Showing posts with label Lompat Parti. Show all posts
Showing posts with label Lompat Parti. Show all posts

Saturday, May 15, 2010

Nik Aziz: Wakil rakyat lompat parti ibarat ‘tidak akil baligh’


KOTA BARU, 15 Mei — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan wakil rakyat yang lompat atau keluar parti sebagai “tidak akil baligh” atau matang dalam politik.

“Akil baligh ini bukan saja semestinya dari segi umur seseorang tapi dalam politikpun ada akil baligh juga. Orang yang lompat parti dan masuk parti politik lain adalah mereka yang tidak akil baligh dalam politik,” katanya.

Dipetik Bernama, Menteri Besar Kelantan itu mengakui perbuatan itu menjadi amalan biasa dalam politik sekarang.

Katanya, malah di kalangan pemimpin PAS sendiri pernah berlaku keadaan sebegitu ketika di peringkat awal kerana masih belum mengenali perjuangan politik Islam sebenar parti itu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan program JPM Super Drive Challenge KB 2010, di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, di sini hari ini, ketika diminta mengulas keputusan Ahli Parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong, mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) semalam.

Wee muncul wakil rakyat terbaru keluar PKR semalam atas kesal dengan kepimpinan PKR dan pakatan pembangkang yang gagal mengambil tindakan terhadap skandal pasir di Dengkil, Selangor.

Sebelum ini empat Ahli Parlimen PKR sudah menjadi wakil rakyat Bebas di Dewan Rakyat.

Malah lima Ahli Dewan Undangan Negeri PKR juga sudah menjadi wakil rakyat Bebas iaitu di Kedah, Perak dan Selangor.

Tindakan tiga Adun iaitu dua dari PKR dan seorang wakil DAP di Perak membawa kepada tumbangnya kerajaan negeri Perak pimpinan Pakatan Rakyat awal tahun lalu.

Kini tumpuan memfokus terhadap Kedah ekoran perbezaan empat kerusi antara Pakatan Rakyat dan barisan pembangkang.-Malaysian Insider

Wednesday, March 3, 2010

Seorang lagi keluar KEADILAN, 12 lain lafaz taat setia


6 pkr PETALING JAYA: Dua belas ahli parlimen Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) , yang diramalkan nyaris-nyaris keluar parti, hari ini
menyifatkan berita itu sebagai karut dan pada masa yang sama mengulangi ketaatan mereka kepada parti.

Bercakap kepada media di ibu pejabat KEADILAN di Tropicana di sini pagi ini, kumpulan itu yang diketuai oleh Ahli Parlimen Teluk
Kemang, Datuk Kamarul Baharin Abbas berkata mereka tiada hasrat untuk keluar parti.

Selain Kamarul, mereka ialah Ahmad Kassim (Kuala Kedah), Azan Ismail (Indera Mahkota), Abdullah Sani (Kuala Langat), Abdul Aziz
Abdul Kadir (Ketereh), Yusmadi Yusoff (Balik Pulau), S Manikavasagam (Kapar), N Gobalakrishnan (Padang Serai), Rashid Din
(Merbok), Loh Gwo-Burne (Kelana Jaya), Amran Ab Ghani (Tanah Merah) dan Hee Loy Sian (Petaling Jaya Selatan).

Bagaimanapun, ketika mereka ini melafazkan taat setia mereka kepada parti, Ahli Parlimen KEADILAN – Bagan Serai, mengumumkan
keputusannya untuk keluar parti untuk menjadi wakil rakyat bebas.

Mohsin merupakan ahli parlimen ketiga dari KEADILAN keluar parti dalam tempuh dua minggu lalu, selepas Ahli Parlimen Nibong Tebal
Tan Tee Beng dan Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bayan Baru) bertindak keluar parti.

Mereka memberi alasan hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinan sebagai sebab keluar parti.


Sumber

Ayid>> Mereka diamanahkan oleh rakyat untuk memimpin, kesudahan mereka berpaling tadah.

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak