Friday, March 2, 2012

Bahaya ribut dalam cawan: Kedah tidak selamat buat PAS?


Minda Lutfi

Oleh Ahmad Lutfi Othman

Tidak sukar untuk memahami kegelisahan ahli-ahli PAS peringkat akar umbi tentang situasi terkini politik di Kedah. Mereka risau dan bimbang perkembangan dramatik yang disensasikankan media itu boleh menyebabkan rakyat menolak Parti Islam dalam pilihan raya umum akan datang.



Hinggakan ada pembaca yang menelefon saya meluahkan rasa takut kerajaan Pakatan Rakyat Kedah boleh tumbang, sepertimana pernah berlaku di Perak genap tiga tahun lalu. "Bilangan Adun Pakatan dalam Dun Kedah, termasuk DAP, tinggal 20 orang, satu kelebihan yang cukup kecil berbanding 36 kerusi semuanya," katanya, sambil meminta Harakah memberi penjelasan lanjut senario sebenarnya.

Selepas Mohd Radhi Salleh (Lunas) dan Tan Wei Xu (Bakar Arang) mengisytiharkan diri sebagai wakil rakyat bebas, KeADILan hanya mempunyai tiga Adun. Wakil PAS tetap 16, manakala DAP seorang. Kerajaan majoriti mudah terbentuk melalui 19 Adun.

"Insya-Allah, kerajaan negeri tetap stabil. Tak mungkin berlaku pengkhianatan di kalangan Adun PAS sampai BN boleh mengambil kesempatan, seperti kes Perak. Kalaupun ada perselisihan, ia hanya perbezaan pandangan bagi memantapkan lagi pentadbiran kerajaan," jawab saya.

Bagaimanapun reaksi pembaca setia Harakah itu jelas tidak berpuas hati dengan respons saya: "Yang untung hanyalah Umno, tiada pihak lain. Dan makin cerahlah peluang mereka tawan Kedah. PAS dalam posisi yang lebih sukar."

Seorang lagi menyuarakan keresahan sama: "PAS sukar digugat daripada luar. Semakin kita ditekan, tambah padu dan jitu, tetapi dengan pergolakan dalaman, kedudukan kita goncang dan mudah dikalahkan, apatah lagi dalam realiti di Kedah, kerajaan campuran baru satu penggal berkuasa."

SMS daripada rakan-rakan saya di kampung, Tunjang, Jitra dan lebih ramai lagi di Alor Setar, bertali arus. Sebahagian besarnya seperti kebingungan: "Yang paling kami tidak faham, mengapa hal ini dibangkitkan semasa semua orang bersiap sedia berdepan PRU13. Penyokong tegar mungkin tetap mengundi PAS dan Pakatan, tetapi bagaimana dengan majoriti rakyat yang kehairanan memerhati?"

"Rakyat bercakap soal laluan Pakatan ke Putrajaya. Bekas Menteri Kewangan, Daim Zainuddin meramalkan BN hanya selamat di tiga negeri dan kejutan hampir pasti berlaku di Sabah dan Sarawak. Takkan ketika banyak pihak ghairah ingin melihat perubahan di seluruh negara, tiba-tiba Kedah yang dalam genggaman pun mungkin terlepas, bukan kerana BN kuat tetapi PAS yang lemah," usik seorang pemerhati politik.

Menyalahkan media milik Umno yang mengeksploitasi semahunya isu ini -- meskipun kebanyakan laporannya tersasar dan hilang punca -- tentulah tidak banyak menyelesaikan masalah. Dungu sangatlah Utusan Malaysia dan TV3 (serta tidak terkecuali The Star yang dikuasai MCA itu) jika tidak memanipulasikan peluang keemasan ini untuk membantu taukehnya, BN, menawan kembali Kedah dalam PRU13.

Sifat ingin tahu orang ramai, termasuk ahli dan pendokong PAS, sukar ditenteramkan hanya dengan nasihat atau peringatan mesti mendapatkan khabar daripada sumber berautoriti parti. Dalam zaman langit terbuka dan dunia tanpa sempadan ini, maklumat atau tohmahan hanya di hujung jari.


Secara peribadi, saya sukar membayangkan jika negeri kelahiran saya itu bakal direbut semula oleh Umno, hanya berpunca daripada masalah dalaman parti yang gagal diuruskan dengan baik. Umum mengetahui bahawa Umno Kedah kini bukannya dalam kedudukan terbaik untuk melakukan kejutan. Kelemahan ketara mereka daripada segi barisan kepimpinan yang lemah dan tidak menonjol.

Sejak 1969, prestasi PAS di Kedah begitu membanggakan. Meskipun penguasaan kerusi Dun ada
kalanya begitu menyedihkan, namun kekuatan asas PAS tetap bertahan.

Aktivis PAS negeri ini pasti mengalir air mata mengenangkan kesungguhan, ketekunan dan ketabahan pemimpin agungnya, Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor, mengharungi siri kesukaran dan penderitaan, termasuk menanggung keuzuran yang menyiksakan.

Ya, Ustaz Fadzil yang begitu dekat dan terasa cukup akrab dengan sanubari para aktivis parti ...

Penggerak PAS Kedah tentunya masih mengingati sedalamnya tribulasi yang terpaksa dihadapi mereka hanya kerana mahu mendaulatkan kebenaran yang dibawa Parti Islam. Peristiwa Memali pada 19 November 1985 memakan korban yang ramai dan menganugerahkan syuhada buat 14 pejuang PAS.

Sebelumnya, ia didahului tragedi Lubuk Merbau, yang mengorbankan aktivis PAS, Othman Talib, yang terbunuh semasa kempen pilihan raya kecil Padang Terap pada Januari 1985, selepas diserang ahli-ahli Umno.

Pada akhir 1980-an, ramai aktivis PAS dikurung ISA ekoran rampasan tanah Muassasah Darul Ulum seluas 48 relung di Pokok Sena, lebih kurang 20km dari Alor Setar. Ahli-ahli PAS seluruh negeri Kedah bergilir-gilir membuat kawalan, siang dan malam, bagi mempertahankan hak mereka.

Sesungguhnya keringat, air mata dan darah menyuburi tapak kekuatan PAS Kedah.

Sebenarnya, yang menghalang PAS daripada membentuk kerajaan negeri lebih awal hanyalah kerana sokongan pengundi bukan Melayu di Kedah yang ketika itu masih setia kepada BN. Misalnya, pada pilihan raya umum 1999, BN berpaut rapat dengan masyarakat bukan Melayu apabila sebahagian besar kerusi majoriti pengundi Melayu dikuasai PAS.


Kemenangan manis pada Mac 2008 adalah hadiah paling istimewa buat aktivis PAS Kedah yang terbukti tetap istiqamah dan komited mengungguli perjuangan meskipun diasak kiri dan kanan. Amanah rakyat ini perlu dipelihara sebaiknya; kepercayaan tinggi mereka usah dipersiakan.

Beberapa rakan mengingatkan saya: "Kini, Umno boleh menyimpan peluru miliknya kerana mereka boleh menggunakan peluru yang dihadiahkan PAS untuk menyerang PAS sendiri. Adat orang berseteru, termasuk sesama dalam sebuah parti, akan timbul sedikit sebanyak serangan peribadi yang memburukkan sesama sahabat. Lebih bimbang lagi jika ia hanya fitnah."

Seperti ahli-ahli PAS dan penyokong Pakatan yang lain, saya amat mengharapkan ada kaedah atau pendekatan terbaik menangani kemelut ini. "Ribut dalam cawan" ini tidak boleh dipandang remeh, apatah lagi jika ia bukan hanya membabitkan dua tiga tokoh sahaja.

"Walaupun ribut dalam cawan, tetapi mesti pastikan air tidak tumpah ataupun terpercik keluar." Ungkapan ini pernah saya dengar belasan tahun lalu, juga semasa PAS dilanda krisis dalaman.

Apa pun, laporan Harakahdaily, Selasa lalu, memberi sinar positif.

Rombongan PAS Pusat yang bertemu pemimpin negeri, yakin isu di Kedah dapat diselesaikan dalam masa terdekat, kata Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub. Beliau berkata demikian selepas pimpinan PAS Pusat mengadakan pertemuan hati ke hati dengan Menteri Besar, Dato' Seri Ustaz Azizan Razak.

Mereka juga turut menemui Exco Kanan Dato' Ir Phahrolrazi Zawawi, yang menjadi perhatian media sejak akhir-akhir ini.

Pimpinan PAS Pusat yang diketuai Timbalan Presiden, Mohamad Sabu itu turut disertai Dr Syed Azman Ahmad Nawawi, Penolong Setiausaha Agung PAS.

Mereka berkunjung ke rumah Ustaz Azizan dan Phahrolrazi. "Pertemuan hari ini banyak menghasilkan buah fikiran dan cadangan yang membina serta menunjukkan tanda positif ke arah penyelesaian. Hasil pertemuan ini akan dibawa ke mesyuarat khas AJK PAS Pusat malam Rabu," kata Salahudin.

Semasa ramai prihatin dengan perkembangan di Kedah, saya mendapat emel, antara lain merakamkan: "Semua pemimpinan Pakatan mesti menjaga perlakuan serta percakapan kerana dibimbangi ia boleh menjerat diri. Mesti berhenti daripada berasa "akan menang" atau "selangkah ke Putrajaya" takut-takut kita mudah berpuas hati dan mengurangkn gerakerja serta mengharapkn orang lain melakukan tugas yang kritikal.

"Terus terang cakap,jangan seronok sangat kononnya ramai orang sokong Pakatan. Harakah harus beri kefahaman tentang perjuangan Islam PAS kepada orang Melayu dengan sejelasnya.

"Akhir sekali tetapi penting, berhenti berangan-angan, rapatkan saf dan gempur habis-habisan. Semua perkara harus dilakukan dengan pantas dan tersusun. Kurang bercakap, banyakkan kerja, cakap hanya yang penting saja," kandungan emel itu dipetik.

Dalam pada itu, ingatan seorang pemimpin cawangan PAS di Selangor juga perlu diberi perhatian. Melalui telefon beliau mengharapkan agar pemimpin tertinggi parti meneliti impak program-program bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato' Dr Hasan Ali, yang kini aktif berceramah di seluruh negara.

"Jangan hanya serahkan isu Hasan Ali kepada PAS Selangor semata-mata. Dalam situasi setiap undi begitu penting, sama ada buat Pakatan, mahupun BN, maka pilihlah jalan lebih selamat iaitu memandang serius semua isu yang berkait dengan PAS," ujarnya.

"Mungkin ada yang berkata siri ceramahnya itu, pada sesetengah tempat agak ramai hadirin, kerana ia ditaja Umno, lalu dipandang remeh. Saya tak setuju. Saya bimbang ada pengundi Melayu confuse dan keliru bila dengar ceramahnya. Kesan akhirnya, ini akan menguntungkan Umno," tekannya lagi dengan nada serius.

Pandangan rakan saya, editor kanan sebuah akhbar harian, mungkin boleh disanggah dengan mudah, tetapi saya lebih selesa untuk bersikap berhati-hati dan tidak meremehkannya. Beliau berkata, isu-isu di Kedah dan Selangor, meletakkan PAS pada kedudukan yang agak goyah di negeri-negeri berkenaan.

"Mungkin misi BN akan menjadi lebih mudah di Kedah berbanding Selangor," tambahnya.

http://www.detikdaily.net/v6/modules.php?name=News&file=article&sid=19511

Thursday, March 1, 2012

Lantik Soi Lek jadi 'Presiden Umno', Mahathir dicabar


Oleh: Wartawan Sinar Harian

SHAH ALAM – Penasihat DAP, Lim Kit Siang (gambar) mahu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang disifatkannya sebagai "lidah bercadang" agar menamakan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sebagai Presiden Umno.

"Ada dicadangkan agar respons kepada cadangan Tun Dr Mahathir bahawa saya sepatutnya dijadikan Presiden Pas, adalah sama ada Mahathir akan mengesyorkan agar Datuk Seri Chua Soi Lek menjadi Presiden Umno," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Dr Mahathir ekoran Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad yang bersetuju jawatan Timbalan Presiden Pas dipegang oleh bukan Islam jika ada tuntutan dan keperluan.

Baca seterusnya : http://kerabubersuara.blogspot.com/2012/03/lantik-soi-lek-jadi-umno-mahathir.html

Sejak bila Rosmah minat seni?


SUDAHLAH programnya diberi nama dalam bahasa Inggeris, digabungkan dengan 1Malaysia, dinaungi pul
http://media1-cdn.malaysiakini.com/229/8d9c82eb478f6b8f36428420e9202bcf.jpga Rosmah Mansor, serta salah seorang pemakalah Persidangan Buku Antarabangsa adalah Pengerusi stesen televisyen tempatan pemfitnah dan pengampu, maka Book Expo 1Malaysia 2012 di PWTC, Kuala Lumpur baru-baru ini memang menarik perhatian saya.



Book Expo 1Malaysia 2012 sempena Persidangan Buku Antarabangsa dan Anugerah Buku Negara -- Sidang Kemuncak untuk Penulis/Pengarang, Pencetak dan Pembaca dianjurkan Yayasan Pembangunan Buku Negara bersama Oxcell (The Oxford Centre for Excellence, UnitedKingdom).

Selain Ekspo Buku 1Malaysia, Persidangan Buku Antarabangsa, dan ‘Pameran Papyrus: 2000Tahun Zaman Firaun’, program yang dirasmikan Menteri Pengajian Tinggi, Mohamed Khaled Nordin itu turut mengadakan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang Anugerah Buku Negara.

Rosmah menyempurnakan majlis penyampaian hadiah tersebut. Dr Mahathir turut hadir. Anugerah Buku Negara terdiri daripada dua kategori, iaitu Anugerah Perdana (21 pemenang), dan Anugerah Industri Buku (24 pemenang).

Antara anugerah dalam Anugerah Perdana ialah Anugerah Perdana Tun Sri Lanang: Tokoh Buku Negara (dimenangi Pengerusi Media Prima Berhad, Johan Jaafar); Tokoh Industri Buku Negara, Tokoh Karyawan Sepanjang Zaman, Anugerah Perdana Zaíba: Tokoh Pengarang/ Tokoh Penulis, dan Anugerah Penaung Buku Negara.

Sementara anugerah dalam Anugerah Industri Buku ialah Buku Kanak-Kanak Terbaik, Buku Remaja Terbaik, Buku Ilmiah Terbaik, Buku Agama Terbaik, Buku Terjemahan Terbaik, EditorTerbaik (dimenangi Khalid Mazlan), dan Novelis Terbaik.

Hal yang menarik hati rasa yang saya maksudkan ialah Rosmah bermain ‘wayang’ semasa majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang Anugerah Buku Negara. Beliau amat gembira serta bangga dengan karya-karya yang dihasilkan dan diberi hadiah.

Soalnya, sejak bila ‘kaki shopping’ menghabiskan wang rakyat ini meminati karya seni dan dunia perbukuan? Menurut Rosmah, usaha tersebut wajar diteruskan dengan lebih banyak karya diberi hadiah.

Seperti Dr Mahathir, Rosmah juga mudah lupa. Lebih banyak hadiah bererti lebih banyak wang diperlukan. Dari mana duit itu diperoleh jika semuanya telah disalurkan kepada sebentuk cincin permata RM24 juta, seutas gelang RM1.7 juta, set rambut bertukar ganti, 11 beg tangan mewahnya sendiri berjenama Birkin, kos beliau dan Najib bermalam di hotel mewah RM100,000 untuk satu malam sahaja, serta ‘menyelamatkan’ syarikat kroni dan lain-lain?

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Penganjur program yang juga Presiden Persatuan Kontraktor Buku Malaysia, Hasan Hamzah, Kerajaan memperuntukkan RM500 juta bagi baucer belian buku para pelajar IPTA bernilai RM200 seorang.

Katanya, seperti yang ditegaskan Khaled, RM250 juta telah diluluskan. Ertinya, pada tahun depan, ada baki RM250 juta lagi.

Soalnya, adakah baki tersebut akan dilunaskan kalau Umno-BN masih memerintah Malaysia atau selepas Pilihan Raya Umum ke-13?

Presiden PIBG Nasional merangkap Pengerusi Koperasi Buku Malaysia Berhad dan Naib Presiden MBA, Dr Mohamad Ali Hassan pula semasa membentangkan makalahnya, Mengangkat Martabat Industri Buku Negara, berharap nilai baucer itu dapat ditambah menjadi RM500 kerana harga buku mahal (ada RM100 sebuah -- belum lagi dikira nota tambahan yang bernilai hampir RM100 senaskhah).

Yang menarik, Mohamad berharap pemberian itu bukan semata-mata kerana politik, tetapi diteruskan. Kata-katanya itu seperti membenarkan tanggapan bahawa pemberian baucer tersebut memang bermotif politik.

Dari mana Kerajaan Umno-BN mendapat dana? Menjelang PRU13, janji demi janji ditaburkan dan pelbagai bantuan atau habuan dihulurkan. ‘Wang negara sudah tidak ada. Justeru, wang KWSP dan Petronas dan Tabung Haji dirompak’! Terbaharu, kerajaan menggunakan RM1.5 bilion daripada dana KWSP bagi membantu mereka yang gagal mendapatkan pinjaman bank untuk membiayai pembelian rumah awam kos rendah. Kenapa dana KWSP digunakan sebagai wang saku BN jika bank komersil sendiri tidak menganggap skim itu sebagai berdaya maju?

Jadi, Rosmah janganglah berpura-pura meminati seni budaya. Hasan dan Ali pula usah berharap pemberian baucer diteruskan, apatah lagi ditambah!

sumber http://www.detikdaily.net/v6/modules.php?name=News&file=article&sid=19500


Wednesday, February 29, 2012

Pemimpin Pakatan Rakyat terancam

Written by Mohd Sayuti Omar
Rabu, 29 Feb 2012 21:11
Tindakan rakus dan jahat kumpulan yang memakan upah Umno ke belakangan ini menunjukan parti itu benar-benar dalam keadaan terdesak. Umno semacam sudah mengetahui jangka hayatnya tidak berapa lama lagi. Kalau diibaratkan kepada kanser, tahap yang dihadapi Umno kini sudah tahap empat.


Biasanya tahap empat ini boleh bertahan enam bulan dari detik mula ianya dikesan, selepas itu khuluhumlah.



Tengoklah apa yang berlaku kini, tindakan-tindakan diluar batas demokrasi terjadi di mana-mana sahaja. Kumpulan ini akan menjadi histeria menganggu ceramah dan melakukan keganasan politik di majlis-majlis politik Pakatan Rakyat. Mereka bukan saja setakat menghalang dalam bentuk provokasi tetapi sudah meliar sehinggakan menyentuh batang tubuh - fizikal. Sudah ada tindakan secara fizikal hendak dilakukan.



Antara kejadian-kejadian mutakhir yang cukup membimbangkan, seperti gangguan terhadap majlis penerangan ABU - Asal Bukan Umno di Jalan Kebun, Shah Alam beberapa minggu lalu. Macam mana sekumpulan lelaki dipercayai upahan dan dikatakan ahli Perkembar menyerang dan menganggu majlis berkenaan. Menyaksikan video gangguan itu di internet lagaknya salin tidak tumpah macam samseng kemabukan todi dalam filem Tamil.


http://bm.harakahdaily.net/index.php/terbaik-dari-blog/8462-pemimpin-pakatan-rakyat-terancam

UMNO dan PERKASA harus bertanggungjawab jika apa-apa berlaku kepada saya

Ahli-ahli UMNO dan PERKASA telah melonjak ke hadapan dengan menunjukkan penumbuk terhadap saya, menggunakan carutan perkauman dan kata-kata ancaman seperti "you jaga". Jika tidak kerana rakyat umum yang melindungi saya, saya percaya saya akan diserang.

Oleh Lim Guan Eng

Hampir dua tahun lalu, Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang telah menubuhkan Sudut Pidato di Padang Kohttp://4.bp.blogspot.com/_bJm6gAmEHFw/S1YSSwwI9SI/AAAAAAAAAtk/HiDfpZgPiEE/s320/Lim+Guan+Eng.pngta Lama bukan sahaja untuk membenarkan kebebasan bersuara tetapi juga kebebasan selepas bersuara. Sudut Pidato mendukung semangat "Pendapat anda mungkin berbeza dengan saya, tetapi saya akan mempertahankan hak anda untuk menyuarakannya."

Sudut Pidato adalah untuk kegunaan umum untuk menyuarakan pendapat tanpa ancaman atau ketakutan. Untuk sebab ini, Kerajaan Negeri jarang menganjurkan acara di Sudut Pidato.


Pada 26 Februari 2012, saya telah sampai pada pukul 6.30pm di Padang Kota Lama untuk menghadiri Himpunan Hijau 2.0, acara yang dianjurkan NGO Pulau Pinang SUARAM untuk membantah pembinaan loji nadir bumi di Kuantan. Sebelum ketibaan saya, Ahli Exco kanan Pulau Pinang Chow Kon Yeow yang sudah sampai pada pukul 6 pm telah memberitahu saya bahawa perhimpunan aman tersebut telah diganggu oleh ahli-ahli UMNO dan PERKASA.


Chow berkata bahawa seramai 1,000 orang hadir untuk membantah Lynas berbanding dengan 100 orang ahli-ahli UMNO dan PERKASA yang menyokong Lynas. Beliau memberitahu saya bahawa ahli-ahli UMNO dan PERKASA sedang bertindak ganas. Ahli-ahli UMNO dan PERKASA telah menggunakan taktik keras seperti menolak dan mengasak untuk memaksa golongan anti-Lynas untuk beredar meninggalkan padang. Mujur, golongan anti-Lynas tidak bertindak balas terhadap keganasan ahli-ahli UMNO dan PERKASA. Mereka hanya duduk atas padang dan enggan beredar seperti yang diarahkan oleh UMNO dan PERKASA.

Saya telah berputus untuk meneruskan perjalanan ke acara Himpunan Hijau 2.0 dan telah sampai pada pukul 6.30 pm dalam kereta rasmi PG1. Setibanya saya di situ, saya telah menjadi sasaran tingkah laku ganas ahli-ahli UMNO dan PERKASA. Mereka telah menggunakan bahasa kasar, makian dan carutan perkauman seperti "Cina Babi, Cina Pulau Pinang Bodoh, Babi Sokong Lim Guan Eng Ketua Menteri".

Ahli-ahli UMNO dan PERKASA telah melonjak ke hadapan dengan menunjukkan penumbuk terhadap saya, menggunakan carutan perkauman dan kata-kata ancaman seperti "you jaga". Jika tidak kerana rakyat umum yang melindungi saya, saya percaya saya akan diserang.

Tingkah laku yang ganas ini tidak menggambarkan budaya Melayu atau semangat Malaysia. Saya tidak faham kenapa mereka taksub sangat untuk menyokong Lynas yang merupakan syarikat Australia. Mereka mempunyai hak untuk menyokong Lynas tetapi ahli-ahli UMNO dan PERKASA tidak boleh menafikan hak orang lain untuk membantah Lynas.

Kemudian, saya telah menaiki pentas untuk memberi ucapan bersama Chow. Ucapan saya yang membantah Lynas telah diganggu berulang kali oleh ahli-ahli UMNO dan PERKASA yang berada kurang satu meter daripada saya.

Dalam ucapan saya, saya telah menekankan bahawa pembantahan terhadap loji Lynas bukan bersifat perkauman tetapi merupakan isu persekitaraan yang menjejaskan semua orang tidak kira agama atau bangsa. Pemprosesan nadir bumi mempunyai kesan radioaktif. Keseriusan kesan-kesan ini terserlah apabila Lynas sendiri tidak boleh mendapat kelulusan daripada Kerajaan Australia untuk membina loji itu di Australia. Jika loji Lynas meletup, semua orang akan menderita - orang Cina akan menderita, orang Melayu akan menderita, orang India akan menderita, orang Kadazan akan menderita, orang Iban akan menderita. Kita tidak boleh mementingkan keuntungan daripada kesihatan. Selepas ucapan saya, saya telah turun dari pentas untuk berjumpa golongan anti-Lynas. Terdapat banyak asakan dan tolak-menolak yang berlaku, dengan bahasa kasar dan carutan perkauman serta ancaman ganas terhadap saya dan aksi menunjukkan penumbuk oleh ahli-ahli UMNO dan PERASA. Saya tidak menyaksikan serangan ganas oleh ahli-ahli UMNO dan PERKASA ke atas dua orang wartawan Kwong Wah Jit Poh, Chew Seng Tun dan Lee Hong Chun.

Namun demikian, saya terhutang budi kepada Chew yang diserang ganas oleh ahli-ahli UMNO dan PERKASA kerana beliau telah menghalang mereka daripada menyerang saya. Lee terpaksa menerima lapan jahitan atas jarinya serta lebam di kepalanya. Saya percaya lebih ramai telah dipukul oleh ahli-ahli UMNO dan PERKASA.

Ini bukan kali pertama wartawan dicederakan oleh ahli-ahli UMNO dan PERKASA yang ganas. Dalam sebuah demonstrasi haram pada bulan Julai tahun lepas, dua orang wartawan telah dicederakan dalam demonstrasi yang dihadiri Senator UMNO Ezam Mohd Nor. Sampai sekarang, tiada tindakan telah diambil oleh pihak polis terhadap mereka yang telah menyerang dua orang wartawan itu.

Ahli-ahli UMNO dan PERKASA telah meneruskan tindakan ganas terhadap saya dan telah mendekati hampir 1 meter daripada saya semasa saya memasuki kereta. Selepas saya memasuki kereta rasmi, mereka terus memukul kereta saya, meludah ke atasnya dan tidak membenarkan kereta saya untuk berlepas. Sungguhpun begitu, orang ramai daripada golongan anti-Lynas tidak bertindak balas terhadap tindakan ganas oleh ahli-ahli UMNO dan PERKASA.

Melihat tindakan ganas mereka, saya masih berasa terancam oleh ahli-ahli UMNO dan PERKASA walaupun sudah dua hari selepas kejadian tersebut. Saya terkejut bahawa BN, khususnya UMNO Pulau Pinang dan Gerakan (Musa Sheikh Fadzir dan Teng Hock Nan) masih lagi menyokong tindakan ganas ahli-ahli UMNO dan PERKASA terhadap wartawan-wartawan Kwong Wah Jit Poh dan golongan anti-Lynas. Daripada meminta maaf atas tindakan ganas ahli-ahli UMNO dan PERKASA, BN pula ingin menyalahkan saya.

Adalah jelas bahawa kecederaan wartawan-wartawan tersebut tidak mencukupi untuk UMNO dan Gerakan untuk membezakan siapa penjahat dan siapa mangsa. Saya percaya bahawa komen-komen yang tidak bertanggungjawab oleh pemimpin-pemimpin UMNO dan Gerakan adalah bertujuan untuk mewajarkan tindakan ganas ahli-ahli UMNO dan PERKASA yang tidak boleh dimaafkan.

Apabila UMNO dan Gerakan tidak mahu mengutuk tindakan ganas ahli-ahli UMNO dan PERKASA terhadap wartawan-wartawan yang meliputi acara tersebut, keselamatan peribadi saya tidak dijamin. Seperti dua orang wartawan tersebut, jika saya diserang secara ganas oleh ahli-ahli UMNO dan PERKASA, memang sayalah yang akan disalahkan sementara penyerang daripada UMNO dan PERKASA akan menjadi mangsa.

Demi keselamatan peribadi, saya dengan ini membuat laporan polis terhadap ancaman-ancaman ganas oleh ahli-ahli UMNO dan PERKASA. Sekiranya apa-apa berlaku kepada saya, UMNO dan PERKASA harus bertanggungjawab penuh. Adalah terpulang kepada pihak polis untuk menunjukkan bahawa mereka boleh menjalankan tugas mereka tanpa rasa takut atau pilih kasih dengan bertindak bukan sahaja ke atas ahli-ahli UMNO dan PERKASA yang telah menyerang dua orang wartawan tersebut, tetapi juga ke atas mereka yang telah mengancam saya.

Baca: PERKASA nafi cetus kekecohan di Himpunan Hijau, Pulau Pinang

*Laporan polis oleh Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang.

Detikdaily

Star: Umno bagi lesen MCA hentam Islam

Kaka kaka
Kaka kaka
tak tahu la
Punyalah teruknya perangai UMNO. Nak hentam Agama sendiri guna khidmat orang lain
Masih ada tak sedar lagi

KUALA LUMPUR, 29 Feb: Akhbar milik MCA, The Star yang sudah berkali-kali terang-terang mengguris hati orang Islam tanpa dikenakan sebarang drastik menandakan Umno memberikan lesen kepada rakan seperjuangannya MCA untuk terus menghentam Islam, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Baca lagi Harakahdaily

HJ NAJIB LANCAR DRAMA BARU BERJUDUL "2/3 MAJORITI"... SELEPAS DRAMA LAWAK "KAMI DAH INSAF" TIADA SAMBUTAN, KAH KAH KAH KAH !

Episod mendatang kita tunggu, apa drama terbaru



Dengan kebanyakkan pihak menempelak Datuk Seri Haji Najib (DSHN) apabila beliau megatakan... pada prinsipnya (Umno/Bn) bersetuju dan berasakan adanya keperluan meletakkan SPRM di bawah bidang kuasa Parlimen... bukannya di bawah seliaan Pejabat Perdana Menteri dan kerajaan memerlukan 2/3 majoriti bagi tujuan itu... kah kah kah kah !!!.

Kenyataan DSHN itu seolah-olah menunjukkan SPRM tidak mempunyai keupayaan untuk mengawal rasuah di negara ini... dan dengan meminta 2/3 majoriti kerusi Parlimen jelas beliau cuba memperbodohkan rakyat terutama golongan muda yang dilihat lebih mengutamakan kepada Ketelusan dan Urus Tadbir Negara Yang Tidak Menyeleweng.


Kenapa harus meminta majoriti 2/3 kerusi Parlimen... sedangkan pindaan terhadap Perlembagaan bagi meletak SPRM dibawah kuasa Parlimen belum pernah dibentangkan apa kan lagi diusulkan oleh AhliParlimen Umno/Bn... tindakkan terdesak ini adalah gambaran yang Umno/Bn terasa akan bahang kekalahan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 nanti.

Namun kerisauan itu cuba disembuyikan dengan mengatakan majoriti 2/3 sedangkan hakikatnya dari situasi sambutan hangat setiap program Pakatan Rakyat (PR)... untuk Umno/Bn memenangi kerusi kubu kuat mereka pun sudah dikira bagus untuk dan seterusnya menjadi Pembangkang di Dewan Rakyat sebaik sahaja pengiraan undi PRU ke 13 selesai... kah kah kah kah !!!.


Ini lah sebenarnya yang dirasa oleh DSHN dan seluruh kepimpinan Umno/bn...dan rayuan 2/3 majoriti hanya supaya rakyat menyangka yang Umno/Bn masih boleh memenangi PRU ke 13... tapi hakikat nya Umno sudah mula membayangkan kekalahan dan tidak mampu untuk membayangkan kemenangan serta berangan-angan kemenangan lagi.


hemmmmm..... mungkin 2/3 majoriti adalah judul drama terbaru selepas drama lawak gila iaitu "kami dah insaf dan beri kami peluang"... kah kah kah kah !!!... siapa nak bagi peluang lagi... cakap tak pernah betul... cakap tak serupa bikin... memberi umno/bn 2/3 majoriti umpama memberi kunci bank kepada perompak untk menjaga bank... kah kah kah !!!... umno perkasam jati... betul-betul meloyakan heeeee.....

http://inderasipejuang.blogspot.com/2012/02/hj-najib-lancar-drama-baru-berjudul-23.html

Bab Ini Mengapa NGO beras Kampit tak bersuara


Haramkan The Star, Mana Pergi Ngo Beras Kampit

Ekoran mendedahkan gambar artis Amerika, Erykah Badu yang bertatu nama Allah para pengarang kanan akhbar The Star telah dipanggil oleh pihak KDN yang bertanggungjawab mengeluarkan permit. Saya yakin dan percaya tindakan paling kuat dikenakan kepada akhbar yang biadap itu hanya memberi amaran keras bertulis.

KDN tentu tidak berani untuk bertindak ke atas akhbar kroni Umno itu. Tindakan-tindakan yang lebih bersifat untuk mengambil hati begitulah menyebabkan akhbar itu jadi keras kepala dan terus mempermainkan perasaan umat Islam. Cara akhbar itu menyiarkan artis bertatu Allah itu untuk memalu dan satu penghinaan kepada Islam.

Kepada saya tindakan paling sesuai ialah bukan amaran keras atau mengggantungkan permitnya, tetapi haram terus biar akhbar itu lenyap dari atas muka bumi ini. Akhbar itu dan sesiapa juga yang tidak peka kepada kepentingan dan agama lain harus dikenakan tindakan tegas jangan berlemah lembut lagi. Dengan mengharamkan terus saja perkara itu tidak akan berulang dan akan menjadi pedoman oleh akhbar lain.

Saya yakin selagi akhbar itu wujudnya ia akan melakukan perkara sama. Ia hanya berhenti sekejap saja kemudian akan mengulangi lagi kemudian membuat opolegetik dengan alasan tersalah pandangan.

Menghairankan macam mana berlaku tersalah pandangan dalam penerbitan yang sebegitu besar dan profesional. The Star adalah akhbar nombor satu dari segi edarannya. Bukan soal tersalah faham saja sepatutnya semua karyawan di akhbar itu diberi didikan dan pengetahuan mengenai tatacara bersurat khabar. Saya nak tanya apa yang orang Islam yang ada dalam pejabat surat khabar itu buat? Tidur kah atau semua mereka hanya jadi operator mesin saja.

Umat Islam wajib terus desak dan berikan tekanan. Sikap The Star bagi saya jauh lebih berbahaya berbanding aktiviti memurtadkan umat Islam di negara ini yang dihebohkan oleh sebuah Ngo berjenama beras kampit itu. Kenapa Ngo itu diam? Mungkin kerana ketuanya jahil mengenai startegi The Star dalam menghina umat Islam menyebabkan dia boleh ambil The Star untuk menudung kepalanya dari ditimpa hujan.

Akidah The Star perlu diperbetulkan dulu sebelum hendak perbetulkan akidah pihak lain. Dengan diam membisunya ketua Ngo berjenama sama dengan sejenis beras itu maka jelas perjuangannya tidak lebih mengambil upah sesen dua untuk dijadikan bekalan di musim banjir. [wm.kl.9:36 pm 28/02/12]

http://msomelayu.blogspot.com/2012/02/selingan-malam.html

Apa Barang Hasan Ali dakwa 'mungkin tiada lagi azan kumandang' - Melaka & NS - Sinar Harian

Lepas ini jika PAS kawan dengan DAP lagi mungkin dia kata Kemungkinan Tak bersunat pula hahaha

JASIN - Tidak mustahil tiada lagi azan berkumandang sekiranya rakyat terus memilih dan menyokong parti DAP dan PKR untuk memerintah terutama di Selangor dan ­negeri yang diperintah PR ­sebelum ini.

Bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata, sedangkan usahanya mengharamkan arak di ­premis serbaneka yang pernah dilakukan sebelum ini juga mendapat tentangan dari wakil Exco ­dalam PR dan tidak sukar jika senario itu berlaku dalam ­konteks azan.

Menurutnya, lebih buruk apabila yang kedua mendapat halangan dalam kalangan orang Pas sendiri yang menyekat kemaraan untuk mene­gakkan agama Islam termasuk program mencegah murtad yang turut mendapat penghalang pihak terbabit.

“Saya dipecat kerana hendak mempertahankan aqidah dan syariah yang bersendikan kepada akhlak bukannya disebabkan berkhalwat atau liwat.

“Tidak mustahil azan juga akan diharamkan bila PR terus berkuasa dan Pas menyatakan apa yang hendak dibuat me­ngenai Islam mesti rujuk dulu kepada parti komponen ­dalam PR iaitu PKR dan DAP ­sedangkan ia berhubung kait agama Islam,” katanya ketika berucap pada Majlis Sim-­p­osium Perdana Menjunjung Daulah Islam, Perpaduan Ummah dan Selamatkan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di Dewan Alamanda, malam kelmarin.

Hassan yang juga Presiden Jalur Tiga (Jati) berkata, NGO perlu diperkasa dan bergerak seiring dengan merujuk kepada kemahuan serta kehendak aliran yang dibawa oleh ­kepimpinan tertinggi mana-mana NGO.

“Ia bagi memastikan NGO seperti Jati dapat berfungsi dan menjalankan tugas dengan ­lebih berkesan.

“Jati yang ditubuhkan ­bukan hanya untuk kemajuan orang Melayu semata-mata, sebaliknya kepentingan kaum lain juga turut dipelihara ­berdasarkan ajaran agama Islam,” katanya.

Katanya, Islam Melayu Raja (IMR) yang ­dibawa oleh Jati antara lain bertujuan menyatukan anak Melayu.

“Jati ditubuhkan bukan untuk terlibat dalam dunia politik, namun ahli dalam NGO terbabit masih lagi ­dibenarkan berpolitik selagi ­tidak membawa nama Jati,” katanya.

Difahamkan sehingga kini, lebih 1000 orang mendaftarkan diri sebagai ahli Jati sejak NGO itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.

Hadir sama, Ahli Parlimen Jasin, Datuk Ahmad Hamzah yang mewakili Ketua Menteri, Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Datuk Nika Ujang.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/hasan-ali-dakwa-mungkin-tiada-lagi-azan-kumandang-1.27922



Monday, February 27, 2012

Ceramah Hasan Ali di pukul ribut

Laporan Kisah Ceramah Hasan Ali di Seri Manjung..


Lebih jam 6.00 tadi hujan dah mula turun,, walaupun dalam cuaca yang agak terang,, terdetik dihati kecil ku, alangkah baik nya jika malam ni hujan lagi,,,,, lebih kurang 6 30 hujan berenti, sempat aku pergi ke pasar malam...


Macam biasa magrib aku pi berjemaah kat surau taman belakan rumah aku,, balik dari solat magrib, dongak ke langit nak gelap,,, nak hujan lagi ka.,





lebih kurang 15 minit nak masuk waktu isyak, aku keluar siap bawa kamera,, gatai pergi round kawasan stadium Manjung, nakpaknya ceramah dah mula,, rasa-rasanya dengar ke suara macam Yeop Saidin,, seorang lagi ustaz pencacai UMNO..., dalam aku dok pusing,, nak cari tempat sesuai nak snap ambik gambar, baru sempat snap satu gambar hujan dah turun,, kelam kelibut nak keluar,, sampai satu kereta dia dok pasang lampu,, hala kat aku,, siap sound kat aku,, haa ambik gambar,, nanti boleh siar dalam blog,, aku tak kenai siapa mereka,, aku hanya sekadar senyum,,, mereka bagi tau Hasan Ali tak sampai lagi...

Aku sempat keluar dari stadium dalam hujan dah mula turun,, dan dapat berteduh di stesyen minyak petronas depan stadium... Alhamdulillah, aku tak lah basah,, hanya lembap-lembap saja baju tu,, tak lah kesejukan,, dan yang rasa selamatnya,, bila aku dah sampai dapat berteduh, hujan mula bertambah lebat, sehingga azan kedengaran dari masjid daerah,, namun ceramah di staduim macam biasa juga....

Agaknya Allah nak tunjuk kepada hamba-hambanya,, hujan yang lebat ditambah pulat kilat dan guruh yang cukup kuat,,, dan akhirnya pentas tempat berucap dihapan stadium gelap,, tak tahu kenapa,, sehingga jam 10 20 mlm, hujan baru mula perlahan,, gerimis yang masih kasar-kasar,, aku stat motor redah balik juga,, sehingga sekarang suasana masih lagi hunjan diselang seli cahaya kilat...

Tak tahulah aku,, Hasan Ali sempat atau tidak berceramah,,, mereka merancang,, Allah juga merancang,, pada mulanya ceramah nak dibuat dalam dewan MPM,,, namun entah kenapa,, tak cukup bajet agaknya,, atau pun mereka-mereka dah tahu apa yang berlaku di Perlis ketika Hassan Ali berceramah,, jadi ambik ambik iktibar tak mau berulang,, maka buat di stadium,,,
Alhamdulillah,, Maha suci Allah umat Islam di Manjung terselamat akidah dari dicemari oleh pakar motivasi yang mengaku pakar ilmu usul...

Kesian kat pakcik makcik yang aku lihat berjalan kaki nak pegi dengar Hasan Ali,,, nak balik sekarang ni jam dan 11 05 malam,, masih lagi hujan.....

Ambik ko UMNO Lumut, moga-moga kalian lepas ni ada rasa kesedaran apa yang kamu nak lakukan,, jangan nak permainkan agama Allah,, kalau dahulu hangpa dok kata PAS perguna agama Islam untuk kepentingan politik sempit,, tetapi sekarang siapa yang menggunakan agama Islam untuk politik,,, habaq mai..

http://manjongmari.blogspot.com/2012/02/laporan-kisah-ceramah-hasan-ali-di-seri.html

Keluar dari PAS dah boleh jadi tukang ramal ~~ Hebat banyak ilmu dia *psss* JATI.

Kaka
Macam macam
Semenjak Keluar PAS
Dah jadi tukang ramal
Saya Petik (Sinar Harian)



http://www.sinarharian.com.my/politik/hasan-ali-ramal-pas-kalah-teruk-1.27349

citer najib ni blh di filemkan..Kami sudah insaf



Najib: Kami sudah insaf, beri BN peluang

26 Februari 2012
Datuk Seri Najib Tun Razak

PELABUHAN KLANG - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata, Pakatan Rakyat tidak perlu diberi "tempoh lanjutan" untuk terus memerintah Selangor yang menyaksikan banyak janjinya tidak tertunai malah membebankan rakyat dengan pelbagai masalah.

Perdana Menteri berkata Selangor selama ini maju kerana dasar-dasar dan prasarana yang dilaksanakan kerajaan BN sebelum ini, dan pihak pembangkang tidak boleh mendapatkan pujian terhadap hasil titik peluh BN itu.

"Kita akui mungkin kita ada buat sedikit sebanyak kesilapan pada masa dulu sebab itu rakyat tidak menyokong kita. Tapi kita sudah insaf daripada kesilapan dulu dan kita mohon maaf kepada rakyat Selangor kalau ada apa-apa kesilapan.

"Dan kita berikrar daripada kesilapan itu, atas kesedaran itu, kita akan bangunkan satu kekuatan baru untuk mengubah landskap di Selangor supaya di bawah kepimpinan BN, kita akan menjurus kepada masa depan yang lebih baik lagi," katanya pada majlis pelancaran jentera pilihan raya BN Selangor di sini.

Dalam ucapan selama setengah jam itu, Najib yang juga Pengerusi BN Selangor berkata sejak dua minggu lepas, beliau telah turun padang ke Perak, Melaka, Kedah dan hari ini di Selangor, dan mendapati suasana dalam negara kini menjurus menyokong BN pada pilihan raya umum kelak.

Hujan lebat yang turun sebelum ketibaan Perdana Menteri pada kira-kira 5 petang tidak mematahkan semangat penyokong BN yang hadir untuk terus berada di lokasi majlis bagi mendengar amanat Najib yang membuat lawatan sehari ke Selangor hari ini.

Sambil memanggil hadirin yang membanjiri majlis itu sebagai 'bala tentera BN Selangor', Najib berkata BN boleh merampas kembali Selangor jika bilangan bala tentera itu lebih ramai, lebih berani, pintar dan nekad serta sanggup bekerja lebih keras daripada pihak lain.

"Semangat dah ada, matlamat sudah dapat dilihat, perancangan sudah ada... semuanya sudah lengkap... ayuh kita turun berjuang habis-habisan," kata Najib dengan penuh bersemangat sambil disambut sorakan gemuruh.

Najib berkata anggota BN perlu akur dengan pucuk pimpinan dalam soal pemilihan calon dan memberi sokongan penuh kepada mereka yang dipilih untuk bertanding pada pilihan raya nanti.

"Jangan sabotaj parti kita sendiri sebab jika kita sabotaj parti, ibarat kita menjaringkan gol sendiri dan bila jaring gol sendiri kita akan kalah dan seterusnya kita akan merana," tegas Perdana Menteri.

"Sudah cukup empat tahun Selangor di bawah pakatan pembangkang, jangan kita bagi tempoh lanjutan sebab kalau bagi tempoh lanjutan nanti susah nak dapat balik. Inilah peluang terbaik untuk mengembalikan bumi Selangor kepada BN," katanya.

Najib mengingatkan calon-calon BN supaya menjaga kepentingan semua kaum dan bukan hanya kaum tertentu kerana ini menjadi asas dalam memastikan kemenangan BN.

Katanya, semangat BN menjadi pudar kerana terkena tsunami politik pada pilihan raya umum lepas.

"Tetapi dalam tempoh empat tahun kita telah bina semula jentera BN di Selangor sedikit demi sedikit, semangat kita yang pudar itu, moral kita yang luntur itu hari ini telah bertukar wajah," katanya. - Bernama

http://www.sinarharian.com.my/nasional/najib-kami-sudah-insaf-beri-bn-peluang-1.27237

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak