Saturday, May 22, 2010

Lesen judi: Rakyat seluruh negara terus protes


Pemuda PAS hari ini menggerakkan bantahan 'pemanas badan' terhadap tindakan kerajaan meluluskan lesen perjudian bola sepak. Perhimpuna
n berlaku di lima negeri hari ini sebelum perhimpunan besar-besaran di Kuala Lumpur pada 3 Julai bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong. Di Perak, kira-kira 300 orang, termasuk bukan Islam, mula berkumpul di perkarangan masjid negeri di Masjid Sultan Idris Shah II di Ipoh sejak jam 2 petang. Ketua penerangan pemuda PAS Perak Mohd Akmal Kamarudin mendakwa perhimpunan mereka hari ini disuraikan oleh polis tidak sampai sepuluh minit berlangsung.
Tambahnya, beliau sendiri tidak sempat berucap kerana "ditarik" oleh pihak polis. Katanya, peserta protes tersebut hanya sempat melaungkan slogan antaranya "Tarik balik lesen judi bola", "Najib bapa judi" dan "Hancur Umno," sebelum dihentikan sekumpulan anggota polis. Beberapa pemimpin Pakatan Rakyat negeri, termasuk ahli parlimen Gopeng Dr Lee Boon Chye dan ketua pemuda PAS negeri Zawawi Hassan bagaimanapun sempat berucap ringkas. Sementara itu, di Masjid Pengadang Baru di Kuala Terengganu, perhimpunan 45 minit disertai ratusan orang difahamkan berjalan 'lancar dan tenang' selepas solat Jumaat. Presiden PAS kurang sihat Ketua penerangan pemuda PAS negeri Nik Zawawi Salleh berkata perhimpunan itu diisi dengan ucapan pemimpin Pemuda PAS negeri, termasuk beliau.
Menurut Nik Zawawi, presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang sebelum ini dilaporkan akan menyertai perhimpunan itu bagaimanapun tidak berbuat demikian kerana "kurang sihat". Abdul Hadi hanya hadir membacakan khutbah di masjid tersebut. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada khutbah yang disampaikan Abdul Hadi turut mengulas berhubung isu lesen judi tersebut. Nik Zawawi berkata, turut hadir ke perhimpunan itu Setiausaha Perhubungan PAS Yahya Ali dan ketua Pemuda PKR negeri (AMK) Faris Musa.
Manakala di Pulau Pinang perhimpunan di Masjid Permatang Gajus, Permatang Pauh dihadiri ratusan, kata ketua pemuda PAS negeri Yusni Mat Piah. Selain memberikan risalah kepada umat Islam yang hadir menunaikan solat Jumaat, kumpulan itu turut membawa sepanduk bertulis "Umno halalkan judi". Turut serta ketua penerangannya Zakaria Hamzah, yang dipertua PAS kawasan Permatang Pauh Omar Hassan serta ketua AMK negeri Amir Ghazali. Yusni berkata hanya sebuah kenderaan peronda polis berada di situ bagi mengawasi perhimpunan selama kira-kira 40 minit di masjid berkenaan. "Polis beredar selepas melihat keadaan terkawal", tambahnya lagi. 'Yes bola, no judi' Di Negeri Sembilan pula, perhimpunan juga berjalan dengan aman di Masjid Negeri, Seremban, kata ketua pemuda PAS negeri Mohd Khairil Anuar Mohd Wafa.
Katanya, ratusan orang yang hadir di perhimpunan itu, termasuk daripada NGO Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), yang membawa sepanduk bertulis "Judi bola haram" dan "Yes bola, no judi". Perhimpunan itu turut disertai Pesuruhjaya PAS negeri Zulkifli Omar dan ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin yang turut menyampaikan ucapan. - Baca selanjutnya(sini)

No comments:

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak