Berlagak seperti partinya tidak bermasalah sedangkan partinya sendiri bermasalah dalam menangani isu rasuah. Apa yang si mangkuk Muhyiddin nak masuk campur urusan parti lawan. Selesaikan dahulu masalah parti yang dipimpin olejh kamu sebelum nak tunjuk pandai.
Budak yang baru matang itu mungkin hilang ingatan yang partinya pun pernah bergolak. Biasalah masalah dalaman. Apa masalah Muhyiddin sebenarnya? Biarlah ia bertembung pendapat sebab tidak kacau parti UMNO sekali pun.
Adakah teguran Tok Guru ada kena mengena dengan Muhyiddin? Kenapa Muhyiddin beria-ia sangat mahukan kerajaan perpaduan? Kalau Muhyiddin mahukan kerajaan yang adil, masuk sahaja PAS. Keluarlah kamu daripada lembah dosa dalam UMNO.
Muhyiddin kenalah tahu, itu teguran seorang abang kepada adiknya dan anaknya. Kenapa dia mahu masuk campur urusan keluarga orang lain sedangkan masalah keluarga sendiri hiruk-pikuk.
Muhyiddin hanya bersuara bila ada parti lawan bermasalah tetapi untuk rakyat terus berdiam diri. Kenyataan yang tidak berapa cerdik pula menyusul dari Muhyiddin: …..secara zahirnya PAS nampak bersatu tetapi sebenarnya ia tidak, memandangkan terdapat kumpulan di dalamnya yang bersetuju dan ada yang tidak dengan cadangan kerajaan perpaduan di antara parti itu dengan Umno.
Kenyataan beria-ia Muhyiddin itu menunjukkan sebenarnya UMNO yang mahukan perpaduan sedangkan UMNO jugalah yang memecah belahkan perpaduan kaum: …banyak pihak di dalam PAS memandang sepi usaha Umno untuk mengukuhkan perpaduan umat Islam menerusi cadangan penubuhan kerajaan perpaduan di antara kedua-dua parti itu.
UMNO kata mahu kukuhkan Islam sedangkan UMNO sendiri yang menolak Islam. Cakap-cakap orang UMNO seperti cakap orang munafik.
Selain TPM, Naib Presiden UMNO, Zahid Hamidi pula bersuara entah datang dari mana tiba-tiba bersuara mengatakan: "Saya tidak berhajat untuk campur tangan dalam parti PAS tetapi saya fikir doa mereka (PAS) telah dimakbulkan kerana sebelum ini mereka yang mendoakan agar Umno BN berpecah.
Zahid Hamidi harus sedar yang dia sebelum ini bersekongkol dengan Israel dalam isu perang. Sememangnya tidak ada kemaluan Naib Presiden UMNO ini.
Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dan Tuan Guru Haji Hadi adalah nama besar didalam kepimpinan PAS sekarang.
TG Nik Aziz memegang jawatan Mursyidul Am, satu jawatan lebih mirip kepada Penasihat atau Pemantau Dasar. Jawatan Mursyidul Am adalah dilantik oleh Majlis Syura PAS.
Manakala TG Haji Hadi pula sebagai Presiden, jawatan yang dipertandingkan dalam Muktamar Agung PAS.
Lebih menarik, mereka berdua tinggal berjiran, Kelantan dan Terengganu dimana kedua negeri PAS pernah memerintah. Cuma bezanya PAS hingga kini masih memegang tampuk pemerintahan di Kelantan manakala Terengganu tumbang pada PRU 11 2004. Dari segi umur, TG Nik Aziz lebih tua dari TG Haji Hadi lebih kurang 15 tahun. Baca seeterusnya (Disini)
Lapan ahli parlimen dan dua ADUN pembangkang mungkin kehilangan kelayakan sebagai wakil rakyat ekoran mereka didakwa atas tuduhan menyertai perhimpunan agung dan kesalahan yang berkaitan dengannya.
Selain ahli parlimen PKR di Batu, Tian Chua - yang didapati bersalah atas tuduhan menggigit seorang anggota polis ketika dalam perjalanan ke Parlimen pada 2007 - tujuh lagi rakannya mungkin menerima nasib yang sama.Baca selanjutnya (Disini)
AYER TAWAR, 24 Oktober - 9.55 pagi : Kehadiran terkini di Himpunan One Black Perak hampir 1700 orang muslimat. Hebat..begitu ramai muslimat yang hadir dengan penuh semangat.
Sebentar tadi, Dr. Najihatus Solehah telah menyampaikan ucapan selaku pengarah program. Sekarang Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Perak, Ustazah Bariah Alang Sapri sedang menyampaikan ucapan dengan penuh semangat.
ADUN Changkat Jong, YB Haji Mohd. Anuar Sudin turut hadir memberi sokongan.
IPOH, 24 Okt: Dewan Pemuda PAS (DPP) Perak menyifatkan Pemuda Umno negeri itu pengecut dan penakut ekoran tidak mahu pula untuk berdeba
Mereka sebelum ini telah mengemukakan cabaran debat kepada Pemuda PAS negeri itu atas tajuk mencari kebenaran siapa benar siapa salah dalam insiden sidang DUN Perak 7 Mei lalu.
Cabaran yang disiar akhbar Sinar Harian edisi perak pada 22 Oktober lalu juga turut meminta DDP Perak menunjukkan bukti benarkah Adun BN bertindak merampas kerusi Speaker dari V.Sivakumar.
Mereka juga menuntut supaya DPP membuktikan adakah benar dakwaan bahawa Pakatan rakyat di pihak benar dan BN di pihak salah.
Namun, apabila DPP ingin menghantar surat menyahut cabaran itu semalam, Pemuda Umno pula didakwa mengelak dan tidak mahu untuk berdebat.
DPP Perak diketuai ketua penerangannya Mohd Akmal Kamarudin semalam telah pergi ke pejabat Pemuda Umno bagi menyerahkan surat menyahut cabaran debat tersebut.
Namun rombongan mereka dihalang oleh petugas pemuda Umno di tengah jalan 50 meter dari pagar bangnunan Umno Perak.
Petugas Pemuda Umno itu hanya memberitahu mereka telah diarahkan oleh ketua mereka untuk tidak menerima surat tersebut.
Surat tersebut antara lain memaklumkan DPP Perak bersedia pada bila-bila masa dan di mana sahaja untuk berdebat secara intelektual berhubung isu tersebut.
"Mengapa pemuda umno berdolak dalih, bukankah pemuda umno cabar supaya kami tunjukkan bukti, tapi bila kami nak tunjukkan bukti mengapa pemuda umno tak berani berdepan," kata Akmal.
"Apakah pemuda umno Perak tiada sebarang hujah sehingga menyebabkan mereka tidak berani berdepan dengan pemuda PAS Perak?" soalnya. _
Ayid>>> Mana nya berani nak berdebat. Ketua Pemudanya UMNO pun takut nak berdebat, ini pulak arnab-arnab nya tak payah dok ajak lah. UMNO suka pakai polisi 'change my mind' pagi cakap lain petang cakap lain.
Jarang sekali hati saya menjadi tidak sedap sepanjang melibatkan diri dalam kepimpinan Islam. Hati saya pernah bergolak di zaman bekas Presiden PAS yang mahsyur iaitu di zaman Allahyarham Dato’ Haji Mohamad Asri.
Di peringkat itu, saya terpaksa bersuara dan menunjukkan sikap saya yang ada sebahagiannya dirakamkan melalui buku saya yang berjodol “kemuncup dalam perjuangan.” Di waktu itu, saya masih ingat betapa sukarnya saya untuk memilih antara menegur atau mendiamkan diri.
Namun, setelah teringat bahawa Nabi SAW juga pernah ditegur oleh Allah SWT, maka, saya memutuskan untuk berdiri dengan santun dan saya pun katalah jua apa yang munasabah untuk dikata.
Saya memilih untuk mengambil sikap ini berasaskan adanya hujah nas yang memboleh, bahkan dalam keadaan-keadaan tertentu bersifat wajib untuk berbuat demikian. Sampai ke hari inipun saya masih berpegang dengan pendirian ini.
Untuk lebih terpimpin, mari kita terlebih dahulu perhatikan tiga petikan surah dan latar peristiwa disekitar tiga kisah ini. Ia ada dirakamkan didalam kitab suci al-Quran.
i). Dalam peristiwa Badar setelah perang berakhir yang memberi kemenangan kepada tentera Islam, terdapat sejumlah 70 tawanan perang. Apabila Nabi SAW membuka perbincangan, apa yang patut dibuat dengan tawanan-tawanan perang ini, Saidina Umar berpandangan, mereka semua perlu dibunuh manakala Sadina Abu Bakar pula berpendapat lebih baik mereka dibenarkan bebas setelah diambil wang tebusan.
Ditakdirkan Allah, keputusan yang ada dilangit adalah selaras dengan syur yang dikemukakan oleh Saidina Umar. Ia berbunyi: “Tidak patut bagi seorang Nabi mempunyai tawanan sebelum ia dapat melumpuhkan musuhnya di muka bumi. Kamu menghendaki harta benda duniawiah sedangkan Allah menghendaki (pahala) akhirat (untuk mu) dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Kalau sekiranya tidak ada ketetapan yang telah terdahulu dari Allah, nescaya kamu ditimpa seksaan yang besar kerana tebusan yang kamu ambil.” (Surah Al-Anfaal Ayat 67 – 68)
Dari sini, jelas bahawa tidak ada sesuatu yang pelik dalam tradisi menegur pemimpin didalam Islam.
ii). Peristiwa kedua ialah sewaktu Nabi S.A.W. bersumpah tidak akan meminum sejenis madu dari bunga tertentu kerana menerima teguran dari salah seorang dari isteri baginda S.A.W. sewaktu berada di rumah salah seorang isterinya. Dalam peristiwa ini, sekali lagi Nabi S.A.W. di tegur dengan lafaz berbunyi: “ Hai Nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yang Allah menghalalkannya bagi mu; kamu mencari kesenangan hati isteri-isteri mu? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah At-Tahriim Ayat 1)
iii). Dalam surah ‘Abasa, sekali lagi kita dapat saksikan teguran Allah S.W.T. ke atas Nabi S.A.W. yang dilihat tidak memberikan layanan kepada seorang buta ketika Baginda didatangi oleh pemimpin Quraish yang turut berada di dalam majlis yang sama pada waktu itu. Teguran Allah S.W.T. berbunyi: “ Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling, kerana telah datang seorang buta kepadanya. Tahukah kamu barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa). Atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberi manafaat kepadanya. Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup, maka kamu melayaninya.” (Surah ‘Abasa Ayat 1 – 6)
Apa isunya?
Isu yang ada di hadapan kita sekarang ialah isu kepimpinan. Biar saya mulakan begini. Saya boleh bersetuju dengan sebahagian dari tulisan Dr. Aziz Bari yang ada tersiar dalam akhbar Sinar Harian pada 19 Okt. 2009 di mukasurat N16. Antara lain, beliau mengemukakan teguran dan saranan seperti berikut :
“Dalam konteks sekarang Pakatan perlu dibenarkan membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan supaya kita dapat membezakan kelainan mereka melaksanakan Perlembagaan.” “Fungsi Dewan memantau kerajaan. Dalam sistem demokrasi berparlimen yang kita amalkan kerajaan pada hakikatnya dimiliki Dewan.” “Dengan itu mungkin sudah sampai masanya Pas membuat langkah drastik, sama ada mendisiplinkan Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamad Ali atau menyingkirkannya terus.”
“Bagaimanapun, ini tidak mudah untuk berlaku kerana Hasan dilihat mewakili golongan yang pro-Umno dalam PAS seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa dan penyokong mereka.”
“Dalam kekecohan di Selangor Abdul Hadi membisu sehingga di dalam parti sudah ada yang berkata bahawa Abdul Hadi adalah watak bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam PAS. Sementara itu Nasharuddin membela tindakan Hasan itu secara terbuka.”
“Saya fikir ada beberapa tokoh tertentu dalam PAS yang boleh merubah keadaan. Beberapa bulan kebelakangan ini imej dan kemampuan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak agak menonjol dan kelihatannya beliau mempunyai kemampuan untuk memimpin parti.”
“Saya tertarik dengan kelicikan Azizan menyiku Azman Shapawi, Naib Ketua Pemuda PAS dalam isu penjualan arak beberapa bulan lalu. Dalam pada itu organisasi PAS di Kedah dikatakan lebih baik daripada apa yang ada di Terengganu.”
“Buat masa ini, hanya 32 peratus pengundi yang yakin dengan kemampuan Pakatan. Jika PAS kekal dengan kapten yang ada ini (sokongan) mungkin akan berkurangan.”
Pandangan Saya
Atas pandangan inilah saya berfikir dan terus berfikir. Setelah berfikir sambil berdoa, maka saya berpuashati untuk mengatakan begini :
Kalau Umno boleh buat sesuatu dengan mengadakan Mesyuarat Agong Khas dan MCA pun boleh mengadakan EGMnya sehingga sempat menggugurkan Presiden dan Timbalan Presidennya.
Demikian juga dengan PKR yang telah membuat pindaan Perlembagaannya melalui Kongres Khas mereka. Maka kita?
Walaupun isu MCA benda lain, iaitu rasuah, kita lagilah tidak payah khuatir untuk adakan Muktamar Khas kerana kita bukan membawa isu rasuah . Isu kita ialah isu dua tiga kerat pemimpin bermasalah.
Masyarakat India pun boleh menentang Samy Vellu dengan mewujudkan parti lain. Maka pelik apa, kita panggil mesyuarat parti yang tergempar misalnya; mungkin dipanggil muktamar khaslah. Kalau nak kirakan, kitalah yang sepatut buat dulu.
Demi “tajdid” kita perlu buat Mesyuarat Agong Luarbiasa ini. Bila Mesyuarat Agong tak mahu tukar Presiden, misalnya maka tidak mengapalah. Kita pakat-pakat belalah.
Begitu juga dengan isu-isu disekitar Hassan Ali atau Mustafa Ali yang tak habis-habis dengan nak bekerjasama PAS dengan Umno ke arah kerajaan Perpaduan atau UG.
Tenggelam-tenggelam, timbul, kemudian dihidupkan. Kemudian dimatikan pula bila nampak orang marah. Apa ni?
Tidak boleh jadi ni, kita duk “ghok-ghak” (kacau) begini. Orang boleh terima atau tak boleh terima, bawa ke Muktamar Khaslah; senang cerita.
Biar tentu sah, nak ikut yang mana. Kita nak kekal yang mana dan buang yang mana.
Dengan Muktamar Khas yang boleh menjelaskan dan memutuskan banyak perkara ini, puak-puak atas pagar yang membuat swing votes dan mempengaruhi keputusan pilihanraya juga akan berpuas hati samada nak swing atau tak nak swing lagi kerana mereka sudah dijelaskan oleh keputusan Muktamar Khas berkenaan. Mereka jelas.
Biarlah kita ambil mandat baru sekali lagi. Mesyuarat biar ringkas;ambil sehari penuh atau dua hari penuh misalnya tetapi prosesnya mesti ringkas, dan keputusannya adil, telus, tepat, terus dan jelas. Undi perlulah sulit dan dilakukan di atas kertas .
Untuk kali ini, saya dengan kuat merasakan bahawa perlu ada perubahan dalam pemain-pemain penting yang menduduki kerusi kepimpinan PAS diperingkat pusat. Kalau nak kata ini persiapan ke arah PRU ke 13 pun, kata gi lah. Dan memang betul begitulah.
Ayid>>>>Ini jalan terbaik. Harap tiada yang tidak setuju atas cadangan Tok Guru tersebut
SHAH ALAM – Veteran UMNO, Datuk Aziz Shamsuddin menggesa pemimpin UMNO bersatu-padu melakukan proses pemutihan semula parti dalam memastikan gejala-gejala ‘tidak bersih’ termasuk mengambil tindakan tegas terhadap pemimpin yang terlibat dalam gejala politik wang.
Katanya, tindakan itu bagi memastikan parti terus kukuh dan diterima rakyat.
Menurutnya, pemimpin ‘tidak bersih’ harus menerima hukuman dan bukannya diberi peluang untuk bersama dengan pemimpin yang lain.
“Setiap pemimpin yang ‘buruk’ mesti dihapuskan segera demi masa depan UMNO. Saya yakin, parti ini mampu mencapai kejayaan besar jika semua ahli mengutamakan apa yang perlu ada pada seorang pemimpin,” katanya, semalam.
Menurutnya, jika pemimpin ‘tidak bersih’ itu terus dibiarkan bebas tanpa hukuman, UMNO harus bertanggungjawab terhadap apa akan berlaku kepada parti itu pada masa depan.
“Kita tidak boleh biarkan kerana ini akan menggalakkan lebih ramai pemimpin lain menimbulkan masalah.
“Kalau kita buat tak tahu, kita sengaja cari penyakit dan penyakit bukan senang untuk diubati jika tidak sesuai dengan ubat,” katanya.
Ayid>>> UMNO memang buat tak tahu aje. Bukti Bagan Pinang. .. berkokok lah Veteran UMNO Kini UMNO bebangga dengan kemenangan nya. Samapai kiamatpun tak akan berubah
KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Anggota Parlimen Bebas dari Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali pada Rabu membuat pengakuan bahawa beliau kini lebih cenderung untuk menyokong kepimpinan Barisan Nasional.
Beliau berkata kerjasamanya dengan PAS, yang terjalin ketika beliau bertanding menggunakan tiket parti itu pada pilihan raya umum lepas, sudah berakhir.
"Saya adalah ahli Parlimen Bebas dan bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak tetapi kecenderungan saya sekarang ini ialah menyokong Umno iaitu kepimpinan kerajaan sekarang sebab saya tengok sudah ada tanda-tanda positif yang cukup baik," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen Rabu.
AYID>>> LOMPAT JANGAN TAK LOMPAT TAPI JANGAN SILAP LOMPAT NANTI MAMPUS. INI BUKAN MAIN LOMPAT KATAK. INI LOMPAT POLITIK
KUALA LUMPUR 21 Okt. - Lelaki yang mendakwa dirinya ‘Rasul Melayu’, Abdul Kahar Ahmad, 59, dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan enam kali sebatan serta denda RM16,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini.
Beliau dijatuhkan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas lima tuduhan membabitkan penyebaran ajaran sesat yang diasaskannya.
Hakim, Abu Zaky Mohammad turut memerintahkan Abdul Kahar, ditahan di Pusat Pemulihan Akidah Baitul Iman pada enam bulan terakhir hukuman penjara tersebut.
Hukuman penjara itu diarahkan berkuatkuasa dari tarikh tertuduh ditangkap iaitu pada 16 September lalu. - Utusan
Saya hormat beliau sebagai seorang yang hebat dalam bidang perundangan. Beliau yang hanya sebagai ahli akademik tidak sama dengan orang yang duduk di medan perjuangan. Melebelkan seorang dalam kepimpinan PAS ada yang pro Umno adalah tuduhan yang berat. Apa asas beliau mengatakan pimpinan PAS pro Umno (Sinar Harian 19/10/09).
Adakah semata-mata kerana buat rumah terbuka orang umno datang maka orang ini dianggap pro umno. Kalau itulah tuduhan yang tidak ada fakta yang kuat amat malanglah sebagai seorang ahli akademik. Perlu diingat PAS sebagai sebuah parti yang besar dan matang dalam sepak terajang politik, pernah berada di dalam Kerajaan persekutuan (BN) dan pernah hanya menang 1 kerusi Parlimen sahaja dalam pilihanraya umum.
Sebagai parti yang dihormati oleh kawan dan lawan, parti yang ada prinsip, yang tidak pernah hanyut oleh suasana dan keadaan. Setiap perubahan yang hendak dibuat kita mengambil kira aspek hukum yang dipandukan kepada Al-Quran, Hadis, Ijma’ dan Qias. PAS bukan parti yang ikut suasana dan peralatkan agama untuk kepentingan politik. PAS tidak pernah khianat kawan dalam apa keadaan sekalipun.
Prof Aziz boleh lihat tidak ada sejarah PAS meninggalkan kawan dalam apa-apa keadaan. Kalau Tuan Guru Haji Hadi Awang gila sangat dengan umno, kenapa beliau menolak awal-awal lagi pelawaan Dato’ Seri Abdullah Badwi membentuk kerajaan bersama Umno selepas PRU 2008. Kalau beliau gila sangat dunia beliau tidak korbankan ijazah sarjana (MA) di awal tahun 1970 an. Kalau beliau hendak dunia lebih baik beliau menjadi ahli akademik, sewaktu itu berapa orang sangat yang ada kelulusan MA di negara ini.(Baca seterusnya)
ALOR STAR: Akibat malu mengandung anak luar nikah, seorang penuntut kolej kejururawatan nekad melahirkan bayinya bersendirian di sebuah rumah kosong di Kampung Kedondong, Pokok Sena, dekat sini, Jumaat lalu.
Bagaimanapun, bayi perempuan seberat tiga kilogram itu meninggal dunia sejurus dilahirkan dipercayai terjatuh.
Ketua Polis Daerah Kota Star, Asisten Komisioner Abdul Ghafar Rajab, berkata penuntut berusia 25 tahun itu dipercayai melahirkan bayi berkenaan antara jam 6 pagi dan 11.30 pagi, Jumaat lalu, tetapi hanya mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, petang esoknya berikutan mengalami pendarahan yang banyak.
“Dia memotong sendiri tali pusat bayinya itu dan membalutnya dengan kain. Penuntut terbabit dipercayai tidur di rumah kosong itu bersama bayinya, tetapi terpaksa ke hospital kerana mengalami sakit perut melampau dan pendarahan serius,” katanya.
Abdul Ghafar berkata, doktor yang merawat penuntut itu mengesyaki sesuatu mencurigakan sebelum menghubungi polis.
Difahamkan, penuntut kolej kejururawatan di Kuala Lumpur itu menjalani latihan amali di sebuah hospital di sini dan dalam tempoh itu dia berjaya menyembunyikan kandungannya tanpa pengetahuan sesiapa.
Berikutan itu, dia yang terasa sakit hendak bersalin pergi ke rumah kosong di kampung berkenaan untuk melahirkan bayinya bersendirian.
Abdul Ghafar berkata, sejurus menerima laporan, polis bergegas ke tempat kejadian dan menemui mayat seorang bayi perempuan dibungkus dengan kain di belakang tandas rumah berkenaan.
“Siasatan awal mendapati bayi itu cukup sifat dipercayai dilahirkan antara jam 6 pagi dan 11.30 pagi Jumaat lalu dan hanya ditemui keesokannya. Bayi itu dihantar ke Jabatan Forensik, HSB untuk dibedah siasat.
“Hasil bedah siasat mendapati terdapat keretakan pada kepala bayi itu dipercayai terjatuh selepas dilahirkan. Bagaimanapun, siasatan masih diteruskan untuk mengetahui punca sebenar kematian bayi itu,” katanya.
Polis juga masih menyiasat sama ada bayi itu hasil hubungan sulit penuntut berkenaan dengan teman lelakinya atau orang lain.
Beliau berkata, penuntut itu kini masih mendapatkan rawatan di wad HSB dan polis menahannya sejurus dia pulih.
Kes akan disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan jalan membuang mayat bayi secara sulit yang mana sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Ayid>>> Apa dah jadi 1 malaysia sekarang banyak sangat anak luar nikah
TIGA gadis Melayu menari atas meja sebuah pusat hiburan di KL Sentral
KUALA LUMPUR - Pengunjung sebuah pusat hiburan di KL Sentral seolah-olah ingin menunjuk handal apabila tanpa segan silu meneguk arak serta melakukan tarian aksi lucah di atas meja yang dituang arak dan dinyalakan api. Mereka yang rata-ratanya gadis Melayu, berpakaian seksi berdiri di atas meja penerima pesanan dan mula menari dengan aksi menggiurkan mengikut irama muzik yang rancak(disini)
TIGA gadis Melayu menari atas meja sebuah pusat hiburan di KL Sentral dalam intipan wartawan Kosmo! baru-baru ini.
Jika inilah budaya 1 Malaysia, maka tidak hairanlah kita dimana semalam kita di kejutkan dengan kelahiran bercambahnya anak luar nikah yang nisbahnya amat-amat memilukan dan menguris hati. Apa dah jadi kepada anak bangsa kita ini.
Melihat akan gerak-geri tarian mereka, perbuatan gadis terbabit seolah-olah meniru budaya Patpong yang terdapat di Thailand.
. Allaah berfirman dalam surah Al Maa-idah pada Ayat 90 hingga 91 A’uzubILLahi minas syaitonnirrojim” Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) arak, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan . Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) arak dan berjudi itu, dan menghalang kamu dari mengingati Allah dan sembahyang; maka berhentilah kamu (dari menegerjakan perkara itu) “ShodaqaALLAHUL ‘aZIM
Surat terebut berbunyi . Dengan nama Allah yang maha Pemurah dan lagi Maha mengasihani. Daripada Muhamad bin Abdullah kepada Herculis salam sejahtera kepada mereka yang mengikut pertunjuk. Sesungguhnya aku menyerukami dengan seruan Islam. Anutilah Islam, kamu akan selamat . allah akan memberi dua pahala kepada kamu. Sekiranya kamu menolaknyakamu memikul dosa para peladang. Katakanlah (Wahai Muhamad) “Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu kalimah yang sama antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah selain Allah . Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) berpaling (enggan) maka katakanlah kepada mereka . “Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang Islam (Maksud Aali Imran 64)
(28) Qaisar ialah gelaran yang diberikan kepada raja-raja Rom
Sumber: Kitab Sirah Rasullullah (Tahun ke enam Hijrah)
KOTA BAHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan perbuatan mereka yang membuang bayi adalah sama dengan sikap kaum Jahiliyyah di Mekah iaitu kaum yang terkenal dengan keruntuhan akhlak dan moralnya.
Mursyidul Am PAS itu berkata beliau bimbang dengan sikap golongan itu yang menjadi penyakit kepada masalah sosial di negeri itu.
"Golongan ini mereka menolak agama, mereka suka kepada dunia dan wang tanpa memikirkan agama. Mereka sanggup terlibat dalam zina, dadah dan jenayah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis sambutan Aidilfitri di sini hari ini.(Baca seterusnya disini)
Ahli dan pemimpin Umno diminta jangan bersikap seperti serigala yang hanya mementingkan diri sendiri.
Sebaliknya, mereka perlu bersikap seperti arnab yang mencari yang sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri dan membuat perubahan dalam diri sendiri.
Gesaan itu dibuat oleh wakil Pulau Pinang, Datuk Shahabudin Yahaya ketika berucap membahaskan ucapan dasar presiden Umno di PWTC hari ini.(Disini)
Ayid>>>>Bila dikatakan bahawa UMNO mengajak ahli mengikut cara arnab..... suatu pekara yang pelik telah dijadikan pedoman kah.. kah.. kah.. kah.
Dalam dunia binatang tak ada manusia tapi dalam dunia manusia ada kebinatangannya
setiap ekor arnab jantan matang perlu disedaiakan sekurang-kurangnya dua ekor arnab betina lebih baik tiga ekor
Sala satu sebab, mengapa arnab betina perlu lebih dari dua ekor sebab, arnab jantan yang matang menpunyai naturi seks yang tinggi
Arnab tidak logik jika dibuat perbandingan untuk cara hidup manusia yang bertemadun. Apakah tidak ada lagi perbandingan untuk dibuat teladan, seperti Para-para Nabi, sahabat-sahabat Nabi dan Para Ambiak
KUALA LUMPUR: Amalan seks bebas di kalangan remaja pada masa ini boleh dianggap memasuki zon kritikal apabila data dikumpul daripada dua rumah perlindungan wanita di Lembah Klang mencatatkan 2,701 kes kehamilan luar nikah sejak 1996 sehingga September lalu.
Ini lah akibatnya jika hukum tuhan tidak dijalankan dengan sepenuhnya. Mungkinkah dengan tertubuhnya nanti Dewan Ulama UMNO akan dapat mengatasi masaalah remaja yang tak bermoral ini, hingga melahirkan akan haram yang bercambah dah nak macam jering cambah pula banyak nya.(Laporan penuh baca disini)
Dalam Al Quran Aalah berfirman dalam surah An Nur ayat 2
Dapatkah Dewan Ulama UMNO yang akan di tubuhkan nanti membenteras perkara begini. Beranikah Dewan Ulama UMNO untuk menegur jika dewan ulama tersebut di tubuhkan.
Mana mungkin UMNO dapat menegkan Islam sebagaimana yang di impikan mereka, jika pergaulan seperti ini masih tidak dapat di lupakan oleh mereka.
Mungkinkah UMNO hanya akan layak untuk menubuh hanya dewan seperti berikut:
Dewan Putra/Puteri UMNO
Dewan Makan
Dewan Campur-campur
Ini semasa persidangan UMNO di PWTC mererka duduk tidak lagi mengenali jantina masing-masing
Dapatkah dewan ULAMA UMNO nanti akan memeperbetulkan perkara sebegini
Selamat Hari Raya Aidiladha 1445H/2024
-
Mari kita sama-sama menghayati erti pengorbanan sebenar yang dilakukan oleh
Nabi Ibrahim (RA) dalam membuktikan ketaqwaannya kepada Allah SWT.
Salam Aidi...
Salam Pertemuan : Yang Tersurat Dan Yang Tersirat
-
Heboh di media sosial tentang posting yang dimuat naik oleh Ketua Pemuda
Umno pertemuan Presiden PAS dengan Presiden Umno. Pertemuan tersebut yang
di ada...
Gendang dah berbunyi
-
SPR telahpun mengumumkan tarikh untuk diadakan pilihanraya umum kali ke-14
iaitu pada 9 Mei nanti.
Gegak gempita alam maya apabila tarikh yang diumum SP...
Sidang Media Iftar Jamai'e PAS Perak
-
Sesi penerangan Dan soal-jawab bersama media Dan Blogger PAS Perak,
berlangsung Bermula jam 5:30 petang di restoran Hadromout Paradise,
Ipoh, Perak.
Me...
Pengumuman calon Pas untuk P067 Kuala Kangsar
-
Calon bagi Parti Islam SeMalaysia (PAS) untuk pilihanraya kecil P067 Kuala
Kangsar akan diumumkan malam esok, 27 Mei 2016 pada jam 9.00 malam
bertempat d...
Jom kita lihat isu ni pulak -
-
Apa yang boleh aku nak kata kan, hanya sekadar kesian,, itu sahaja yang aku
mampu,,, maka akan aku cuba paparkan, agar ada pihak-pihak yang dapat
membantu ...
'UMNO' minta $650 Dari Najib?
-
EKSKLUSIF Keadaan menjadi semakin panas dalam Umno, apabila seorang
anggota yang mendakwa mewakili parti, memfailkan saman terhadap
Presidennya, Datuk Ser...
Bakal Mursyidul Am Pas jawap fitnah
-
Semoga puak-puak yang suka menghentam,memfitnah dan mahu menjatuhkan Ulama
dalam kepimpinan PAS sedar diri....
Ingatlah....Jebon PASMA itu tetap jebon....
RATIB UG ... TIMBUL TIMBALAN PERDANA MENTERI
-
Ratib UG di mainkan semula sekalipun yang meratib itu sudah pening angguk
geleng . PAS yang masih bersedih dengan kehilangan Tuan Guru Nik Abdul Aziz
teru...
Kisah orang sombong sembelih diri sendiri!!!
-
Assalamualaikum...Hahahahaha..Lama dah tak gelak dalam blog
ni..Kehkehkeh..Maap ramai yang menunggu nak sokong dan tak lupa jugak yang
nak hentam aku......
42 peratus Cina yakin hudud adil untuk semua
-
Ketika masyarakat Cina dikatakan fobia dengan cadangan pelaksanaan hudud
oleh PAS, tinjauan Universiti Malaya (UM) mendapati sebanyak 42 peratus
responden ...
Mengenal Susu Kambing Etawa yang kaya akan Manfaat
-
Susu kambing etawa, juga dikenal sebagai susu kambing perah Etawa, berasal
dari kambing jenis Etawa yang berasal dari Indonesia. Susu ini memiliki
beberap...
Berkongsi rezeki
-
Assalammualaikum, semua. Apa khabar? Muthiah... Alhamdulillah. Sihat. Masih
dalam misi ingin menurunkan berat badan bagi mendapatkan berat badan
idaman. ...
jangan buat hati mak bapak cuak..!
-
Geram..?
Gelisah..?
Galau..?
Cuak..?
Bimbang..?
mana satu perasaan kita sekarang..bila situasi ini berleluasa tanpa
pantauan..?
mengapa kita masih ambil ...
-
Bismillah..
Sedekah bukan sahaja berbentuk kewangan dan harta benda. Bahkan sedekah
mencakupi aspek tenaga, usaha, tindakan, ketelusan dan ketulusan...
Polemik Kalimah ALLAH
-
*Bermula apabila Kementerian Dalam Negeri di bawah Syed Hamid Albar
melarang majalah The Herald menggunakan kalimah Allah dlm penerbitan
mereka.....
Peribadi Pejuang. Coret coret ijtimak tarbawi 2013
-
Peribadi Pejuang
Pejuang senantiasa akan diuji Allah swt justeru itu adalah sunnah orang
berjuang.
Saya kongsikan 5 Tips untuk memastikan kita mampu berd...
MUKTAMAR DEWAN MUSLIMAT PAS
-
*Muktamar tahunan Muslimat Pas bermula pada 14-15 november.muslimat yang
dikasihi sekelian ayuhlah bersama-sama kita menghadiri muktamar kita semoga
mendap...