Saturday, February 16, 2013

Kantoi ~ Guru guru di kedah dipaksa jumpa Muhyidin



Himpunan PAKSA GURU MELUTUT SEMBAH UMNO


Kah kah kah!!! woikk!!! apa lanc** la geng2 umno ni plak dah!!

Maklumat terkini , geng Cikgu dikerah naik bas untuk pergi himpunan guru muda 1 malaysia. 5000 guru kawasan utara terlibat.

Hanya segelintir guru terpilih untuk sesi dialog, tapi kena pergi taklimat lain untuk praktis sesi soal jawab tu,Berlakon ikot skrip dulu.Ingat tak masa Najib dimalukan budak skolah pasal tak tahu jawab pasal jenis jenis air? haah!!! Najib pandang Muhtidin.. masing pandang memandang dua2 sakai tak tahu nak jawab!So untuk elak kejadian ni berlaku la mereka buat sesi lakon soal jawab ni.

Semalam jumaat 15/2/2013 kena amek tshirt percuma , .hari sabtu kena pergi berhimpun.Hari ni lah.. 16/2/2013.



Sapa yang ngelat tak datang .hari sabtu 16hb tu, kena tulis Surat tunjuk sebab ... ada press komprem siapppppp... Muhyidin Yassin yang akan datang ok.

Ni gambo shirt yang di hantar untuk dipakai 5000 guru dari area utara dan kena berkumpul pagi ni sebelum jam 7 .
Sebelum naik BAS, kena isi kedatangan dulu sapa tak datang wajib lah menulis surat tunjuk sebab ok..

stressss!!  lepas tu ada beberapa orang yang terpilih untuk sesi dialog.. geng2 ni telah dipanggil untuk taklimat cara nak bersesi dialog pada hari khamis lepas (before CNY) semua guru diwajibkan mengisi maklumat diri lepas tu kena letak nama pesbuk skali.. and most of us kata akaun pesbuk tak bukak.. kakakaka..


mampoih la depa nak intai apa cikgu2 ni buat updated status nanti.

 tshirt free dan buku kenit muka mudin dibekalkan kat semua yang kena p esok.. pehtu tshirt yang depa supply cam haromjadoh ada ka patut saiz banyak takde sbb cutting jenis cool fit tu pehtu tak sampai setengah jam buka kaunter, saiz XL da abis tinggal M dan L.. aja.


Dah la cutting kecik..hampeh btoiiii... suma lengan pendek. geng muslimah kena pepandai la pakai inner.. apa2 hal hari ni kalau berkesempatan amek video, kami akan amik.. hehehe itu gambar baju tu nak pos dekat wall sndiri pon tak berani ok.. kakakka.. puak umngok ramai dalam list.. kenot2..

Cuba tengok gambar kat bawah tu.. surat arahan paksa.perkara nombor 4.Setiap guru dikehendaki "like" face book GM1M dan daftar ke 1M4U sebagai tanda sokongan untuk perhimpunan ini.
kah kah kah!!! woiii .....


http://kingofgoblok.blogspot.com/2013/02/kantoi-guru-guru-di-kedah-dipaksa-jumpa.html

TENGOK INI SIAPA PUNYA KEROJE,HAMPEH BETUI


Sumber 

http://batuvskayu.blogspot.com/2013/02/tengok-neh-siapa-punya-kerja-memang.htm









Puiii...apa punya bangsat puak puak ini..

Lagak hero konun merekalah membela kalimah Allah..


Ada patut ka !!  Kalimah Allah digantung atas longkang ..tuiii..


Kalau dah dasar parti sekular maka otak pun sekular juga..

Kalau nak jadi jaguh  pasal kalimah Alah

Friday, February 15, 2013

Samseng Politik : Pemuda PAS kerah ahlinya bantu mahasiswa

Sumber: http://wargamarhaen.blogspot.com/2013/02/samseng-politik-pemuda-pas-kerah.html




(Kekecohan berlaku apabila 30 mahasiswa sedang dikepung)

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengerahkan anggota di sekitar Pekan, Pahang ke Madrasah Darul Husna, bagi membantu mahasiswa yang sedang dikepung samseng.

Ia berikutan sekumpulan 30 mahasiswa dari Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13) dikepung samseng di madrasah tersebut yang merupakan markas PAS.

Menurut maklumat daripada mahasiswa yang berada di sana, sekumpulan samseng mengepung mereka di luar pagar bagi menghalang mereka meneruskan program edaran risalah ke kampung-kampung.

"Pemuda dah dikerah ke lokasi. Semalam mereka dah diserang, pemuda kita ada di sana dan petang kena lagi sewaktu mereka di pejabat PAS kawasan Pekan.

"Insyaallah kita kerah orang kampung dan petang ini juga Ketua Pemuda Kawasan akan pergi ke sana," kata Ketua DPPM, Nasrudin Hassan kepada Harakahdaily.


Beliau juga menasihatkan mahasiswa agar bersabar menghadapi ujian dan tidak gentar meneruskan perjuangan.


(Sebahagian dari mahasiswa yang dikepung dalam madrasah Darul Husna)

"Sebelum ini ANAK diserang kini Mahasiswa,  apa nak jadi dengan politik negara kita?

"Saya nasihatkan rakan-rakan mahasiswa sabar hadapi ujian ini dan jangan gentar untuk terus berjuang menepati idealisme mahasiswa dan lunas demokrasi negara," katanya.

Beliau juga berharap agar pihak polis memberikan jaminan keselamatan kepada mahasiswa.

"Malaysia bukan negara gengster dan mafia. Semoga pihak PDRM dapat bantu memberi hak aman dan selamat kepada mahasiswa G13 di Pekan," katanya.

Sebelum ini, mahasiswa dua siswa dan dua siswi dari kumpulan GM13 diserang dengan parang oleh samseng di Felda Chini 4.

Kumpulan itu diserang ketika mengedar risalah dan surat ‘Harapan mahasiswa untuk rakyat Pekan’ dari rumah ke rumah di kawasan Felda berkenaan.

Terdahulu, seorang aktivis GM13, Ekhsan Bukhari diserang di Kampung Datuk Keramat dalam Dun Pulau Manis.


Samseng Politik : Aktivis pelajar dakwa ahli Umno tarik tudung di Pekan

Sumber: http://wargamarhaen.blogspot.com/2013/02/samseng-politik-aktivis-pelajar-dakwa.html




 
Dua aktivis pelajar perempuan mendakwa dua ahli Umno menarik tudung mereka ketika mereka sedang mengedar risalah anti-BN di Pekan petang ini.

Norfatehah Ahmad, 23, memberitahu Malaysiakini bahawa dua lelaki itu, yang memperkenalkan diri mereka sebagai ahli Umno, juga bertindak merampas risalah mereka.

NONEKejadian itu didakwa berlaku di pasaraya Mydin pada jam 3 petang.
Menurutnya, kedua-dua lelaki itu juga cuba mengheret mereka ke
bangunan Umno yang terletak beberapa meter dari situ, dengan menarik tangan dan tudung mereka.

"Kami enggan ikut. Selepas itu, mereka menarik lagi tangan saya dan mengugut untuk melakukan sesuatu kepada saya jika saya tidak ikuti mereka," kata pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) itu.

"Malah mereka juga menunjukkan penumbuk kepada kami dan memberi amaran supaya kami jangan berada (di kawasan pilihan raya) Pekan. Saya begitu takut dan menangis. "

Selepas memanggil rakan-rakan mereka supaya membantu, kedua-dua aktivis pelajar itu diiringi oleh dua penduduk tempatan dan menyertai semula rakan-rakan mereka 30 minit kemudian.
Sementara itu, Setiausaha Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Ahmad Syukri Kamaruddin memberitahu Malaysiakini, kira-kira 20 penduduk tempatan dan anggota PAS membantu membawa mereka ke sebuah madrasah yang juga merupakan bilik gerakan PAS.


NONEDalam SMS kepada Malaysiakini,  Ahmad Syukri bagaimanapun mendakwa sekumpulan lebih 50 orang yang datang menaiki kereta dan bermotosikal bertindak mengepung madrasah itu.

Bagaimanapun, kumpulan tersebut beredar dari madrasah dan menunggu di jalan masuk, selepas lebih ramai penduduk datang membantu pelajar berkenaan.

Ahmad Syukri memberitahu bahawa mereka berjaya mendapatkan sebuah bas untuk membawa pelajar keluar dari Pekan malam ini.

Ketika dihubungi Malaysiakini kemudiannya, Ahmad Syukri berkata mereka mengambil keputusan untuk pulang ke Kuala Lumpur "atas sebab keselamatan".

"Kita akan buat berbincang mengenai isu ini," katanya.

Menurutnya, mereka akan bertolak pulang ke Kuala Lumpur dengan sebuah bas dan dua buah kereta kira-kira jam 10 malam ini.
Sebelum itu, Ahmad Syukri mendakwa kira-kira 30 penyokong Umno bertindak merampas dan membakar risalah itu yang bertajuk 'surat dari mahasiswa untuk warga Pekan.'

Katanya, salah seorang penyokong Umno itu mahu mereka meninggalkan Pekan pada hari ini juga.

Menurut Ahmad Syukri lagi, lelaki itu mengherdik mereka dengan berkata: "Ini tempat PM kami. Kita jaga tempat ini. Kamu berambus dari Pekan sekarang juga.

Thursday, February 14, 2013

Pas sedia ganti UMNO hebat banner ini


PAS SUDAH READY UNTUK MENGGANTIKAN UMNO.
Photo: @EraPasca: Cayalah....PAS SUDAH READY UNTUK MENGGANTIKAN UMNO. http://t.co/oMUoRIYY
3

Wednesday, February 13, 2013

MAHATHIR TOLONG JANGAN NYANYUK DULU!!!

KARTUN ZUNAR


Makna nyanyuk ialah yang berhubungan dengan atau mempamerkan kehilangan ingatan atau 

kemerosotan mental yang dikaitkan dengan penuaan.

Sana sini blogger menulis Mahathir nyanyuk. Janganle minta dia nyanyuk. Mana mungkin dia nyanyuk. Allah amat adil pada hambaNya. Kalau dia nyanyuk dia tidak ingat apa-apa lagi. Dia tidak ingat perbuatannya dahulu. Dia tidak ingat mangsa Memali, mangsa ISA dan mangsa reformasi.

Terkini Mahathir kata BN tak pernah tipu PAS. Ini disebutnya dalam blogchedet dia. Maksudnya selama ini BN menipu rakyat Malaysia, tak kira dia PAS, PKR, DAP dan parti-parti di Sabah dan Sarawak!

Minta-minta dia belum nyanyuk.

Banyak perkara yang dia kena jawab bila Pakatan Rakyat memerintah nanti.

Dia kena jawab:

  • Siapa arah pembunuhan Ibrahim Libya dan pengikut-pengikutnya?
  • Siapa arah Rahim Noor belasah Anwar Ibrahim semasa dalam tahanan?
  • Siapa perekacipta kes Liwat 1?
  • Siapa perekacipta kes Liwat 2?
  • Kenapa tahan pendakwah dalam ISA?
  • Apakah cerita sebenar Al-Maunah?
  • Bagaimana syarikat anak boleh jadi pembekal minyak untuk MAS?
  • etc.etc.etc.


Sebenarnya terlalu banyak soalan yang rakyat Marhein nak tanya. Jadi, jangan nyanyuk dulu.



KALAU MAHU KEBENARAN

JOM UBAH

TOLAK UMNO. TOLAK BN

Tuesday, February 12, 2013

RAKYAT MARHAEN: Paksa penerima BR1M undi BN, k’jaan tak ikhlas ban...

RAKYAT MARHAEN: Paksa penerima BR1M undi BN, k’jaan tak ikhlas ban...: KUALA LUMPUR 12 Feb: Memaksa penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) mengundi Barisan Nasional (BN) bukti kerajaan Umno tidak ikhlas bantu...

“Kita tahu BR1M adalah rasuah kepada rakyat menjelang PRU 13, tetapi dengan memaksa rakyat untuk mengundi BN selepas menerima bantuan bukti mereka memang tidak ikhlas,” katanya kepada Keadilan Daily.
Beliau mengulas arahan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Nusa Jaya, Datuk Aziz Supian yang memaksa penerima BR1M 2.0 supaya mengundi BN.
Aziz yang juga Ketua Umno Bahagian Gelang Patah berkata, semua penerima BR1M, terutama di kawasan Nusa Jaya perlu menyokong dan mengundi BN dalam PRU 13 kerana wang yang diberikan itu adalah wang Barisan Nasional.
“BR1M adalah peruntukan yang dibentangkan secara rasmi oleh kerajaan dalam Bajet 2013 dan diluluskan Parlimen. Jadi tidak ada keraguan ia adalah wang kerajaan,” kata Hassan mengulas kenyataan Aziz.
“Justeru, BN tiada hak langsung untuk mengatakan wang BR1M adalah wang mereka apatah lagi memaksa rakyat untuk mengundi mereka sebagai balasan. Itu kenyataan tidak bertanggungjawab,” bidasnya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan BR1M 2.0 semasa pembentangan Bajet 2013 di Parlimen pada 28 September dan mula diedarkan 2 Februari lalu.
Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail sebelum ini mendedahkan BR1M 2.0 menggunakan RM2 bilion peruntukan wang luar jangka bagi tujuan itu.
Peruntukan wang luar jangka juga dikenali sebagai peruntukan kecemasan Perbendaharaan Nagara, yang sepatutnya digunakan pada masa-masa kecemasan seperti selepas berlaku bencana alam dan seumpamanya.

Monday, February 11, 2013

BN TUNGGU MATI DI PERAK


BN ‘tunggu mati’ di Perak: Analisis buktikan PR bakal menang 40 dari 59 kerusi

Sejarah bakal berulang, analisis yang diperolehi 

daripada pelbagai sumber mengatakan Pakatan Rakyat
 (PR) mammy memenangi sekurang-kurangnya 40 
daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri Perak 
pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti. kata 
Naib Pengerusi DAP Perak, V Sivakumar.

Katanya, rakyat negeri Perak tidak pernah lupa bagaimana mandat yang diberi kepada PR 

secara demokratik akhirnya dirampas Barisan Nasional (BN) dengan cara yang paling tidak bertamadun.

Beliau berkata, tertubuhnya kerajaan haram Perak yang disusuli krisis perlembagaan 

membuka mata ramai pihak betapa tamak dan jahatnya tindakan BN dan sejarah hitam itu
 akan terus berparut dalam sanubari setiap rakyat yang cintakan keamanan dan 
menjunjung tinggi prinsip Perlembagaan.

“Tambah menyedihkan, niat BN merampas negeri itu dilihat semata-mata untuk 

membolot kekayaan negeri itu.

“Sebagai bukti, pendedahan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak yang 



lalu menyebut lebih 68,000 ekar tanah di seluruh Perak diberi kepada kroni UMNO-BN 
dengan harga premium tanah yang terlalu murah,” katanya dalam satu kenyataan.

Sivakumar juga berkata, terdapat banyak usaha yang diambil kerajaan haram BN Perak 

untuk mengalih perhatian rakyat daripada isu ini tetapi menemui kegagalan.

“Rakyat Perak sedar bahawa kerajaan negeri hari ini tidak sah atau ‘haram’ di sisi 

Undang-undang dan mereka tidak akan membenarkan keadaan itu berterusan.

“Negeri Perak memerlukan satu kerajaan sah melalui mandat rakyat. BN telah melakukan

 satu kesilapan besar,” ujar beliau.

Sambil menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuat perhitungan meleset 

apabila menganggap ‘rakyat Malaysia mudah lupa’, beliau turut berkata, ia diperkuat lagi 
dengan bukti bahawa BN tidak berjaya membawa apa-apa perubahan nyata di Perak.


“Banyak slogan retorik seperti ‘Perak Aman Jaya’, ‘Tiada Yang Tertinggal, 
Tiada 
Yang Terpinggir’  omong-omong kosong saja“Rakyat dapat menilai, membuat pertimbangan 
rasional dan membandingkan pemerintahan PR selama 11 bulan dengan BN selepas empat rampasan kuasa.

Rakyat tidak boleh lagi ditipu dengan janji manis yang tidak dilaksanakan,” ujar Ahli Dewan 

Undangan Negeri (ADUN) Tronoh itu.

Menurutnya, masa yang ditunggu-tunggu rakyat Perak semakin hampir kerana Parlimen dan DUN Perak akan dibubarkan tidak lama lagi.





“PR Perak akan terus berusaha keras untuk menambah bilangan kerusi pada PRU-13. Pemimpin PR negeri ini yakin bahawa rakyat Perak akan memberi mandat yang lebih besar pada PRU-13 nanti,” tambahnya.-Roketkini.com

KENAPA TAKUT DIA INI. PUTERI UMNO. MALAYSIA TIDAK WAJAR DERITA KERANA ANUAR



Puteri Umno: Malaysia tidak wajar derita kerana Anwar 10 Februari 2013 Datuk Rosnah
Abdul Rashid Shirlin KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia tidak wajar kehilangan
pekerjaan, kerugian perniagaan, menderita atau bergadai nyawa bagi memastikan
Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pihak pembangkang mencapai cita-cita mereka secara
demonstrasi jalanan, kata Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.
 Beliau berkata,
sekiranya Anwar benar-benar ingin menjadi perdana menteri, beliau perlu melalui cara
demokrasi sebenar, iaitu pilihan raya. Menurut beliau, ketua pembangkang itu tidak perlu
menggunakan alasan mengadakan demonstrasi ala 'Arab Spring' di Malaysia sebagai satu
cara mencapai matlamat tersebut. "Jika, 'Arab Spring' perlu dijadikan contoh teladan seperti
kata Anwar, maka satu-satunya yang boleh diteladani ialah agar tidak mengikut jejak langkah
negara Arab dengan menjatuhkan kerajaan melalui pemberontakan. "

http://www.sinarharian.com.my/politik/puteri-umno-malaysia-tidak-wajar-derita-
kerana-anwar-1.130052

Sunday, February 10, 2013

BAHTERA ALLAH YANG PALING KUKUH

PENJELASAN DARI TGNA ISU NASHA

Ambil peluang di PRU 13


Wakil rakyat sepatutnya pekerja untuk rakyat. Ini tidak, dia pula jadi bos rakyat. Cukuplah. Ambil peluang di PRU13...

“Jangan pilih bos, tapi pilih jadi bos.”
Wakil rakyat sepatutnya pekerja untuk rakyat. Ini tidak, dia pula jadi bos rakyat. Cukuplah. Ambil peluang di PRU13...

“Jangan pilih bos, tapi pilih jadi bos.”

    follow on fb

    share

    Share |

    BLOGGER PERAK

    BLOG BLOG PANAS

    BLOG PIMPINAN PAS/PR

    BLOG MUSLIMAT

    Blog Masjid

    Blogroll

    Archives

    Related Posts with Thumbnails

    Header bergerak