Saturday, February 2, 2013

Nasharudin: Saya akan kekal dalam Pas


Nasharudin: Saya akan kekal dalam Pas

2 Februari 2013
 Nasharudin Mat Isa
Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa
KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa hari ini menegaskan beliau akan kekal sebagai anggota Pas untuk memastikan perjuangan asal parti dalam menegakkan Islam dan membela orang Melayu tidak 'dicairkan' berikutan hubungan parti itu dengan PKR dan DAP.

Beliau yang juga bekas anggota Majlis Syura Pas berkata, statusnya sekarang yang tidak menyandang jawatan dalam kepimpinan parti tidak menghalangnya daripada terus mempertahankan perjuangan asal parti.

"Tidak betul kata kalau tak jadi anggota Majlis Syura tidak boleh bersuara, saya masih boleh bersuara sebagai anggota biasa akar umbi parti. Saya mahu perjuangan asal Pas kekal, bukan sewenangnya dicairkan ikut kemahuan rakan pembangkang lain.

Musa Hassan dakwa PR mahu wujud semula ISA

Musa Hassan dakwa PR mahu wujud semula ISA WARTAWAN SINAR HARIAN 2 Februari 2013 Tan Sri Musa Hassan PETALING JAYA - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mendakwa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kemungkinan besar mewujudkan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sekiranya Pakatan Rakyat (PR) menang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti. Beliau berkata, ia berikutan tindak tanduk Anwar dan kenyataan PR yang sering berubah-ubah dalam sesuatu isu, maka tidak mustahil akta tersebut diwujudkan semula jika mereka berkuasa. Menurutnya, ia berikutan ISA diakui oleh ramai pihak sebagai satu undang-undang pencegahan yang berkesan, malah banyak negara termasuk Amerika Syarikat meniru akta tersebut. "Kita tidak tahu apa yang ada dalam hati beliau (Anwar), tidak mustahil ISA boleh diwujudkan semula jika mereka memerintah. "Kenapa saya berfikiran begitu, kerana mereka sudah memulakan budaya huruhara, memainkan isu perkauman, agama dan memainkan soal keselamatan negara," katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam. Kelmarin, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata, beliau gembira ISA tidak lagi wujud kerana PR tidak boleh lagi menyumbat orang ke dalam penjara jika mereka berkuasa. Dakwa Dr Mahathir lagi, perkara pertama yang pembangkang akan lakukan jika berkuasa adalah menutup pintu keluar masuk negara dan menangkap pemimpin lawan. Selain itu, Musa turut menegaskan 'Arab Spring' boleh tiba di negara ini sekiranya kerajaan tidak mengambil langkah pencegahan berkesan daripada sekarang. Katanya, jika perkara tersebut berlaku, segala pembangunan dan kemajuan yang dikecapi negara sejak 56 tahun lalu sia-sia. "Sebagai rakyat, semua pihak perlu menjaga keamanan negara, jangan termakan hasutan yang mahu menghuru-harakan negara. Dalam hal ini kerajaan kena pastikan ia tidak berlaku. "Saya juga melihat ada usaha pihak luar yang mahu negara kita hancur dari dalam, melalui musuh yang halimunan," katanya. Ditanya mengenai musuh halimunan ini, Musa berkata musuh ini sukar dikesan kerana mereka bergerak di kalangan rakyat negara ini. "Ancaman itu semakin lama semakin besar, mereka bercita-cita menawan negara ini. Jadi tugas sekarang adalah menyedarkan rakyat tentang bahaya perkara ini dan apa perancangan mereka untuk rosakkan negara. "Dulu pihak luar bergerak melalui CIA untuk musnah negara lawan, sekarang tidak lagi kerana semua sudah tahu, mereka sekarang bergerak melalui NGO-NGO yang berada dalam negara," katanya. http://www.sinarharian.com.my/politik/musa-hassan-dakwa-pr-mahu-wujud-semula-isa-1.127346

Friday, February 1, 2013

Ini baru betul..welkome Abdullah Sammah..nie tak asyik berkuku luar gelanggang jee..!!!


Ini baru betul..welkome Abdullah Sammah..nie tak asyik berkuku luar gelanggang jee..!!!

Abdullah Sammah Tanding Atas Tikit Umno!!

Satu maklumat yang baru saya terima dari Kelantan, guru pondok tersohor di Tumpat yang lantang mengkritik Nik Abdul Aziz Nik Mat, Abdullah Samaah katanya akan diletakkan sebagai calon UBN di salah stau kerusi DUN dalam pilihan raya akan datang.
Abdullah: Calon BN di Kelantan?

Beberapa orang tertentu yang menganggotai satu unit kajian bebas mengenai bakal calon Umno di Kelantan mengemukakan cadangan ini langsung kepada presiden parti Mohd Najib Razak tanpa melalui Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Mustapa Mohamed. 

Alasan untuk menurunkan Abdullah untuk mempengaruhi pengundi Melayu di Kelantan mengenai isu-isu agama seperti kalimah Allah, doa KO Umno, Umno KO dan juga 'keceluparan' Nik Aziz dalam ceramahnya seperti menyebut 'Tuhan mencarut', Nabi Muhammad sama dengan budak kampung bernama Mamat saja dan sebagainya.

Unit kajian itu juga mencadangkanh kepada Najib agar Umno menguar-uarkan Abdullah bakal dilantik menjadi Menteri Besar Kelantan. Alasannya keilmuan dan kedudukan beliau sebagai guru pondok amat sesuai dilantik sebagai MB Kelantan.

Menurut unit ini satu survey telah diadakan di kalangan pengundi Melayu berusia 55 tahun ke atas bersetuju kalau Abdullah diletakkan sebagai calon dalam pilihan raya akan datang. Bagaimana pun menurut kajian itu mereka tidak setuju kalau Abdullah diuar-uarkan bakal MB Kelantan kerana beliau tidak ada pengalaman sebagai seorang adimstratif.



Sementara itu difahamkan kerusi yang kemungkinan akan diberikan kepada Abdullah ialah di Pengkalan Kubur yang kini disandang oleh Nur Zaidi Omar. Kerusi itu tepat kerana pusat pengajian Abdullah berada dalam kawasan berkenaan iaitu di Genting Tumpat.

Sementara Nur Zaidi pula katanya dicadangkan supaya dipindah ke kerusi parlimen.

Sebelum ini setiap kali pilihan raya UBN menurunkan tokoh-tokoh atau guru agama menjadi mereka calon tetapi semua tewas. Antara calon UBN bertaraf ustaz atau tok guru termasuklah Mustapa Taib, Wan Ismail Wan Ahmad, Dusuki Ahmad, Mohd Nor Deris, Zainal Abidin Abdul Kadir dan Shukeri Mohamad dan lain-lain. [wm.kl.9:09 pm 31/01/13]


TARIK SEMUA SAMAN AES DAN PULANGKAN SEMUA WANG YANG DI BAYAR


Tan Sri Abu Talib Othman menggambarkan sistem penguatkuasaan trafik diswastakan yang dilancarkan September lepas sebagai satu kes jelas kerajaan bersikap sambil lewa tanpa rasa hormat kepada kedaulatan undang-undang atau hak asas rakyat. — Gambar oleh Siow Feng Saw
KUALA LUMPUR, 1 Feb — Pejabat Peguam Negara seharusnya menarik kembali semua saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan memulangkan semula wang saman dibayar oleh pesalah trafik yang didenda kerana sistem diswastakan itu terbukti tidak befungsi dengan baik, kata Tan Sri Abu Talib Othman memberikan pandangannya berhubung topik panas itu menjelang Pilihan Raya 2013.
Pernah berkhidmat sebagai Peguam Negara selama 13 tahun, beliau yang sekarang seorang penjawat awam bersara menggambarkan sistem penguatkuasaan trafik diswastakan yang dilancarkan September lepas sebagai satu kes jelas kerajaan bersikap sambil lewa tanpa rasa hormat kepada kedaulatan undang-undang atau hak asas rakyat.
“Ia adalah benar-benar tidak adil dan tidak munasabah untuk membenarkan saman dikeluarkan tetapi tidak membenarkan pendakwaan kes itu jika seseorang atau orang-orang yang disaman ingin mencabar tindakan pihak berkuasa itu.
“Di manakah mereka pergi untuk mendapatkan keadilan? Mahkamah mesti bertindak secara bebas dan tidak menerima arahan daripada Pendakwa Raya,” kata beliau dalam temuramah eksklusif bersama The Malaysian Insider baru-baru ini.
Pejabat Peguam Negara dan kerajaan persekutuan dikritik hebat bulan lepas diatas pembekuan pendakwaan pesalah trafik di bawah AES akan tetapi membenarkan sistem itu untuk terus beroperasi.
Pembekuan saman itu diarahkan selepas bantahan terhadap sistem tersebut yang telah mengeluarkan 300,000 saman sejak ia bermula pada 23 September tahun lalu.
Keputusan itu mencetuskan kemarahan orang ramai yang meluas dan mendorong pentadbiran Najib memikirkan untuk menghentikan pelaksanaan sistem yang menyebabkan pengguna menerima dua saman termasuk dari perangkap kelajuan polis di sepanjang lebuh raya.
Tidak berapa lama selepas pembekuan, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha mengatakan sistem AES akan beroperasi seperti biasa dan saman akan terus dikeluarkan, membangkitkan lebih banyak kritikan dari mereka yang menentang sistem tersebut.
“Kerajaan tidak akan menghentikan saman AES ini, seperti yang sudah diputuskan dalam Mesyuarat Kabinet lalu,” kata Kong pada 26 Disember.
Namun, Kong turut mengakui saman AES tersebut bermasalah dari sudut perundangan dan kementeriannya sedang mencari jalan untuk menyelesaikan perkara yang dibangkitkan tersebut.
Bulan lalu, Pejabat Peguam Negara mengarahkan supaya semua prosiding kes saman melalui Sistem Penguatkuasan Automatik (AES) digantung.
Dalam satu kenyataan, mereka bagaimanapun menegaskan saman melalui AES yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) adalah sah.
Abu Talib, walau bagaimanapun, menyimpan kritikan terhadap Tan Sri Abdul Gani Patail (gambar), yang dilaporkan telah mengakui kelemahan dalam AES.
Abdul Gani dilaporkan berkata saman masih lagi sah akan tetapi mengakui terdapat kelemahan dalam aspek undang-undang saman tersebut dan pejabatnya masih lagi dalam perbincangan tentang bagaimana untuk menyelesaikan permasalahan tersebut.
Pada 13 Januari, akhbar berbahasa Melayu Mingguan Malaysia melaporkan peguam tertinggi negara itu keputusan berkenaan dengan ribuan saman yang telah dikeluarkan setakat ini masih tidak boleh didedahkan kerana ianya melibatkan beberapa jabatan.
“Hakikat beliau mengatakan pejabatnya memerlukan masa untuk menyelesaikan isu-isu yang berkaitan dengan AES serta memastikan semua peraturan dan tatacara berada di tempatnya  sebelum prosiding mahkamah dimulakan adalah satu pengakuan bahawa sistem tersebut tergesa-gesa dilaksanakan tanpa memikirkan dengan mendalam untuk undang-undang dan hak rakyat,” katanya.
Menurut Abu Talib, kenyataan Abdul Gani membuktikan sistem AES tidak diperincikan dengan teliti terlebih dahulu oleh kerajaan sebelum ianya dilaksanakan.
“Jika ia benar, bahawa semua peraturan dan tatacara masih belum tersedia, perkara yang betul untuk beliau lakukan adalah untuk menarik balik semua saman yang dikeluarkan dan memulangkan semula semua denda yang dibayar, jika ada,” kata beliau yang pernah mempengerusikan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).
Projek swasta bernilai RM700 juta bermula pada bulan September dengan 14 kamera fasa percubaan tetapi JPJ berikrar untuk melancarkan sebanyak 831 kamera menjelang akhir 2013 untuk menangkap pemandu laju dan mencegah lebih banyak kematian di jalan raya.
Pihak polis, yang menguatkuasakan undang-undang had laju berkata, mereka akan meneruskan penguatkuasaan dan meletakkan perangkap kelajuan mudah alih berhampiran kamera AES, meningkatkan prospek saman berganda untuk pemandu ingkar.
Pembangkang Pakatan Rakyat (PR) telah menggunakan isu ini menjelang kempen pilihan raya yang perlu diadakan pada April selepas mandat Barisan Nasional (BN) tamat.

Monday, January 28, 2013

Nik Aziz: Nasha tiada dalam senarai calon


Anggota Parlimen Bachok, Nasharuddin Mat Isa tidak disenaraikan sebagai calon PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-13, kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nik Abdul Aziz yang juga menteri besar Kelantan bagaimanapun tidak menjelaskan sebab bekas timbalan presiden PAS itu tidak dicalonkan lagi.
NONE"Seingat saya nama dia tidak disenaraikan dalam pencalonan kawasan," katanya ketika ditemui di kediamannya di Pulau Melaka di Kota Bharu, hari ini.

Nik Abdul Aziz diminta mengulas laporan mengenai pengguguran Nasharuddin dalam Majlis Syura Ulama PAS pada 13 Jan lalu.

Menyifatkannya sebagai bukan satu tindakan yang pelik, Nik Abdul Aziz menyamakan pemecatan itu sebagai perceraian suami isteri dan persatuan sukan.

"Pelik apanya? Suami isteri lagikan bercerai. Persatuan bola sepak pun ada orang pecat. Jurulatih pun kena pecat," katanya, sambil menambah bahawa Nasharuddin masih kekal sebagai anggota parti itu.

Nik Abdul Aziz bagaimanapun enggan mengulas sama ada pengguguran Nasharuddin itu disebabkan masalah dalaman lain.

"Itu saya tak mahu sebut pasal keburukan orang dan setiap apa yang berlaku itu ada kaedahnya," katanya.
nasharuddin nik aziz manek urai 110709 kissNasharuddin hari ini dilaporkan berkata beliau belum dimaklumkan secara rasmi mengenai penggugurannya daripada Majlis Syura sebaliknya hanya mengetahui berhubung perkara itu melalui media.

Laporan sebelum ini menyebut Majlis Syura menyingkirkan Nasharuddin kerana beliau kerap tidak hadir mesyuarat selain sering membuat kenyataan tidak selari dengan pendirian dan ketetapan majlis berkenaan.

Di IPOH, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, rakyat khususnya penyokong PAS akan menilai sendiri tindakan parti itu menggugurkan Nasharuddin.

Zambry berkata tindakan itu juga akan menyedarkan mereka tentang perjuangan sebenar PAS.

"Rakyat akan menghukum mereka pada pilihan raya ini," kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung ke-11 Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Perak, hari ini.

Beliau berkata bukan semua anggota parti itu "pak turut".

Ada di kalangan mereka yang mempunyai pandangan sendiri berhubung sesuatu perkara, katanya.

-Bernama

PAS gesa mufti panggil muzakarah

 WARTAWAN SINAR HARIAN
27 Januari 2013
Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
SHAH ALAM – Pas menggesa mufti di setiap negeri supaya mengadakan muzakarah terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yang menyentuh hukum agama Islam bagi mengelakkan kekeliruan umat Islam.
Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan, langkah itu perlu diperhalusi dan pemegang fatwa perlu lebih berhati-hati khususnya dalam memberikan maklum balas terhadap isu kalimah ALLAH yang kembali menjadi kontroversi sejak akhir-akhir ini.

"Kenyataan ini saya ditujukan kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Husseinyang telah memberikan kebenaran untuk menggunakan nama ALLAH dalam Bible berbahasa Melayu.
http://www.sinarharian.com.my/nasional/kalimah-allah-pas-gesa-mufti-panggil-muzakarah-1.125650
"...sebagai mufti dia sepatutnya menjadi penasihat bagi kerajaan kerana bidang kuasa mufti hanya terhad kepada negeri yang diwakili sahaja,” dakwanya ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria semalam yang menyifatkan umat Islam akan menjadi kafir sekiranya membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah ALLAH.

Sunday, January 27, 2013

MUFTI KATA LAIN MENTERI KATA LAIN...?


LU LANGGAR LU SENDIRI TANGGUNG BEB




Nasha Langgar Peraturan ~ Majlis Syura

Nasharudin
'Majlis Syura Pas lucut Nasha kerana langgar peraturan' 

Majlis Syura Pas mengesahkan telah menggugurkan keanggotaan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa, yang pernah disebut akan diambil tindakan disiplin tahun lalu, atas alasan telah melanggar beberapa peraturan badan tertinggi parti itu.

Setiausahanya, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkata, keputusan itu dibuat kerana Nasharudin  didapati melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Syura.

“Keputusan mengenai perkara itu dibuat pada mesyuarat 13 Januari lalu yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Antara sebab keputusan itu diambil kerana beliau (Nasharudin) telah melanggar beberapa peraturan yang ditetapkan parti. Antaranya tidak hadir mesyuarat, selebihnya saya tidak mahu ulas… maaf ya.

“Surat mengenai perlucutan Nasharuddin sebagai anggota Majlis Syura sudah diserahkan selepas mesyuarat itu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.

Ketika ditanya sama ada pihak Majlis Syura ada menghubungi Nasharudin selepas keputusan itu dibuat, Nik Zawawi berkata, pihaknya tidak ada menghubungi Ahli Parlimen Bachok itu.

“Beliau juga tidak ada menghubungi kami untuk penjelasan lanjut.

“Dengan keputusan ini, anggota Majlis Syura berharap beliau akan istiqamah dan menumpukan perhatian dalam perjuangan parti. Sumbangan beliau masih diperlukan dan diharapkan beliau dapat beri manfaat kepada parti,” katanya lagi.

Nik Zawawi
Sementara itu, ketika ditanya mengenai tindakan Nasharudin yang mengikuti rombongan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk lawatan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza baru-baru ini, Nik Zawawi berkata, itu merupakan tindakan peribadi Nasharudin.

“Itu terpulanglah kepada dia (Nasharudin), itu tindakan peribadinya sendiri."

Pada September lalu, Nasharudin dan Majlis Syura dilaporkan menjadi tumpuan dengan membincangkan nasib bekas Timbalan Presiden Pas itu.

Bagaimanapun mesyuarat 9 September itu bersidang tanpa membincangkan isu berkaitan dengan Nasharudin.

Seperti diramalkan pemerhati dan kebanyakan pemimpin kanan parti ketika itu, beliau 'selamat' daripada sebarang tindakan berat.

Ketika itu, Nasharudin menjadi tumpuan ekoran  gesaan beliau agar Pas mempertimbang semula keanggotaan dan kerjasama dalam Pakatan Rakyat berikutan pendirian Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh dalam isu hudud.~ Sinar




http://networkedblogs.com/HB7KQ

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak