Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

Tuesday, October 11, 2011

titik pertemuan berkaitan Enakmen Syariah Negeri Kelantan

(Luqman berkata): "Wahai anakku! Sesungguhnya jika ada seberat biji sawi, berada dalam batu atau di langit atau di bumi, Allah akan mendatangkannya. Sesungguhnya Allah adalah al-Latif (Maha Halus), lagi al-Khabir (Maha Mengerti).” (Luqman ayat 16)
Wan Nik, Setiausaha Politik MB Kelantan tulis dalam blog dia Green Creasent: BERSAMA PIMPINAN PAKATAN RAKYAT, bertempat di Pejabat DAP, Jalan Pudu Kuala Lumpur, jam 5.30-7.00 petang.


BERSAMA PIMPINAN PAKATAN RAKYAT, bertempat di Pejabat DAP, Jalan Pudu Kuala Lumpur, jam 5.30-7.00 petang.

Pertemuan dihadiri sama DS Anwar Ibrahim, Karpal Singh dan Haji Mohamad Sabu.


Kandungan perjumpaan adalah merumuskan titik pertemuan yang dapat disepakati bersama di dalam mengharmonikan usaha memberi kefahaman mengenai Undang-undang Syariah (UuS) oleh Kerajaan Negeri Kelantan.

Justeru atas semangat musyawwarah, perjumpaan tersebut bersetuju dengan hasrat Kerajaan Kelantan untuk menubuhkan jawatankuasa teknikal. Maka sepakat, di sebalik jawatankuasa teknikal itu dibentuk oleh Kerajaan Kelantan dengan menamakan sebagai Jawatankuasa Teknikal Enakmen Syariah.

Di dalam perbincangan pada petang tadi, PAS menerima pakai pendekatan suluh Hudaibiyah tatkala menghormati permintaan DAP dan KeAdilan dalam mencari realiti keharmonian di atas common consensus dan persetujuan sebagaimana kandungan Buku Jingga.

Jelas sekali, pertemuan dan semangat musyawwarah pimpinan Pakatan Rakyat pada petang 10 Oktober hari ini berjaya membuah hasil yang positif untuk semua pihak. Paling positif bagi PAS di Kelantan yang bertekad meneruskan usaha mendidik rakyat memahami aspek tuntutan UuS.

Syabas wakil pimpinan PAS yang diketuai Tim. Presiden PAS, Tuan Haji Muhammad Sabu termasuk tiga ahli Exco Kerajaan Kelantan – Dato’ Mohd Amar, Dato’ Takiyuddin dan Dr. Mohd Fadhli serta saya hanya juru perhati bagi pihak Tuan Guru Dato' Menteri Besar. Semoga keberkatan Allah SWT sentiasa bersama perjuangan Islam di bumi Serambi Mekah.

Sunday, September 4, 2011

Penaklukan Sepanyol – Misi Andalus- kih kih Ini gak Tipu macam bukit kepong





Menurut buku-buku sejarah Islam, pembukaan Sepanyol adalah berkat Tariq b Ziyad (طارق بن زياد) dan Musa b Naseer pada 711 – 712M semasa Khalifah Umayyah Walid b Abdul Malik memerintah.

Thariq bin Ziyad berasal dari bangsa Barbar, mengenai sukunya, para sejarawan masih berbeza pendapat; sama ada beliau dari suku Nafza atau suku Zanata. Dia merupakan bekas seorang budak yang kemudian dimerdekakan oleh Musa bin Nushair, Gabenor Islam di Afrika Utara dan di tangan Musa inilah Thariq memeluk Islam bersama orang-orang Barbar yang lainnya yang tunduk di bawah kekuasaannya setelah penaklukkan daerah Tanja. Di kisahkan bahawa setelah masuk Islam, mereka menjalankan agama Islam dengan baik. Oleh kerana itu, sebelum Musa pulang ke Afrika, beliau meninggalkan beberapa orang Arab untuk mengajar mereka Al-Qur’an dan ajaran-ajaran Islam. Setelah itu Musa mengangkat Thariq, yang merupakan perajurit Musa yang terkuat untuk menjadi penguasa daerah Tanja, hujung Maroko dengan kekuatan 19,000 tentera dari bangsa Barbar, lengkap dengan persenjataannya

Eropah Sebelum Penaklukan

Mendung hitam menggelayut di atas bumi Sepanyol. Eropa sedang dikangkangi oleh penjajah, Raja Gotik yang kejam. Wanita merasa terancam kesuciannya, petani dikenakan pajak tanah yang tinggi, dan banyak lagi penindasan yang tak berperikemanausiaan. Raja dan kroninya bersuka ria dalam kemewahan sedang rakyat merintih dalam kesengsaraan. Sebagian besar penduduk yang beragama Kristian danYahudi, mengungsi ke Afrika, berharap mendapat ketenangan yang lebih menjanjikan. Dan saat itu Afrika, adalah sebuah daerah yang makmur dan mempunyai toleransi yang tinggi karena berada di bawah naungan pemerintahan Islam.

Satu dari jutaan penduduk itu adalah Julian, Gabernur Ceuta yang putrinya Florinda telah dinodai Roderick, raja bangsa Gotik. Mereka memohon pada Musa bin Nusair, raja muda Islam di Afrika untuk memerdekakan negeri mereka dari penindasan raja yang lalim itu. Setelah mendapat persetujuan Khalifah, Musa melakukan pengintaian kepantai selatan Sepanyol. Bulan Mei tahun 711 Masehi, Tariq bin Ziyad, budak Barbar yang juga mantan pembantu Musa bin Nusair memimpin 12.000 anggota pasukan muslim menyeberangi selat antara Afrika dan daratan Eropa.

Menakluki Sepanyol

Pembakaran KapalKapal-kapal yang berisi pasukannya mendarat di Eropa, Tariq mengumpulkan mereka di atas sebuah bukit, yang dinamai Jabal Tariq yang sekarang terkenal dengan nama Gibraltar. Diatas bukit itu Thariq memerintahkan pembakaran kapal-kapal yang telah menyeberangkan mereka. Tentu saja perintah ini membuat prajuritnya kehairanan. “Kenapa anda lakukan ini?” tanya mereka. “Bagaimana kita kembali nanti?” tanya yang lain.

Namun Tariq tetap pada pendiriannya. Dengan gagah berani ia berseru,”Kita datang ke sini tidak untuk kembali. Kita hanya punya pilihan,menaklukkan negeri ini dan menetap di sini, atau kita semua syahid.”

Mashriq”: “Tatkala Tariq membakar kapal-kapalnya di pantai Andalusia (Sepanyol), Prajurit-prajurit mengatakan, tindakannya tidak bijaksana. Bagaimana kita akan kembali ke negeri Asal, dan merosakkan peralatan adalah bertentangan dengan hukum Islam. Mendengar itu semua, Tariq menghunus pedangnya, dan menyatakan bahwa setiap negeri kepunyaan Allah adalah kampung halaman kita.”

Tanggal 19 Julai tahun 711 Masehi, pasukan Islam dan Nasrani bertemu, keduanya berperang di dekat muara sungai Barbate. Pada pertempuran ini, Tariq dan pasukannya berhasil melumpuhkan pasukan Gotik, hingga Raja Roderick tenggelam di sungai itu. Kemenangan Tariq yang luar biasa ini, menjatuhkan semangat orang-orang Sepanyol dan semenjak itu mereka tidak berani lagi menghadapi tentera Islam secara terbuka.




\

sumber

Wednesday, September 8, 2010

KHUSRIN MUNAWI - AJK MASJID MUNGKIN DIGANTUNG

AJK masjid dikunjungi MP PKR Selayang mungkin digantung


MP Selayang William Leong
KUALA LUMPUR, 8 Sept - Majlis Agama Islam Selangor (Mais) mungkin akan menggantung jawatankuasa pengurusan Masjid at-Taqwa ekoran tindakan mereka membenarkan Ahli Parlimen Selayang, William Leong dari PKR berada di ruang solat masjid itu bulan lalu.

Namun menurut Setiausaha Mais Datuk Mohammed Khusrin Munawi, tindakan itu bergantung pada hasil siasatan kelak.

“Setakat ini kami belum buat keputusan kerana masih mendapatkan maklumat lengkap mengenai perkara itu.

“Kita juga akan dapatkan maklumat daripada Ahli Parlimen (William) itu juga kerana berdasarkan maklumat yang kita dapat, terdapat maklumat yang bercanggah,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata keputusan rasmi akan dibuat sebaik sahaja maklumat lengkap diperoleh.

“Jika dakwaan itu benar kita akan ambil tindakan tegas dengan menggantung tugas jawatankuasa pengurusan masjid itu,” katanya.

Laporan minggu llau menyebut wakil rakyat itu dibenarkan berada di saf paling hadapan di Masjid at-Taqwa, Selayang Baru.

Namun William ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata, kunjungannya ke masjid tersebut adalah untuk memberikan sumbangan kepada masjid dan surau di bahagian Parlimen Selayang.

“Saya datang kerana dijemput untuk beri sumbangan dan bila saya sampai di kawasan masjid program tersebut sudah pun bermula.

“Tetamu yang berada di luar menyuruh saya masuk ke dalam ruang solat untuk memberikan sumbangan,” kata beliau yang juga Bendahari PKR.

Serangan terhadap Ahli Parlimen Selayang itu berlaku selepas seminggu daripada kejadian yang hampir sama dengan Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching yang didakwa menyampaikan ucapan di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang pada 22 Ogos lalu.

Mais memberi amaran kepada Teo manakala jawatankuasa pengurusan surau itu pula digantung tugas mereka.

Mais juga telah mengambil-alih pengurusan surau tersebut.

Ketika ditanya mengenai tempoh penggantungan jawatankuasa pengurusan Surau Al-Huda, Mohammed Khusrin berkata ia bergantung kepada keadaan.

“Ia bergantung kepada keadaan mungkin kita akan putuskan tempoh penggantungan itu dalam mesyuarat yang akan datang,” katanya.

Malaysianinsider

Saturday, February 13, 2010

ISU MAULIDUR RASUL - MEDIA ARUS PERDANA PUTAR BELIT ISU



PULAU PINANG, 13 Feb: Exco Agama Islam Pulau Pinang, Haji Abdul Malek Abul Kasim menafikan berita akhbar arus perdana yang mengatakan perarakan Maulidur Rasul dibatalkan di negeri ini.

Jelasnya kepada Harakahdaily, kerajaan negeri juga tidak pernah mengumumkan tentang ketiadaan perarakan tersebut sebaliknya hanya menegaskan kepada wartawan bahawa kerajaan negeri belum lagi membuat keputusan tentang perkara itu kelmarin tetapi semalam semuanya telah selesai apabila satu sidang media diadakan.

"Kerajaan negeri menafikan berita yang tersiar dalam akhbar arus perdana. Apa yang mereka ingin buat adalah mengusutkan keadaan yang tenang," ujarnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Maung.

Menurutnya lagi, majlis Maulidur Rasul bermula pada 25 Februari dengan bacaan Yaasin dan tahlil di seluruh masjid negeri ini.

Katanya, pada peringkat negeri pula diadakan di Masjid Negeri yang dihadiri oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Datuk Seri Utama Dr Haji Abdul Rahman Abas.

Pada 26 Februari, perarakan diadakan sekitar Dewan Seri Pinang di mana pelepasan perarakan disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri 1, Dr Mansor Othman.

Program 'Himpunan Ummah' pagi itu dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama di dalam dewan di samping mendengar ulasan daripada pakar motivasi terkenal tanahair, Ustazah Bahyah Mahmud dan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp), Ustaz Elias Zakaria.

Buat pertama kalinya semasa sambutan Maulidur Rasul, kerajaan negeri melakukan kelainan apabila mewujudkan kelas ilmu selama dua hari berturut-turut di Masjid Negeri.

Kelas yang menceritakan sirah Rasullulah s.a.w. itu disampaikan oleh Ahli Majlis Fatwa Kerajaan Negeri, Ustaz Rosli Othman.

Sumber

Sunday, January 31, 2010

Orang Islam Jangan "Jahil Agama" Haji Hadi


Rusila, MARANG – Orang Islam mestilah beristiqamah, bertindak betul dan tidak melampau dalam menghadapi pelbagai isu yang sedang berlaku dalam negara masakini.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata demikian ketika diminta mengulas isu-isu sensitif yang berlaku mutakhir ini seperti isu ‘kepala babi’ di perkarangan masjid, membakar surau dan membakar gereja.

”Jangan melampau, itu tak boleh, walaupun orang melampau kepada kita, kita tak boleh melampau kepada orang, kita kena tetap,

”dan kita minta supaya dibuat siasatan secara adil, scara telus, siapa dia yang buat itu, kena bertindak (keatasnya), bukan sahaja surau, termasuklah gereja, dua-dua sekali, dua-dua itu kena siasat,

”yang buat ke surau pun kena siasat, yang buat ke gereja pun kena siasat kena adil dan saksama,”tegasnya ketika ditemui selepas menyampaikan kuliah mingguannya, disini, semalam.

Menurutnya, orang Islam tidak boleh berindak mengikut persaan namun mesti bertindak menurut petunjuk al-Quran dan hadis RasuluLlah SAW.

”Tak boleh (marah), kita ada petunjuk, al-Quran dan hadis, (mesti bertindak) dengan ilmu, jangan tidak (mengunakan) ilmu,
”yang bertindak (melampau) banyak yang jahil, orang Islam jangan jahil dengan ugamanya,”katanya lagi.

Katanya, masalah yang timbul adalah kerana ramai yang jahil ugama dan bertindak dengan cara yang tidak betul.

”Kita nak mempertahankan ugama kita, tetapi (sebaliknya) dengan cara yang tidak betul, nak mempertahankan (Islam) biar (dengan) cara yang betul.”katanya.

Sumber


Sunday, January 17, 2010

BELUM SELESAI KES BUNUH BAPA, KINI BUANG BAPA PULA TIMBUL


Petikan gambar dari akhbar Kosmo! semalam

KANGAR: Zaman mudanya dia disayangi isteri dan anak-anak. Namun, nasibnya berbeza ketika mencecah usia emas, apatah lagi selepas menghidap penyakit buah pinggang kronik sejak lima tahun lalu.

Ia kes kedua bapa dibuang anak di Perlis selepas nasib sama dialami Abdul Rahman Talib, 57, yang ditinggalkan anak kandungnya di tepi jalan dekat pondok bas, 8 Januari lalu. Othman yang pernah beristeri tiga sekali gus dan memiliki empat cahaya mata mendakwa perubahan sikap anaknya semakin ketara sejak dia perlu menjalani rawatan hemodialisis dua hari sekali.

Read More


Saturday, January 16, 2010

MAMPUKAN KITA LAKUKAN BEGINI



Polis syariah giat cegah maksiat


SEORANG anggota polis syariah menyoal seorang
lelaki yang duduk di tepi pantai bersama kekasihnya
di Banda Aceh pada 18 Disember lalu.


BANDA ACEH - Polis pencegah maksiat di sini yang dikenali sebagai Wilayatul Hisbah giat memberi teguran kepada pasangan kekasih yang duduk di tepi pantai, wanita tidak bertudung, berjudi dan peminum arak.

Read More

Aktiviti: Bersama remaja Falak cerap gerhana

Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 16 Jan: Ramai di kalangan masyarakat kita, hanya mengetahui kejadian gerhana matahari akan menjadikan kawasan yang mengalaminya gelap dari keadaan biasa.

Jika ianya gerhana matahari penuh, maka kawasan yang mengalaminya akan menjadi gelap penuh seperti waktu malam yang disinari bulan.

Haiwan pula menjadi senyap dan ada yang tidur kerana menyangkakan malam telah tiba.

Namun tahukah kita, selain bumi menjadi gelap, beberapa fenomena lain turut berlaku semasa keajaiban cakrawala ini terjadi?

Pernahkan anda mendengar sebijir telur boleh berada dalam keadaan tegak apabila berlaku gerhana matahari?

Ya, itulah antara yang cuba dikaji sekumpulan 25 remaja dari Universiti Malaya sewaktu berlakunya gerhana matahari separa semalam.

Read more




Tuesday, August 11, 2009

Faedah Mengamalkan Sunnah Rasulullah s.a.w



Posted by saidi

Faedah Menyimpan Janggut.

Menyimpang janggut adalah merupakan salah satu dari sunnah Rasulullah s.a.w. Orang lelaki amat digalakkan untuk mengamalkannya. Rasulullah s.a.w menyuruh ummah baginda supaya tidak menyerupai kaum Yahudu. Orang-orang yahudi menyimpan misai dan mencukur janggut lalu Rasulullah menyuruh ummahnya supaya menyimpan janggut dan mencukur misai. Antara faedah yang didapati dengan menyimpan janggut ialah:

* Mendapat pahala, ini kerana menyimpan janggut merupakan sunnah Rasulullah s.a.w.

* Janggut adalah merupakan perhiasan bagi kaum lelaki, oleh itu kaum lelaki sepatutnya menghargai kelebihan yang dikurniakan oleh Allah s.w.t kepada mereka.

* Mengikut kajian sentuhan janggut suami ke badan isteri dapat memperbetulkan sistem haid isterinya.

* Sentuhan janggut suami juga dapat menambahkan kesuburan isterinya.

* Menyimpan janggut juga dapat menyelamatkan seseorang daripada satu penyakit yang berbahaya iaitu AIDS , kerana AIDS boleh merebak melalui perkongsian pisau cukur.

* Menyimpan janggut juga dapat menjimatkan belanja harian seseorang ini kerana orang yang mencukur janggut terpaksa menghabiskan lebih kurang RM 3.90 seminggu untuk membeli pisau cukur.

* Menyimpan janggut juga boleh menjimatkan masa , ini kerana orang yang mencukur janggut terpaksa menghabiskan beberapa minit sehari untuk bercukur. Bayangkan berapa lamakah seseorang itu akan menghabiskan masanya dalam satu tahun untuk mencukur janggutnya.

Posted by saidi

Thursday, August 6, 2009

Tiga Golongan Orang Yang Celaka

Suatu hari Rasulullah sedang menaiki mimbar untuk menyampaikan khutbah. Apabila menaiki tangga maka Rasulullah s.a.w berhenti, kemudian Baginda berkata amin!, kemudian Baginda melangkah lagi dan berhenti, lalu baginda berkata amin!, kemudian Rasulullah melangkah lagi dan berhenti lagi seraya berkata amin!. Selepas itu para sahabat bertanya kepada Rasulullah s.a.w tentang peristiwa tersebut. Maka Rasulullah s.a.w bersabda : Sebentar tadi Jibril telah datang dan memberitahuKu :

1. Celaka bagi sesiapa yang apabila ia mendengar orang lain berselawat kepadaKu ( Rasulullah ) tetapi ia tidak ikut berselawat, maka aku berkata perkenankanlah.

2. Celaka bagi seseorang manusia apabila ibubapa mereka masih hidup, tetapi ia menderhaka kepada kedua-dua orang tuanya, maka aku berkata perkenankanlah.

3. Celaka bagi seseorang yang apabila ia sempat melalui bulan Ramadhan yang penuh kebaikan,keberkatan dan kelebihan tetapi ia membiarkannya berlalu begitu sahaja tanpa mendapat sebarang kebaikan , faedah dan keberkatan yang ada di dalam bulan tersebut, maka aku berkata perkenankanlah

Wednesday, August 5, 2009

PERISTIWA SEMASA ISRA,'



Rasulullah telah Isra' dari Masjid al- Haram di Mekah ke Masjid al-Aqsa di Palastine dan telah menyaksikan beberapa peristiwa penting yang boleh dibuat pengajaran bagi seluruh umat Islam terutamanya di zaman sekarang di mana manusia tidak peduli ( buat-buat tidak nampak ) dengan kuasa Allah s.w.t, di antaranya ialah:

* Rasulullah s.a.w melihat orang yang bercucuk tanam yang mengeluarkan hasil dengan cepat dan banyak, inilah gambaran balasan bagi orang yang suka membelanjakan harta pada jalan Allah.

* Rasulullah s.a.w mencium bau yang sangat harum, itulah balasan yang diberi oleh Allah s.w.t kepada Mashitah, tukang sikat Firaun yang mempunyai keimanan yang teguh terhadap keesaan Allah s.w.t.

* Rasulullah s.a.w melihat satu golongan manusia yang menghempap kepala masing-masing dengan batu berulang-ulang kali, mereka inilah orang yang berat untuk melakukan solat fardhu.

* Rasulullah s.a.w melihat kumpulan manusia yang bertelanjang,makan rumput berduri, buah Zaakum yang sangat pahit rasanya dan makan bara api neraka Jahannam , itulah balasan bagi orang yang tidak suka menderma, sedekah dan tidak membayar zakat.

* Rasulullah s.a.w melihat kumpulan manusia yang tidak berhenti menggunting lidah. Itulah balasan bagi orang yang pandai bercakap tetapi tidak mahu mengamalkan.

* Rasulullah s.a.w melihat kumpulan manusia yang makan daging busuk sedangkan di samping mereka ada daging yang elok, itulah gambaran balasan bagi orang yang berzina padah ia mempunyai isteri yang halal dan sah.

* Rasulullah s.a.w melihat orang yang tengelam timbul dalam lautan darah dan dilemparkan dengan batu, itulah balasan bagi orang yang makan riba'

* Rasulullah s.a.w melihat kumpulan manusia yang mencakar muka dan dada dengan kuku yang tajam, itulah balasan bagi orang yang suka mengumpat.

* Rasulullah s.a.w melihat orang dengan berkas kayu yang banyak yang tidak terangkat olehnya dan ia menambahkan lagi bebanan ke atasnya , itulah gambaran orang yang suka menerima amanah tetapi tidak sanggup melaksanakannya.

* Rasulullah a.a.w melihat seekor lembu keluar dari lubang kecil dan tidak dapat untuk masuk semula, itulah gambaran orang yang suka bercakap besar.

Friday, July 31, 2009

Thursday, July 30, 2009

ALLAH S.W.T TELAH MERAHSIAKAN BEBERAPA PERKARA KEPADA HAMBANYA



Allah s.w.t telah merahsiakan beberapa perkara kepada hambaNya.

* Allah s.w.t merahsiakan keredhan-Nya kepada hamba-Nya.

* Allah s.w.t merahsiakan kemurkaan-Nya kepada hamba-Nya.

* Allah s.w.t merahsiakan pengabulan-Nya terhadap doa hamba-Nya.

* Allah s.w.t merahsiakan malam al-Qadar kepada hamba-Nya.

* Allah s.w.t merahsiakan wali dalam kalangan hamba-Nya.

* Allah s.w.t merahsiakan umur hamba-Nya.

* Allah s.w.t merahsiakan solat wusta kepada hamba-Nya

Posted by saidi

Tuesday, July 28, 2009

PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA

)

Antara Perkara Yang Membatalkan Puasa Ialah:

* Makan atau minum dengan sengaja.

* Muntah dengan sengaja.

* Bersetubuh pada siang hari dengan sengaja.

* Keluar haid atau nifas atau bersalin.

* Gila walaupun seketika.

* Pengsan atau pitam yang berpanjangan.

* Keluar mani dengan sengaja yakni bukan kerana mimpi.

* Murtad yakni keluar dari agama Islam.

* Memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja.

* Berniat membatalkan puasa pada siang hari

Monday, July 27, 2009

ADAB-ADAB PUASA




Seseorang yang berpuasa seharusnya menjaga adab-adab puasa supaya puasanya akan meninggalkan kesan yang baik kepada dirinya. Antara adab-adab yang perlu dijaga ialah:

* Menjauhkan diri dari segala yang merosakkan puasa seperti mengumpat, mencela, memaki hamun, berdusta dan lain-lain lagi.

* Mengurangkan makan dan minum ketika berbuka dan bersahur. Puasa seseorang itu tidak memberi erti sekiranya tabiat tamak dan rakus masih diamalkan semasa melakukan puasa.

* Mengurangkan tidur terutamanya di siang hari supaya segala keletihan dan kepenatan berpuasa dapat dirasai dan dihayati sehingga falsafah ibadah puasa itu dapat direalisasikan.

* Menahan diri dari melakukan kerja-kerja hina yang bertentangan dengan hukum Allah s.w.t seperti mencuri, melihat filem lucah dan sebagainya yang membawa kepada kurangnya pahala puasa.

* Mengenangkan bencana yang amat dahsyat di hari akhirat nanti.

* Sentiasa mengharapkan agar Allah s.w.t menerima ibadah puasa yang telah dilakukan, dengan itu ia perlu melakukan dengan cara yang betul dan bersungguh-sungguh

Posted by Saidi

Sunday, July 26, 2009

RUKUN PUASA




Rukun Puasa ada dua sahaja:

* Berniat pada tiap-tiap malam sepanjang bulan Ramadhan , kerana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : " Sesiapa yang tidakl berniat puasa sebelum fajar, maka tiada puasa baginya."

Niat Puasa : " Sahaja aku puasa sebulan bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala."
Atau " Sahaja aku berpuasa esok hari fardhu bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala."

* Menahan diri dari segala perkara yang membatalkan puasa dan pahala puasa bermula dari terbit fajar sehingga terbenam matahari,kerana perintah dari Allah s.w.t sebagaiman firman-Nya dalam surah al-Baqarah ayat 187 yang bermaksud : "Dan makan

serta minumlah kamu sehingga nyata kepadamu benang putih dari benang hitam yakni fajar

Posted by saidi on Saturday, July 25, 2009

Thursday, July 23, 2009

FAEDAH PUASA


Faedah Puasa
Posted by saidi

* Dapat membersihkan rohani dan jasmani kerana dengannya akan lahir kesedaran dan keinsafan, timbul keadilan dan perasaan timbangrasa kepada orang lain. Hidup jiwanya dengan ibadah dan hidup peri kemanusiaan sejati.

* Puasa merupakan sekolah yang terbesar untuk mendidik budi pekerti mukmin melalui latihan khusus untuk memiliki sifat-sifat terpuji.

* Puasa mendidik mukmin supaya memiliki sifat sabar. Manusia akan mengalami saat kehancuran dalam kehidupan mereka sekiranya tidak mengamalkan sifat sabar.

* Puasa menjadi penawar kepada penyakit-penyakit fizikal dan rohani.

* Puasa dapat menghidupkan kekuatan fikiran dan basariah (penglihatan matahati) kerana kekenyangan boleh menyebabkan kelesuan dan lemah fikiran. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : " Sesiapa yang lapar maka tajamlah fikirannya dan teranglah hatinya."

* Ibadah puasa dapat memupuk sifat kasih sayang dan persaudaraan dalam jiwa manusia. Orang kaya dapat menyelami derita kelaparan, dengan itu dia akan berbuat baik kepada fakir miskin yang akhirnya akan mewujudkan masyarakat penyayang dan bersatu padu.

* Puasa dapat mengajar mukmin berdisiplin dan berperaturan.

* Puasa mengajar mukmin supaya sentiasa bersifat amanah dan mengingati Allah s.w.t sama ada di tempat terang atau tersembunyi kerana Allah s.w.t sentiasa melihat,mendengar dan mengetahui ada yang makhluknya kerjakan.

* Puasa merupakan perisai yang boleh menghalang seseorang itu daripada melakukan dosa selagi ia tidak meroboh perisai tersebut.

* Puasa dapat memberi kesan untuk mengurangkan berat badan.

* Puasa dapat menjimatkan perbelanjaan mukmin setiap hari.

* Puasa dapat menyingkirkan segala racun yang sudah lama terkumpul dalam diri seseorang. Oleh sebab itu puasa bolehlah dianggap sebagai servis tahunan bagi badan manusia


=

SYAITANPERNAH MENJERIT ATAU MERAUNG BEBERAPA KALI


Syaitan Menjerit .....
Posted by saidi on Wednesday, July 22, 2009 / Comments: (0)

Syaitan pernah menjerit atau meraung beberapa kali:

* Syaitan menjerit ketika mana ia dilaknat oleh Allah s.w.t kerana enggan sujud kepada Nabi Adam a.s.

* Syaitan menjerit ketika dihalau keluar daripada syurga Allah s.w.t.

* Syaitan meraung ketika Rasulullah s.a.w dibangkitkan menjadi Rasul.

* Syaitan meraung ketika Surah al-Fatihah telah diwahyukan kepada Rasulullah s.a.w ketika di Madinah

Sunday, July 19, 2009

PERISTIWA ISRA' MI'RAJ

Sebelum berlakunya peristiwa hijrah,
allah telah memuliakan Rasullulah s.a.w dengan peristiwa Isra' Mi'raj. Isra' ialah perjalan di waktu malam ke di Bait al-Maqdis di Elya dan pulang pada malam yang sama. Mi'raj pula ialah naik ke alam tinggi jumhur. Peristiwa Is"raj Mi'raj di disebut di dalam Al-Quran .Allah berfirman:

"Maha suci Allah yang telah menjalankan hambanya (Nabi Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram ke Masjid Al-Aqsa yang kami berkati di sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan)Kami. Sesunggunya Allah yang Maha Mendengar, lagi maha mengetahui"(Al Isra' 1)

SELAMAT MENYAMBUT ISRA' MI'RAJ

SIFAT-SIFAT YANG DIPERLKAN DALAM MEMILIH SAHABAT

Perlu kita ketahui bahawa tidak semua orang boleh dijadikan sahabat. Dalam hal ini Rasullullah s.a.w. bersabda:

"Seseorang itu menurut agama (jalan)kekasihnya,
maka oleh itu hendaklah kamu semua meneliti
orang yang digaulinya"

(Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tarmizi)

Oleh sebab itu sahabat yang hendak dipilih mestilah memiliki keistimewaan sifat-sifat yang baik dan disenangi untuk dijadikan sahabat. Pada dasarnya sifat-sifat itu ialah akal yang baik,berbudi pekerti, bukan termasuk golongan orang fasik dan bukan pula seorang yang sangat tamak dalam perkara dunia

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak