Saturday, July 3, 2010
BELUM LAGI UPSR DAN PMR DI HAPUSKAN BANYAK DAH BUTA MENGIRA
Kecil dulu suruh mak bapak sek pergi tuang hisap rokok apa susah tak lulus SPM masuk politik, nasib baik jadi ketua Bahagian.
Sekarang macamana, mari kita tengok carta di bawah yang dikeluarkan oleh SPR tentang bancian pengundi baru. Kau orang kiralah sendiri., saya tertarikh kata-kata dari Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof ""Tanyalah dia (Pemuda Umno) daripada mana dia dapat (nisbah 1:40)?" katanya kepada Malaysiakini hari ini."
Nisbah 2:1 amat berbeza dengan nisbah 1:40. Dalam kepala otak dok ingat 40 al-alamak yang masuk aje
Petikan dari Malaysia kini melaporkan
Dalam wawancara dengan Malaysiakini di pejabatnya di Putrajaya hari ini, Abdul Aziz menjelaskan daripada keseluruhan 569, 137 pemilih baru, sebanyak 62 peratus atau 355,807 orang daripada kalangan orang Melayu, Cina sebanyak 23.03 peratus (131,047 orang) dan India 4.89 peratus (27,823 orang).
Ditanya adakah nisbah untuk bulan lalu itu boleh mencapai tahap 1:40, Abdul Aziz menjawab:
"Kalau yang itu saya tak pasti. Tetapi kalau (nisbah) 1:40 itu, mana dia dapat tanya dialah.
"Saya tidak mahu komen nisbah orang lain. (Kalau) satu (Melayu) dengan 40 (bukan Melayu), maknanya 1,000 (Melayu), (bersamaan) 40,000 (orang bukan Melayu)."
"Tanyalah dia (Pemuda Umno) daripada mana dia dapat (nisbah 1:40)?" katanya kepada Malaysiakini hari ini.
Pulau Pinang setuju LA bukan dari Peguam Negara
Ali Hashim |
BUKIT MERTAJAM, 2 Julai: Selepas Kelantan, Pulau Pinang pula setuju cadangan agar Penasihat Undang-undang (LA) dilantik sendiri oleh kerajaan negeri bukannya dari Jabatan Peguam Negara namun buat masa ini akan kekal dengan kakitangan yang ada. |
Friday, July 2, 2010
NIK AZIZ: AJAR SEKS IBARAT AJAR PENCURI MENCURI
Nik Aziz: Ajar seks ibarat ajar pencuri mencuri | ||
|
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tidak bersetuju pendidikan seks diajar di sekolah kerana menganggap langkah itu memberi lebih banyak keburukan daripada kebaikan kepada generasi muda. Mursyidul Am PAS itu berkata, langkah itu hanya akan menggalakkan kanak-kanak di bawah umur mempelajari ilmu seks sesama mereka menyebabkan wujudnya gejala negatif seperti pembuangan bayi. "Dalam Islam sendiri sudah ada pengajaran seks iaitu antaranya kita diwajib mengasingkan tempat tidur apabila anak-anak meningkat umur tujuh tahun, mereka juga diminta hanya melihat bahagian muka dan telapak tangan sahaja apabila bertunang. "Ini semua adalah pengajaran seks yang sedia ada dalam pendidikan masyarakat Melayu dan Islam hari. Saya tak setuju jika ilmu seks diajar di peringkat sekolah," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat, di Kota Bharu hari ini. Beliau mengulas kenyataannya dalam kuliah sebelum itu yang menyelar tindakan sesetengah pihak yang mencadangkan pendidikan seks di sekolah dan menganggap tindakan itu seperti mengajar pencuri kaedah mencuri dengan betul. Nik Aziz juga mahu agar perbuatan zina dalam Islam dinyatakan sebagai "zina" dan bukan "seks bebas" seperti yang dibuat oleh sesetengah pihak. "Apa salahnya kalau seks bebas kita sebut zina, supaya orang Islam berasa gerun dengan perkataan itu yang telah diharamkan Islam dan orang berzina mesti dihukum dengan hukum hudud," katanya. Isu pendidikan seks telah sekian lama diperbincangkan dengan kebanyakan pihak menggesa langkah itu dilaksanakan bagi menangani permasalahan sosial seperti pembuangan bayi yang semakin berleluasa sekarang. Bagaimanapun, sehingga kini belum ada keputusan muktamad dibuat mengenai perkara tersebut Malaysiakini |
Shahidan melayan saya dengan baik sekali, kalau tidak diundang kenapa tidak sahaja suruh kami pergi,
Pensyarah: Saya dijemput temu PM, tapi tak sertai Umno
Sahadian kata PAS akan libang libu, sekarang siapa yang libang libu - berebut ulama!
SHAH ALAM, 2 Julai — Seorang ulama muda, Mohd Hosni Mubarak Abdul Hamid, yang mendakwa dirinya “diperdaya” agar memasuki Umno minggu lalu menegaskan, dia tidak pernah mengisi borang menyertai parti tersebut sebagaimana dilaporkan sebelum ini.
Bagaimanapun Hosni mengakui kehadirannya dalam program Jumaat yang berakhir dengan penyerahan borang adalah kerana diberitahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu bertemu dengan mereka yang pernah belajar di Timur Tengah.
“Saya hadir ke program ini kerana diberitahu oleh seorang tokoh agama Umno bahawa Perdana Menteri mahu menemui pelajar-pelajar yang pernah belajar di Timur Tengah.
“Jadi apabila diberitahu begitu saya tanpa syak wasangka bersetuju untuk mengikut tokoh agama menghadiri program itu.
“Namun apabila sampai ke sana lain pula jadi apabila mendapati ramai wartawan dan jurukamera berada di situ sebelum dimaklumkan Perdana Menteri akan hadir untuk menerima borang keanggotaan Umno,” katanya kepada The Malaysian Insider ketika ditemui pada program ceramah Ulama Muda Masuk Umno dekat sini.
Hosni, 27, mendakwa dia tidak pernah melihat dan mengisi sebarang borang keanggotaan Umno.
“Saya pegang borang pun tidak macam mana nak isi? Jadi bagaimana boleh kata saya masuk Umno?
“Lagipun saya memang tiada niat untuk masuk Umno... belajar agama tinggi nak masuk Umno buat apa?” kata pensyarah Maahad Tahfiz Integrasi Sains Teknologi Selangor itu.
Sambil menjelaskan dia juga bukan ahli PAS, Hosni berkata, dirinya menggunakan ceramah malam tadi untuk menjelaskan kedudukan dalam isu semasa ini.
Hosni berkata dia tidak mahu orang salah faham dengan apa yang berlaku Jumaat lalu.
Difahamkan selain Hosni terdapat tiga orang yang mendakwa diri mereka “diperdaya”.
Bagaimanapun dakwaan mereka telah dinafikan oleh bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim dan jurucakap kumpulan 40 ulama muda yang menyertai Umno.
Selasa lalu, jurucakap kumpulan 40 ulama itu, Fadlan Mohd Othman menafikan empat orang yang mendakwa diri mereka “diperdaya” untuk memasuki parti BN itu sebagai ahli kumpulan tersebut.
Kumpulan 40 ulama ini menyerahkan borang penyertaan ahli Umno kepada Najib sebelum mesyuarat Majlis Tertinggi Umno.
Sehubungan itu, Fadlan berkata keempat-empat nama mereka yang mendakwa telah diperdaya memang tiada dalam senarai 40 borang yang dikemukakan kepada Najib.
“Nama mereka itu memang tiada dalam senarai saya, saya pun tidak kenal mereka... memang tidak ada.
“Saya sendiri tidak pernah jumpa mereka,” kata Fadlan.
Senarai 40 nama itu merupakan kumpulan pertama ulama menyertai Umno.
Dakwaan mereka diperdayakan muncul sehari selepas kumpulan 40 itu menyerahkan borang permohonan keahlian menyertai Umno.
Ketika mengulas lanjut, Hosni berkata dakwaan yang dikatakan dia dan tiga orang ulama muda itu tidak diundang adalah tidak benar sama sekali.
“Kalau saya tidak diundang saya tidak akan datang tapi ini diundang sebab itu saya datang.
“Selain itu ketika berada di sana Shahidan melayan saya dengan baik sekali, kalau tidak diundang kenapa tidak sahaja suruh kami pergi,” katanya.
PM 'membisu' kos bawa Rosmah ke New York
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak enggan mendedahkan kos yang dibelanjakan bagi membawa isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor ke New York, April lalu meskipun disdesak supaya berbuat demikian di Dewan Rakyat.
Malaysiakini
Thursday, July 1, 2010
18SX Aurat - Cabaran Alamak Muda Umno ?
Setuju sangat. Islam untuk semua. Alamak Muda pasti tidak akan mengeluarkan fatwa baru bila berdepan dengan situasi di atas, jangan pula kata.."ohh..RAMBUT WANITA BUKAN AURAT..' Rambut kan ker mahkota wanita. Alamak Reformis India pun kata macam tu. Lagipun Alfadhil Ustaz Astora Jabat pernah kata apa ? Dan itulah ijtihad sesat yg digunakan oleh mereka-mereka untuk nafikan dimana, katanya(Baca lagi disini)
Pemuda PAS Bt 8 Bendang Siam
Wednesday, June 30, 2010
ULAMA MUDA UMNO - GUNA KONSEP ISLAM FOR ALL!!
Sekumpulan ulama muda yang menyertai Umno baru-baru ini membentangkan beberapa cadangan, antaranya bagi mengukuhkan pegangan agama dan akidah umat Islam kepada pergerakan Pemuda parti itu malam tadi.
"(Hasilnya) Positif. Hasrat kita hendak berdakwa disambut baik oleh Khairy. Kita akan buat mesyuarat susulan.
"Setakat ini cuma bincang dulu cadangan-cadangan yang boleh dibuat," kata Fathul yang juga anak bekas mufti Perlis Mat Jahaya Yussin.
Fathul - Ulama lepasan universiti di Madinah dan Jordan itu - diminta mengulas pertemuan dua jam kumpulannya dengan exco-exco Pemuda Umno di ibu pejabat pergerakan itu di Kuala Lumpur pada jam 8.45 malam tadi.
"Pertemuan semalam lebih kepada taaruf (berkenalan) dan mengenali struktur Umno sebagai sebuah organisasi," kata penasihat agama di Institut Jantung Negara (IJN) itu.
.
"Kami mahu gambarkan Islam itu untuk semua, bukan semata-mata untuk pihak tertentu, orang tertentu dan bangsa tertentu," katanya ulama dalam bidang hadis itu.
Beliau bagaimanapun enggan menyatakan jumlah sebenar ulama yang menyertai mesyuarat malam tadi. Beliau sebaliknya hanya berkata "ramai".
Sementara itu, Fadlan Mohd Osman - yang mengetuai kumpulan 40 ulama menyerahkan borang keahlian Umno kepada presidennya Datuk Seri Najib Razak Jumaat lalu - pula berkata kemungkinan kumpulan itu akan bergerak melalui satu biro khas dalam pergerakan itu.
"Hasrat berdakwah itu disambut baik oleh Khairy, mungkin dengan pembentukan lajnah (biro)," kata pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu.
"Semua ini masih di peringkat idea. Kita akan drafkan dulu cadangan kepada Pemuda dan Umno."
Malaysiakini
Pemimpin tunduk kehendak luar bahayakan negara
KUALA LUMPUR, 30 Jun: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, tindakan pemimpin Umno BN yang begitu tunduk kepada kehendak negara luar membahayakan keselamatan negara.
Justeru, pemimpin Umno Barisan Nasional (BN) dilihat menjadi agen kepada Brunei dan Singapura apabila tidak tegas dalam tindakan untuk mendapatkan blok L dan M serta tanah Keretapi Tanah Melayu (KTMB) di Tanjung Pagar
"Secara jelas saya katakan bahawa ramai di kalangan pemimpin Umno sebenarnya adalah agen Brunei dan agen Singapura dan ini dilihat sangat bahaya kepada masa depan negara kita apabila pemimpin-pemimpin negara kita ini lebih menjadi agen Brunei dan Singapura," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, semalam.
Di dalam dewan sebelum itu, Timbalan Menteri Luar, Datuk Richard Riot Anak Jaem ketika penggulungan Rancangan Malaysia Ke-10 peringkat kementerian gagal menjawab soalan beberapa wakil Pakatan Rakyat mengenai isu Pulau Batu Putih, pemberian blok L dan M kepada Brunei, dan tanah KTMB di Tanjung Pagar, Singapura.
Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS berkata, kerajaan ternyata tidak konsisten dalam hal berkaitan kedaulatan negara dan dengan mudah menyerahkan milik negara kepada negara asing.
"Jelas daripada jawapan timbalan menteri tadi kerajaan tidak konsisten dalam hal-hal berkaitan persoalan kedaulatan negara. Contohnya, bila jawab tentang Pulau Batu Putih tadi memperlihatkan ketegasan kerajaan dalam mempertahankan kedaulatan negara di samping menjaga hubungan baik dengan negara jiran supaya penyelesaian dibuat secara aman tapi tidak berbuat demikian dalam kes tanah KTMB di Tanjung Pagar," katanya.
Ujarnya, kerajaan begitu bangga apabila berjaya mendapatkan Pulau Batu Putih tetapi dengan mudah menyerahkan blok L dam M dan tanah KTMB Tanjung Pagar yang jauh mendatangkan keuntungan kepada negara dan yang lebih penting melibatkan kedaulatan negara.
"Tadi secara jelas yang dibanggakan adalah batuan tengah yang dikatakan keputusan mahkamah yang menunjukkan kemenangan kepada Malaysia.
“Apa yang kita nak pertahankan batuan tengah yang hanya bagi hasil untuk tangkapan ikan tapi kalau dapat pertahankan blok L dan M, hasilnya sangat lumayan kepada negara," katanya.
Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahudin Ayub (kanan) pula merakamkan kerajaan Umno BN sebagai pengkhianat negara di dewan rakyat hari ini apabila secara mudah menyerahkan kedaulatan negara Blok L dan M kepada Brunei.
"Kalau beginilah cara kerajaan menyelesaikan isu bertindih, seperti yang saya rakam di parlimen tadi bahawa ianya satu pengkhianatan kepada kedaulatan negara," katanya pada sidang media.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas penjelasan Timbalan Menteri Luar, Datuk Richard Riot Jaem yang longgar dan tidak konkrit.
Katanya, dalam hal berkaitan kedaulatan negara khususnya kawasan bertindih, kerajaan sewajarnya perlu paling kurang membawa isu pertikaian tersebut ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).
"Kerajaan tidak serius dan bersungguh mempertahan kedaulatan negara.
Mereka menyembunyikan fakta, merahsiakan perkara sebenar khususnya kepada kami di parlimen," katanya lagi.
Kerajaan juga jelasnya lanjut, telah mengenepikan prosedur apabila membuat keputusan tanpa melalui persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun), Dewan Rakyat dan Majlis Persidangan Raja-raja Melayu.
Sehubungan itu, beliau sekali lagi mendesak kerajaan membentang kertas putih di parlimen berhubung penyerahan itu.
Sementara itu, Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusuf yang juga kesal dengan jawapan timbalan menteri itu berkata, isu blok L dan M yang ditimbulkan mereka bukan isu ekonomi semata-mata tetapi turut melibatkan keselamatan negara.
"Isu blok L dan M bukan isu ekonomi semata-mata tetapi adalah berkenaan keselamatan negara kerana apabila Ahli Parlimen Kota Belud bangun mempertahankan atas dasar keuntungan yang sanggup menggadaikan maruah negara contohnya dalam isu lesen judi.
"Dalam isu pertindihan di sempadan kita mempunyai hak kedaulatan di mana kita lihat pendekatan yang berbeza dalam isu pertindihan dengan Thailand yang diselesaikan mantan Menteri Luar Negara, Allahyarham Tan Sri Ghazali Shafie dengan mengadakan perbincangan sehingga membentuk satu 'Joint Authority' yang memberikan keuntungan di samping menjaga maruah negara,” ujarnya.
Yusmadi juga membidas sikap pemimpin Umno BN yang hanya mementingkan keuntungan negara yang menyebabkan banyak lagi kawasan bertindih negara akan tergadai.
"Kerajaan Umno BN nampaknya mengamalkan sikap dan dasar yang salah dengan menyerahkan kedaulatan negara yang merugikan negara.
"Sisi berfikir kerajaan ialah untung dahulu baru maruah. Kita mengambil sikap menyerahkan itu bagi saya satu dasar yang salah sikap yang salah dan akhirnya merugikan kita," katanya.
Harakahdaily
Timbalan Menteri KPT dakwa masalah peribadi punca 4 tokoh ditohmah Wahabi, pengganas
|
Sertai Umno,Dr Asri jelas kedudukan sebenar di Kota Bharu
Orang ramai di sini dijangka berpeluang mendengar sendiri penjelasan Dr Asri, sejauh mana dakwaan terhadapnya konon berminat menyertai Umno.
Beliau diundang pada siri wacana perdana yang akan dianjurkan kerajaan negeri pada 10 Julai ini bertempat di Balai Islam, Lundang bermula jam 9 malam.
Wacana itu bertajuk ‘Bolehkah Melayu Bersatu?’ turut mengundang dua Exco Pemuda Umno Malaysia, Ustaz Afandi Yusof dan Lokman Noor Adam. Selain itu anggota parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa.
Manakala Prof Madya Dr Muhammad Agus Yusof akan bertindak sebagai moderator.
Pengarah program berkenaan, Ahmad Baihaki Atiqullah berkata, pemilihan tajuk tersebut sesuai dengan pelbagai tafsiran dibuat berkaitan kedudukan orang Melayu di negara ini sekarang.
”Ada tafsiran yang optimis, dan ada pula yang pesismistik, namun begitu negara ini telah melalui pelbagai bentuk perubahan politik, ekonomi, dan sosial yang memberi kesan kepada masyarakat Melayu,” katanya di sini.
Wacana tersebut merupakan beberapa siri forum diadakan di Kelantan sejak 2008. Wacana itu pernah mempertemukan Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa.
Bekas pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, Datuk Nakhaie Ahmad juga pernah diundang ke wacana berkenaan sebelum ini.
Wacana itu dianjur dengan kerjasama Perbadanan Menteri Besar Kelantan, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan, Air Kelantan Sdn. Bhd. Selain itu Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam, Kelantan TV (KTV) dan Galeri Al-Mizan.
Sebelum ini Setiausaha Kerja Umno, Datuk Abdul Rauf Yusoh mendakwa kira-kira 100 ulama muda berkelulusan tinggi akan menyertai Umno termasuk Dr Asri.
Bagaimanapun beberapa hari selepas itu hanya 40 sahaja sahaja ulama muda dilaporkan menyertai Umno tanpa kehadiran Asri pada majlis yang dihadiri presiden parti itu, Datuk Seri Najib Razak.
Berdasar kepada jumlah itu hanya seorang sahaja iaitu Dr Fadlan Mohd Othman berkelulusan sehingga PhD.Hrkh
Tuesday, June 29, 2010
TERKINI PANAS...!!! ULAMA MUDA KATA MEREKA DITIPU
بسم الله الرحمن الرحيم
SHAH ALAM, 28 Jun: Empat ulama muda nafi menyertai Umno Jumaat lepas seperti dihebohkan media arus perdana sebaliknya mereka dijemput hadir kerana dikatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ingin bertemu dengan lepasan Jordan.
Salah seorang daripada mereka, Ustaz Hosni Mubarak Abdul Hamid, 27, (gambar) dari Sungai Buloh berkata demikian ketika berucap menafikan perkara itu di majlis Pentas Pemuda Pakatan Rakyat anjuran Pemuda PAS Shah Alam di TTDI, dekat sini malam tadi.
“Kami dibawa masuk melalui bangunan sebelah Mall, naik escala...tor, pusing-pusing tiba-tiba sudah berada di dalam Bangunan Umno di PWTC, diminta beratur menyambut Najib datang dan bersalaman, ketika itu gambar diambil bertalu-talu.
“Kemudian diumumkan kepada media bahawa inilah 40 ulama muda yang menyertai Umno, benar ada yang menyertai Umno tetapi ramai yang tertipu melihat kepada reaksi mereka yang asyik menunduk sahaja,”.
“Saya dan tiga lagi sahabat lepasan Jordan, Mohd Fakhruzzaman, 37, dari Shah Alam, Mohd Akram An-Nazilin, 27, (Putrajaya) dan Mohd Jalaluddin Tahir, 26 (Sungai Petani) menafikan kami berbuat demikian sebaliknya Umno yang menipu,” tegasnya.
Note: Aduh, penipuan apa ini wahai Datuk Seri Najib Tun Razak? Penipuan apa ini wahai Datuk Seri Shahidan Kassim? Penipuan apa ini wahai UMNO Cawangan Dataran Merdeka? Jeliknya permainan politik kamu.
Kredit: Bujang Susah
'Hosni ulama tak diundang Umno'
Menurut Fathul, pihak mereka, bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai pengelola majlis itu tidak pernah mengundang Hosni Mubarak Abdul Hamid bagi tujuan itu.
"Beliau (Hosni) tiada dalam senarai kami," katanya mengulas laporanHarakahdaily hari ini yang memetik Hosni sebagai berkata beliau dan rakan-rakannya dijemput hadir untuk bertemu Najib dan bukannya hendak menyertai Umno.
"Kemudian diumumkan kepada media bahawa inilah 40 ulama muda yang menyertai Umno, benar ada yang menyertai Umno tetapi ramai yang tertipu melihat kepada reaksi mereka yang asyik menunduk sahaja," Hosni dipetik sebagai berkata dalam sebuah ceramah.
Fathul pula ketika dihubungi Malaysiakini hari ini berkata pihaknya masih hairan dengan kehadiran Hosni dan rakan-rakannya.
"Kami tidak tahu siapa jemput," jelas anak bekas mufti Perlis itu.
Katanya, penafian pihaknya hari ini "bukanlah soal masuk Umno atau tidak" tetapi sebagai ulama, Hosni tidak harus membuat kenyataan sebegitu.
"Kami juga mahu nama Shahidan dibersihkan (daripada tuduhan itu)," kata anak kepada Mat Jaya Hussin yang berkhidmat sebagai mufti dalam era kepimpinan Shahidan di Perlis.
Mempersoalkan tindakan Hosni itu, Fahtul berkata: "Kalau ditipu, kenapa tidak balik terus? Kami tengok selepas program masuk dok makan."
Ditanya tentang dakwaan yang dilaporkan dalam akhbar sama bahawa seorang lagi ulama Wahab Abdullah yang mendakwa turut 'diperangkap', Fahtul bagaimanapun tidak tahu tentang status perkara itu.
"Yang ini saya kena semak dahulu," kata Fathul, ulama lulusan pengajian hadis daripada Jordan dan Madinah
Monday, June 28, 2010
SAYA CAKAP DARI KONTEKS PERLEMBAGAAN
Karpal yang genap 70 tahun hari ini memberitahu, tidak pernah wujud kekeliruaan mengenai status Malaysia sebagai sebuah negara sekular.
Karpal menyalahkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana mengubah realiti sebuah negara sekular menerusi kenyataan-kenyataan politiknya yang dibuat oleh beliau pada masa-masa lalu, yang telah “mengelirukan orang ramai” berkenaan identiti Malaysia.
“Perlembagaan menyediakan peruntukan mengenai perkara ini. Tiada peruntukan dalam perlembagaan yang mengatakan Malaysia sebuah negara Islam.
“Agama rasmi Malaysia ialah Islam tetapi tidak bermakna ia sebuah negara Islam,” kata beliau lagi.
Bagaimanapun Karpal menegaskan, kesemuanya tertakluk kepada undang-undang dan peraturan persekutuan.
“Pada 1988, Mahkamah Agung telah memutuskan bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular,” katanya.
“Pada 1990, ketika satu ceramah di Sungai Pinang, akhbar-akhbar memetik saya mengatakan (bina) ‘negara Islam dengan melangkah mayat saya’,” katanya.
“Mereka (pemberita) tidak membuat laporan konteks kenyataan saya ketika.
“Saya mengatakan demikian dalam hubungan kepada perlembagaan. Tetapi saya kekal dengan pendirian itu, mengatakan perkara yang sama sekarang,” kata Karpal.
Ikatan antara DAP dan PAS bukan sesuatu yang baru dalam bentuk PR.
Kedua-dua parti itu pernah menjalin kerjasama dengan mewujudkan Barisan Alternatif pada pilihan raya umum 1999, tetapi gagal meneruskan jalinan ekoran isu negara Islam.
“Kita pernah menjalin pakatan pada masa lalu tetapi kita gagal. Apa yang membezakan sekarang ialah kami bersatu dalam mengetepikan musuh bersama iaitu Barisan Nasional.
“Buat masa sekarang, yang paling utama ialah mengambil alih Putrajaya daripada BN,” katanya.
Sumber: PEMUDA PAS WANGSA MAJU
Warkah Dari Murid Ustaz Fathul Bari ( yang masuk UMNO tu)
Warkah Terbuka Kepada Ustaz Fathul Bari dan Sahabatnya
Murabbi yang ana kasihi,
Penyertaan ustaz ke dalam UMNO, bukanlah suatu yang sangat mengejutkan ana kerana ana sedia maklum hubungan ustaz dengan UMNO sebelum ini.
Ana tahu ustaz, bahawa UMNO sedang mempergunakan ustaz dan geng- geng ustaz sebagai alat politik mereka. Kita boleh menutup mata bila berdepan dengan sejarah, tetapi sejarah tidak pernah menipu kita. Lihat apa yang terjadi kepada saudara Anwar Ibrahim. Mereka sangat memerlukan undi Melayu pada saat ini kerana pilihanraya semakin hampir.
Cumanya pada kali ini, ana memilih untuk berlaku naif. Ana bukannya tidak dapat membaca tindakan politik UMNO yang saya benci, tetapi kethiqahan ana kepada Ustaz menyebabkan ana terasa ingin menasihati ustaz.
Oleh kerana parti adalah wasilah dan segala jamaah adalah wasilah , oleh sebab itulah wasilah- wasilah ini dengan realiti yang ada sentiasa berijtihad bahawa cara ustaz antara cara terbaik.
Kita tahu bahawa parti politik hanyalah sebuah wadah perjuangan dan hukum menyertai UMNO bukanlah bermaksud menjadi kafir atau murtad.
Kita bersetuju sekiranya kemasukan ke UMNO itu adalah dengan niat untuk berdakwah dan mengubah keburukan menjadi kebaikan dengan cara mendekati penyokong UMNO.
Itu adalah bidang ijtihad yang tiada siapa berhak menghukum dosa dan pahala kecuali Allah SWT.
Jujurnya memasuki pada waktu genting seperti ini membawa beberapa tanggapan yang bercampuk aduk ketika ini. Memasuki UMNO ketika UMNO sangat pro- Amerika dlm pendirian praktis dan lisan menyebabkan ustaz akan ditimpa masalah imej dikalangan rakyat. Sedangkan menerima hadiah daripada pemerintah pun dielak oleh salafussoleh agar mulut mereka tidak takut menegur kesalahan pemerintah.
Ana mengharap para ustaz yang masuk kali ini, oleh kerana mereka banyak menegur dan membasmi kejahatan walaupun bid'ah yg kecil dalam ceramah mereka sebelum ini(satu perkara yg baik), maka kalau ustaz membisu dengan kemaksiatan yg nyata dilakukan oleh UMNO, kedudukan ustaz akan terhina di sisi umat.
Syeikh yang ana kagumi,
Ana ingin mencabar ustaz menggunakan wasilah yg ada untuk membasmi kezaliman UMNO yang nyata dan pendirian politik antarabangsa pemimpin UMNO yang ke arah cara pemerintahan kafirin sekarang ini. Harap ustaz merealisasikan usul- usul perjuangan Sheikh Muhammad yang jelas menentang MUWALAT ini dalam kebanyakan kitab beliau. Kalau tidak , tinggalkan nama perjuangan sunnah ustaz kerana ustaz sedang merosakkan nama pejuang sunnah itu.
Sesungguhnya tugas Ustaz sangatlah berat apabila berada dalam UMNO. Mana Ustaz nak tangkis fitnah dari pentaksub parti pembangkang lagi, mana nak berdepan dengan najis mughallazah dalam UMNO sendiri dan sebagainya.
Ustaz Fathul Bari yang ana muliakan,
Seperkara lagi Ustaz, ana harap Ustaz berjaya melakukan ta'awun bukannya tuhdod. Ta'awun maksudnya di sini pengislahan sistem UMNO yang sekular kepada Islam. Dalam masa ustaz melakukan kerja dakwah ustaz, jangan pula melakukan tuhdod yakni membantai kerja dakwah pejuang di sebelah sini, PAS. Kalau ustaz hentam kerja dakwah ulama' PAS, ustaz tunggu ana langgar ustaz. Hehe...
Apapun ana ucapkan selamat berjaya kepada ustaz. Ana mengambil ketetapan falsafah bahawa UMNO atau PAS atau pemimpin HANYAlah asbab sementara sahaja. Bukan akidah.
Ana tidak beriman kepada jenama PAS atau pemimpin Hadi atau Nik Aziz. Jika wujud keperluan menjatuhkan sesesuatu demi Allah, demi sistemNya, Nik Aziz pun ana akan langgar. Muktamad!
Berbalik kepada Ustaz Fathul Bari dan sahabat, pertamanya, ana ucapkan selamat berjaya kepada beliau. Menanti dan meneliti bentuk jalan apakah yang boleh dilakukan Ustaz Fathul Bari dan sahabat demi Allah dan sistemNya. Kemudian, seandainya kami dapati ustaz semakin menajiskan dirinya, maka, ana akan langgar.
"Ya Allah, Tuhan kami semua. Jika Ustaz Fathul Bari dan sahabat benar keranaMu, Ya Allah, berikan kekuatan kepada beliau. Jika Ustaz Fathul dan sahabat semakin melanggarMu, atau melewatkan proses tegaknya sistemMu, maka; berikan kekuatan kepada kami atau mana- mana golongan yang Kau hadirkan untuk melanggarnya. Amin."
Ketahuilah ustaz, mungkin orang yang paling tajam mengkritik ustaz adalah orang yang paling mengasihi ustaz, berbanding orang yang memuja dan memuji di sekeliling kita. Ana hanya seorang murid ustaz, dan kekal murid sebelum dan selepas kritikan ini.
Allah tahu yang terbaik.
- asyrafmuiz.blogspot.com
-loveperak.blogspot.com
KEJAM:GADIS DISEMBELIH DIPUJA DAN DIMAKAN DEMI SEKS?
Tradisi yang Aneh di cina, tradisi yang dilakukan oleh masyarakat cina ini dilakukan setiap imlek, mereka melakukan pesta pemotongan daging secara besar-besaran.
Desa ini amatlah terpencil, setiap wisatawan yang ingin ke pedalaman China, harus melewati desa tersebut. Namun harus hati2 bagi anda yang berjalan sendirian, dan jangan sesekali untuk menginap disalah satu rumah disana.
Apalagi jika anda wisatawan wanita, mereka akan menangkap anda kemudian di ikat dan dilarang keluar rumah. Anda akan diberi makan dan tempat tinggal gratis oleh warga sekitar. Jika anda wanita yang masih perawan anda tidak diijinkan mendekati lelaki lainnya.
Ketika menjelang imlek, si wanita akan dibunuh dan badannya akan dijadikan DAGING PERSEMBAHAN oleh warga sekitar. Wanita itu akan di cuci bersih terdahulu lalu dicabut seluruh bulu yang ada dibadannya. Lalu wanita itu di telanjangi dan kaki tangannya diikat kencang2 lalu dibawa ke tempat persembahan mereka, kemudian akan dilanjutkan upacara pemotongan si wanita. Berikut ada beberapa foto proses pemotongan :
Lelaki di desa tersebut dilarang menikahi wanita dari luar, karena wanita dari luar hanya untuk penyembahan dan makanan untuk mereka.
Kredit Kpd: Briged MP Segambut
Sunday, June 27, 2010
Dengan Kartun pun BN dah Takut
PAS: Najib takut pendedahan kartun Zunar | ||
Kegusaran kebobrokan ramai pemimpin BN-Umno, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didedahkan menerusi kartun-kartun karya Zulkifli Anwar Ulhaque, atau lebih dikenali sebagai Zunar menyaksikan bukunya diharamkan. “Pemimpin Umno-BN yang menguasai kerajaan tidak dapat menerima secara terbuka kritikan, sindiran dan satira yang dikemukakan dalam edisi kartun-kartun ini. Mereka terdesak untuk menafikan pandangan rakyat terhadap kezaliman, penyelewengan dan keangkuhan mereka,” kata ketua penerangan PAS, Idris Ahmad. Menurut Idris, PAS menyokong usaha Zunar (atas) dan Malaysiakini dalam memberikan gambaran alternatif kepada rakyat tentang kerajaan yang selalunya digambarnya dengan imej positif sahaja melalui rangkaian media arus perdana yang dikuasainya. “Rakyat perlu tahu apa yang kerajaan sembunyikan dari mereka. Zunar yang juga mantan ketua pengarang Suara Keadilan diakui ramai pihak sebagai pengkartun yang mempunyai daya kreativiti satira yang luar biasa dan mampu mengoyahkan kedudukan dan imej Najib. Menurut Idris sebagai seorang kartunis, Zunar berjaya 'menelanjangkan kebobrokan' ramai pemimpin BN seperi Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Tan Sri Rafidah Aziz dan Datuk Seri S Samy Vellu. “PAS melihat tindakan KDN ini membuktikan bahawa Najib, dan pemimpin Umno-BN cukup terasa dengan penangan kartun Zunar dan kawan-kawannya,” katanya. Ujarnya, ruangan kartun Senyum Kambing dalam Utusan Malaysiaserta kartun-kartun lain di akhbar milik Umno-BN gagal menyaingi apa yang dihasilkan oleh Zunar. “Dan jelas, KDN dipergunakan bagi menyekat pengaruh kartun-kartun satira demi untuk menyelamatkan imej Najib dan Umno-BN yang kini dianggap sebagai pelawak sahaja,” katanya. Menurut Mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, mereka yang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau memiliki bahan penerbitan dilarang, jika sabit kesalahan, boleh dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali Sumber:Malaysiakini |
Sambutan kemenangan ganti demo anti judi
Bagaimanapu
Jurucakap GMJ, Suhaizan Kayat (kanan) berkata meskipun pihaknya mencatatkan kejayaan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan malam semalam bahawa lesen judi berkenaan akan ditarik balik, namun momentum untuk berhimpun masih belum pudar.
“Saya menerima banyak panggilan daripada orang ramai dari seluruh negara, yang masih mahu behimpun. Jadi, kami mungkin mengantikan perhimpunan itu sebagai sambutan meraikan kejayaan,” katanya ketika dihubungi.
Suhaizan juga berkata dia masih tidak yakin dengan pengumuman kerajaan itu dan akan mendapatkan penjelasan berhubung kesahihan keputusan penarikan balik kelulusan lesen judi seperti dilapor media semalam.
“Keputusan seharusnya dibuat oleh kerajaan dan kabinet, dan bukannya hanya Umno,” kata Suhaizan.
“Siapa tahu, mungkin Umno tidak bersetuju tetapi kabinet masih boleh meneruskan supaya lesen (judi sukan) diberikan.
“Kami mahu keputusan yang sahih daripada kerajaan,” katanya.
Sehubungan itu, menurut Suhaizan, GMJ akan mendapatkan penjelasan secepat mungkin daripada pihak kerajaan berkenaan kesahihan maklumat yang diterima memandangkan bahawa keputusan itu hanyalah dibuat oleh mesyuarat Umno, bukannya mesyuarat kerajaan persekutuan.
"Pihak GMJ akan membuat mesyuarat tergempar pada hari Ahad, 27 Jun, jam 11 pagi di Kuala Lumpur untuk membincangkan tindakan selanjutnya," katanya.
follow on fb
share
Blog Pemimpin PS/PR
BLOGGER PERAK
-
Selamat Hari Raya Aidiladha 1445H/2024 - Mari kita sama-sama menghayati erti pengorbanan sebenar yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim (RA) dalam membuktikan ketaqwaannya kepada Allah SWT. Salam Aidi...
-
Salam Pertemuan : Yang Tersurat Dan Yang Tersirat - Heboh di media sosial tentang posting yang dimuat naik oleh Ketua Pemuda Umno pertemuan Presiden PAS dengan Presiden Umno. Pertemuan tersebut yang di ada...
-
-
Cerita di sebalik penjualan Pusat Pendidikan Al-Barakah - KERAJAAN negeri bersikap terbuka untuk mengadakan perbincangan pada bila-bila masa dengan pengurusan Pusat Pendidikan Al-Barakah jika mereka memerlukan ban...
-
Gendang dah berbunyi - SPR telahpun mengumumkan tarikh untuk diadakan pilihanraya umum kali ke-14 iaitu pada 9 Mei nanti. Gegak gempita alam maya apabila tarikh yang diumum SP...
-
Senarai kerusi berdasarkan parti hasil persetujuan Pakatan Harapan - Kerusi parlimen yg akan ditandingi PPBM 1. Arau 2. Pdg Besar 3. Langkawi 4. Jerlun 5. Kbg Pasu 6. Jerai 7. Pendang 8. Baling 9. Pasir Puteh 10. Bachok 11. J...
-
Sidang Media Iftar Jamai'e PAS Perak - Sesi penerangan Dan soal-jawab bersama media Dan Blogger PAS Perak, berlangsung Bermula jam 5:30 petang di restoran Hadromout Paradise, Ipoh, Perak. Me...
-
Pengumuman calon Pas untuk P067 Kuala Kangsar - Calon bagi Parti Islam SeMalaysia (PAS) untuk pilihanraya kecil P067 Kuala Kangsar akan diumumkan malam esok, 27 Mei 2016 pada jam 9.00 malam bertempat d...
-
Jom kita lihat isu ni pulak - - Apa yang boleh aku nak kata kan, hanya sekadar kesian,, itu sahaja yang aku mampu,,, maka akan aku cuba paparkan, agar ada pihak-pihak yang dapat membantu ...
-
'UMNO' minta $650 Dari Najib? - EKSKLUSIF Keadaan menjadi semakin panas dalam Umno, apabila seorang anggota yang mendakwa mewakili parti, memfailkan saman terhadap Presidennya, Datuk Ser...
-
Bakal Mursyidul Am Pas jawap fitnah - Semoga puak-puak yang suka menghentam,memfitnah dan mahu menjatuhkan Ulama dalam kepimpinan PAS sedar diri.... Ingatlah....Jebon PASMA itu tetap jebon....
-
RATIB UG ... TIMBUL TIMBALAN PERDANA MENTERI - Ratib UG di mainkan semula sekalipun yang meratib itu sudah pening angguk geleng . PAS yang masih bersedih dengan kehilangan Tuan Guru Nik Abdul Aziz teru...
-
POLIS - Ini tragedi luar biasa... - *Takziah, moga pasangan bahagia ini bersabar dengan ujian Allah...Subhanallah* *kisah di sini dan sini....*
-
TGHA :SYRIA , RAKYAT MANGSA , PEMIMPIN BERLAGA DAN MUSUH UNTUNG - Republik Arab Syria (selepas ini ditulis Syria) adalah termasuk dari kalangan negara ...
-
Kisah orang sombong sembelih diri sendiri!!! - Assalamualaikum...Hahahahaha..Lama dah tak gelak dalam blog ni..Kehkehkeh..Maap ramai yang menunggu nak sokong dan tak lupa jugak yang nak hentam aku......
-
42 peratus Cina yakin hudud adil untuk semua - Ketika masyarakat Cina dikatakan fobia dengan cadangan pelaksanaan hudud oleh PAS, tinjauan Universiti Malaya (UM) mendapati sebanyak 42 peratus responden ...
-
Derita Budya Darat - [image: MANGSA... mendakwa mengenali suspek menerusi laman sosial Facebook.] MANGSA... mendakwa mengenali suspek menerusi laman sosial Facebook. [image: BU...
BLOG BLOG PANAS
BLOG PIMPINAN PAS/PR
BLOG PAS/KWSN/CWG
BLOG MUSLIMAT
-
Mengenal Susu Kambing Etawa yang kaya akan Manfaat - Susu kambing etawa, juga dikenal sebagai susu kambing perah Etawa, berasal dari kambing jenis Etawa yang berasal dari Indonesia. Susu ini memiliki beberap...
-
Berkongsi rezeki - Assalammualaikum, semua. Apa khabar? Muthiah... Alhamdulillah. Sihat. Masih dalam misi ingin menurunkan berat badan bagi mendapatkan berat badan idaman. ...
-
jangan buat hati mak bapak cuak..! - Geram..? Gelisah..? Galau..? Cuak..? Bimbang..? mana satu perasaan kita sekarang..bila situasi ini berleluasa tanpa pantauan..? mengapa kita masih ambil ...
-
-
MESYUARAT AGUNG DEWAN MUSLIMAT PAS TAPAH KALI YANG KE 21 - Saf kepimpinan muslimat kawasan bersama perasmi mesyuarat agung pada tahun ini. Doa dan alunan wahyu disampaikan oleh Ustazah Haslinda bt Ismail. Para pe...
-
-
MH370 : AKU TAK SURUH HANGPA PERCAYA TAPI BERFIKIRLAH DENGAN AKAL YANG WARAS - (gambar hiasan) Allah SWT Berfirman: وَقُلْ جَاءَ الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقًا (٨١) Dan katakanlah: "Yang benar telah datan...
-
Polemik Kalimah ALLAH - *Bermula apabila Kementerian Dalam Negeri di bawah Syed Hamid Albar melarang majalah The Herald menggunakan kalimah Allah dlm penerbitan mereka.....
-
Peribadi Pejuang. Coret coret ijtimak tarbawi 2013 - Peribadi Pejuang Pejuang senantiasa akan diuji Allah swt justeru itu adalah sunnah orang berjuang. Saya kongsikan 5 Tips untuk memastikan kita mampu berd...
-
MUKTAMAR DEWAN MUSLIMAT PAS - *Muktamar tahunan Muslimat Pas bermula pada 14-15 november.muslimat yang dikasihi sekelian ayuhlah bersama-sama kita menghadiri muktamar kita semoga mendap...
-
Blog Masjid
Blogroll
Archives
-
►
2014
(27)
- ► 08/24 - 08/31 (3)
- ► 06/08 - 06/15 (5)
- ► 04/06 - 04/13 (2)
- ► 01/19 - 01/26 (1)
- ► 01/12 - 01/19 (7)
- ► 01/05 - 01/12 (9)
-
►
2013
(237)
- ► 12/29 - 01/05 (22)
- ► 12/22 - 12/29 (6)
- ► 12/15 - 12/22 (2)
- ► 12/08 - 12/15 (5)
- ► 12/01 - 12/08 (3)
- ► 11/24 - 12/01 (1)
- ► 11/10 - 11/17 (1)
- ► 11/03 - 11/10 (1)
- ► 10/20 - 10/27 (3)
- ► 10/13 - 10/20 (2)
- ► 10/06 - 10/13 (1)
- ► 09/29 - 10/06 (2)
- ► 09/22 - 09/29 (4)
- ► 09/08 - 09/15 (1)
- ► 09/01 - 09/08 (1)
- ► 08/25 - 09/01 (1)
- ► 08/18 - 08/25 (1)
- ► 08/11 - 08/18 (4)
- ► 08/04 - 08/11 (3)
- ► 07/28 - 08/04 (3)
- ► 07/21 - 07/28 (2)
- ► 07/14 - 07/21 (3)
- ► 07/07 - 07/14 (1)
- ► 06/30 - 07/07 (7)
- ► 06/23 - 06/30 (2)
- ► 06/16 - 06/23 (1)
- ► 06/09 - 06/16 (2)
- ► 06/02 - 06/09 (5)
- ► 05/26 - 06/02 (5)
- ► 05/19 - 05/26 (2)
- ► 05/12 - 05/19 (4)
- ► 05/05 - 05/12 (3)
- ► 04/28 - 05/05 (13)
- ► 04/21 - 04/28 (4)
- ► 04/14 - 04/21 (10)
- ► 04/07 - 04/14 (10)
- ► 03/31 - 04/07 (9)
- ► 03/24 - 03/31 (11)
- ► 03/17 - 03/24 (5)
- ► 03/10 - 03/17 (9)
- ► 03/03 - 03/10 (4)
- ► 02/24 - 03/03 (5)
- ► 02/17 - 02/24 (6)
- ► 02/10 - 02/17 (12)
- ► 02/03 - 02/10 (4)
- ► 01/27 - 02/03 (8)
- ► 01/20 - 01/27 (9)
- ► 01/13 - 01/20 (7)
- ► 01/06 - 01/13 (7)
-
►
2012
(609)
- ► 12/30 - 01/06 (6)
- ► 12/23 - 12/30 (3)
- ► 12/16 - 12/23 (6)
- ► 12/09 - 12/16 (5)
- ► 12/02 - 12/09 (4)
- ► 11/25 - 12/02 (17)
- ► 11/18 - 11/25 (14)
- ► 11/11 - 11/18 (9)
- ► 11/04 - 11/11 (9)
- ► 10/28 - 11/04 (5)
- ► 10/21 - 10/28 (26)
- ► 10/14 - 10/21 (15)
- ► 10/07 - 10/14 (31)
- ► 09/30 - 10/07 (19)
- ► 09/23 - 09/30 (6)
- ► 09/16 - 09/23 (9)
- ► 09/09 - 09/16 (13)
- ► 09/02 - 09/09 (5)
- ► 08/26 - 09/02 (8)
- ► 08/19 - 08/26 (10)
- ► 08/12 - 08/19 (9)
- ► 08/05 - 08/12 (11)
- ► 07/29 - 08/05 (8)
- ► 07/22 - 07/29 (8)
- ► 07/15 - 07/22 (6)
- ► 07/08 - 07/15 (14)
- ► 07/01 - 07/08 (25)
- ► 06/24 - 07/01 (10)
- ► 06/17 - 06/24 (9)
- ► 06/10 - 06/17 (4)
- ► 06/03 - 06/10 (13)
- ► 05/27 - 06/03 (15)
- ► 05/20 - 05/27 (13)
- ► 05/13 - 05/20 (15)
- ► 05/06 - 05/13 (10)
- ► 04/29 - 05/06 (10)
- ► 04/22 - 04/29 (14)
- ► 04/15 - 04/22 (11)
- ► 04/08 - 04/15 (6)
- ► 04/01 - 04/08 (10)
- ► 03/25 - 04/01 (12)
- ► 03/18 - 03/25 (4)
- ► 03/11 - 03/18 (15)
- ► 03/04 - 03/11 (23)
- ► 02/26 - 03/04 (12)
- ► 02/19 - 02/26 (7)
- ► 02/12 - 02/19 (12)
- ► 02/05 - 02/12 (14)
- ► 01/29 - 02/05 (11)
- ► 01/22 - 01/29 (10)
- ► 01/15 - 01/22 (14)
- ► 01/08 - 01/15 (18)
- ► 01/01 - 01/08 (16)
-
►
2011
(883)
- ► 12/25 - 01/01 (10)
- ► 12/18 - 12/25 (20)
- ► 12/11 - 12/18 (16)
- ► 12/04 - 12/11 (12)
- ► 11/27 - 12/04 (23)
- ► 11/20 - 11/27 (25)
- ► 11/13 - 11/20 (18)
- ► 11/06 - 11/13 (21)
- ► 10/30 - 11/06 (22)
- ► 10/23 - 10/30 (17)
- ► 10/16 - 10/23 (15)
- ► 10/09 - 10/16 (22)
- ► 10/02 - 10/09 (12)
- ► 09/25 - 10/02 (15)
- ► 09/18 - 09/25 (13)
- ► 09/11 - 09/18 (13)
- ► 09/04 - 09/11 (25)
- ► 08/28 - 09/04 (20)
- ► 08/21 - 08/28 (18)
- ► 08/14 - 08/21 (37)
- ► 08/07 - 08/14 (27)
- ► 07/31 - 08/07 (23)
- ► 07/24 - 07/31 (27)
- ► 07/17 - 07/24 (48)
- ► 07/10 - 07/17 (36)
- ► 07/03 - 07/10 (25)
- ► 06/26 - 07/03 (20)
- ► 06/19 - 06/26 (17)
- ► 06/12 - 06/19 (9)
- ► 06/05 - 06/12 (11)
- ► 05/29 - 06/05 (4)
- ► 05/22 - 05/29 (4)
- ► 05/15 - 05/22 (8)
- ► 05/08 - 05/15 (10)
- ► 05/01 - 05/08 (4)
- ► 04/24 - 05/01 (6)
- ► 04/17 - 04/24 (8)
- ► 04/10 - 04/17 (5)
- ► 04/03 - 04/10 (12)
- ► 03/27 - 04/03 (16)
- ► 03/20 - 03/27 (16)
- ► 03/13 - 03/20 (31)
- ► 03/06 - 03/13 (12)
- ► 02/27 - 03/06 (9)
- ► 02/20 - 02/27 (12)
- ► 02/13 - 02/20 (15)
- ► 02/06 - 02/13 (13)
- ► 01/30 - 02/06 (23)
- ► 01/23 - 01/30 (16)
- ► 01/16 - 01/23 (15)
- ► 01/09 - 01/16 (15)
- ► 01/02 - 01/09 (12)
-
▼
2010
(1113)
- ► 12/26 - 01/02 (20)
- ► 12/19 - 12/26 (18)
- ► 12/12 - 12/19 (14)
- ► 12/05 - 12/12 (11)
- ► 11/28 - 12/05 (10)
- ► 11/21 - 11/28 (8)
- ► 11/14 - 11/21 (10)
- ► 11/07 - 11/14 (6)
- ► 10/31 - 11/07 (16)
- ► 10/24 - 10/31 (12)
- ► 10/17 - 10/24 (19)
- ► 10/10 - 10/17 (16)
- ► 10/03 - 10/10 (19)
- ► 09/26 - 10/03 (20)
- ► 09/19 - 09/26 (10)
- ► 09/12 - 09/19 (26)
- ► 09/05 - 09/12 (23)
- ► 08/29 - 09/05 (22)
- ► 08/22 - 08/29 (38)
- ► 08/15 - 08/22 (12)
- ► 08/08 - 08/15 (5)
- ► 08/01 - 08/08 (18)
- ► 07/25 - 08/01 (15)
- ► 07/18 - 07/25 (18)
- ► 07/11 - 07/18 (18)
- ► 07/04 - 07/11 (16)
-
▼
06/27 - 07/04
(18)
- BELUM LAGI UPSR DAN PMR DI HAPUSKAN BANYAK DAH BUT...
- Pulau Pinang setuju LA bukan dari Peguam Negara
- NIK AZIZ: AJAR SEKS IBARAT AJAR PENCURI MENCURI
- Shahidan melayan saya dengan baik sekali, kalau ti...
- PM 'membisu' kos bawa Rosmah ke New York
- Jangan engkau kahwini wanita yang enam
- 18SX Aurat - Cabaran Alamak Muda Umno ?
- ULAMA MUDA UMNO - GUNA KONSEP ISLAM FOR ALL!!
- Pemimpin tunduk kehendak luar bahayakan negara
- Timbalan Menteri KPT dakwa masalah peribadi punca ...
- Sertai Umno,Dr Asri jelas kedudukan sebenar di Kot...
- TERKINI PANAS...!!! ULAMA MUDA KATA MEREKA DITIPU
- 'Hosni ulama tak diundang Umno'
- SAYA CAKAP DARI KONTEKS PERLEMBAGAAN
- Warkah Dari Murid Ustaz Fathul Bari ( yang masuk U...
- KEJAM:GADIS DISEMBELIH DIPUJA DAN DIMAKAN DEMI SEKS?
- Dengan Kartun pun BN dah Takut
- Sambutan kemenangan ganti demo anti judi
- ► 06/20 - 06/27 (17)
- ► 06/13 - 06/20 (22)
- ► 06/06 - 06/13 (43)
- ► 05/30 - 06/06 (53)
- ► 05/23 - 05/30 (29)
- ► 05/16 - 05/23 (28)
- ► 05/09 - 05/16 (63)
- ► 05/02 - 05/09 (41)
- ► 04/25 - 05/02 (48)
- ► 04/18 - 04/25 (39)
- ► 04/11 - 04/18 (28)
- ► 04/04 - 04/11 (27)
- ► 03/28 - 04/04 (19)
- ► 03/21 - 03/28 (10)
- ► 03/14 - 03/21 (18)
- ► 03/07 - 03/14 (23)
- ► 02/28 - 03/07 (23)
- ► 02/21 - 02/28 (20)
- ► 02/14 - 02/21 (29)
- ► 02/07 - 02/14 (19)
- ► 01/31 - 02/07 (21)
- ► 01/24 - 01/31 (14)
- ► 01/17 - 01/24 (11)
- ► 01/10 - 01/17 (12)
- ► 01/03 - 01/10 (18)
-
►
2009
(451)
- ► 12/27 - 01/03 (14)
- ► 12/20 - 12/27 (14)
- ► 12/13 - 12/20 (14)
- ► 12/06 - 12/13 (11)
- ► 11/29 - 12/06 (20)
- ► 11/22 - 11/29 (18)
- ► 11/15 - 11/22 (17)
- ► 11/08 - 11/15 (11)
- ► 11/01 - 11/08 (13)
- ► 10/25 - 11/01 (18)
- ► 10/18 - 10/25 (17)
- ► 10/11 - 10/18 (12)
- ► 10/04 - 10/11 (16)
- ► 09/27 - 10/04 (22)
- ► 09/20 - 09/27 (9)
- ► 09/13 - 09/20 (16)
- ► 09/06 - 09/13 (14)
- ► 08/30 - 09/06 (12)
- ► 08/23 - 08/30 (19)
- ► 08/16 - 08/23 (27)
- ► 08/09 - 08/16 (21)
- ► 08/02 - 08/09 (22)
- ► 07/26 - 08/02 (23)
- ► 07/19 - 07/26 (16)
- ► 07/12 - 07/19 (15)
- ► 07/05 - 07/12 (17)
- ► 06/28 - 07/05 (9)
- ► 06/21 - 06/28 (11)
- ► 06/14 - 06/21 (3)