Wednesday, May 19, 2010

TERKINI: Bung Moktar dipenjara, Zizie didenda RM1 ribu

Ahli parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar hari ini dihukum penjara sebulan oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur atas kesalahan berpoligami tanpa kebenaran dan bersubahat atas kesalahan tersebut.

Beliau juga didenda RM1,000 bagi satu lagi tuduhan.

Bung Moktar berhadapan dengan satu lagi hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal menjelaskan denda tersebut hari ini.

Isteri keduanya, pelakon Zizie Izette Abd Samad pula didenda RM1,000 bagi setiap dua kesalahan.

Zizie juga menghadapi hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal menjelaskan denda tersebut hari ini.

Hukuman dijatuhkan oleh hakim syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad.

Mahkamah sebelum ini mendengar pengakuan salah daripada semua tertuduh.

Semalam, mahkamah mendengar hujahan daripada peguam kepada dua tertuduh utama Bung Moktar dan Zizie.

Rayuan bagi lima lagi tertuduh yang merupakan jurunikah dan saksi bagi kes poligami tanpa kebenaran mahkamah itu juga dikemukakan bersama oleh peguam syarie Amli Embong.

Dalam rayuannya terhadap tuduhan yang dihadapi Bung Moktar dan Zizie, Amli berkata mahkamah perlu mengambil kira pengakuan bersalah oleh tertuduh apabila pertuduhan dibacakan kepada mereka.

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang hadir hari ini turut membuat kecoh apabila mereka tidak dibenarkan masuk sehingga ahli keluarga tertuduh dan wartawan masuk dahulu ke kamar mahkamah berikutan tempat duduk yang terhad.

Pada perbicaraan semalam NGO yang diterajui oleh kumpulan bertindak untuk kesetaraan gender (JAG) mendesak supaya Bung Moktar mengosongkan kerusi parlimennya kerana melanggar undang-undang ekoran berpoligami tanpa kebenaran.- Malaysiakini

No comments:

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak