
Anwar juga menyelar UMNO kerana mengupah pemuda untuk berpekik di tepi padang, "Orang bacul kekuatan dia, diupah 50 ringgit, bangsanya boleh gadai." "Dia boleh jerit. Dia jerit, dia hina saya, aibkan saya. Dia ingat saya rasa apa? Tahu siapa yang pertahankan saya? Bukan kutu haprak di tepi jalan ini, yang pertahankan saya Sheikh Yusuf al-Qaradawi," kata Anwar sambil mempertahankan bahawa dirinya tidak bersalah dalam kes liwat seperti yang dituduh Saiful Bukhari. Anwar (gambar kiri) juga mengambil kesempatan untuk menyindir, "Vincent Tan, satu gunung, satu bukit...(dapat) Ini pemuda UMNO jerit, dia dapat tanah mana? Taukeh judi dapat satu bukit, Genting, 16 ribu ekar, taukeh judi kedua, satu bukit, Bukit Tinggi. Yang pemuda UMNO ini dapat apa? Pemimpin dia dapat, yang bawah dapat 100 ringgit, dia jerit setengah mampus."

