UMNO buat pusingan 'U' kat Bagan Pinang. Dulu Serang habis-habisan kini sayang tak terkata
TELOK KEMANG, 10 Okt: Ketika menghadapi pilihan raya kecil Permatang Pasir, Umno mengambil pendekatan memukul dan menyerang Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat, namun di Bagan Pinang, Umno mengambil pendekatan baru...kami hormat Nik Aziz. Sebab itulah di mana-mana sahaja anda akan jumpa papan tanda besar gambar Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak menziarahi Nik Aziz ketika Menteri Besar Kelantan itu dirawat di hospital.
"Dulu Umno serang Nik Aziz, dalam pilihan raya ini Umno berpusing habis, dia tunjukkan mereka simpati dan sayang kepada Tok Guru (Nik Aziz) pula," kata Pengarah Pilihanraya Pemuda PAS Pusat, Firdaus Jaafar. Beliau merujuk kepada billboard yang dipasang Umno di merata-rata tempat dalam pilihan raya Bagan Pinang ini. Dalam pilihan raya lalu, Nik Aziz menjadi sasaran jentera khasnya media Umno untuk menyerangkan, namun terbukti PAS menang besar di Permatang Pasir
Dalam ceramahnya malam tadi, Datuk Seri Anwar Iberahim menyifatkan tindakan Umno ini sangat tidak beretika dalam kempen mereka.
Umno sanggup berbuat demikian untuk memainkan sentimen rakyat bagi menunjukkan bahawa Najib adalah seorang yang baik. Anwar yang juga ketua umum PKR dan ahli parlimen Permatang Pauh berkata, ia merupakan sesuatu yang peribadi, dan tidak seharusnya dijadikan bahan kempen.
Ayid>> Kalau realiti nya macam gitu foyo' Ini agaknya sebab pilihan raya aje ke. Pasang billboard sebelum ni tak nampak pun
Pas Cwg Gopeng dan Pas Cawangan Taman Kinta Gopeng, telah mengadakan jamuan sua raya bertempat di perkarangan Majlis Jamek lama Gopeng. Walaupun banyak di antara jemaah dan muslimat kini sedang berada di Bagan Pinang, namum jamuan tetap di adakan dan ianya berjalan dengan penoh kehormanian. Turut hadir semasa jamuan sua raya tersebut ahli-ahli dari PKR
Majlis bermula tepat jam 3.00 petang dan dahului dengan bacaan doa selamat. Majlis sua raya berakhir tepat pada jam 6.00 petang
Pengerusi Majlis sempena sua raya Pas Cwg Gopeng dan Pas Cwg Taman kinta Gopeng
Ketua Cawangan PAS Cawangan Gopeng sedang menyampaikan ucapan aluan-alauan selamat datang kepada semua hadirin
Kehadiran Muslimat juga meriah semasa suara raya di adakan. Bangku kosong bukan tak ada orang, mereka pergi ambil makan
Tidak ketinggalan juga dari kaum India yang sudi datang bersama-sama meriakan majlis tersbut
Ambil satay jangan banyak cek kak oi, ada lagi muslimat belum datang. Biar merasa sama mereka
Ini tokey satay. Dia promok satay kot. Sampai angkat dua tangan macam utraman saja
Bro ini makan satay tak nampak pulak kuah dalam pinggan. Memang jenis ini kot makan satay tak pakai kuah
Bagus punya posing muslimat ini dengan dua anak dara beliau. Tunjuk pease lagi
Ini tokey laksa. siap 1 periok besar kuah laksa. Kalau tak habis boleh buat mandi bro. Confirm habis punya banyak yang datang
Insiden ini pertama kali dan depan mata teman ,bagaimana sebuah lori sarat dengan barangan eletrik dipercayai periuk nasi letrik dan pemain cakera padat dvd.Memang politik wang bermaharaja lela bila politik wang bukan lagi dianggap kotor malah bukan aktiviti jenayah.Nampaknya kedua Parti yang berlawan, masing-masing membuat jamuan nasi dengan kambing adalah menu utama dan menjadi tarikan pengundi.Almaklumlah kambing ,masa ini telah diterima oleh semua masyarakat baik dari segi kesihatan atau kelazatan .Nampaknya jika pengundi ladang inginkan kewahan sekejap mungkin BN pilihan mereka tetapi jika mereka inginkan kemudahan kehidupan dan sentiasa hak mereka dijaga sebaiknya mereka mengundi PAS dari Pakatan Rakyat. Masih di Ladang Bradwall ,Tarikh 8 Oktober , masa antara 8mlm hingga 10 mlm,Lokasi Pondok BN adalah berhampiran kediaman pekerja ladang.BN dan VIP masuk ke Ladang dengan dieskot polis yang ramai di mana 1 trak ,1 van dan 3 buah waja yang kebanyakan lepak di pondok Pakatan Rakyat- PAS. Pengundi & rakyat di Ladang Bradwal dan pemerhati dan pengundi dari luar Brawall boleh melihat bagaimana VIP BN dan pengiring/penyokong mereka berlagak masuk ke ladang dengan kereta mewah melintasi pondok PAS dengan kereta paling lekeh jenama Waja yang lain Toyota Camry,Perdana ,Honda dan sebagainya.Tiada dilihat lepak di ladang yang panas eperti ADUN Ampang Jaya yang selesa rehat di bawah pokok getah dan seharian di ladang Bradwall sehingga malam nya.
Dicatat oleh PAS Cawangan Bukit Sentosa 2
Ayid>>> Ini tahun raya besar. Orang kasi kita misti angkat. Undi belakang boleh cerita. Baru cerdek politik
TELOK KEMANG, 9 Okt:"Lihat kualiti calon, bukan lihat jenama parti. Pilih calon yang baik pada nilaian agama dan berkemampuan pada nilaian politik.Jika sekadar berkemampuan sahaja, tapi tidak amanah, maka penyelewengan akan berlaku."
Demikian pandangan sisi agama oleh bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin kepada Harakahdaily pagi ini bagi memilih ciri-ciri pemimpin yang wajar dipilih oleh para pengundi Bagan Pinang yang akan membuang undi Ahad ini (11 Oktober)
Beliau yang masih tetap dengan pendirian bahawa para pengundi mestilah memilih calon dan bukannya parti yang bertanding sekaligus merujuk istilah siyasah syar�iyyah yang disebut al-Quwwah dan al-Amanah iaitu yang ada kekuatan atau kemampuan atau ketangkasan melaksanakan tugas serta amanah terhadap tugasan tersebut.
Dua ciri yang disebut dalam al-Quran ini katanya bermaksud: �Sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja ialah yang kuat lagi amanah� (Surah al-Qasas:26).
Gabungan dua ciri ini kata Asri penting dalam apa tugasan yang dihendak diserahkan kepada seseorang.
"Jika sekadar berkemampuan sahaja, tapi tidak amanah, maka penyelewengan akan berlaku.
Khemah program untuk Pakatan sedang dibuka oleh pemuda Umno.
Ghairah sungguh pemuda Umno meroboh kan khemah untuk program Pakatan.
Setelah umno dan bn semakin kalut untuk meraih minat pengundi di Bagan Pinang walaupun mereka berbekalkan segala jentera kerajaan dan media utama apatah lagi SPR yang terang lagi nyata menyebelahi mereka, kewarasan telah dihumbankan ke laut Port Dickson apabila mereka mula menggunakan taktik yang paling kotor didalam sesebuah pilihanraya, iaitu KEKERASAN.
Ya, kekerasan yang melampau adalah jalan terakhir mereka untuk terus berkuasa walaupun sokongan rakyat semakin terlerai kini.
Semalam, mereka merobohkan khemah-khemah untuk program Pakatan Rakyat dengan ugutan dan kata.
Tak cukup dengan itu pada sebelah malam UMNo bertidak lagi dengan kekerasan menyerang pertugas PAS dengan begitu rakus sekali. Kita lihat kecederaan yang di alami oleh Pertugas PAS dengan berlumuran darah.
Sebelum ini kita di gembar gemburkan oleh media UMNO mengatakan ahli PAS menumbuk pelakon mereka(Mamu) cendol hingga mengakibatkan tekanan darah tinggi naik dan pening-pening serta muntah-muntah (Macam orang mengandung) angkuh mereka mengatakn PAS dah hilang akal terpaksa menggunakan kekerasan.
Bila kekerasan digunakan untuk membelasah ahli PAS dengan linangan darah, mereka senyap membuta dan membisu. Nyata disini UMNO dah hilang Isu dan hilang Hujah boleh dikatakan langsung tak berakal
Ini Papan tanda UMNO. Slogan digunakan "Jangan Gadaikan masa depan mereka"
Ini siapa pula yang mengadaikan masa depan kanak-kanak sekolah. Siap pakai baju BN lagi
Ini lagi menggunakan kanak-kanak sekolah hadir semasa penamaan calun apa dah jadi ni? dah tak ade ke orang dewasa
Sampai senget-senget beri ceramah bertajukan Siapa Anuar Ibrahim. Kita lihat sapa yang hadir
fo yo, kanak-kanak yang ramai. Tak payah senget-senget la. Kanak-kanak ini mungkin ingat ada tayangan kartun Ben 10 kut
Inilah budaya yang diamalkan dengan slogan 1 Malaysia Raayat di dahulukan. Kanak-kanak ini pun Raayat Malaysia juga. Anak yang didepan tu dah buka kasut lama sangat ceramah kut. Fikirlah sendiri siapa yang menggunakan kan kanak-kanak. UMNO ke pembangkang
PAS mengesan lebih banyak pemilih yang namanya dimasukkan dua kali dalam daftar pemilih, termasuk melalui kad pengenalan tentera, yang akan digunakan pada pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, Ahad ini.
Naib presidennya Salahuddin Ayub berkata, setakat semakan mereka sehingga tengah hari ini, sekurang-kurangnya 500 pemilih terlibat dengan keganjilan itu – yang membimbangkan parti kemungkinan pengundian dua kali.
Semalam Malaysiakini melaporkan parti itu mendakwa ia berjaya mengesan nama kira-kira 200 pemilih yang didaftarkan sebanyak dua kali di daftar tersebut.
Sehubungan itu, beliau akan membangkitkan kontroversi ini dalam pertemuan rombongan PAS dengan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di Putrajaya jam 3 petang ini.
"Kita harap, daftar pemilih ini dapat diputihkan," kata Salahuddin kepada Malaysiakini ketika dihubungi hari in
Rata-rata media kerajaan mengatakan Kelantan negeri termundur di Malaysia di Bawah Pemerintahan PAS. Naik jemu kita mendengar nya acapkali itu sahaja yang di ucapakan melalui media kerajaan. Mari kita lihat gambar ini membuktikan Kelantan bukan negeri mundur di bawah Pemerintahan PAS
boleh tak aku banding dengan negeri lain yang dibawah pemerintahan BN terdahulu..
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mencadangkan agar parti-parti pembangkang mendaftar Pakatan Rakyat sebagai sebuah gabungan yang sah seperti BN bagi membolehkan mereka berkempen sebagai satu pakatan.
"Daftarlah dengan Pendaftar Pertubuhan sebagai parti Pakatan Rakyat, dan SPR tidak akan kacau lagi," katanya merujuk kepada tindakan SPR menurunkan bahan kempen parti yang tidak bertanding di Bagan Pinang semalam yang mencetuskan kekecohan apabila penyokong pembangkang mengerumuni anggota penguatkuasa suruhanjaya itu.
Bercakap kepada pemberita di majlis sambutan Aidilfitri dan penyampaian sijil kepada petugas pilihan raya kecil Manik Urai di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 1 di sini malam tadi, Abdul Aziz berkata bahawa yang bertanding di Bagan Pinang adalah Pas dan Barisan Nasional manakala parti lain tidak membayar deposit dan tidak mendapat permit untuk berkempen.
"Sebab itu pasukan pemantau kita menurunkan bendera, simbol dan gambar parti yang tidak bertanding," katanya.
Abdul Aziz berkata SPR telah menasihatkan semua parti berhubung larangan berkenaan tetapi ada pihak yang masih berdegil.
"Apabila kita ambil tindakan tegas, saya harap mereka dapat menerimanya dengan hati terbuka," katanya.
Abdul Aziz juga berkata kenderaan yang dinaikinya telah dikepung pada hari penamaan calon di Bagan Pinang pada Sabtu lalu.
"(Kenderaan) kami ditahan. Kami dimaki hamun dan ditunjuk duit pada muka kita. Saya takut lihat muka mereka dan bimbang juga keselamatan kami seperti kenderaan diterbalikkan," katanya.
Ayid:>>> Bab ayat kami tak kacau, baik betul hati SPR ya
Allah Berfirman dalam Surah Al Israak pada Ayat 81 yang berbunyi. A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim. "Dan katakanlah: "Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap." Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap. " ShodaqALLAHul'Azim.
Laporan Azeez yang mendakwa telah ditumbuk oleh lebih kurang 10 orang penyokong PAS semasa hari penamaan calon mengemparkan seluruh negara.
Namun, dalam satu kenyataan yang diberikan oleh Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad hari ini membuktikan sebaliknya.
Ustaz Idris dalam kenyataannya, membuktikan bahawa dakwaan yang dibuat oleh Azeez adalah tidak benar apabila mendedahkan tiga keping gambar yang menunjukkan situasi sebenar semasa hari pencalonan tersebut.
(Gambar 1: Ketibaan Azeez dan rombongan di kawasan penyokong PAS)
"Penyokong PAS dikatakan menyerang beliau ketika beliau bersama Datuk Ismail Sabri berjalan berhampiran dengan kawasan penyokong PAS yang sebenarnya menjadi kawasan larangan bagi penyokong Umno-BN semasa hari penamaan calon sabtu lalu.
"Beliau telah membuat laporan Polis pada hari yang sama dan mendakwa mengalami lebam di tengkuknya. Beliau juga dilaporkan mengalami muntah-muntah dan telah dimasukan ke Hospital sehari selepas kejadian.
(Gambar 2: Azeez dicuit dan disapa oleh salah seorang penyokong PAS)
"Bagaimanapun 3 keping gambar yang menunjukkan kejadian sebenar telah diterima dan mengesahkan bahawa Azeez telah berbohong. Beliau melalui kawasan penyokong PAS walaupun sudah ditegur oleh pihak Polis,"jelasnya.
Tambahnya,ketika melalui kawasan berkenaan, seorang penyokong PAS menepuk bahu beliau, bukannya menumbuk seperti yang didakwa.
"Rakaman gambar yang dibuat menunjukkan beliau hanya tersenyum dan berlalu pergi tanpa adanya sebarang aksi tumbuk menumbuk.
"PAS mahu Azeez meminta maaf kepada rakyat Bagan Pinang dan seluruh negara atas pembohongan yang beliau lakukan. PAS yakin rakyat sedar bahawa lakonan beliau kali ini hanyalah semata-mata untuk meraih undi simpati dari rakyat,"tegas beliau sambil menambah bahawa rakyat jauh lebih bijak dari pemimpin BN yang gagal membuat skrip dan lakonan yang baik semasa hari penamaan calon.
(Gambar 3: Azeez dan rombongan berlalu pergi tanpa sebarang insiden)
Sementara itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mendakwa Azeez hanya mereka-reka cerita yang dia dipukul oleh penyokong pembangkang sewaktu penamaan calon semalam.
Salahudin berkata, Azeez telah datang menemuinya dan memberitahunya yang dia telah dipukul oleh sembilan pemuda PAS.
Katanya, sekiranya benar Azeez dipukul oleh sembilan orang, sekurang-sekurang tentu ada tanda bengkak atau cedera.
Bagaimanapun, menurut Salahuddin yang juga ahli Parlimen Kubang Krian, dia tidak nampak apa-apa kesan pada Azeez.
Malah, katanya, baju Azeez juga bersih dan tiada tanda kotor sebagai bukti berlaku pergelutan antaranya dengan mereka yang menyerangnya.
Bercakap dalam satu sidang akhbar semalam, Salahuddin menyifatkan dakwaan Azeez itu sebagai satu pembohongan untuk mengelirukan rakyat.
Sebelum ini, Azeez mendakwa dipukul dan diterajang semasa berada di tengah-tengah kelompok penyokong PAS di luar pusat penamaan calon pilihan raya kecil Bagan Pinang pagi ini.
Beliau mendakwa telah dipukul "bertubi-tubi" lebih 20 kali oleh sekumpulan individu yang tidak dikenalinya dalam suasana kelam-kabut itu.
"Yang saya tahu, lebih daripada sembilan orang kerumuni saya. Saya terima lebih daripada 20 tumbukan," katanya ketika dihubungi oleh sebuah akhbar portal. - mks.
Seorang bekas sarjan hari ini mengakui pernah terlibat memangkah BN bagi pihak anggota-anggota tentera dalam dua pilihan raya umum semasa bawah pentadbiran bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Abu Kassim, yang bertugas sebagai "sarjan gaji", berkata beliau dan beberapa kakitangan tentera dalam bahagian pentadbiran, seperti ketua kerani, mendapat arahan bagi memanipulasikan undi pos daripada pegawai pentadbir kem.
Abu, sudah kira-kira 10 tahun menyertai PAS, bagaimanapun tidak ingat tarikh tepat dan tempat peristiwa itu dengan alasan ia "sudah lama" berlaku.
"Saya tidak ingat. Lama sudah. Tetapi dalam pilihan raya besar (umum), zaman Dr Mahathir dulu," katanya kepada Malaysiakini pagi ini.
Anak kelahiran Kuala Pilah itu menganggotai tentera darat selama 23 tahun daripada 1969 sehingga 1989. Beliau paling lama berkhidmat di Markas Stesen Staf Port Dickson.
Abu kini seorang ahli jawatankuasa undi pos Pemuda PAS yang diketuai oleh ketua penerangan dewan itu Suhaizan Kaiat. Ayid>>>> Lagi tembelang undi POS di pertikaikan. Kali ini bekas Sjn membuat
Ramai tokoh-tokoh UMNO bertanya pendapat saya, apakah caranya untuk memulihkan UMNO. Saya terlebih akui bahawa saya bukan ‘orang politik’ untuk menghuraikan masalah UMNO. Namun, sebagai seorang yang dianggap ada sedikit sebanyak pengetahuan tentang Islam, saya ingin menyentuh soal Islam dalam UMNO.
Islam itu sebagai ad-din dalam kehidupan masyarakat Islam, termasuklah masyarakat melayu yang secara majoritinya mengakui Islam sebagai nadi hidup mereka. Jika UMNO inginkan masyarakat melayu menerima mereka, UMNO mestilah mendokong dan menjaga nadi hidup mereka ini dengan baik.
Justeru itu, jawapan saya mudah sahaja: “UMNO! Kembalilah kepada Islam tulen!” UMNO mesti memainkan peranan sebagai gerakan dakwah kepada Islam yang tulen, moderat dan progresif. Apabila saya kata demikian, bukan bererti saya menafikan keislaman UMNO sebelum ini, atau unsur-unsur Islam yang sedia ada dalam UMNO. Namun apa yang jelas keislaman UMNO itu perlu diperkukuh dan proses perbaikan kelemahan perlu dibuat segera.
Tokoh-tokoh pemikir yang baik, jujur dan progresif hendaklah dijadikan tonggak pengisian UMNO. Jangan paksa atau ajak ulama masuk UMNO, tetapi ambillah pendapat dan cadangan yang baik daripada para ulama yang ikhlas, progresif dan tidak berkepentingan. Jika hal itu dapat digarabkan ke seluruh pelusuk masyarakat melayu, penghayatan Islam akan meningkat, secara tidak langsung mudah-mudahan Allah memberikan kebaikan kepada niat yang jujur ini. Jika pun UMNO tidak menang pilihanraya, UMNO boleh menang pahala mengajak masyarakat menghayati Islam dan persepsi negatif akan dapat dikikis.
Jangan UMNO takut kehilangan undi bukan Islam, itu satu kesilapan. Islam jika ditonjolkan secara adil dan bijaksana ia akan menarik hati semua pihak. Masyarakat ingin melihat nilai akhlak dan budi yang baik. Dalam soal Islam, UMNO mestilah bebas dari unsur kemelayuan, kerana Islam agama sejagat. Jika Islam yang universal itu ditonjolkan, bukan sahaja boleh memikat perasaan mereka, bahkan mungkin menjadi dakwah untuk mengajak mereka kepada Islam.
Mungkin ada yang menganggap mustahil hal ini boleh berlaku dalam UMNO. Walaupun saya secara peribadi bukan ahli UMNO, namun pernah cuba membaiki dan menguatkan pegangan Islam dalam Kerajaan UMNO Perlis ketika saya menjadi Mufti Perlis. Alhamdulillah, saya melihat ada kesannya yang bukan sedikit
“Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, daripada Muhammad Pesuruh Allah kepada Hercules Pembesar Rom, salam sejahtera kepada sesiapa yang mengikut petunjuk. Seterusnya, aku menyeru kamu dengan seruan Islam, terimalah Islam nescaya kamu selamat. Allah akan memberikan kamu dua ganjaran. Jika kamu enggan, kamu menanggung dosa rakyat bawahanmu..(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Menjejaki sunnah itu, maka saya katakan kepada UMNO, lakukan proses islamisasi politik secara bersungguh-sungguh, nescaya kamu selamat!
PORT DICKSON: PAS mendakwa Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berbohong berhubung isu beliau dipukul oleh sembilan lelaki yang dipercayai penyokong PAS.
Malah Naib Presidennya, Salahuddin Ayub juga mendakwa Abdul Azeez sengaja mencetuskan provokasi dan mencari publisiti murahan.
"Beliau telah berbohong, beliau bercakap bohong dan beliaulah yang merupakan tokoh provokasi.
"Boleh saya katakan di samping pembohong, beliau juga merupakan pencari publisiti murahan... beliau sebenarnya tidak dipukul.
"Beliau sengaja lalu di kawasan yang telah diwartakan oleh SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) dan polis sebagai kawasan untuk penyokong Pakatan Rakyat... saya percaya beliau lakukan dengan niat," katanya dalam sidang media di Markaz Induk PAS di sini hari ini.
Salahuddin berkata demikian bagi mengulas mengenai insiden melibatkan Abdul Azeez yang mendakwa dipukul oleh penyokong PAS.
Menurut Abdul Azeez, beliau telah diserang oleh kira-kira sembilan orang lelaki yang memakai pakaian yang mempunyai logo PAS.
Jelas Salahuddin, beliau sempat bertemu dengan Abdul Azeez semalam di tempat penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang di dewan Majlis Perbandaran POrt Dickson dan menurutnya, beliau tidak nampak sebarang kesan lebam hasil daripada tumbukan seperti yang didakwa.
"Semalam beliau datang berjumpa dengan saya, saya melihat dengan mata kepala saya sendiri, mendengar dengan telinga saya sendiri bahawa beliau mengatakan telah dipukul oleh sembilan orang pemuda PAS.
"Awak boleh bayangkan kalau sembilan orang yang pukul, tentu ada kesan-kesan tumbukan... lebam.
"Malah hari ini saya telah meneliti gambar berwarna di akhbar, saya gunakan mikroskop yang agak canggih, saya tak nampak pun sebarang kesan di leher, tak nampak pun kesan lebam," katanya.
Ditanya sama ada PAS akan membuat laporan polis untuk menyangkal dakwaan Abdul Azeez itu, Salahuddin berkata: "Saya tak nak layan pembohong ini, saya ada banyak kerja lain nak dibuat... biarlah beliau mencari publisiti dalam beberapa hari ini," katanya.
mstar
Ayid>>>>>> Mengapa masuk kawasan yang dah hadkan. Memang saja mencari penyakit
Setiap kali ada pilihan raya kecil, pasti akan timbul seorang pelakun lagi , yang tidak kurang handalnya nya.
Kali ini UMNO mengemukan seorang pelakun handalan mereka yang bertaraf Datuk.
Kini dia muncul di Bagan Pinang dengan aksi berbeza. Sanggup membiarkan diri dibelasah hingga 9 orang.Berapa punya handal pelakun ini, sembilan orang menumbuk dia masih ada kekuatan lagi dan masih boleh bersuara dengan lantang nya. Umum nya kalau lah 9 orang menumbuk beliau, seorang 1 penumbuk dan cukup untuk beliau rebah dan tersungkur.
Kelebihan yang ada pada pelakun ini, dapat mengira orang yang menumbuk beliau, dasyat dan hebat.Kita sama-sama tunggu drama ini samada berhasil atau tidak mendapat pulangan modal kembali
Salam Pertemuan : Yang Tersurat Dan Yang Tersirat
-
Heboh di media sosial tentang posting yang dimuat naik oleh Ketua Pemuda
Umno pertemuan Presiden PAS dengan Presiden Umno. Pertemuan tersebut yang
di ada...
MUAFAKAT PAKATAN HARAPAN
-
MAKA dengan ini kami bersepakat dan bersetuju dengan muafakat bersama ini
sebagai perjanjian yang mengikat parti-parti kami.
Rakyat Malaysia berhasrat men...
Rumah untuk dijual di Rapat Setia Baru
-
Rumah banglo semi-d yang terletak di Rapat Setia Baru ini ingin dijual
dengan harga RM580,000.00. Harga boleh dirunding mengikut budi bicara.
Lokasi yang m...
Kutipan Dana PRK P067 Kuala Kangsar
-
Bersempena dengan pilihanraya kecil P067 Parlimen Kuala Kangsar yang akan
berlangsung pada 5 Jun akan datang, sudilah kiranya tuan-puan dan puan-puan
sek...
Dewan Ulama Pas - Tolong-tolong perati gambar ni...
-
Dah agak lama aku tak merapu merepek hal ehwal Pas, bukan tak ada isu,
banyak,, tetapi rasa dan meluat dah dengan gelagat segelintir pimpinan
Pas... entahl...
'UMNO' minta $650 Dari Najib?
-
EKSKLUSIF Keadaan menjadi semakin panas dalam Umno, apabila seorang
anggota yang mendakwa mewakili parti, memfailkan saman terhadap
Presidennya, Datuk Ser...
Kisah orang sombong sembelih diri sendiri!!!
-
Assalamualaikum...Hahahahaha..Lama dah tak gelak dalam blog
ni..Kehkehkeh..Maap ramai yang menunggu nak sokong dan tak lupa jugak yang
nak hentam aku......
42 peratus Cina yakin hudud adil untuk semua
-
Ketika masyarakat Cina dikatakan fobia dengan cadangan pelaksanaan hudud
oleh PAS, tinjauan Universiti Malaya (UM) mendapati sebanyak 42 peratus
responden ...
Mengenal Perbedaan Kopi Robusta dan Kopi Arabika
-
Salam Ngopi!!!
bagi penggemar kopi mungkin sudah tidak asing lagi apa itu Kopi Robusta dan
Kopi Arabika, Kopi Robusta dan Arabika dalam klasifikasi ilmiah...
-
Lama sungguh tak menjengah blog ni..bila dalam suasana Malaysia baru
ni..banyak pulak yang nak diluahkan di sini..
Banyak benda berubah..banyak benda terka...
-
Alhamdulillah..
Januari 2014 - 7 Mac 2017..
3 tahun tinggalkan blog sulung ini.
Terdetik malam ini nak buka balik..klik sign in..email..password..
Rupanya m...
Polemik Kalimah ALLAH
-
*Bermula apabila Kementerian Dalam Negeri di bawah Syed Hamid Albar
melarang majalah The Herald menggunakan kalimah Allah dlm penerbitan
mereka.....
Peribadi Pejuang. Coret coret ijtimak tarbawi 2013
-
Peribadi Pejuang
Pejuang senantiasa akan diuji Allah swt justeru itu adalah sunnah orang
berjuang.
Saya kongsikan 5 Tips untuk memastikan kita mampu berd...
MUKTAMAR DEWAN MUSLIMAT PAS
-
*Muktamar tahunan Muslimat Pas bermula pada 14-15 november.muslimat yang
dikasihi sekelian ayuhlah bersama-sama kita menghadiri muktamar kita semoga
mendap...