Showing posts with label Santai. Show all posts
Showing posts with label Santai. Show all posts

Sunday, April 3, 2011

SUKAN PASTI KAWASAN GOPENG - Acara sukan Tarik tali tidak sesuai bagi Kanak-Kanak PASTI

Dengan suasana panas terik, kanak-kanak ini terpaksa berhempas pulas untuk kemenangan
Adek ini menangis, kalah, kesakitan atau keletihan

Cuba perhatikan kepada size tali tersebut, hampir sama besar nya dengan adek ini

1. Acara tarik tali, bagi sukan kanak-kanak PASTI amat memeritkan kepada kanak-kanak tersebut, jika kita perhatikan daripada gambar di atas yangmana kebesaran tali hampir sama dengan tangan kanak-kanak.

2. Penganjur sepatutnya lebih perihatin terhadap keupayaan kudrat kanak-kanak, sebelum sesuatu acara diambil kira semasa sukan.

PASTI disaran memilih acara sukan yang sesuai dengan minat dan kemampuan diri. Kanak-kanak Janganlah sukan ini sampai memudaratkan diri kanak-kanak tersebut

Ayid: Ini adalah pandangan peribadi saya mengenai acara tarik tali ini. Cuma rasa kasihan dan simpati melihat kanak-kanak ini membanting tulang dibawah terik mentari yang ingin kemenangan.

Sunday, March 6, 2011

Thursday, January 13, 2011

Jurusolek dakwa dicabul terima SMS lucah - Malaysiakini

Seorang jurusolek mendakwa beliau dihujani pelbagai teks pesanan ringkas (SMS) lucah dan juga ugutan selepas membuat aduan bahawa seorang ahli politik di Perak mencabul kehormatannya pada sambutan menjelang tahun baru.

SMS berkenaan dihantar melalui beberapa nombor telefon bimbit yang tidak dikenali - ada yang menyarankan supaya hubungan seks diadakan dengan wanita itu dan ada pula yang mengugut untuk merogolnya.

“Dia terima SMS itu selepas buat laporan polis. Wanita itu kemudiannya membuat laporan polis kedua berhubung SMS berkenaan,” kata peguamnya, Leong Cheok Keng, ketika dihubungi.

“Ada antara SMS itu menggunakan huruf 'F' dalam perkataan bahasa Inggeris.”

Jurusolek itu pada dalam laporannya berkata pada kejadian 31 Disember tahun lalu, ahli politik yang terkenal itu meramas buah dadanya di sebuah kelab di Ipoh.

“Laporan polis dengan jelas menyatakan dia dicabul oleh ahli politik tertentu. Sekarang kes sedang disiasat dan pihak berkuasa akan menentukan sama ada mendalkwa atau tidak individu berkenaan,” kata Leong.

Menurut beberapa laporan media, Ketua Polis Perak, Mohd Shukri Dahlan mengesahkan laporan itu tetapi enggan mengulas.

Leong juga menafikan bahawa vwanita itu telah menerima pampasan dari ahli berkenaan supaya menutup kes tersebut.Jurusolek dakwa dicabul terima SMS lucah -


Malaysiakini

Thursday, December 9, 2010

Kami Sokong Tokguru

KALI INI AKU NAK SOKONG NAJIB HEHEHE

Assalamualaikum dan salam blogger,Tadi saya terbaca satu berita kat bernama pasal satu kenyataan Najib yang sangat -sangat betul walaupun keluar dari mulut seorang Najib,keh keh keh.
maka kali ini saya ingin mengumumkan saya menyokong penuh kenyataan yang dibuat oleh Najib.Tapi saya sedikit kecewa kenapa kenyataannya tidak sama dengan tindakannya.

Ini kenyataannya yang dilaporkan oleh Bernama.
Masyarakat Harus Promosikan Islam Secara Bersungguh-Sungguh - PM
8 Disember -- Perdana Menteri berkata masyarakat harus mempromosikan Islam secara bersungguh-sungguh dan memperkenalkan Islam yang betul kepada dunia.

Datuk Seri Najib berkata masyarakat dunia tidak perlu takut dan bimbang atau fobia terhadap Islam kerana agama itu tidak jahat dan tidak ganas, seperti yang dicatatkan dalam perlembagaan tertinggi Islam iaitu Al-Quran.

Perdana menteri turut menyeru umat Islam supaya menguasai media untuk perbetulkan persepsi masyarakat dunia bahawa Islam sebenarnya merupakan agama yang betul, indah, menarik.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan stesen televisyen Islam pertama negara, TV al-Hijrah di kompleks Pusat Islam di ibu negara malam tadi.


tapi ini tindakannya selama ini
Upacara puja Patung di hari pahlawan
Membiarkan Isterinya hina islam
macamni ke cara Islam yang betul??


-Kenyataan menghina Islam-



20hb April 1983 kepada para wartawan: “Negara akan huru-hara sekiranya undang2 Islam dilaksanakan.”

Datuk Seri Najib Tun Razak, bercakap kepada wartawan, 20 April 1992 : “Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu.”

Dakwaan Akuan Bersumpah Mr. Thagarajoo atas perlakuan bertentangan dengan ajaran Islam. Rujuk akuan bersumpah berikut : atau (klik di sini akuan 1, akuan 2)

Klik untuk besarkan gambar
Kami Sokong Tokguru

Friday, November 26, 2010

Ibu diperkosa di depan anak

Inilah hasial nya selama 53 tahun meeka memerintah

KUALA LUMPUR: Demi menyelamatkan maruah anak perempuannya berusia 12 tahun, seorang ibu terpaksa mengharungi detik hitam apabila diperkosa di depan gadis sunti itu oleh seorang daripada dua penjenayah yang memecah masuk rumah mereka di Kampung Melayu Subang, dekat sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi kelmarin, ibu muda itu yang diikat tangan sebelum itu diberi pilihan oleh penjenayah terbabit untuk menentukan siapa yang akan dirogol sama ada dia atau anak gadisnya.

Dalam keadaan terdesak, ibu berusia 34 tahun itu tiada pilihan melainkan membiarkan dirinya dirogol seorang daripada dua penyamun berusia lewat 20-an terbabit.

Menurut sumber polis, lebih menyayat hati ketika seorang daripada lelaki terbabit merogol mangsa, seorang lagi rakannya merakam perbuatan terkutuk itu menggunakan telefon bimbit.

“Sebelum itu, dua suspek terbabit yang memakai topeng memecah masuk rumah mangsa yang ketika itu tidur bersama anaknya dalam bilik utama manakala suaminya tiada di rumah kerana bekerja syif malam.

“Dua penjenayah terbabit mengikat dua beranak itu dan mengarahkan mereka mendiamkan diri sekiranya tidak mahu dicederakan,” katanya.

Sumber itu berkata, suspek menggeledah rumah berkenaan sebelum mengambil wang tunai dan barang kemas yang nilai keseluruhannya dianggarkan RM2,000.

“Sebaik selesai menggeledah rumah mangsa, seorang daripada suspek seolah-olah tidak puas hati dengan hasil rompakan mereka dan memberitahu mahu merogol seorang daripada dua beranak itu.

“Selepas rayuannya tidak diendahkan dan tidak mahu anaknya menjadi mangsa penjenayah itu, si ibu terpaksa merelakan dirinya dirogol seorang daripada suspek dan ketika dia dirogol seorang lagi suspek merakamnya menggunakan telefon bimbit,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua penjenayah melarikan diri dan mangsa membuat laporan di Balai Polis Kampung Baru Subang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 serta Seksyen 376 Kanun Keseksaan -
myMetro

Kredit:MIMPI SENJA

Thursday, November 18, 2010

Periksa tahap mental Soi Lek

Kalau LGE yang cakap macam ini mungkin malaysia akan menjadi hampir kiamat


IPOH, 18 Nov: Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dianggap sudah kurang siuman apabila mempertikaikan kedai ditutup pada hari cuti umum, kata Ketua Penerangan PAS Perak, Drs Khalil Idham Lim.

“Harap dia jumpa doktor pakar untuk periksa tahap mental dia,” ujarnya yang juga Adun Titi Serong.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons terhadap kenyataan Presiden MCA itu yang sekali lagi cuba mencetuskan isu untuk membelasah PAS semalam apabila mempersoalkan mengapa kebanyakan kedai di Kota Bharu tutup sempena sambutan Aidil Adha.

“Disebabkan Hari Raya Haji, semua kedai nampak tertutup untuk sambutan ataupun ini adalah arahan daripada majlis tempatan? Ia sunyi di Kota Bharu,” soal Chua di laman twitter walaupun sememangnya umum diketahui bahawa sambutan Hari Raya Haji di Kelantan dan beberapa negeri lain adalah jauh lebih meriah berbanding Hari Raya Aidilfitri.

Sehubungan itu, beliau meminta pihak polis menyiasat Chua kerana kenyataannya itu ada unsur melaga-lagakan antara muslim dan bukan muslim.

“Tidakah Chua sedar bahawa Hari Raya Haji adalah cuti umum,” katanya.

Khalil juga menuntut Chua memohon maaf secara terbuka dengan kenyataan biadabnya dan memberikan penjelasan yang sebenarnya, apakah maksud kenyataannya itu.

"Kenyataannya menimbul keresahan dalam masyarakat," katanya.

Menurutnya lagi, umat Islam dan bukan Islam mesti membantah sikap Soi Lek itu yang mempertikaikan amalan biasa yang sudah lama diamalkan yang menggambarkan toleransi beragama.

Beliau yang juga Pengerusi Sekretariat Pakatan Rakyat Perak menyifatkan tindakan Chua itu menggambarkan dan membuktikan bahawa parti MCA dan dirinya sendiri sudah tidak relevan lagi untuk rakyat Malaysia.

"Juga membuktikan bahawa BN bukan lagi wadah yang sesuai untuk menyatupadukan masyarakat," katanya lagi

Thursday, October 14, 2010

Istana Kelantan lucut ‘Datuk’ Ibrahim, Wan Hashim

KOTA BHARU, 13 Okt: Istana Kelantan menarik balik gelaran Datuk terhadap Datuk Ibrahim Ali dan Datuk Wan Hashim Wan Daud.

Demikian dinyatakan oleh Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias dalam sidang media di pejabatnya, Kota Darulnaim, pagi ini.

Menurutnya, Sultan Muhammad Ke V, hari ini telah mengampuni perkenaan untuk menarik pingat yang membawa gelaran Datuk daripada Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali, bekas setiausaha kerajaan negeri, Wan Hashim Wan Daud, Tengku Mohamed Shafei Tengku Ibrahim dan Tengku Abu Bakar Tengku Mansor.
Kesemua darjah kebesaran itu ditarik gelarannya berkuat kuasa serta merta bermula hari ini, 13 Oktober.
Aiseri berkata, antara darjah kebesaran yang telah ditarik balik daripada Wan Hashim, pelantikan Ahli Darjah Kebesaran Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (S.P.S.K.) (Al-Ibrahimi 1).
“Perlantikan Ahli Yang Kedua (Dato’ Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (D.P.M.K) (Al-Muhammadi 11),” ujarnya.
Katanya, selain itu turut ditarik Perlantikan Ahli Yang Ketiga (Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (P.S.K) (Al-Ibrahimi 111), Pelantikan Ahli Yang Keempat (Bentara) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (B.S.K) Al-Ibrahimi V).
Sementara itu, menurut Aiesri lagi, Sultan Kelantan telah menarik balik tauliah daripada Ibrahim, pelantikan Darjah Kebesaran Ahli Yang Kedua (Dato’ Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (D.J.M.K.) (Al-Ismaili ll).
Pada masa yang sama, katanya Sultan Kelantan turut menarik balik tauliah Penganugerahan Bintang Seri Mahkota Kelantan (S.M.K) yang telah dikurniakan kepada Tengku Mohamed Shafie Tengku Ibrahim.
“Selain itu juga Penganugerahan Pingat Bakti (PB) dan Pelantikan Jaksa Pendamai (JP) yang telah dikurniakan kepada Tengku Abu Bakar Tengku Mansor juga telah ditarik balik berkuat kuasa pada 30 September lalu,” ujarnya.
Aiseri seterusnya memberitahu, penarikan balik pingat dan darjah kebesaran itu menjadi hak Sultan Kelantan yang dijalankan mengikut hemah dan budi bicara baginda.



Sunday, October 10, 2010

Yusuf Nor kalau marah sama PAS jangan kaitkan dengan orang buta.


Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Yusof Nor menyifatkan pemimpin PAS sebagai “orang buta” yang kononnya tidak memahami corak pentadbiran badan berkanun itu.


Yusuf Nor menyatakan pemimpin PAS hanya melihat peristiwa yang berlaku itu dari satu sudut sahaja.


“Bila berlaku masalah mereka hanya melihat dari satu sudut, mereka tidak lihat secara keseluruhan pentadbiran Felda".kata Yusuf Nor ,Pengerusi Felda seperti dipetik melalui laman portal.


Kita lihat kata-kata Yusuf Nor yang menghina orang buta.


“Kalau orang buta jumpa orang buta, mereka akan kata diri mereka dizalimi kerana dilahirkan buta. Ini adalah percakapan antara orang buta."kata Yusuf Nor melalui laman portal malaysian insider.


“Tapi kalau orang buta itu diberikan peluang untuk melihat dunia, mereka akan faham kenapa mereka dibutakan. Jadi pemimpin PAS macam inilah,” katanya.


Yusuf Nor jika ingin membidas PAS pun tidak perlulah buat perumpamaan dengan orang buta.


Setahu kita orang yang cacat penglihatan ini mereka redho dengan kehidupan mereka.Mereka tidak menyalahkan Allah s.w.t.

sisibukit.blogspot.com

Tuesday, September 14, 2010

UP DATE TERKIINI KES PEMBUNUHAN DATO' SUSILAWATI

Up Date dari Tranungkite online v10

Kami telah koleksikan Kes Pemubuhan kejam ini bagi memudahkan pembaca.

Klik di sini @ klik pada gambar disebelah untuk 20 artikel terakhir.
Klik di sini @ menu sebelah kiri laman untuk semua artikel.


Sumber: Tranungkite online v10

Sunday, September 12, 2010

AL FATIHAH SEMUGA AHLI KELUARGA MEREKA TABAH

Media: Tujuh ditangkap, jutawan Sosilawati dan tiga lagi dibunuh?

September 12, 2010
Sosilawati Lawiya, bekas isteri penyanyi Nash yang hilang sejak 30 Ogos lalu. — Gambar ihsan dari akaun Facebook
KUALA LUMPUR, 12 Sept — Polis yang semalam mengakui berhadapan dengan jalan buntu, dipercayai telah dapat menyelesaikan misteri kehilangan jutawan produk kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi lelaki ekoran tertangkapnya tujuh suspek termasuk seorang peguam bergelar ‘Datuk’ dipercayai terlibat dalam kehilangan mereka.

Difahamkan polis mendapat maklumat bahawa kesemua mangsa sudah dibunuh dan dibakar manakala abu telah dibuang ke dalam laut.

Laporan media juga menyebut motif pembunuhan belum dapat dipastikan.

Keempat-empat mangsa dikatakan dibunuh sebelum dibakar di ladang ternakan ayam dekat Tanjung Layang, Morib.

Beria Harian Online pula menyebut identiti keempat-empat mayat sedang dikenal pasti, namun tidak dapat dipastikan setakat ini jika penemuan mayat itu ada kaitan dengan kehilangan Sosilawati, usahawan produk kosmetik Nouvelle Visages.

Kesemua mayat dijangka dikeluarkan pagi ini untuk ujian berkaitan, termasuk DNA bagi tujuan pengecaman.

Sehingga 7 pagi ini, lokasi mereka dikatakan dibunuh iaitu sebuah ladang kelapa sawit dan ternakan ayam yang terletak berhampiran Ladang Gadong — dikepung polis dan unit forensik PDRM dijangka akan tiba 8 pagi ini.

Beberapa stesen televisyen menyiarkan maklumat mengenai penemuan mayat yang sudah rentung lewat malam tadi.

Maklumat tidak disahkan juga disebarkan menerusi Twitter dengan pelbagai spekulasi, ada yang mengatakan mayat rentung yang ditemui adalah bayi atau kanak-kanak.

Usaha The Malaysian Insider mendapatkan pengesahan polis juga tidak berhasil sehingga awal pagi tadi.

Kesemua pihak yang dihubungi tidak mengulas kesemua pertanyaan. Bagaimanapun difahamkan polis akan mengeluarkan kenyataan rasmi pagi ini sempena majlis perpisahan Ketua Polis Negara di ibu negara.

Wakil-wakil media masih menunggu di lokasi kejadian sejak tengah malam tadi.

Sosilawati, 47, dan pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, serta pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilaporkan hilang semasa berada di Banting untuk urusan pembelian tanah.

Kali terakhir Sosilawati ditemui di kawasan Banting adalah pada 2 September ketika hendak membeli kerepek.

Seorang daripada suspek ditahan merupakan peguam bergelar ‘Datuk’ berusia 40-an, yang polis anggap sebagai suspek paling dikehendaki dalam kes kehilangan Sosilawati bersama tiga yang lain.

‘Datuk’ berkenaan dilaporkan mempunyai ramai kenalan di kalangan orang kenamaan dipercayai berperanan sebagai broker dalam penjualan tanah bernilai RM4 juta di Pulau Pinang.

Mingguan Malaysia dan Berita Minggu menyebut menambah, penemuan itu susulan penahanan suspek utama yang mempunyai kaitan dengan kehilangan Sosilawati.

“Difahamkan, suspek yang membawa polis ke tempat kejadian, Khamis lalu hingga membawa kepada penemuan mayat berkenaan,” katanya.

Ekoran laporan kehilangan keempat-empat mangsa, polis menemui kereta BMW milik Sosilawati di Pangsapuri Angsana USJ 1, Subang Jaya dan kereta BMW milik Ahmad Kamil di kawasan perumahan berhadapan sebuah hotel di Subang Jaya Isnin lalu.

Laporan media sebelum ini menyebut, Sosilawati dilihat membeli kerepek dan kuih di sebuah kedai di Kampung Sungai Lang, Banting pada 2 September untuk diiberikan kepada kakitangannya sempena sambutan Aidilfitri.

Menurut seorang pekerja di kedai kerepek berkenaan, Kerepek House Fazz Enterprise kira-kira dua kilometer dari pekan Banting, Sosilawati dan seorang lelaki datang ke kedai itu.

Pekerja yang hanya mahu dikenali sebagai Ina itu berkata Sosilawati datang kira-kira pukul 2 petang sebelum membeli beberapa jenis kerepek termasuk kerepek pisang, bawang, jejari bilis serta kuih dam, sanggul mak dara dan almond london.

Sosilawati dilaporkan hilang oleh anggota keluarganya selepas dikatakan keluar dari rumahnya di Gombak.

Sosilawati tidak pulang ke rumah selepas memberitahu salah seorang anak perempuannya bahawa mahu ke Banting atas urusan kerja selama tiga hari bermula 30 Ogos lalu, namun selepas tiga hari, beliau tidak pulang ke rumahnya sehingga ke hari ini The Malaysian Insider

Friday, September 10, 2010

Rayakan Syawal, Jangan Tentang Usaha Nabi SAW

Allahuakbar, Allahukbar, Allahuakbar…
Lailaha Hilallah Wallahu Akbar,
Allahuakbar Walillahil Hamd.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Dengan Nama Allah Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang;

Saya bagi pihak Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan kepada seluruh muslimin dan muslimat. Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, hari raya kurnia Allah SWT bersempena dengan kita menunaikan ibadat puasa di bulan Ramadan. Menjadi kelaziman selepas menunaikan ibadat-ibadat yang besar. Allah Ta’ala, mengurniakan hari yang besar. Bagi sembahyang lima waktu dikurniakan hari Jumaat, bagi puasa Ramadan dikurniakan Hari Raya Aidilfitri dan bagi ibadat Haji dikurniakan Hari Raya Korban (Aidiladha).



Hari Raya Aidlifitri mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Setelah umat Islam dididik, ditarbiyyah dengan mengerjakan ibadat puasa di bulan Ramadan, supaya menjadi orang-orang yang bertaqwa kepada Allah SWT. Adalah juga menjadi suatu hikmah yang besar apabila Allah SWT memilih di bulan Ramadan ini berlakunya peristiwa al-Quran Karim diturunkan dan peristiwa peperangan Badar. Peristiwa pembukaan Mekah, diikuti dengan bulan Rejab, bulan Syawal dengan peristiwa Ahzab.

Ini menunjukkan bahawa kemuncak kepada taqwa yang ditarbiyyahkan melalui puasa Ramadan. Orang-orang yang beriman hendaklah menerima al-Quran Karim, satu-satunya petunjuk yang benar kerana ia (al-Quran) daripada Allah SWT. Setelah Allah SWT menyatakan tujuan ibadat puasa itu, supaya kamu (manusia) bertaqwa kepada Allah SWT.

Allah SWT juga menegaskan, “Kitab (al-Quran) ini tidak syak lagi memberi Petunjuk kepada orang-orang yang bertaqwa”. Dan hanya orang-orang yang bertaqwa yang menjadikan al-Quran Karim sebagai Petunjuk. Marilah kita mempelajari daripada menafsirkan al-Quran Karim secara praktikal atau amali yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Apabila beramal dengan al-Quran bukan sahaja mengaku menjadi seorang Islam yang mengucap dua kalimah syahadah. Tetapi, disertakan dengan keimanan yang sungguh-sungguh dan dalam masa yang sama menegakkan al-Quran itu menjadi Petunjuk dalam seluruh cara hidup individu, keluarga dan masyarakat.

Apabila Rasulullah SAW berusaha untuk mendirikan sebuah negara atau amalan politik. Ini menunjukkan bahawa seluruh al-Quran Karim tidak boleh dilaksanakan melainkan dengan adanya amalan (kuasa) politik yang menjadi syarat, kerana hukum-hukum yang ada dalam al-Quran Karim mensyaratkan adanya negara yang didirikan. Negara yang dilandaskan al-Quran Karim itu dan Petunjuk yang diajar oleh Rasulullah SAW supaya hukum-hukumnya diamalkan.

Para ulama’ mengatakan, “Apa yang tidak sempurna dari perkara yang wajib melainkan dengannya, maka ia (perkara itu) menjadi wajib”. Bagi mendirikan sembahyang syaratnya mestilah berwudhuk, maka berwudhuk untuk sembahyang yang wajib hukumnya wajib. Bagi menutup aurat yang wajib mestilah mempunyai pakaian yang lengkap bagi menutup aurat. Maka, mencari pakaian yang lengkap bagi menutup aurat hukumnya adalah wajib. Bagi melaksanakan seluruh perintah-perintah al-Quran Karim memerlukan amalan politik bagi mendirikan negara yang mendaulatkan Syariat (hukum) Allah. Maka, berpolitik mendirikan negara adalah wajib. Inilah yang dilakukan oleh Nabi SAW. Apabila di sana terdapat di kalangan manusia yang tidak boleh menerima petunjuk al-Quran Karim. Ini kerana, al-Quran itu menghalang hawa nafsu mereka untuk memerintah secara zalim dan diktator. Untuk mereka melakukan cara yang melampau dalam menyalahgunakan kuasa, menyalahgunakan nikmat harta negara yang diberi oleh Allah SWT. Meneguhkan kuasa menyebabkan seseorang itu boleh membuat apa sahaja.

Apabila al-Quran Karim menghalang kelakuan yang haram dan buruk itu, menyebabkan kumpulan-kumpulan yang mahu melakukan amalan itu menentang usaha Nabi SAW untuk mendirikan negara Islam. Maka, berlakulah pertembungan antara haq dan batil, di antara benar dan salah, di antara adil dan zalim. Inilah yang menimbulkan peristiwa Badar, yang menimbulkan pembukaan Mekah, yang menimbulkan peristiwa Ahzab.

Apa yang menarik, peristiwa-peristiwa ini melibatkan bangsa Arab, melibatkan orang-orang Yahudi Ahlil Kitab. Ini menunjukkan bahawa pertembungan yang melahirkan Furqan, yang membezakan haq dan batil, bukan di atas asas kebangsaan, bukan di atas asas ke negerian. Tetapi di atas asas prinsip aqidah Islam yang benar, yang menegakkan iman, yang menolak kufur, yang menegakkan Islam, yang menolak jahiliah, yang menegakkan adil yang menolak kezaliman.

Inilah semangat yang perlu dilahirkan dari Ramadan, semangat yang diperlukan lahir dari hari raya. Di sinilah hikmatnya, mengapa tiap-tiap hari raya kita bertakbir membesarkan Allah SAW dengan menyebut ‘Allah Akbar, Allah Akbar, Allah Akbar’ dan Allah sahaja Yang Maha Besar. Dan bagi Allah sahaja kepujian dan kita menyebut, “Tidak ada Tuhan yang sebenar melainkan Allah, Esa-Nya dan tidak ada sekutu bagi-Nya, yang menolong hamba-Nya, yang berjuang untuk menegakkan Islam, yang menghancurkan bala tentera Ahzab. Yang menentang usaha bagi menegakkan Islam itu”.

Inilah semangat hari raya yang perlu disambut. Dalam masa yang sama, kita hendaklah mengukuhkan saf umat Islam itu sendiri. Khususnya, di kalangan mereka yang menegakkan Islam dengan mengeratkan hubungan persaudaraan di antara satu sama lain. Dan mereka yang terlanjur melakukan kesilapan hendaklah sedar dan insaf serta kembali ke pangkal jalan. Sebagaimana yang ditunjuk oleh generasi awal umat Islam yang membawa mereka kepada kemuliaan. Kemuliaan yang diberi oleh Islam sebagaimana yang dinyatakan oleh Khalifah Umar al-Khatab, “Kita adalah umat yang diberi kemuliaan oleh Allah dengan Islam, sekiranya kita mencari kemuliaan yang lain dari Islam, nescaya kita akan menerima penghinaan daripada Allah”.

Cukuplah, kehinaan yang menimpa umat Islam hari ini mereka diratah oleh kaum yang lain. Mereka sepatutnya menjadi contoh kepada umat yang lain, tiba-tiba mereka terpengaruh dengan umat yang lain. Marilah, kita kembali dengan semangat Ramadan, dengan semangat hari raya melahirkan umat yang dinyatakan oleh Allah, “Kamu adalah umat yang dijadikan oleh Allah untuk dikeluarkan kepada manusia, untuk menjadi contoh, untuk memimpin manusia, dengan ciri-ciri dan sifat-sifat kamu menyuruh kepada yang baik dan kamu mencegah kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah”.

Dan mudah-mudahan kita dapat melaksanakan kewajipan ini dengan penuh mendapat rahmat dan pertolongan dari Allah SWT sebagaimana yang dijanjikan, “Allah berjanji kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh, bahawa Allah yang menjadikan mereka itu golongan yang berkuasa, dan memerintah negara di atas muka bumi ini sebagaimana dikurniakan kepada umat yang terdahulu dan Allah menjadikan keadaan yang berubah, agama yang diredha ialah Islam ini berkuasa memerintah. Keadaan yang menakutkan bertukar menjadi keamanan. Mereka itu mengabdikan diri kepada Aku yakni Allah, dan mereka tidak menyengutui Aku yakni Allah dengan sesuatu yang lain. Dan sesiapa yang kufur selepas itu mereka itulah orang-orang yang fasiq.

Sekian.

Salam Hormat,
Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

Tranungkite Online v10


SELAMAT HARI RAYA SEMUA PENGUNJUNG BLOG INI


Dalam berbicara mungkin ada yang menyinggung perasaan. Dalam Bergurau mungkin ada yang terlanjur senda. Dalam berjanji mungkin ada yang belum dikota. Dilabaran ini jari disusun maaf dipinta. Salam Aidil Fitri untuk semua sahabat - sahabat Blogger Pakatan Rakyat. Terutama Blogger PAS Perak. Selamat Hari Raya ...Semua

Buat Mu teman Ijoks: http://ijoks2009.blogspot.com/
Dari saya sekeluarga Perkataan yang indah adalah menyebut nama ASMA ALLAH, Lagu yang merdu adalah ADZAN, media yang terbaik adalah ALQURAN, senaman yang sihat adalah SOLAT, diet yang sempurna adalah PUASA, kebersihan yang menyegarkan adalah WUDHU, perjalanan yang indah adalah HAJI, hayalan yang baik adalah ketika l ingat akan DOSA DAN TAUBAT, dengan Ucapan MINAL AIDIL WAL FAIZIN untuk mu teman sekeleuarga. PERJUANGAN KITA BELUM SELESAI


Sunday, September 5, 2010

SELAMAT HARI RAYA SEMUA MAAF ZAHIR DAN BATHIN

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri kepada semua pengunjung blog ini am nya dan kepada semua blogger terima kasih banyak-banyak atas sokongan anda

Saturday, September 4, 2010

Iklan ini Amat mengilirukan bagi umat Islam

Saksikan video iklan raya ini amat mengelirukan umat Islam

Tuesday, August 31, 2010

Sanggupkah Anda melakukan seperti anak kedua orang tua ini. Setin biskut buat ibu ayah???

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki tidak mengenang budi apabila sanggup mengumpan ibu bapanya yang tinggal di sebuah rumah jagaan di sini, dengan setin biskut untuk memujuk mereka supaya jangan pulang ke rumah sempena Aidilfitri nanti, sebaliknya mahu mereka menyambut 1 Syawal di pusat jagaan itu.

SEDIH...pasangan warga emas terbabit  di Pusat Jagaan Warga Tua Nur Ehsan.
SEDIH...pasangan warga emas terbabit di Pusat Jagaan Warga Tua Nur Ehsan.
Pada mulanya, kehadiran anak lelaki berusia 40-an itu disambut gembira pasangan warga emas berkenaan kerana menyangka mahu membawa mereka pulang menyambut hari raya bersama di rumahnya, tetapi lain pula berlaku.

Lelaki tidak mengenal budi itu sebaliknya memujuk ibu bapanya supaya beraya di pusat jagaan itu, malah enggan mendengar rintihan orang tuanya supaya tidak diperlakukan sedemikian.

Pengasas Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor, Norijah Bidin, berkata kisah sedih pasangan penghuni pusat jagaan warga emas itu mengakibatkan kakitangan di situ terkilan dengan perangai lelaki terbabit.

Menurutnya, anak pasangan berkenaan yang tinggal di luar bandar raya ini mendakwa dia sibuk pada Aidilfitri nanti sebagai alasan tidak dapat membawa pulang orang tuanya beraya di rumah.

“Hanya Tuhan mengetahui kegembiraan pasangan itu apabila melihat kelibat anak yang disangka mahu menjemput mereka pulang meraikan Aidilfitri bersama keluarganya. myMetro |

Saturday, August 21, 2010

Orang Muo: Kasih Ibu Menyelamatkan Nyawa Anak

Walaupun situasi dalam keadaan yang berbahaya, seekor ibu monyet sanggup mengetepikan perasaan takut semata-mata untuk menyelamatkan anaknya. Peristiwa ini telah dirakam oleh seorang jurufoto yang kebetulan berada di tempat kejadian di sebatang jalan raya yang amat sibuk di New Delhi.
Dedicated mother: Monkey cub was first run over by a moped before being attacked by a dog
Peristiwa menarik dan mengharukan bermula apabila seekor anak monyet cuba melintas jalan raya yang sedang sibuk dengan kenderaan yang lalu-lalang untuk mendapatkan makanan di seberang jalan tanpa disedari oleh ibunya. Setelah menyedari anaknya dalam keadaan bahaya si ibu terus mendapatkan anaknya daripada dilanggar kenderaan ...tetapi bahaya yang lebih menakutkan pula terpaksa dihadapi oleh si ibu monyet ini.
The mother stepped in to attack the moped driver before gunning for the hungry dog too
The mother attacking the dog after it has started on her cub
Seekor anjing liar garang yang sedang kelaparan tiba-tiba meluru ke arah anaknya. Tanpa menghiraukan keselamatannya ibu monyet terus menyerang dan menggigit anjing berkenaan.
Nasib menyebelahi kedua-duanya apabila si anjing menyerah kalah dan beredar dari situ.
Malangnya apa yang berlaku di negara kita pada masa kini adalah amat menyedihkan apabila kes-kes buang bayi berlaku hampir setiap hari. Seorang penceramah pernah menyatakan [ sempena sambutan maulidur rasul baru-baru ini di muo] bahawa apa yang berlaku sekarang ini adalah merupakan satu bala yang sedang melanda negara kita terutamanya masyarakat Melayu Islam akibat kelalalaian dan kesalahan kita mengabaikan cara hidup Islam serta kelemahan pelaksanaan undang-undang... renung-renungkanlah.

Orang Muo(Sumber)

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak