Saturday, May 15, 2010

Penerbit tv2 diarah tinggalkan pejabat segera

Penerbit Galeri Mandarin Nasional tv2, Chou Z Lam yang mendedahkan pembatalan penyiaran dokumentari Empangan Bakun dan pembinaan menara elektrik di Rawang, telah ditamatkan perkhidmatannya, malah diarah untuk meninggalkan pejabatnya di Angkasapuri, hari ini.

Chou Z Lam (gambar kiri) ketika dihubungi oleh MerdekaReview, memaklumkan bahawa dirinya telah menerima "surat penamatan perkhidmatan" dari Bahagian Khidmat Pengurusan pada kira-kira jam 11 pagi ini. Sambil merakamkan penghargaan terhadap perkhidmatan dirinya, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan, Shafiq Abdullah menjelaskan kepada Chou Z Lam bahawa perkhidmatannya ditamatkan untuk mengurangkan kos.

Perkhidmatan Chou Z Lam terikat kepada kontrak dengan RTM, yang akan tamat pada Januari 2011. Namun demikian, kedua-dua pihak (Chou dan RTM) berhak menamatkan kontrak dalam masa 24 jam, tanpa terikat kepada sebarang pampasan. Dengan kata lain, tiada pampasan kepada Chou Z Lam berikutan "pemecatan" ini.

Chou Z Lam diarah untuk meninggalkan pejabat hari ini, diiringi oleh dua orang pegawai keselamatan.

Berikut adalah surat "penamatan khidmat" yang diterima Chou Z Lam (berwarna biru):

Tuan,

Penamatan Khidmat Pegawai Penerbit Rancangan Galeri Nasional Mandarin (piecemeal)

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.Adalah dimaklumkan bahawa perkhidmatan tuan sebagai Penerbit Rancangan Galeri Nasional Mandarin secara piecemeal di Bahagian Ehwal Semasa, Jabatan Penyiaran Malaysia akan ditamatkan mulai 13 Mei 2010. Sehubungan dengan itu, saya bagi pihak jabatan ingin merakamkan ucapan terima kasih di atas sumbangan tuan selama ini.

Sekian.

Saya yang menurut perintah

Dato Mohd Shafiq bin Abdullah
Pengarah
Bahagian Khidmat Pengurusan

Chou Z Lam dakwa diri diambil tindakan kerana pendedahan

Sungguhpun demikian, Chou Z Lam menganggap dirinya dipecat kerana mendedahkan pembatalan penyiaran dokumentari Empangan Bakun dan pembinaan menara elektrik di Rawang, baru-baru ini. Chou Z Lam menyelar keputusan RTM sebagai pencabulan kepada kebebesan media.

Chou Z Lam, penerbit televisyen kedua yang "hilang kerja" atas nama "kebebasan media" dalam masa sebulan, sejak perletakan jawatan penerbit ntv7, Joshua Wong (gambar kiri) yang tidak berpuas hati dengan self-censorship dalaman. Chou Z Lam juga seorang kolumnis di MerdekaReview, dan pernah menulis satu artikel berjudul "Bidang kewartawanan: Pentas pancung kalau bukan medan perang!", selepas kejadian pembatalan penyiaran rancangan berlaku.

Malah, Chou Z Lam tetap membela bahawa dokumentari yang diterbitkan Galeri Mandarin Nasional adalah seimbang dari kandungannya, sebaliknya menyelar pihak atasannya tidak menghormati kebebasan media.- MerdekaReview(Baca seterusnya)

No comments:

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak