Showing posts with label TASKIRAH. Show all posts
Showing posts with label TASKIRAH. Show all posts

Sunday, May 30, 2010

PERKARA YANG PERLU DI LAKUKAN SEBELUM MENZIARAHI KUBUR


Tujuan kita menziarahi kubur adalah untuk mendapat iktibar dan pengajaran daripada kematian orang lain bukan sekadar mengenang orang sudah mati semata-mata. Masyarakat hari ini menjadikan menziarahi kubur sebagai adat di hari raya semata-mata bukan satu ibadah. Mereka pergi ziarah kubur dalam keadaan tidak menutup aurat dan bercampur aduk antara lelaki dan perempuan. Oleh itu ulama' telah mengariskan beberapa perkara yang perlu dilakukan oleh orang yang ingin menziarahi kubur agar sesi ziarah mereka benar-benar mendatangkan manfaat dan keinsafan dalam diri mereka. Antara perkara yang perlu dilakukan tersebut ialah:

* Perlu bagi orang yang hendak menziarahi kubur supaya berada dalam keadaan lapar kerana kekenyangan akan menghalang seseorang itu daripada iktibar kematian.

* Perlu bagi orang yang hendak menziarahi kubur supaya membuang hasrat atau niat untuk melakukan sesuatu maksiat atau kemungkaran kerana niat yang jahat ini akan mengundang kehadiran syaitan. Kehadiran syaitan akan menghalang daripada iktibar kematian.

* Perlu bagi orang yang hendak menziarahi kubur supaya zuhud dengan perkara-perkara keduniaan kerana perasaan tamak dengan kesenangan dunia akan menyebabkan hati menjadi keras dan memanjangkan angan-angan. Ia akan menghalang hati daripada khusyuk,ingat Allah, takut mati dan mengambil iktibar daripada kematian tersebut.

Friday, November 13, 2009

BILAKAH QIAMAT ?



Apabila kita melihat ,memerhati dan berfikir dengan kejadian dan fenomena yang berlaku di sekeliling kita kemudian kita rujuk kepada al-Quran dan hadis maka kita dapati bahawa hampir kesemua tanda-tanda qiamat yang telah diberitakan oleh Allah s.w.t sama ada melalu al-Quran ataupun al-Hadis telah pun berlaku. Sebagaimana Sabda Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhati dan Muslim.


Antara tanda qiamat itu ialah :

* Sedikit ilmu agama, yakni orang yang mempunyai ilmu agama itu sedikit golongannya ataupun orang tidak menguasai ilmu agama sebagaimana ilmu-ilmu lain. Malahan ada orang yang tidak berminat langsung untuk mempelajari ilmu-ilmu agama yang didakwa tidak memberi apa-apa keuntungan.

* Kejahilan semakin jelas. Orang yang jahil semakin ramai daripada orang alim. Apabila orang alim bercakap orang ramai tidak mempercayai atau tidak memberi sokongan tetapi apabila si jahir mengeluarkan pendapat ramai pula orang yang mengiakan dan memberi sokongan termasuklah juga ulama' mata duitan .

* Perbuatan zina berlaku secara terang-terangan tetapi tidak ada pihak yang cuba menghalang malahan ada yang mengatakan " biasalah orang muda ". Ada beberapa tempat pelacuran yang dibenarkan beroperasi dengan halal. Sebab itu ada istilah zina halal, zina haram dan judi halal dan judi haram. Fikirlah sendiri.

* Jumlah perempuan lebih ramai daripada jumlah lelaki sehinggalah di akhir zaman nanti seorang lelaki akan berkahwin dengan 50 perempuan kerana kejahilan mereka.

* Orang tidak melaksanakan hukum Allah s.w.t yang menyebabkan semakin hari semakin banyak maksiat, jenayah yang akan menyebabkan kerosakan dan kehancuran dunia ini. Sama-samalah kita beringat.


AYID:
Kita sama-sama semak ayat di bawah ini:
Al-Mulk
Patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Tuhan yang pusat pemerintahanNya di langit itu: Menunggang-balikkan bumi menimbus kamu, lalu bergegarlah bumi itu dengan serta-merta (melenyapkan kamu di bawahnya)? (16) Atau patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Allah yang pusat pemerintahanNya di langit itu: Menghantarkan kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu; maka dengan itu, kamu akan mengetahui kelak bagaimana buruknya kesan amaranKu? (17)

TIDAK AKAN DATANG HARI (QIAMAT) SAHINGGA BERLAKUNYA BANYAK GEMPA BUMI(BUKHAARI)

Monday, August 17, 2009

TASKIRAH MAKNA BULAN PULA KALI INI



Gambar ini bukan gambar bulan. Ia ada tersirat dan tersurat

Memandangkan banyak yang kurang faham bulan-bulan Islam, apa lagi masudnya maka pagi ini kita buat taskirah bulan dan manaknya sekali. Mudah-mudahan sebut saja nama bulan Islam kita tahu maknanya. Tapi Putih Hijau teman tak tahun pulak. Itu jangan tanya teman

Makna Bulan Islam:

Muharram:
Muharram adalah merupakan bulan pertama dalam Islam yang mengandungi 30 hari, dinamakan Muharram kerana orang arab zaman jahiliyah mengharamkan peperangan dalam bulan ini.

Sofar:
Sofar merupakan bulan kedua dalam Islam dan mempunyai bilangan hari sebanyak 29 hari. Sofar bermaksud kosong iaitu kosong Makkah kerana mereka keluar musafir atau kosong rumah kerana mereka pergi berperang.

Rabiu'l awal:
Rabie' bermaksud tanah atau kawasan yang dipenuhi oleh rumput atau musim bunga , Ini bermaksud Rabiu'l awal ialah musim bunga peringkat awal. Bilangan hari ialah 30 hari.

Rabiu'l Akhir :
Rabiu'l Akhir ada 29 hari dan ia bermaksud musim bunga peringkat akhir atau kedua.

Jamadul Awal :
Jumlah hari dalam bulan ini ialah 30 hari, dinamakan jamad bermaksud keras atau beku. Ini bermaksud bulan Jamadul awal adalah musim sejuk sesi pertama.

Jamadul Akhir :
Jumlah hari berdasarkan kepada falaq dalam sebulan ialah 29 hari. Bulan ini bermaksud musim sejuk sesi kedua.

Rejab:
Jumlah hari dalam bulan Rejab ialah 30 hari. Rejab bermaksud mulia,besar ini kerana orang zaman jahiliyah memuliakan dan membesarkan bulan ini.

Saaban:
Jumlah hari dalam bulan Saaban ialah 29 hari. Saaban bermaksud bercabang,berpecah atau berpuak-puak. Ini kerana orang arab jahiliyyah keluar dari rumah dan berpecah untuk mencari
air. Bercabang bermaksud banyak kebaikan dan kelebihan yang telah disediakan oleh Allah s.w.t di dalam bulan ini.

Ramadhan:
Jumlah hari dalam bulan ini adalah 30 hari .Ramadhan bermaksud :panas terik dan membakar.
Bulan puasa yang jatuh pada musim panas. Membakar bermaksud membakar dosa mukmin yang berpuasa atau membakar lemak orang yang berpuasa.


Shawal:
Jumlah hari dalam bulan ini ialah 29 hari. Shawal bermaksud mencawat ekor. Ini kerana unta-unta mengawan dalam bulan ini.

Zul kaedah:
mempunyai bilangan hari sebanyak 30 hari. Zul kaedah bermaksud duduk, tinggal di rumah tidak berperang.

Zul Hijjah:
Bilangan hari dalam sebulan ialah 29 hari. Zul Hijjah bermaksud dalam bulan ini ada ibadat haji yang telah dilakukan semenjak zaman jahiliyah lagi.

Friday, August 14, 2009

4 Perkara Yang Ditakuti Oleh Musuh Islam



Musuh Islam tidak pernah memadamkan permusuhannya terhadap Islam dan umatnya sama ada melalui serangan fizikal ataupun penjajahan pemikiran. Mereka akan memastikan 4 perkara yang berada dalam tangan muslim mesti dihancurkan segera supaya mereka dapat menguasai negara-negara Islam dengan lebih senang dan segera. Perkara-perkara tersebut ialah:

- Al-Quran yang telah beberapa kali cuba diselewengkan tetapi ia tetap dijaga oleh Allah s.w.t. Inilah sumber kekuatan umat Islam kerana selagi mana umat Islam berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah mereka tidak akan berjaya untuk menakluki umat Islam.

- Universiti al Azhar Kaherah Mesir di mana musuh Islam cuba untuk menghancurkannya atau meminda sukatan dan sistem pengajiannya agar selari dengan kehendak mereka kerana di sinilah lahirnya ulama' yang menentang fahaman sekular dan cuba membawa masyarakat kepada perjuangan Islam yang hakiki.

- Cuba menghapuskan keistemewaan hari Jumaat yang menjadi penghulu segala hari dalam Islam , di dalamnya disediakan seribu kebaikan dan keberkatan yang perlu direbut oleh umat Islam. Tetapi malangnya umat Islam disibukkan dengan kerja-kerja mereka seharian sehinggakan mandi sunat Jumaat pun tidak sempat.

- Masjidil Haram, Mekah di mana telah terdapat beberapa cadangan terutamanya dari Parlimen Britain dan Isreal agar Kaabah dihancurkan atau dibom bagi menghalang umat Islam daripada terus berkunjung terutamanya pada musim haji yang dibimbangi akan dapat menyatukan hati-hati umat Islam seluruh dunia lalu terbentuklah wehdatul fikri ( bersatu di sudut pemikiran ) dalam kalangan umat Islam.


Sekiranya keempat-empat perkara tersebut berjaya dihapuskan maka hasrat musuh Islam akan dapat direalisasikan dengan lebih mudah dan terancang. Marilah kita seluruh umat Islam bersatu padu seia sekata sebulat suara berjuang untuk mempertahankan Islam yamg kita sayangi , lupakan persengketaan dan kembali bersatu di bawah naungan al-Quran dan as-Sunnah yang akan menyelamatkan kita di dunia dan akhirat.

Sunday, August 9, 2009

Maksiat Hati




Maksiat hati adalah satu penyakit yang tidak boleh diubati dengan ubat-ubatan moden , tetapi ia hendaklah diubati dengan kembali kepada Allah s.w.t iaitu merujuk kepada al-Quran dan as-Sunnah . Di antara maksiat hati ialah:

* Suka makan terlalu banyak.

* Suka bercakap perkara-perkara kosong yang tidak berkaitan dengan agama.

* Mudah marah dan tidak dapat mengawal kemarahan.

* Ada perasaan hasad dengki sesama manusia istemewanya sesama muslim.

* Bakhil , yakni susah untuk membelanjakan harta benda ke jalan Allah s.w.t

* Cinta kepada kemewahan.

* Mencintai dunia dan melupai akhirat.

* Takabur yakni merasakan dirinya lebih baik dari orang lain.

* Ujub yakni dia merasa hairan atau bangga dengan dirinya sendiri.

* Ria' yakni ingin menunjuk-nunjuk amalan yang telah dilakukan kepada orang lain supaya mendapat pujian manusia.

Saturday, August 8, 2009

Peristiwa wanita ke neraka pada malam Mikraj

Sayidina Ali k.w. berkata: "Saya dengan Fatimah pergi menghadap Rasulullah s.a.w. Kami dapati beliau sedang menangis, lalu kami bertanya kepadanya, apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?"

Baginda s.a.w. menjawab: "Pada malam aku diisrak hingga ke langit, di sana aku melihat perempuan dalam keadaan amat dahsyat. Dengan sebab itu aku menangis mengenangkan azab yang diterima mereka."

Ali bertanya: "Apakah yang ayahanda lihat di sana?" Rasulullah s.a.w. menjawab: "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dicurah ke dalam halkumnya (tekak).

"Aku lihat perempuan yang digantung kedua-dua kakinya terikat, tangannya diikat ke ubun-ubunnya, didatangkan ular dan kala. Aku lihat perempuan yang memakan dagingnya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Aku lihat perempuan mukanya hitam dan memakan tali perutnya sendiri. "Aku lihat perempuan yang telinga pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar daripada lubang hidung, badan bau busuk kerana penyakit kusta dan sopak.

"Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar dengan pelbagai kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk ke kemaluannya, mulut dan pelepasnya (punggung). Malaikat memukulnya dengan corong api neraka."

Fatimah pun bertanya kepada ayahandanya: "Ayahanda yang dikasihi, beritakanlah kepada anakanda, apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan itu?"


Fatimah pun bertanya kepada ayahandanya: "Ayahanda yang dikasihi, beritakanlah kepada anakanda, apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan itu?"

Rasulullah s.a.w. menjawab: "Fatimah, adapun perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang tidak menutup rambut daripada bukan muhrimnya. Perempuan tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki dan menyakiti hati suaminya.

"Perempuan yang digantung susunya adalah perempuan yang menyusukan anak orang lain tanpa izin suaminya. Perempuan kedua-dua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya.

"Perempuan tidak mahu mandi daripada suci haid dan nifas ialah perempuan yang memakan badannya sendiri, juga kerana ia berhias untuk lelaki bukan suaminya dan suka mengumpat orang.

"Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain.

"Perempuan diikat kedua kakinya dan tangannya ke atas ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala kepadanya kerana ia boleh sembahyang tetapi tidak mengerjakannya dan tidak mandi janabah.

"Perempuan kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah ahli pengumpat dan pendusta. Perempuan rupanya seperti anjing ialah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya.

Seterusnya Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Perempuan menyakit hati suami dengan lidahnya pada hari kiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat di belakang tengkoknya.

Monday, August 3, 2009

Gopoh Itu Amalan Syaitan Kecuali




Gopoh - gapah atau bersegera itu adalah dari amalan syaitan kecuali beberapa perkara:

* Bersegera mengebumikan jenazah.

* Bersegera membayar hutang.

* Bersegera mengahwinkan anak gadis yang sudah ada jodoh yang sekupu.

* Bersegera melayan tetamu kerana tamu membawa seribu kebaikan dan keberkatan kepada tuan rumah.

* Bersegera berbuka puasa setelah masuk waktunya.

* Bersegera menunaikan sembahyang setelah masuk waktunya


Posted by saidi

3 Golongan Yang Tidak Dipandang Allah s.w.t Akhirat Nanti

Tiga golongan ini Allah tidak akan bercakap malahan tidak akan memandang kepada wajah mereka di akhirat nanti , mereka ialah:

* Orang yang menderhakai kepada kedua ibubapanya.

* Orang lelaki yang menyerupai perempuan atau sebaliknya.

* Orang lelaki yang dayus yakni tidak berani mencegah isteri,anak-anak dan semua di bawah tanggungannya yang melakukan maksiat kepada Allah s.w.t

Saturday, August 1, 2009

H1N1 Satu Ujian Allah



Allah s.w.t telah berfirman dalam al-Quran surah at-Taubah ayat 51 yang bermaksud:
" Katakanlah: Tiada akan menimpa kami, selain dari apa yang telah ditetapkan Allah untuk kami. Dia pelindung kami dan hendaklah orang-orang yang beriman itu mempercayakan dirinya kepada Allah."
Kita sebagai hamba Allah mestilah menyedari bahawa tiada kuasa yang melebihi kuasa Allah. Sebagai hamba Allah kita sepatutnya menerima segala ketentuan dan hukum-hakam Allah tanpa sebarang bicara. Apabila manusia tidak mempedulikan hukum Allah s.w.t maka Allah akan menghantar ujian-Nya atau bala' sebagai peringatan kepada hambanya bahawa Ia maha berkuasa, ini kerana manusia sekarang seolah-olah tidak mengenali dan menghiraukan suruhan dan larangan Allah s.w.t. Oleh itu Allah menghantar bala'-Nya kepada manusia sebagaimana yang telah berlaku kepada kaum-kaum yang sebelum kita. Allah s.w.t telah menghantar banjir kepada kaum Nabi Nuh, Diterbalik bumi kepada kaum Nabi Luth , telah tenggelamkan Firaun ke dalam laut begitu juga telah menghantar sunami, jerebu, JE, H5N1, Denggi, AIDS,H1N1 dan lain- lain kepada umat Nabi Muhammad s.a.w sebagai peringatan. Kembalilah kita kepada Allah s.w.t iaitu dengan mengamalkan al-Quran dan as-Sunnah secara holistik bukan separuh-separuh sahaja nescaya kita akan selamat dunia dan akhirat . Yakinlah.......

Tujuan Allah Menurunkan Bala':

* Untuk menghapuskan atau mengkaffarahkan dosa hamba-Nya.

* Untuk menganugerahkan pahala yang banyak kepada hamba-Nya yang bersabar.

* Untuk mengangkat darjat hambanya yang redha dengan ujian-Nya.

* Untuk memberi peringatan kepada hamba-Nya yang leka dan lalai.

* Untuk membalas kejahatan dan kezaliman yang telah dilakukan oleh hamba-Nya.

By Saidi

Sunday, July 19, 2009

PERISTIWA ISRA' MI'RAJ

Sebelum berlakunya peristiwa hijrah,
allah telah memuliakan Rasullulah s.a.w dengan peristiwa Isra' Mi'raj. Isra' ialah perjalan di waktu malam ke di Bait al-Maqdis di Elya dan pulang pada malam yang sama. Mi'raj pula ialah naik ke alam tinggi jumhur. Peristiwa Is"raj Mi'raj di disebut di dalam Al-Quran .Allah berfirman:

"Maha suci Allah yang telah menjalankan hambanya (Nabi Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram ke Masjid Al-Aqsa yang kami berkati di sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan)Kami. Sesunggunya Allah yang Maha Mendengar, lagi maha mengetahui"(Al Isra' 1)

SELAMAT MENYAMBUT ISRA' MI'RAJ

Friday, July 17, 2009

SYARIAH ISLAMIAH

Syariah
Posted by saidi on Wednesday, July 15, 2009 / Comments: (0)
Definisi Syariah Islamiah:

Bahasa : Syariah bererti aliran dan jalan yang lurus.

Istilah : Sejumlah hukum-hukum yang diperundangkan ( disyarakkan ) oleh Allah s.w.t ke atas hambanya sama ada yang berkaitan ibadah, akhlak, mu'amalat dan sistem hidup dalam pelbagai aspek demi untuk kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

Syariah Islamiah pula bermaksud : Syariah yang diturunkan oleh Allah s.w.t khusus untuk agama Islam.

Sejarah Syariah Islamiah

Syariah Islamiah hanya berlaku di zaman baginda Rasulullah s.a.w masih hidup sahaja. Allah s.w.t tidak memberi kuasa perundangan syariah melainkan kepada nabi-Nya sahaja. Baginda berpegang kepada dua wahyu iaitu al-Quran dan as-Sunnah. Oleh sebab itu pada hayat Baginda s.a.w sajalah prinsip-prinsip umum Islam dan hukum - hakam diwujudkan. Kaedah-kaedah (prinsip-prinsip ) syariat ini sudah mantap dan sempurna pada zaman Nabi Muhammad s.a.w lagi.

Pembahagian Syariah Islamiah:

1. Hukum-Hukum 'Itiqadiah: Iaitu berkaitan dengan hati nurani manusia dalam hubungannya dengan Allah yang merangkumi ilmu tauhid.

2. Hukum-Hukum Wijdaniah : Iaitu berkenaan dengan akhlak,mendidik dan membersihkan jiwa termasuk ilmu tasauf.

3. Hukum-Hukum amaliah : Iaitu berkaitan dengan perbuatan mukallaf dan tindakannya sama ada ibadah,muamalat dan termasuk juga ilmu feqah.


Perbezaan Antara Syariah dan Feqah:

1. Syariah bersifat sempurna dan tidak berubah, sedangkan feqah terus berkembang dan berubah menurut perbezaan tempat,masa dan orang yang memahaminya.

2. Ijtihad feqah yang benar boleh disamakan dengan syariah tetapi ijtihad yang salah tidak dapat disamakan dengan syariah.

3. Ketentuan yang telah ditetapkan oleh syariah sama ada berbentuk suruhan atau larangan wajiblah dipatuhi oleh semua manusia tidak kira masa dan ruang sedangkan feqah yang dsifahami oleh seseorang itu menjadi keharusan bukan kemestian bagi orang lain untuk mengikutinya.

4. Hukum syariah kebenarannya mutlak, sementara pemahaman fuqaha ada

Sunday, July 5, 2009

RAHSIA TENTANG KEHIDUPAN

Suatu hari Hassan al-Basri rahimahullah telah didatangi oleh seorang lelaki lalu bertanya beliau tentang rahsia ketenangan hidup beliau , lalu beliau memberi jawapan berikut:

1. Aku tahu bahawa rezki yang Allah tetapkan bagiku tidak akan diambil oleh orang lain, maka
hatiku menjadi tenang.

2. Aku tahu bahawa orang lain tidak akan dapat beramal untukku , maka aku sebukkan diriku
untuk melakukan amal kebajikanku.

3. Aku tahu bahawa Allah s.w.t sentiasa melihatku, maka aku malu untuk melakukan maksiat.

4. Aku tahu bahawa kematian sentiasa menantiku, maka aku persiapkan diriku dengan
bekalan untuk berjumpa dengan Tuhanku.

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak