoni dan bahagia.
Nama ‘Said’ itu sendiri secara literalnya sudah bermaksud ‘kebahagiaan’.

Justeru, kami mengharapkan keadilan Datuk Seri memancarkan sinar kebahagiaan dalam kehidupan kami selaku rakyat.

Adilkah jika pada tahun 2008 wakil rakyat Barisan Nasional daripada ‘team B’ berterusan memulaukan Ahmad Said walaupun setelah diperkenaan Tuanku Sultan?

Adilkah jika seorang Menteri Besar digaji oleh seluruh rakyat namun hanya berkhidmat dengan syarat?

Adilkah jika rakyat di 15 Dewan Undangan Negeri tersebut menolak untuk membayar cukai pintu dan cukai tanah?

Adilkah apabila royalti hasil minyak negeri Terengganu pernah dinafikan kepada rakyat Terengganu oleh orang Terengganu sendiri?

Bibir kita boleh mengetap, namun hati kita pasti boleh menjawab.

Rakyat, samada yang memangkah atau tidak memangkah BN pada 5 Mei lalu, mesti bersikap adil dengan menghormati Ahmad Said sebagai Menteri Besar.

Demikian juga Ahmad Said mesti berlaku adil kepada sekalian rakyat Terengganu. Simbiosis keadilan ini yang akan mewujudkan kebahagiaan dan kemajuan.

Legasi keadilan

Setelah seribu tahun, Khalifah Umar Abdul Aziz terus diingati walaupun hanya memerintah selama dua tahun.

Selepas seratus tahun, Abdullah Quilliam meninggalkan kesan di hati orang Melayu walaupun beliau seorang Inggeris.

Selepas lima tahun, kami yakin Ahmad Said boleh bersifat lebih adil daripada kata-katanya.

Legasi ketokohan seorang pemimpin bukan pada tempoh pemerintahan mahupun pada bangsanya. Wibawa seorang pemimpin itu terletak kepada keupayaan melimpahkan keadilan untuk dinikmati seluruh rakyat jelata.

Orang Melayu, Cina dan India akan terus makmur dan sejahtera andai legasi Abdullah Quilliam dirasai bersama!

Antara Ahmad Said dan Abdullah Qulliam

Tun Mahathir: Hudud boleh dilaksana jika Pas sertai Umno

Firaun hampir tenggelam berkatalah ia (pada saat yang genting itu): "Aku percaya, bahawa tiada Tuhan melainkan yang dipercayai oleh Bani Israil, dan aku adalah dari orang-orang yang berserah diri (menurut perintah)".

(Allah berfirman): "Adakah sekarang (baru engkau beriman), padahal sesungguhnya engkau dari dahulu telah kufur derhaka, dan engkau telahpun menjadi dari orang-orang yang melakukan kerosakan


Mahathir Mohamad 

 
ERLUN - Umno boleh memperkenalkan hukum hudud jika Pas bergandingan dengan parti teras Barisan Nasional (BN) itu, dengan membangunkan sebuah negara Islam.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Umno amat mengalukan-alukan penyertaan Pas dalam parti itu jika ia berpisah dari Pakatan Rakyat (PR).

Beliau berkata, pelaksanaan hudud hanya dapat dilakukan jika Pas menyertai Umno untuk bersama-sama membina negara dan menggubal perundangan Islam.

“Sebelum itu, kita harus pastikan hudud yang akan dilaksanakan adalah bukan hudud Pas, sebaliknya hukum hudud yang ditetapkan oleh agama Islam.

“Pas harus keluar dari PR secepat mungkin kerana mereka saling berpelukan dengan orang kafir yang secara nyata menolak hudud,” katanya kepada Sinar Harian selepas majlis sumbangan dan berbuka puasa peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun) Ayer Hitam, di Masjid Pekan Jerlun, di sini, semalam.

Sehubungan itu, Dr Mahathir berkata, sudah tiba masanya Pas meninggalkan PR dan menetapkan pendirian sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam.

“Apabila Pas meninggalkan PR yang disertai parti bukan Islam, baru mereka boleh meneruskan perjuangannya yang didokong selama ini.

“Selagi Pas bersama parti yang tidak mengakui Islam adalah agama unggul, hukum hudud tidak dapat di laksanakan,” katanya.

Menurutnya, dunia mengiktiraf Malaysia adalah sebuah negara Islam tetapi ia tidak dapat melaksanakan hudud kerana Malaysia mempunyai kehidupan masyarakat yang berbilang kaum dan agama.

“Umno akan mewujudkan sebuah negara Islam yang lengkap jika Pas berbesar hati untuk menyertai Umno.

“Negara Islam lain juga menaruh harapan kepada Malaysia, namun masih ada orang yang cuba memecahbelahkan orang Islam. Oleh kerana itu hajat kita tidak tercapai.

“Untuk membina sebuah negara Islam, orang Melayu harus bersatu dalam satu pakatan dan membangunkannya secara lengkap.

“Kita tidak usah mempedulikan orang yang memperjuangkan hanya untuk menjadi Perdana Menteri, sebaliknya semua orang Melayu dan Islam mesti bersatu untuk membina sebuah negara Islam dan melaksanakan hudud,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/politik/hudud-boleh-dilaksana-jika-pas-sertai-umno-1.77519

Zainuddin Maideen ajak Dap bersatu dengan BN,Nasha ajak Pas bersatu dengan Umno sapa yang akan kena?


Hari ni aku baca berita sinar harian online Nasharuddin :Jadikan penyatuan Umno-Pas agendacberterusan.Antara lain yang yang keluar daripada bekas Timbalan Presiden Pas itu ialah ,"Bagi saya penyatuan Pas dan Umno mesti menjadi agenda berterusan.

"Cuma saya tidak boleh terima apabila ada yang hendak usahakan lagi penyatuan Pas dan Umno ada yang mengatakan muka mereka hendak diludah...ini ajaran agama mana?" katanya ketika berucap pada program Wacana Kepimpinan Survival Ummah di sini, hari ini.

Nasharuddin berkata, perbezaan pandangan bukan isu utama demi menjayakan penyatuan kedua-dua parti yang mempunyai teras perjuangan sama iaitu mempertahankan agama Islam dan Melayu.

"Soal penyatuan ini adakah hendak tunggu dah ranap baru nak bersatu seperti di dunia Islam lain.

"Selepas ranap, jadi 'ground zero' baru ada kesedaran untuk perpaduan," katanya.

Selaku seorang yang pernah menduduki kepimpinan tertinggi Pas selama 10 tahun, Nasharuddin turut memberi rumusan mengenai Umno dan Pas.

"Berdasarkan pengalaman saya, boleh dirumuskan bahawa tidak semua Umno itu iblis, dan tidak semua dalam Pas itu malaikat," katanya.-Sinar

Beberapa hari yang lalu bekas Menteri Penerangan dan orang kuat Utusan Meloya Zainuddin Maideen ajak parti Dap bersatu dengan BN walaupun sebelumnya Dap dituduh oleh ulama Umno sebagai kapir Harbi! Haha elok dah tu mari kita tengok jerat sapa yang akan kena dan terbungkas antara Nasha dan Zam.

Orang sibuk dan kalut dengan macam-macam kes yang didakwa berlaku penipuan dalam pilihanraya depa sibuk nak bersatu dengan parti syaitan yang dikenali.TGNA dah pencen jadi MB dan lepaskan jawatan dalam parti Nasha saja test market kot-kot kali ni UG menjadi!Aku malas nak komen panjang-panjang kalau tuan-tuan rajin komen la!

Ni kerja Umno supaya orang Melayu di luar bandar tak undi Pas

Posted & copy by Rakyat Marhaen at 5/12/2013 10:44:00 PTG
 
 http://networkedblogs.com/L99We

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak