Selepas berjaya menyerahkan memorandum itu hampir jam 4 petang tadi, seorang pelajar dilihat mengeluarkan 'jenazah' daripada 'keranda' itu dan menyiramkan dengan cecair berwarna merah.
Semalam dalam bantahan untuk kes yang sama di Universiti Malaya (UM), gimik yang hampir sama diadakan kumpulan itu apabila membaringkan empat patung mayat.
Memorandum itu juga menggesa supaya pilihan raya kampus itu ditunda kerana mendakwa terdapat campurtangan sebuah parti politik.
Mereka mendakwa bahawa perkara itu dikesan melalui satu kempen pilihan raya yang diadakan antara 7 hingga 9 Januari lalu yang didakwa dihadiri presiden parti itu.
Tajaan RM59,000 parti luar
Memorandum itu mendakwa parti itu menyumbangkang RM59,000 bagi membantu calon tajaan mereka di seluruh kampus di Malaysia.Sebelum  itu, kumpulan itu yang diketuai pengerusi pro-M Syed Syafiq Syed Hashim  itu pada awalnya berkumpul sejak jam 2.40 petang di sebuah kawasan  letak kereta.
Pelajar berkenaan kemudiannya berarak  dengan membawa sepanduk, antaranya bertulis "Mahasiswa tolak campur  tangan parti politik" dan "parti politik jangan masuk campur."
Sepasukan kira-kira 10 orang anggota keselamatan kampus, turut berkawal di bangunan pentadbiran tersebut.
Pasukan berkenaan menghalang kumpulan pelajar berkenaan di perkarangan bangunan pentadbiran itu pada kira-kira jam 3 petang.
Lima  orang wakil pelajar itu bagaimanapun dibenarkan menghantar memorandum  kepada pihak pentadbiran, setelah rundingan selama kira-kira 10 minit.
Lima wakilSelain  Syed Syafiq, turut dibenarkan presiden Persatuan Mahasiswa Islam UPM  Muhamad Hazim Mohd Noh dan wakil Gerakan Mahasiswa Maju kampus itu Swee  Nee.
Dua lagi yang turut serta ialah pelajar yang  dibatalkan pencalonan bagi pilihan raya kampus itu -- Mohd Akmal Hakim  dari Fakutli Bioteknologi dan Zuhairah Hayati Mohd Zureth dari fakulti  sama.
Memo dihantar kepada naib canselor universiti Datuk Dr Radin Omar.
Ketika  berarak, kumpulan pelajar berkenaan turut melaungkan pelbagai slogan  antaranya "bangkit mahasiswa, "hancur kezaliman" dan "tolak penindasan."
Semalam, pencalonan enam calon kumpulan pelajar pro-M universiti itu ditolak atas alasan borang pencalonan mereka tidak lengkap.
Mereka  antara 41 calon pro-M yang mengemukakan borang pencalonan untuk  bertanding dalam pilihan raya kampus yang dijadualkan Isnin depan.
Sebanyak 43 kerusi dipertanding tahun ini di UPM, meliputi tujuh kerusi umum, 32 kerusi fakulti dan empat kerusi siswazah.
 
 
No comments:
Post a Comment