Showing posts with label Isu royalti. Show all posts
Showing posts with label Isu royalti. Show all posts

Saturday, March 20, 2010

KU LI: PERDANA MENTERI JELAS TERSIMPANG


Demi laba politik, kerajaan Datuk Seri Najib Razak menyimpang dari matlamat membantu negeri-negeri miskin di pantai timur melalui hasil khazanah petroleum seperti yang dirancang oleh bapanya Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak.

Hakikat ini didedahkan dalam Forum Royalti Minyak Hak Perlembagaan? hari ini oleh Pengasas Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah yang membentangkan bagaimana Tun Abdul Razak mahu Petronas dituibuhkan demi membangunkan Pantai Timur.

"Tun Razak berkata, walau apapun, kita perlu wang minyak itu untuk Pantai Timur. Jadi saya pun cuba lakukan apa yang dianggap mustahil dan saya siapkan draf (undang-undang Petronas) dan menhantarnya ke Jabatan Perdana Menteri untuk dinilai," katanya.

Beliau menerangkan konsep asas perjanjian minyak antara Petronas dan kerajaan negeri ialah pemberian royalti 5 % kepada kerajaan negeri kerana menyerahkan hak pengurusan hasil minyak kepada Petronas.

Malah Akta Pembangungan Petroleum 1974 ditulis sebegitu rupa untuk memberikan lebih peluang kepada anak-anak negeri di pantai timur mendapat manfaat hasil bumi negeri mereka.

Tengku Razaleigh berkata, pada semangatnya amalan pengagihan hasil petroleum di Terengganu sebelum ini tidak menghadapi sebarang masalah ketika di bawah pentadbiran Umno-BN.

"Akhirnya semua negeri bersetuju memberi hak petroleum kepada kita tetapi sebagai ganti mereka dapat 5% atas hak untuk petroleum di luar pantai yang mereka beri kepada Petronas . Mudah. Saya tak faham kontroversi ini kerana berdasarkan keadaan ini, Terengganu dibayar berbillion dollar. Tetapi bila tahun 99, PAS menang, bayaran dihentikan. Kerajaan Negeri diberi wang ehsan duit itu disalurkan pada agensi kerajaan. Saya pelik kerana tiada apa dalam peruntukkan undang-undang ini yang megatakan kerajaan Persekutuan boleh campur isu negeri," jelas beliau.

Cubaan Kerajaan Umno BN ini dilihat sebagai tindakan menghalang usaha pembangunan kerajaan Negeri yang tidak ‘sehaluan politik’ dengan mereka.

Tengku Razaleigh juga mempertikaikan mekanisme kewangan yang cuba digunapakai di Kelantan berhubung isu royalti petroleum kerana ketelusan dan keberkesanannya seperti apa yang berlaku dalam amalan ‘wang ehsan’ di Terengganu.

"Tapi kita lihat apa yang berlaku di Terengganu, penyalahgunaan, korupsi, kerana ia tidak bertanggungjawab. Hampir 20 bilion dibelanjakan dalam wang ehsan. Kerajaan Negeri Terengganu walau telah disambung pemberian wang ehsan tidak bersetuju memerima baki royallti kerana tidak mahu bertanggungjawab dengan penyalahgunaan wang ehsan selama 5 tahun ini. Buat stadium, runtuh, bus stop, runtuh, swimming pool, bocor," katanya.

Seorang lagi ahii Panel, Tommy Thomas, yang juga peguam dalam kes royalti minyak Terengganu mendedahkan bahawa perkara ini hanyalah penderaan politik oleh kerajaan Barisan Nasional dengan memberi contoh pengalaman Terengganu.

"Nov 99, selepas pilihanraya umum, Pas telah menang di Terengganu tapi selepas Mac 2000, tiada bayaran royalti diberikan. Kita boleh pergi kepada September 2000. Tiada asas undang-undang untuk hentikan bayaran tetapi ia keputusan politikal yang dibuat oleh Mahathir sebelum itu untuk halang PAS dari dapat bayaran," jelasnya.

TV Selangor.com


ZAHID IBRAHIM CABAR KERAJAAN PAMAIRKAN PERJANJIAN ROYALTI MINYAK


Penyelaras Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim mencabar kerajaan mempamerkan perjanjian royalti minyak antara Petronas dan kerajaan-kerajaan negeri kepada umum supaya rakyat dapat menilainya sendiri. “Tuan-tuan pernah lihat perjanjian tersebut?


Kenapa perjanjian tiga mukasurat itu tidak boleh dipamerkan kepada umum? Kenapa? Kerana mereka hendak tipu,” katanya. Isu pemberian royalti minyak kepada Kelantan hangat kembali baru-baru ini apabila dua gabungan NGO daripada Kelantan dan Terengganu mahu menyerahkan memorandum tuntutan mereka kepada Yang di-Pertuan Agung hari ini.


Bagaimanapun, perhimpunan yang dijangka menghimpun ribuan rakyat daripada kedua-dua negeri di lapangan terbang Kuala Terengganu pagi ini terpaksa dibatalkan atas arahan polis. Bercakap dalam seminar kepimpinan anak muda anjuran kerajaan Selangor di Petaling Jaya,


Zaid berkata perjanjian royalti minyak antara kerajaan negeri dan Petronas jelas menggariskan pembahagian yang berhak diterima pihak masing-masing. “Ia tidak ada sebut tentang jarak berapa batu nautika (yang dipertikaikan kerajaan persekutuan). Ia kata, aku dapat seringgit, engkau (kerajaan negeri) dapat lima sen,” katanya dengan analogi menarik.


'PERKASA, Siapa hendak rampas hak Melayu' Sementara itu, ketika mengulas isu kepimpinan pada abad ini, Zaid mengambil peluang mengkritik Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) yang didakwanya sengaja menakut-nakutkan orang Melayu.


Beliau mempersoalkan kepada NGO pimpinan ahli parlimen Pasir Mas Ibrahim Ali itu berulang kali menyebut kebimbangan terhadap hak-hak keistimewaan orang Melayu seperti yang diperuntukan dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.


“Dalam wawancara Ibrahim dengan Malaysiakini, beliau berkata kita mesti pertahankan hak-hak dalam Perkara 153. Saya pun Melayu. Siapa yang hendak ambil hak kita yang dia cakap sangat itu,” katanya. Sehubungan itu, beliau menggesa kira-kira 900 peserta perhimpunan kongres tersebut - kesemuanya berumur bawah 35 tahun - supaya tidak terikut-ikut dengan “ketakutan yang sengaja direka oleh orang politik”. “Di Malaysia ini bumiputera (jumlahnya) besar. Di Sabah dan Sarawak, Iban sahaja sudah 60 peratus. Itu belum campur Melanau. Mustahil hak kita akan diambil oleh sesiapun,” katanya kepada peserta yang kebanyakannya berbangsa Melayu.

Sumber

Ayid} Taubat lahom pun UMNO tak berani nak tunjukan perjanjian tersebut kepada rakyat

Friday, March 19, 2010

MUSA HITAM - WANG IHSAN DATAU ROYALTI BIAR KERAJAAN NEGERI YANG URUS


Mantan Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam mulai meluahkan perasaan beliau hari ini tentang isu royalti atau wang ihsan. Ini pertama akali beliau muncul untuk memberikan pandangan terhadap isu tersebut.


Malaysian insider melaporkan


KUALA LUMPUR, 18 Mac — Bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam berkata pembayaran wang royalti atau ihsan seharusnya diserahkan kepada kerajaan negeri untuk diuruskan sebagaimana diperuntukkan mengikut undang-undang, bukannya dikendalikan oleh kerajaan pusat dengan mewujudkan jawatankuasa khas.


Justeru seolah-olah senada dengan pendirian bekas pengerusi dan pengasas Petronas Tengku Razaleigh Hamzah, Musa memberitahu, berdasarkan pengalamannya itu beliau lebih “arif” dalam isu pertikaian wang royalti antara kerajaan negeri Kelantan dan pusat sekarang.


Kita tunggu dan lihat pula apakah pandangan dari UMNO pula tentang pendapat Mantan Perdana Menteri tersebut. UMNO mungkin tidak akan bersetuju di atas pandangan beliau, yang memehak kepada kerajaan Negeri


Baca selanjutnya

Thursday, March 4, 2010

Baru Betul... Usul Royalti Tak Salah Kami Sokong



KOTA BARU, 3 Mac — Barisan Nasional (BN) Kelantan mempertahankan tindakan wakil rakyatnya mengambil bahagian dalam perbahasan usul yang dibawa kerajaan negeri Kelantan untuk merujuk tuntutan royalti minyak di mahkamah.

Sehubungan itu, Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan Datuk Mohd Alwi Che Ahmad berkata pihak yang mempersoalkan tindakan mereka kelmarin sebenarnya tidak faham rasional pendirian wakil BN.

“Adun BN hanya menyokong agar usul dibahaskan dan kami mengambil bahagian dalam perbahasan.

“Tetapi apabila sampai masa untuk mengundi, kami tidak mengundi... ini kena faham. Kalau kita tidak menyertai perbahasan, bagaimana kita hendak menyatakan hujah kita (pendirian BN dan kerajaan pusat) dalam isu pertikaian ini... mereka (kerajaan negeri) hendak mentafsir menerusi mahkamah, jadi kami berhujah supaya bawa kes ini ke mahkamah,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

Beliau yang juga Adun Kok Lanas dan Setiausaha BN Kelantan berkata, Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein (gambar) mungkin salah faham dengan sebab pihaknya berbuat demikian.

“Orang yang faham fahamlah dengan apa yang berlaku. Kalau tidak faham, maka tak fahamlah mereka dengan keadaan di Kelantan,” katanya lagi sambil menambah suasana di Kelantan berbeza dengan negeri lain termasuk Terengganu.

Hishammuddin merupakan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu.

Justeru Mohd Alwi menambah, Hishammuddin “sepatutnya berkata (memberitahu wartawan) akan merujuk kepada kami sebelum berkata demikian”.

“Apa yang kami lakukan ini bertujuan mempertahankan kerajaan, sebab itu Pemuda Umno (pusat) membuat kenyataan yang betul (bahawa tindakan kami adalah betul),” kata beliau lagi.

“Hanya satu panggilan yang memisahkan saya daripada Hishammuddin... beliau (sepatutnya) telah menghubungi saya untuk mendapatkan penjelasan,” katanya lagi.

Malah Mohd Alwi berkata, beliau telah berbincang dengan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed dan juga timbalannya Datuk Dr Awang Adek Husien sebelum usul itu dibahaskan.

“(Dalam suasana ini) kita kena bertindak sebagai ahli politik yang tenang, bijak dan matang... ini adalah mainan politik... ini sudah jadi satu pertikaian, jadi biar bawa ke mahkamah,” katanya.


Baca lagi pasti menarik




Ayid: “Orang yang faham fahamlah dengan apa yang berlaku. Kalau tidak faham, maka tak fahamlah mereka dengan keadaan di Kelantan,” katanya lagi sambil menambah suasana di Kelantan berbeza dengan negeri lain termasuk Terengganu.


Monday, March 1, 2010

HUSAM: JAWATANKUASA AGIHAN HARAM,TIDAK RESTU LANTIK WAKIL PAS



KOTA BARU, 28 Feb — Kerajaan negeri mengesahkan belum menerima sebarang surat rasmi pelantikan dua wakil dari PAS sebagai jawatankuasa pengagihan wang ihsan, sebaliknya berpendapat jawatankuasa itu adalah jawatankuasa haram.

Pengerusi Jawatankuasa Petroleum Negeri Kelantan Datuk Husam Musa memberitahu perkara itu tidak termaktub dalam undang-undang dan mana-mana akta berkaitan.

“Kerajaan negeri menuntut royalti berdasarkan perjanjian dan undang-undang, kita tidak pernah mengiktiraf pemberian wang ihsan,” katanya, semasa ditemui di pejabat pentadbiran kerajaan negeri di Kota Darulnaim hari ini.

Semalam kerajaan pusat mengumumkan akan melantik dua wakil dalam jawatankuasa pengagihan wang ihsan.

Menjawab taklimat disampaikan bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas, Husam berkata, ia akan mengukuhkan lagi tuntutan kerajaan negeri berhubung isu tuntutan royalti sebanyak lima peratus daripada pengeluaran minyak samaada dalam perairan atau luar perairan pantai Kelantan.

“Tun memberikan latar belakang kehendak sebenar akta tersebut di mana akta-akta lain adalah tidak terpakai dalam perkara ini.

“Seperti akta perlombongan petroleum telah pun dibatalkan, akta darurat tahun 1969 tidak ada kena-mengena dengan pencarian petroleum.

“Manakala Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA) digubal sebagai satu tanda persetujuan bersama negeri-negeri dan persekutuan bagi berkongsi hasil petroleum jika sekiranya petroleum diperolehi samaada di darat atau di laut.


Baca Lagi

Wednesday, February 24, 2010

PKR" BN khianati semangat Akta Pembangunan Petroleum




KUALA LUMPUR, Feb 24 — Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa Barisan Nasional (BN) berniat mengkhianati semangat perjanjian yang menjulang kebajikan rakyat dengan menggunakan persoalan remeh-temeh mengenai istilah dalam Akta Pembangunan Petroleum (APP) 1974.


Setiausaha Agungnya Saifuddin Nasution Ismail (gambar) berkata, ini terus dilakukan walaupun telah berkali-kali kerajaan pusat yang merangka APP, termasuklah Pengerusi Petronas yang pertama Tengku Razaleigh Hamzah menjelaskan bahawa niat dan maksud istilah “luar pesisir pantai” dalam APP merujuk kepada mana-mana telaga minyak di luar pantai sesebuah negeri.


Oleh itu, kata beliau, cadangan pindaan dikemukakan oleh Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim bertujuan untuk menegakkan dan membawa kembali niat dan semangat perjanjian ke dalam APP dengan memberikan definisi yang nyata mengenai istilah “luar pesisir pantai”, yang melambangkan niat dan semangat perjanjian dalam tahun 1974 supaya dapat menghalang sesetengah pihak yang berniat buruk dari terus memanipulasi APP untuk menganiayai rakyat Kelantan.


“PKR memandang serius cubaan berterusan Kerajaan Pusat (di bawah BN) untuk mengelirukan rakyat mengenai hak setiap negeri di dalam Persekutuan Malaysia untuk mendapatkan bayaran tunai royalti minyak secara langsung kepada kerajaan negeri di bawah APP 1974.


“Iklan terbaru oleh kerajaan pusat (yang dibayar dengan duit rakyat) cuba untuk mengelirukan rakyat dengan mendakwa cadangan pindaan APP oleh Pakatan Rakyat adalah tanda-tanda bahawa Pakatan Rakyat mengakui negeri-negeri tidak mempunyai hak di bawah APP,” kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.


Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Marang berkata Anwar, yang juga Ketua Pembangkang, mencadangkan usul tersebut dalam sesi terakhir Dewan Rakyat pada Disember lalu dengan niat menghalang BN dari terus memanipulasi kepercayaan yang diberikan oleh kerajaan-kerajaan negeri kepada kerajaan pusat di masa pentadbiran Tun Abdul Razak untuk menghukum rakyat Kelantan.


Semasa APP 1974 dirangka, Malaysia hanya mempunyai beberapa telaga minyak di luar pesisir pantai, contohnya telaga minyak carigali Tapis di luar pesisir pantai Terengganu dan Temungo di luar pesisir pantai Sabah.


Katanya, semua telaga minyak ini berada jauh di tengah lautan dan jauh dari garisan tiga batu nautika setiap negeri, yang kini ditimbulkan sebagai sempadan negeri apabila merujuk kepada APP.


“Telaga-telaga minyak inilah yang menjadi rujukan utama kepada mereka yang merangka APP, apabila mereka memperkenalkan istilah “luar pesisir pantai” dalam APP.


“Niat dan tujuan APP adalah cukup jelas, sehinggakan dimensi sempadan dan jarak jauh dari pantai untuk menentukan sempadan negeri tidak ditimbulkan di dalam APP langsung.


“Pendirian dan pendapat kerajaan pusat dan kerajaan-kerajaan negeri pada ketika itu adalah sangat jelas iaitu apa-apa perolehan dari cari gali hidrokarbon di atas darat atau di luar pesisir pandai di dalam wilayah negeri perlu dibayar dengan bayaran tunai,” katanya lagi.



Pendirian ini kata beliau, dikukuhkan lagi dengan rasa hormat dan tanggungjawab kerajaan pusat dan kerajaan-kerajaan negeri kepada semangat persekutuan, di samping mengambil kira kebajikan rakyat di setiap negeri.


“Tiga dekad kemudian, BN mencabul kepercayaan dan budi bicara di antara kerajaan pusat dan kerajaan-kerajaan negeri yang tercapai dalam tahun 1974, dengan menafikan hak rakyat Kelantan mendapatkan royalti atas alasan terma ‘luar pesisir pantai’ yang kabur dalam APP.


“Maksud dan niat yang termaktub dalam APP adalah jelas, terutamanya apabila negara kita tidak mempunyai telaga minyak yang berada dalam lingkungan tiga batu nautika sejak petroleum dijumpai di negara ini,” katanya.


Saifuddin menambah, APP tidak dirangka dalam tahun 1974 dengan merujuk kepada telaga minyak yang tidak wujud tetapi ia merujuk kepada realiti operasi yang wujud dalam industri minyak dan gas negara pada ketika itu.


“... maknanya semua telaga minyak luar pesisir pantai berada jauh dari pantai,” kata beliau.


Sumber

Monday, February 22, 2010

KULI; IKLAN ISU ROYALTI KELIRUKAN, CETUS IMPLIKASI BARU

Oleh G. Manimaran

KUALA LUMPUR, Feb 22 — Iklan penjelasan tuntutan wang royalti yang disiarkan kerajaan pusat menerusi akhbar-akhbar Bahasa Malaysia semalam menimbulkan lebih banyak implikasi dan kekeliruan berbanding penjelasan, kata Tengku Razaleigh Hamzah (picture) hari ini.

Justeru tegas beliau, iklan satu halaman itu sekali gus menunjukkan tiada negeri yang mempunyai hak untuk mendapatkan bayaran tunai ataupun royalti termasuk Sabah dan Sarawak.


Kata beliau, iklan muka penuh yang diambil oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan berhujah Kelantan juga tiada hak kepada bayaran minyak di bawah Akta Kemajuan Petroleum kerana sumber minyak yang menjadi persoalan terletak di kawasan tiga batu nautika, yang menafikan hak kesemua negeri.

“Iklan itu gagal untuk menyatakan bahawa kesemua minyak yang diperoleh di Malaysia ditemui di kawasan pesisir lebih dari tiga batu nautika, dan bagaimanapun Petronas (terus) membuat pembayaran kepada negeri-negeri ini.


“Dengan hujah yang diturunkan dalam iklan (semalam), Terengganu, Sabah dan Sarawak juga tidak layak menerima bayaran tunai lima peratus (biasanya dan dengan kurang tepat dirujuk sebagai royalti minyak).


“Kesemua terletak pada budi bicara kerajaan persekutuan,” kata beliau dalam pandangannya dikeluarkan hari ini.


Pada 28 Jan lalu beliau menegaskan pada satu ceramah perdana bahawa Kelantan layak menerima wang royalti lima peratus.


Pun begitu kata beliau, pada tahun lalu Petronas telah membayar RM6.2 bilion dalam bentuk bayaran tunai dengan RM3 bilion kepada Terengganu, RM2.3 bilion kepada Sarawak dan RM0.9 bilion kepada Sabah.


Ahli Parlimen dan Ketua Umno Bahagian Gua Musang ini menambah, oleh itu ada pihak tertanya-tanya atas dasar apa bayaran itu dibuat memandangkan petroleum hanya ditemui di kawasan luar pesisir tiga batu nautika.


Oleh itu tegas beliau, hujah untuk menafikan hak Kelantan daripada memperoleh bayaran tunai lima peratus atas dasar minyak berada di kawasan tiga batu nautika sebenarnya “satu penghinaan kepada kebijaksanaan” seseorang.


Semalam kerajaan pusat mengiklankan penjelasan isu tersebut dalam akhbar-akhbar Bahasa Malaysia dengan menyasarkan pendirian Tengku Razaleigh dan juga Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Baca seterusnya



Monday, January 25, 2010

Kelantan Tetap tolak wang ehsan


KOTA BHARU - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat mengulangi pendiriannya, tindakan kerajaan pusat hanya mahu beri wang Ehsan adalah satu pengkhianatan,
dan tidak akan teragak-agak untuk meminta rakyat adakan doa musnah pemimpin pusat.

Sehubungan itu, Menteri Besar Kelantan menegaskan beliau tidak akan menerima bayaran wang ihsan.

“Saya tidak akan terima wang ihsan. Saya akan beritahu kepada rakyat semua, pusat merampas, mencuri, menyamun harta Kelantan.

Baca lagi disini



follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak