Showing posts with label Judi Halal di Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Judi Halal di Malaysia. Show all posts

Saturday, June 26, 2010

Mahathir ‘pelupa’ PAS juga bantah judi zamannya


KUALA LUMPUR, 25 Jun: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad disifatkan ‘pelupa’ apabila menuduh PAS hanya menentang judi bola sempena musim bolasepak Piala Dunia 2010 ini.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad (gambar) berkata, tuduhan Dr Mahathir itu juga satu fitnah dan menyerlahkan kedangkalan mantan perdana menteri itu.

PAS katanya, sejak awal penubuhan lagi konsisten dengan perjuangan menentang sebarang bentuk judi yang diluluskan di negara ini termasuk pada zaman pemerintahan Mahathir.

"Beliau lupa bahawa ketika beliau menjadi Perdana Menteri, PAS membantah kelulusan lesen judi yang beliau hadiahkan kepada Syarikat Bukit Tinggi Resort yang hampir muflis," katanya.

Tegasnya lagi, sikap Mahathir sejak dahulu menyokong judi dan kini memberi sokongan pula kepada Datuk Seri Najib Razak, hanya membuatkan orang memandang rendah kepada beliau termasuk dari kalangan Umno sendiri.

Najib yang juga presiden Umno, katanya, kini sedang menerima tekanan kuat ekoran kelulusan lesen judi oleh kerajaan yang diterajuinya.

Ianya termasuk dari sayap pemuda dan Puteri Umno Perak, Kedah, Pulau Pinang, Terengganu, Johor dan Pahang.

"Jelas isu judi menjadi kudis dalam pentadbiran Najib yang juga cucu kepada Pengerusi Genting (syarikat judi terbesar negara) yang pertama, Tan Sri Mohammed Noar Omar," katanya lagi.

Dalam pada itu, PAS katanya merakamkan ucapan tahniah kepada pihak polis yang berjaya menahan dan membongkar kegiatan bookie dan sindiket judi haram akhir-akhir ini.

"Gerak kerja polis akhir-akhir ini membuktikan bahawa kerajaan mampu menghapuskan sindiket judi haram dan tiada sebab mengapa judi harus dihalalkan dengan pengeluaran lesen," ujarnya.

Sementara itu, PAS mewajibkan seluruh ahlinya turun pada himpunan 100 ribu membantah judi pada 3 Julai ini yang dianjurkan Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ).

Organisasi PAS di semua peringkat diminta mengedar risalah kempen membantah judi dan mengadakan program penerangan berkaitan isu ini di kawasan masing-masing.

"PAS juga mengajak masyarakat Cina dan India turun beramai-ramai bagi menafikan dakwaan Mahathir yang mengatakan mereka adalah masyarakat yang suka berjudi.

"Pemimpin Umno disemua peringkat juga dicabar untuk turut serta bersama rakyat dan NGO yang membantah pemberian lesen judi ini," katanya.

Harakahdaily

Wednesday, June 9, 2010

Najib sepatutnya di Gantung Kerana Menipu

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak harus dihadapkan ke Jawatankuasa Hak Dan Keistimewaan kerana mengelirukan Dewan Rakyat berhubung kelulusan lesen judi bola sepak yang diberikan kepada Ascot Sports Sdn Bhd.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata kenyataan Najib yang juga Menteri Kewangan I semalam telah menyelewengkan Dewan Rakyat apabila menyatakan kerajaan masih mengkaji permintaan Berjaya Corporation Bhd berhubung lesen judi tersebut.

"Semalam, dalam jawapan berhubung lesen judi sukan, Najib menafikan telah meluluskan tetapi pada masa yang sama di dalam laman sesawang Kumpulan Berjaya telah mengumumkan bahawa kelulusan itu telah diberikan.

"Hari ini bila kita periksa pengumuman berhubung lesen judi tersebut, nampaknya rekod itu telah dipadamkan.

"Kenyataan ini mengarut kerana kerana Kementerian Kewangan sebenarnya sudah pun meluluskan lesen tersebut kerana kalau tidak kenapa Berjaya Corporation membuat pinjaman RM614 juta untuk mengendalikan operasi judi sukan ini.

"Najib sepatutnya dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana memberikan kenyataan mengelirukan," kata beliau.

Menurutnya, Berjaya Corporation membuat pengumuman pada 12 Mei berhubung kelulusan lesen judi sukan yang menyebabkan saham syarikat tersebut melonjak naik pada hari tersebut.

Pengumuman itu menyatakan Menteri Kewangan telah memberikan kelulusan kepada Ascot Sports lesen untuk mengendalikan operasi judi sukan mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan.(Baca selanjutnya)

Tuesday, June 8, 2010

Lesen judi sukan: Akar umbi Umno mulai gelisah

"Keadaan begini memberi ruang kepada (Pakatan Rakyat) untuk bersuara. Jadi pemuda Umno tidak boleh menepis isu ini, sebab judi sememangnya haram walaupun lesen itu sah atau tidak," kata seorang pemimpin akar umbi, Yuzaile Yusof.


Bibit-bibit protes mula kedengaran hari ini daripada kem penyokong kerajaan berhubung isu pemberian lesen judi sukan.

Tentangan tersebut mula dikesan pada satu sidang mesyuarat cawangan Umno di Teluk Intan yang mengusulkan supaya kerajaan menarik balik pemberian lesen tersebut.

Usul tersebut dikemukakan oleh seorang pemimpin akar umbi, Yuzaile Yusof ketika mesyuarat Umno Cawangan Lorong Masjid, Teluk Intan pada 22 Mei lalu.

Yuzaile berkata, pergerakan pemuda Umno sebelum ini tidak mampu untuk menepis isu judi kerana ia sememangnya memberi kelebihan kepada golongan yang bukan penyokong BN.

"Ke
adaan begini memberi ruang kepada (pro-Pakatan Rakyat) untuk bersuara.Jadi pemuda Umno tidak boleh menepis isu ini, sebab judi sememangnya haram walaupun lesen itu sah atau tidak," katanya.

“(Jadi) kami menggesa agar kerajaan menarik balik lesen judi bola sepak," kata Yuzaile yang juga ketua pemuda bahagian Teluk Intan.

Katanya lagi, selain isu judi, mesyuarat cawangan kali ini dilihat tidak mengandungi banyak perkara berbangkit untuk diutarakan.

Ini disebabkan, cawangan-cawangan lain masih tidak menyerahkan usulnya ke mesyuarat negeri, katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Mesyuarat tahunan peringkat cawangan itu bermula Sabtu lalu di seluruh negara hingga 15 Jun depan.

Ini akan diikuti dengan persidangan perwakilan bahagian serta sayap Wanita, Pemuda dan Puteri dalam tempoh bermula 16 Jun dan berakhir 16 Julai sebelum perhimpunan agung dari 28 hingga 30 Oktober depan.

Malaysiakini

Monday, June 7, 2010

.Tan Sri Vincent Tan Dah nak derma Hasil Judi. Kerajaan Kata Lesen Belum Keluar?


Kementerian Kewangan masih belum mengeluarkan lesen pertaruhan sukan kerana kerajaan masih mendapatkan maklum balas daripada orang ramai berhubung perkara berkenaan.

Dalam satu jawapan bertulisnya di Dewan Rakyat, kementerian itu berkata, kerajaan belum lagi mengeluarkan/memberi lesen kepada syarikat Ascot Sports Sdn Bhd untuk menjalankan operasi pertaruhan bookie di Malaysia.

"Kerajaan juga belum memuktamadkan perbincangan mengenai syarat-syarat dan terma-terma pelesenan dengan syarikat Ascot Sports bagi menjalankan operasi pertaruhan bookie di malaysia.

"Kerajaan masih mendapatkan maklumbalas/pandangan pelbagai pihak terhadap cadangan pelesenan pertaruhan bookie di Malaysia dengan hasrat untuk mengurang dan seterusnya menghapuskan perjudian tanpa lesen di Malaysia," kata kenyataan bertulis itu.

Jawapan ber

tulis itu dikeluarkan bagi jawapan soalan Datuk Ibrahim Ali (Pasir Mas), Khalid Abdul Samad (Shah Alam), Tian Chua (Batu) dan Loke Siew Fook (Rasah).

Pada sidang medianya, Tian Chua yang menerima jawapan bertulis itu mempertikaikan kenyataan awam Ascot Spot yang dibuat oleh pemiliknya, Tan Sri Vincent Tan (kanan).

"Ini adalah jawapan yang mengejutkan kerana sejak seminggu lalu, Vincent bercakap seolah-olah dia telah memiliki lesen itu. Malah dia dilaporkan berkata yang Pakatan Rakyat akan diheret ke mahkamah, jika negeri-negeri itu mengharamkan pertaruhan sukan,” katanya di lobi parlimen.

Tambahnya, jawapan itu tidak menjelaskan keadaan yang sebenar dan ada pihak yang menipu.

Pengarah strategi PKR itu juga mempersoalkan sama ada tindakan kerajaan yang mengubah pendiriannya kerana gusar dengan kemarahan rakyat ataupun mungkin Tan tidak bercakap benar.

"Jawapan itu amat berlainan dengan gambaran yang diberikan oleh Vincent, adakah beliau begitu yakin akan diberikan lesen berkenaan?” katanya.

Malaysiakini

Abim rayu bantuan menteri Islam dalam kabinet

Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) meminta jasa baik menteri-menteri yang beragama Islam supaya meneliti keputusan meluluskan pemberian lesen judi pertaruhan sukan sempena Piala Dunia.

"Keberadaan mereka dalam kabinet adalah satu amanah yang penting untuk menjaga keluhuran dan kedaulatan amalan agama Islam dan semua agama yang menolak amalan judi," kata presiden Abim, Muhamad Razak Idris.

Sehubungan itu, katanya, Abim mengulangi desakannya supaya lesen pertaruhan Piala Dunia 2010 ditarik balik demi menghormati pandangan serta keprihatinan masyarakat berhubung isu tersebut, di samping menghindari implikasi negatif jangka masa panjang.

Abim juga, tegas Muhamad, menyeru semua pihak kerajaan dan rakyat Malaysia yang prihatin dengan prinsip ekonomi beretika supaya menolak sebarang usaha untuk menjustifikasikan perjudian atas apa nama sekalipun.

"Abim juga sangat menghargai keprihatinan yang ditunjukkan oleh beberapa kerajaan negeri yang bertindak mengharamkan amalan pertaruhan Piala Dunia 2010 di negeri masing-masing," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abim juga, tegasnya, menyambut baik penubuhan Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) yang merupakan manifestasi keprihatinan rakyat berhubung isu tersebut.

"Memandangkan isu ini menyentuh secara langsung sensitiviti umat Islam selaku masyarakat majoriti di negara ini, Abim juga ingin merakamkan penghargaan di atas keprihatinan yang ditunjukkan oleh mufti Perak dan mufti Selangor berhubung isu tersebut," tambahnya.

Katanya, Abim tetap dengan pendirian bahawa lesen pertaruhan judi sukan akan hanya mengundang pelbagai implikasi negatif kepada masyarakat dan negara, jika dibandingkan dengan gambaran faedah ekonomi yang dibawanya oleh pihak tertentu.

Justeru, Abim kesal dengan kenyataan Pengerusi Kumpulan Berjaya,Tan Sri Vincent Tan baru-baru ini yang berhasrat menyumbang RM525 juta hasil penjualan syarikat perjudiannya untuk tujuan kebajikan.

"Kenyataan ini jelas tidak sensitif dan menggambarkan sikap tidak prihatin terhadap protes yang disuarakan oleh segenap lapisan masyarakat dan beberapa kerajaan negeri berhubung dengan isu ini," kata Muhamad.

Malaysiakini

Sunday, June 6, 2010

Judi sukan: GMJ mahu Berjaya hormati protes rakyat


June 06, 2010

KUALA LUMPUR, 6 Jun — Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) memberi amaran kepada Kumpulan Berjaya jangan sesekali mendesak kerajaan negeri Pakatan Rakyat agar membenarkan premis judi sukan di negeri masing-masing dan tidak membantah langkah menghalalkan aktiviti itu.

Setiausaha GMJ Suhaizan Kayat berkata, kerajaan Pakatan Rakyat sudah menyatakan pendirian untuk menolak premis judi bola sepak di negeri masing-masing.

Oleh itu kata beliau, pihaknya hairan mengapa syarikat tersebut masih masih meneruskan hasrat mengadakan premis aktiviti judi sukan di negeri-negeri diterajui Pakatan Rakyat, malah di negeri-negeri lain pimpinan Barisan Nasional.

“Kerajaan Pakatan iaitu Selangor, Kedah dan Pulau Pinang sudah menolak lesen judi bola sepak di negeri mereka jadi mengapa Kumpulan Berjaya masih hendak mereka menarik balik larangan tersebut.

“Tindakan yang diambil kerajaan Pakatan untuk menolak lesen judi sukan ini selari dengan kehendak rakyat.

“Kalau mereka sudah tolak mengapa mesti mahu paksa mereka terima?” kata beliau kepada The Malaysian Insider mengulas kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent Tan yang merayu kepada kerajaan-kerajaan negeri diterajui PR supaya “bersikap adil” dan menarik balik larangan dikenakan ke atas premis judi sukan di negeri masing-masing.

Setakat ini Selangor, Kedah dan Pulau Pinang telah pun mengisytiharkan tidak akan membenarkan aktiviti pertaruhan sukan di negeri-negeri berkenaan.

“Saya akan merayu kepada mereka agar adil (dalam hal ini),” kata Tan.

Suhaizan berkata Kumpulan Berjaya sepatutnya menerima keputusan yang dibuat Pakatan Rakyat dan menghormatinya.

“Saya nak cakap kepada Kumpulan Berjaya supaya jangan hanya mementingkan diri sendiri.

“Kerajaan Pakatan sudah tolak kerana memikirkan tentang rakyatnya jadi semua pihak perlu menghormati keputusan ini,” katanya.

Tambahnya, GMJ akan terus mendesak kerajaan supaya menarik balik kelulusan lesen judi sukan.

“Kita akan terus mendesak kerajaan dan tidak akan sesekali kita mengubah pendirian ini.

“Kita mahu kerajaan menarik balik kelulusan tersebut kerana memikirkan tentang masa depan rakyat dan negara.

“Ini kerana judi hanya akan memberikan lebih banyak keburukan daripada kebaikan malah ia juga tidak memberikan sebarang faedah kepada rakyat,” katanya.

Semalam, GMJ mendesak Kabinet menarik balik lesen judi sukan, sebaliknya menguatkuasakan undang-undang judi kerana gejala sosial itu akan memberikan kesan negatif kepada masyarakat.

Sebanyak 22 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik bergabung tenaga untuk membantah tindakan kerajaan itu.

NGO yang terlibat termasuk Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, Persatuan Teras Perpaduan Melayu (Teras), Dewan Pemuda Masjid, Angkatan Belia Islam Malaysia, Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia, Satu Nama, Jemaah Islah Malaysia dan Jamaiy.

Turut sertai ialah Pengerak Belia Tempatan MPK, Budayawan Bertindak, Seniman Paksi Rakyat, Persatuan Anak-anak Peneroka Felda, Nisa Malaysia, Persatuan Kebangsaan Islam Malaysia, Persatuan Dharma Sakyamuni, Relawan, Pusat Aduan Rakyat Kempas, Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia, Dewan Pemuda Pusat dan juga Pertubuhan Anak Melayu Selangor Darul Ehsan Wilayah Persekutuan.

Selain itu Pemuda DAP dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) turut menyertai gerakan tersebut.

GMJ dibentuk bagi menggerakkan rakyat untuk turut sama membantah tindakan kerajaan meluluskan lesen judi sempena bola sepak Piala Dunia.

Malaysian Insider

Saturday, June 5, 2010

JUDI KINI DAH MEMBAWA HASIL RM 525 JUTA DITERIMA

Wa ka ka ka. Pehak yang meluluskan lesen judi tentu dah berasa lega, sebab dah dapat pulangan?. Banyak pulak tu. Kau orang fikirlah sendiri nak buat apa duit tu


Judi sukan: Vincent Tan sedia derma RM525 juta


Ketika pembangkang menentang kuat kelulusan judi sukan, hartawan Vincent Tan berjanji akan mendermakan lebih setengah bilion untuk tujuan kebajikan.

Vincent, antara lelaki terkaya di negara ini berkata wang sejumlah RM525 juta itu akan didermakan melalui yayasannya Better Malaysia Foundation. Wang itu diperoleh daripada penjualan kepentingan dalam Ascots Sports bulan lalu kepada Berjaya Corp, konglomerat yang dikawalnya.

Beliau turut menafikan dakwaan bahawa beliau menaja ahli atau parti politik sebagai balasan terhadap kerajaan yang meluluskan kelulusan lesen tersebut.

Malaysiakini

Saturday, May 22, 2010

Judi Bola: Umno mungkin dianggap tiada agama

Nazri Abdullah


"Tidak keterlaluan jika ada orang kata lepas pada ini, Umno tidak ada ugama, sebab semua agama tidak bersetuju dengan judi ini," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut tengahari tadi.




KUALA LUMPUR, 22 Mei: Umno tidak boleh menyalahkan rakyat jika mereka dilihat sebuah parti tiada agama kerana kerajaan pimpinan mereka meluluskan lesen judi disaat semua agama di negara ini membantah tindakan tersebut.

Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Hassan berkata, tanggapan itu tidak mustahil akan wujud dalam pemikiran rakyat ekoran tindakan kerajaan Umno BN melulusakan lesen judi sempena bolasepak Piala Dunia kepada kumpulan Berjaya yang dimiliki Tan Sri Vincent Tan.

"Agama apa sebenarnya dianut oleh Umno dan Barisan Nasional?

"Apabila semua agama menafikan dan tidak membenarakan judi, tiba-tiba kerajaan Umno Baraisan nasional melulusakan lesen judi.

"Tidak keterlaluan jika ada orang kata lepas pada ini, Umno tidak ada ugama, sebab semua agama tidak bersetuju dengan judi ini," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut tengahari tadi.

Turut serta pada sidang media itu, Timbalan Ketua Pemuda, Azman Shapawi dan Setiausaha, Kamaruzzaman Mohamad.

Sikap membisu tokoh-tokoh agama Umno, menteri agama dan mufti juga katanya bakal mengukuhkan lagi tanggapan tersebut.

"Paling sedih bagi kita, kemana perginya tokoh agama dalam Umno dan Bariosan Nasional, menteri agamanya di mana, ulamak-ulamak mereka di mana, mufti-mufti kenapa tidak bersuara? soalnya lagi.

Dalam pada itu, Pemuda PAS katanya tidak menolak kemungkinan pemberian lesen judi kepada kumpulan Berjaya secara tergesa-gesa adalah kerana membalas jasa Vincent Tan.

Ini kerana menurutnya, Vincen Tan adalah tokoh yang banyak membiayai Barisan Nasional khususnya dalam pembelian wakil rakyat dan dana pilihan raya.

"Kita mengesyaki bahawa tindakan cepat dan tergesa-gesa kerajaan meluluskan lesen judi kepada Berjaya Group ini sebagai membalas budi.

"Ini jelas menunjukkan Umno terdesak mendapatkan dana dati tauke judi ini seperti mana kita didedahkan sebelum ini," tambahnya lagi.

Mengulas bantahan Pemuda PAS di seluruh negeri, beliau memberitahu lima lagi himpunan bantahan serupa akan berlangsung Jumaat, 28 Mei ini.

Himpunan tersebut akan di adakan di semua masjid negeri di Selangor, Melaka, Pahang dan Pelis.

Manakala kemuncak bantahan zon pantai timur akan diadakan di Kelantan pada tarikh yang sama.

Ianya akan dibuat di Masjid Kampung Repek, Bachok iaitu kampung halaman Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussein yang membuat pengumuman meluluskan jesen judi tersebut baru-baru ini.

Kemuncak kepada bantahan itu, himpunan 100 ribu rakyat bantah judi akan diadakan di ibu negara 3 Julai ini bermula di Perkarangan Masjid Negara dan berarak ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada Yang Di Pertuan Agong.

Menjelaskan kenapa ianya diadakan agak lewat Nasruddin berkata, lesen yang diluluskan kepada Kumpulan Berjaya itu bukan hanya untuk Piala Dunia Jun ini, malah juga kepada Liga Inggeris, La Liga, Serie A Italy, Liga Jerman dan beberapa sukan lain.-Harakahdaily

Lesen judi: Rakyat seluruh negara terus protes


Pemuda PAS hari ini menggerakkan bantahan 'pemanas badan' terhadap tindakan kerajaan meluluskan lesen perjudian bola sepak. Perhimpuna
n berlaku di lima negeri hari ini sebelum perhimpunan besar-besaran di Kuala Lumpur pada 3 Julai bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong. Di Perak, kira-kira 300 orang, termasuk bukan Islam, mula berkumpul di perkarangan masjid negeri di Masjid Sultan Idris Shah II di Ipoh sejak jam 2 petang. Ketua penerangan pemuda PAS Perak Mohd Akmal Kamarudin mendakwa perhimpunan mereka hari ini disuraikan oleh polis tidak sampai sepuluh minit berlangsung.
Tambahnya, beliau sendiri tidak sempat berucap kerana "ditarik" oleh pihak polis. Katanya, peserta protes tersebut hanya sempat melaungkan slogan antaranya "Tarik balik lesen judi bola", "Najib bapa judi" dan "Hancur Umno," sebelum dihentikan sekumpulan anggota polis. Beberapa pemimpin Pakatan Rakyat negeri, termasuk ahli parlimen Gopeng Dr Lee Boon Chye dan ketua pemuda PAS negeri Zawawi Hassan bagaimanapun sempat berucap ringkas. Sementara itu, di Masjid Pengadang Baru di Kuala Terengganu, perhimpunan 45 minit disertai ratusan orang difahamkan berjalan 'lancar dan tenang' selepas solat Jumaat. Presiden PAS kurang sihat Ketua penerangan pemuda PAS negeri Nik Zawawi Salleh berkata perhimpunan itu diisi dengan ucapan pemimpin Pemuda PAS negeri, termasuk beliau.
Menurut Nik Zawawi, presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang sebelum ini dilaporkan akan menyertai perhimpunan itu bagaimanapun tidak berbuat demikian kerana "kurang sihat". Abdul Hadi hanya hadir membacakan khutbah di masjid tersebut. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada khutbah yang disampaikan Abdul Hadi turut mengulas berhubung isu lesen judi tersebut. Nik Zawawi berkata, turut hadir ke perhimpunan itu Setiausaha Perhubungan PAS Yahya Ali dan ketua Pemuda PKR negeri (AMK) Faris Musa.
Manakala di Pulau Pinang perhimpunan di Masjid Permatang Gajus, Permatang Pauh dihadiri ratusan, kata ketua pemuda PAS negeri Yusni Mat Piah. Selain memberikan risalah kepada umat Islam yang hadir menunaikan solat Jumaat, kumpulan itu turut membawa sepanduk bertulis "Umno halalkan judi". Turut serta ketua penerangannya Zakaria Hamzah, yang dipertua PAS kawasan Permatang Pauh Omar Hassan serta ketua AMK negeri Amir Ghazali. Yusni berkata hanya sebuah kenderaan peronda polis berada di situ bagi mengawasi perhimpunan selama kira-kira 40 minit di masjid berkenaan. "Polis beredar selepas melihat keadaan terkawal", tambahnya lagi. 'Yes bola, no judi' Di Negeri Sembilan pula, perhimpunan juga berjalan dengan aman di Masjid Negeri, Seremban, kata ketua pemuda PAS negeri Mohd Khairil Anuar Mohd Wafa.
Katanya, ratusan orang yang hadir di perhimpunan itu, termasuk daripada NGO Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), yang membawa sepanduk bertulis "Judi bola haram" dan "Yes bola, no judi". Perhimpunan itu turut disertai Pesuruhjaya PAS negeri Zulkifli Omar dan ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin yang turut menyampaikan ucapan. - Baca selanjutnya(sini)

Thursday, May 20, 2010

Pemuda PAS cabar menteri, mufti bantah judi

"Walaupun mereka bekerja dengan Kerajaan Malaysia yang mana Perdana Menteri dan Menteri kewangannya serta kabinetnya bersatu menghalalkan judi, tetapi para Mufti dan mereka yang faham agama harus bangkit menentang dan tidak mentaati keputusan mungkar itu," katanya.



KUALA LUMPUR, 20 Mei: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mencabar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom untuk mengeluarkan kenyataan bagi membantah kelulusan lesen judi yang diberikan kepada Berjaya Group oleh Kementerian Kewangan.

Pemangku ketuanya, Herman Samsudeen berkata Jamil Khir semalam dilihat lantang mengeluarkan kenyataan bahawa Peguam syarie di Mahkamah Syariah di negara ini mestilah seorang yang beragama Islam namun dalam hal judi ini beliau mengambil pendekatan pasif.

"Dimanakah suara lantangnya itu?

"DPPWP juga mencabar Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan semua mufti dinegara ini untuk tampil ke hadapan menghalang tindakan kerajaan meluluskan judi bola sepak piala dunia serta semua aktiviti judi dalam negara ini," katanya.

"Kita tidak mahu mereka menjadi mufti yang harus sana harus sini, tetapi bila bertembung perkara yang haram dengan kepentingan periuk nasi mereka, mufti-mufti ini menutup mata dan menyembunyikan ilmu mereka," katanya lagi.

Sehubungan itu beliau berharap para Mufti dan golongan yang faham agama bangkit untuk menentang kezaliman akhlak ini.

Judi jelasnya adalah haram dan ianya bukan hanya haram untuk mereka yang beragama Islam, tetapi kepada semua manusia.

"Walaupun mereka bekerja dengan Kerajaan Malaysia yang mana Perdana Menteri dan Menteri kewangannya serta kabinetnya bersatu menghalalkan judi, tetapi para Mufti dan mereka yang faham agama harus bangkit menentang dan tidak mentaati keputusan mungkar itu," katanya.Harakahdaily

Saturday, May 15, 2010

DATUK ABDUL RAHMAN: LESEN JUDI!

Rahman: Lesen judi supaya tak berlaku penipuan



Ahli parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan mempertahankan tindakan kerjaan membenarkan pertaruhan bolasepak Paiala Dunia 2010 ini. Ka
tanya, tindakan berkenaan bertujuan untuk memantau pergerakkan pertaruhan sukan itu supaya tidak berlaku penipuan. “Kita perlu praktikal. Jangan politikkan isu ini. Kerajaan tidak akan membenarkan permintaan yang baru.

Rahman berkata selain tujuan memantau pertaruhan itu agar penipuan tidak berlaku, adalah lebih baik wang pertaruhan tidak disalurkan ke kumpulan kongsi gelap yang terbabit dengan pelbagai aktiviti haram lain.

"Lagipun perjudian haram banyak melibatkan sindiket jenayah, jadi kami cuba untuk mengurangkan jenayah itu berlaku. “Kenapa mes

ti berikan duit itu kepada underground yang mempunyai hubung kait dengan jenayah. Lebih baik kerajaan yang pantau agar penipuan tidak berlaku." Menurut pemimpin Umno itu yang dihubungi Malaysiakini, dengan pemberian lessen, syarikat terbabit akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang penyelewengan. Selain itu, katanya, syarikat berkenaan juga tertakluk kepada bayaran cukai yang wangnya boleh digunakan untuk negara. “Bila mereka membayar cukai dan penipuan berlaku, mereka boleh dipertanggungjawabkan,'' katanya. Rahman
berkata meskipun lesen judi baru itu dikeluarkan, kerajaan tidak pernah mengabaikan pembangunan Islam. Katanya, pihak pembangkang sengaja mengeksploitasikan isu berkenaan bagi kepentingan politik mereka. “Jika pembangkang nak marah, mereka sepatutnya marah kepada kerajaan Selangor, Pulau Pinang, Kedah yang masih membenarkan lesen premis judi seperti Sport Toto. Mereka sepatutnya menutup premis perjudian itu. Parti pembangkang ini hipokrit,” katanya.
11 Mei lalu, Kementeri Kewangan secara rasminya memberi lesen judi berkenaan kepada Kumpulan BERJAYA. Sehubungan keputusan itu, pertaruhan secara sah boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak Piala Dunia bermula pada 11 Jun ini. Sejak pengumuman itu dibuat, pelbagai pihak termasuk daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), parti-parti politik, pertubuhan agama dan juga orang perseorangan membidas tindakan kerajaan itu.-Malaysiakini

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak