Friday, May 14, 2010

TERKINI KEDAH : 3 EXCO PKR DIPANGGIL MENGHADAP



PAS Kedah akan memanggil 3 EXCO Kerajaan Negeri dari PKR dan 1 ADUN DAP, untuk memberi penjelasan berhubung dakwaan yang tersebar luar kononnya mereka akan melompat meninggalkan Pakatan Rakyat 22 Mei depan.


Mereka akan diminta memberi penjelasan dalam satu majlis ceramah anjuran PAS negeri - bertajuk "DUN Kedah Bubar?" - di Kompleks PAS Kedah di Kota Sarang Semut, jam 9 malam.

Setiausaha PAS Negeri, Muhamad Yusof Husin berkata mereka diminta memberi penjelasan tersebut supaya rakyat tahu kedudukan sebenar mengenai desas desus yang mengaitkan nama mereka.

"Kita mengakui rakyat berada dalam kegelisahan dengan keadaan dan senario politik yang berlaku di negeri ini," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang semalam.

Menurutnya, MB Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Pengerusi PKR Kedah, Ahmad Kassim akan turut hadir dan berucap di majlis tersebut.

"Menteri besar sendiri akan menjelaskan pendirian (kerajaan negeri) berhubung perkara ini dalam ceramah berkenaan," katanya.

Muhamad memberitahu demikian ketika diminta mengulas laporan di mana ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin membayangkan peristiwa kejatuhan kerajaan Pakatan di Perak, akan berulang dalam waktu terdekat.

Kini, empat negeri dikuasai Pakatan Rakyat iaitu Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.

Pakatan Rakyat di Kedah menguasai 20 daripada 36 kerusi DUN di mana PAS memperolehi 16 kerusi, PKR (3) dan DAP satu kerusi.

Manakala BN pula mempunyai 13 kerusi dan terdapat 2 ADUN Bebas- Perakkume

4 comments:

Anonymous said...

kesian jugak aku tengok politik pas nih...dok kalam kabut je..

ingat lah allah maha kaya ,jangan takhbur ,aku lah yang baik konon ...org lain semua tak betul...

Unknown said...

Ya kesian pas dan keadilan selalu kena buat naya kat orang.siapalah yg punya kerja agaknya ya.APCO kot

Anonymous said...

aah kesian PAS n PKR,bila terjadi musibah keatas mereka sudah tentulah ada konspirasi ke atas mereka,dan menudinglah jari ke arah sesiapa yg mereka suka,sesungguhnya muhasabahlah diri dari menyalahkan org lain,kita makhluk di mukabumi ini ada kelemahan.

Anonymous said...

bestnya tengok pakatan syok sendiri ni salahkan org lain..... what a loser!!!!!!

wakakaka....

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak