Friday, May 21, 2010

Hub Pendidikan bukti Melayu P. Pinang tidak dipinggirkan

"Usaha Ketua Menteri Lim Guan Eng yang mencontohi kepimpinan tokoh Islam Umar Abdul Aziz bahawa pendidikan merupakan elemen penting yang mampu membawa rakyat keluar daripada kepompong kemiskinan wajar mendapat pujian.



PETALING JAYA : Langkah kerajaan negeri Pulau Pinang semalam yang mahu menyediakan kawasan seluas 200 ekar di kawasan Balik Pulau untuk pembangunan Hub Pendidikan Cemerlang dipuji.

Hub pendidikan yang dicadangkan untuk pembinaan kampus institusi pengajian tinggi Islam antarabangsa Universiti Al-Azhar merupakan bukti kerajaan negeri itu komited dalam usaha memartabatkan pendidikan Islam di pulau itu.

Mengalu-alukan usaha itu, Ahli Parlimen kawasan terbabit Yusmadi Yusoff berkata selaras dengan usaha untuk menjadikan pusat pendidikan sebagai salah satu agenda utama di situ secara tidak langsung mampu memberi manfaat besar kepada penduduk tempatan.

Yusmadi berkata, kewujudan hub pendidikan juga mampu menggalakkan pelajar tempatan belajar dalam negara, dan mampu mengurangkan beban kos pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Katanya, kewujudan universiti itu di Pulau Pinang mampu menggalakkan lagi pendidikan keagamaan, sekaligus merancakkan sektor ekonomi di negeri itu.

Mengambil kira kedudukan kawasan Balik Pulau yang strategik dan berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, hub pendidikan itu mampu meningkatkan lagi aktiviti pelaburan daripada luar negara.

"Komitmen kerajaan negeri menyerahkan peruntukan RM1.75 juta kepada 21 buah Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Maahad Tahfiz di Pulau Pinang semalam bagi tujuan menaik taraf juga sangat membanggakan.

"Usaha Ketua Menteri Lim Guan Eng yang mencontohi kepimpinan tokoh Islam Umar Abdul Aziz bahawa pendidikan merupakan elemen penting yang mampu membawa rakyat keluar daripada kepompong kemiskinan wajar mendapat pujian.

"Ini sekaligus dapat melenyapkan tohmahan palsu Umno-Barisan Nasional (BN) yang mendakwa kaum Melayu dipinggirkan," katanya.-Free Malaysia today

No comments:

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak