KATAKAN TIDAK PADA KEPADA PEMBANGKANG: NAJIB
"Adakah kita mahu anak-anak kita sesat akidahnya? Adakah kita mahu anak-anak kita sesat akidahnya? Adakah kita mahu anak-anak kita gelap masa depan? Adakah mahu negara ini porak peranda? Adakah kita sanggup memperjudi masa depan negara?
Kalau semua jawapan tidak, katakan 'Tidak' pada PKR, katakan 'Tidak' kepada Pas dan katakan 'Tidak' kepada DAP," katanya.
Selama ini PR Memerintah ke?. Berapa ramai yang dah rosak akidah, berapa ramai yang lahirkan anak luar Nikah, berapa ramai yang jadi penghuni Sekolah Bunting di Melaka?. Apakah ini hasil pemerintahan PR
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat menolak parti-parti pembangkang kerana undi kepada golongan itu membawa maksud kerosakan akidah, perpecahan kaum dan penindasan kaum tertentu.
Perdana Menteri berkata hanya Umno dan Barisan Nasional (BN) yang berjuang untuk negara ini dan kemajuan bangsa Melayu serta bangsa lain.
"Yakin dan percayalah satu undi untuk PKR (Parti Keadilan Rakyat) bermaksud satu undi untuk kerosakan akidah dan kerosakan umat. Satu undi untuk Pas bermakna satu undi untuk perpecahan. Satu undi untuk DAP bermakna satu undi penindasan bangsa tercinta.
"Satu undi untuk Umno dan BN adalah satu undi untuk keselamatan akidah orang Islam. Satu undi untuk BN, satu undi untuk perpaduan dan kekuatan umat. Satu undi untuk BN, satu undi pembelaan bangsa Malaysia," katanya ketika menggulung perbahasan pada hari terakhir Perhimpunan Agung Umno 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.
Baca lagi: http://www.sinarharian.com.my/politik/najib-katakan-tidak-kepada-pembangkang-1.108869
KUALA LUMPUR - Umno menasihatkan Pas supaya "jangan bermimpi di siang hari" dapat menegakkan Islam jika terus kekal dalam Pakatan Rakyat (PR) dengan hanya bertanding sejumlah kerusi yang kecil.
Memulakan ucapan perasmian Perhimpunan Agung Tahunan ketiga-tiga sayap Umno, Tan Sri Muhyiddin berkata, "mungkin Pas akan mengatakan kepada kita tidak mengapa bertanding sejumlah kerusi yang kecil, kerana nanti ahli-ahli parlimen PKR dan DAP akan menyokong mereka untuk menegakkan Islam."
"Janganlah bermimpi di siang hari. Janganlah berbohong kepada pengundi. Jauh panggang dari api," kata Timbalan Presiden Umno malam ini.
Katanya, "takkanlah DAP yang rasis lagi cauvinis, takkanlah PKR yang rosak lagi merosakkan, akan menyokong usaha Pas untuk menegakkan Islam."
"Cukuplah. Cukuplah sepanjang 12 kali pilihan raya, 12 kali Pas berbohong kononnya parti itu berjuang untuk menegakkan Islam," kata Timbalan Perdana Menteri dalam ucapannya.
Mengambil nada yang sama seperti yang disaksikan tahun lalu, Muhyiddin berkata, "janganlah kita biarkan Pas berbohong lagi untuk kali ke-13."
Katanya, dengan kedudukan Pas yang lemah, agak pelik bagi kita apabila dalam Muktamar Pas baru-baru ini, ada perwakilan parti itu yang mencadangkan Presiden mereka sebagai calon Perdana Menteri pakatan pembangkang.
"Seperti yang kita jangka, DAP awal-awal lagi tidak bersetuju Presiden Pas menjadi calon Perdana Menteri. Persoalannya, bolehkah Presiden Pas menjadi Perdana Menteri jika jumlah kerusi yang ditandingi dan dimenangi oleh parti itu adalah kecil, dan DAP pula tidak menyokong mereka? Tentu sekali jawapannya tidak boleh," katanya.
Beliau seterusnya menyoal, jika tidak boleh, dan sudah pasti memang ia tidak boleh, mengapa dikemukakan juga cadangan itu.
"Bagi kita ini menunjukkan bahawa ahli-ahli akar umbi Pas tidak meletakkan kepercayaan kepada DAP atau PKR untuk mengetuai pakatan pembangkang.
"Mereka tidak percaya kepada (Setiausaha Agung DAP) Lim Guan Eng. Mereka tidak percaya kepada (Penasihat DAP) Lim Kit Siang. Mereka juga tidak percaya kepada (Pengerusi DAP) Karpal Singh.
"Mereka langsung tidak percaya kepada (Ketua Pembangkang) Anwar Ibrahim. Ini adalah satu kegagalan besar bagi Pas dalam membentuk kerjasama dan berkongsi kuasa dengan DAP dan PKR," katanya lagi.
Muhyiddin menambah, konsep berkongsi kuasa tidak pernah wujud dalam pakatan pembangkang.
Katanya, mandat rakyat yang diberikan kepada mereka dalam pilihan raya yang lalu untuk memerintah beberapa buah negeri adalah satu hikmah yang mendedahkan mereka sebenarnya tidak boleh bekerjasama dan berkongsi kuasa.
"Satu sebab yang paling utama ialah tiadanya sikap saling mempercayai antara mereka. PKR tidak percaya kepada DAP, DAP tidak percaya kepada PKR, dan kedua-dua DAP dan PKR tidak percaya kepada Pas," kata beliau yang juga Menteri Pelajaran.
-sinarharian.com
http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=36181%3Amuhyiddin-jangan-biar-pas-bohong-kali-ke-13&Itemid=2&utm_source=dlvr.it&utm_medium=twitter